Assalammualaikum, seronok membaca kesah kesah seram di sini, aku pun ingin share satu kejadian yang aku sendiri alami di tahun 2011, tak tau nak letakkan dalam kategori apa cerita aku ini, kesah seram atau misteri. Ceritanya begini:
Sejak dari kecil sehinggalah masuk ke umur lima siri ni, aku amat suka bersilat. Dah macam jadi adat orang kita , selalunya belajar silat ni di waktu malam. Pada hari itu, sebaik saja habis bersilat aku dan beberapa orang kawan aku pergi minum di sebuah restoren mamak yang bukak 24 jam. Jam menunjukkan lebih kurang pukul 2 setengah pagi bila habis minum, jarak restoren tu dengan rumah saku agak jauh, tempat silat dan minum di di sebuah kawasan deretan rumah kedai di pinggir Kuala Lumpur sedangkan rumah aku di sebuah kawasan perumahan di Setia Alam (dalam kawasan Shah Alam, Selangor).
Untuk sampai kerumah , aku akan melalui dua lebuh raya, iaitu lebuhraya DUKE dan NKVE dan exit Setia Alam Meru(di Hiway NKVE). Bila sampai di Tol Bukit Lanjan Damansara aku berhenti singgah di surau untuk menunaikan solat isyak. Waktu itu tak ada satu kereta pun berhenti, mungkin kerana dah lewat malam, dah dekat pukul 3 pagi.
Sebaik saja keluar dari surau selepas menunaikan solat isyak, kelihatan seorang Pakcik tua (umur mungkin sekitar lewat 60an) berkopiah putih, berbaju melayu hijau dan berkain pelikat (warna rasanya biru gelap berpetak putih) dan bercapal ,berdiri berhampiran dengan kereta aku (waktu itu aku memandu SUV Pajero sport) sambil tersenyum dan memberi salam kepadaku, wajahnya bersih, orangnya berkulit agak putih dan bertubuh kecil dan aku rasa ketinggiannya dalam lima kaki lebih sikit jer. Saya menjawab salam, dan dia menghulurkan tangannya dan saya menyambut tangannya, kami bersalaman, lembut dan halus tapak tangan dan jari beliau.
Waktu itu tak terfikirkan apa apa yg pelik (seorang lelaki tua, entah dari mana datangnya, tiba tiba ada di sebelah kereta saya). Tanpa di tanya, dia berkata dia nak balik ke Meru Klang, tadi dia menumpang kawannya, dan kawan dia menurunkan dia di situ kerana kawannya nak balik ke Rawang, jadi dia tunggu lah disitu kerana nak menumpang sesiapa yang balik kearah Klang). Tanpa mengesyakki apa apa yg pelik aku terus menawarkan diri untuk menghantar beiau pulang , kerana kebetulan Setia Alam dan Meru bersebelahan letaknya.
Bila dalam kereta, orang tua itu bertanya kepada aku, kenapa aku berani menumpangkan dia di waktu begini(dah lewat pagi). Aku berkata, apa nak di takutkan, tak kan pakcik nak rompak saya, kalau pakcik nak rompak pun boleh ker, pakcik dah tua dan berkain pelikat, sedangkan saya lebih muda dari pakcik, saya orang silat dan di sisi tempat duduk saya ni ada parang, kataku dengan niat nak bergurau sambil tertawa.
Orang tua tu hanya tersenyum saja sambal memandang kedepan. Anihnya selepas itu kami kami hanya membisu melayan perasaan masing masing. Aku terus memandu kearah destinasi, dalam hati aku nanti, bila dah sampai di kawasan Meru, barulah aku tanya alamat rumah dia.
Bebarapa ratus meter selepas exit tol setia amal, tiba tiba Pakcik tu menyuruh aku berhenti, katanya dah sampai, aku berasa pelik, katanya dia nak ke Meru, sedangkan waktu itu kami baru saja melepasi kawasan tol dan berada didalam kawasan Setia Alam. Tanpa banyak cerita aku pun memberhentikan SUV aku di pinggir jalan. Kawasan kami berhenti itu terang disinari oleh lampu jalan, dan kawasan itu adalah kawasan tepi tebing tinggi mendaki dan berpagar, manakala di luar pagar itu adalah lading kelapa sawit dan juga ada paya serta tasik yang di kelilingi belukar dan pokok kelapa sawit.
Pakcik itu mengucapkan terima kasih dan kami bersalaman, aku memerhatikan Pakcik tu turun dari kereta, sebaik saja dia turun, dia terus ghaib dengan tiba tiba, melihatkan ini, aku terus turun keluar kereta, manalah tau kot kot pakcik tu terjatuh ketika nak turun, almaklumlah dia bertubuh kecil dan Pajero aku agak tinggi. Tapi bila aku jengok, pakcik tu tak ada, aku jengah bawah Pajero aku, pun tak kelihatan susuk tubuh dia. Alamak kemana hilangnya orang tua tadi. Tak kan dia boleh sepantas kilat berlari mendaki tebing yg tinggi tak kurang dari 20 kaki dan melompat pagar yg mamisahkan puncak tebing dengan belukar dan lading sawit.
Tiba tiba aku baru macam tersedar, akan keanihan yang ada pada orang tua tu: Pertama, tak kanlah rakan dia sebegitu zalam meninggalkan dia di tempat aku berhenti ke tandas dan solat tadi. Kedua, orang tua tu memakai wangian yang sangat harum. Ketiga, dia hanya diam tidak berbual dan hanya memandang kedepan. Bila aku rasa kerusi tempat duduk dia, kerusi tu sejuk, sesejuknya, sepatutnya tentulah panas kerana haba badan dia yg agak lama duduk di situ. Ke empat, semasa dia berada didalam kereta, aku tak ada bertanya apa apa pun kepadanya, aku rasa mcm malas sangat nak bercakap.
Tiba tiba bulu roma aku meremang, dan perlahan lahan aku masuk dalam kereta dan teruskan perjalanan aku. Sehingga kini, aku masih tertanya tanya siapakah pakcik tua yang menumpang aku tu, yang aku pasti dan yakin, dia bukan manusia. Sehingga sekarang setiap kali aku balik dari silat aku selalu berharap nak jumpa pakcik tu, aku nak temuduga dia..hehehe.
– hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Berjmpa dgn org mcm pakcik ni satu kelebihan..tp mayb pakcik ni terasa sb awk riak dgn silat awk tu..smpi memperlekehkan dia..ilmu yg ada bkn utk diriakkn..wpon niat utk bergurau…wallahualam..
btl..riak sungguh jawapannya haha
Ermm pelikkan tp pakcik tu mesti somebody…misteri…
misterinye…nasib ‘pak cik’ tu baik
Pakcik bunian tu.. Kat LATAR pun ada org tumpang kan bunian yg berjubah putih di waktu malam..
Lain kali jangan sesekali lupa pd Allah swt. Walau sehebat mana pun kita bila Allah swt dah tetapkan berlaku sesuatu bala pd kita tentu x dapat kita elakkan.