Part 2: Gangguan atau illusi?

Salam n hai again.. tak sangka ada yg share jugak kisah aku (Gangguan atau Illusi Part 1) to all readers maaf story part 1 aku ending macam tergantung sebab aku busy. Mungkin ada yang kata tak seram sebab tak mengalami sendiri atau pernah mengalami benda paling seram berbanding kisah aku, tp bagi aku yg first time kena macam ni dh rasa seram dia. Tu belum lagi dia tunjuk diri dia. Kalau dia muncul depan-depan tak tahu la macam mana.

Ok sambung story. Next kejadian lepas ‘dia’ kacau ak dengan jatuhkan cap and aku ada jumpa skru, dia kacau kat cctv plak. Kerja aku dari pagi sampai malam macam biasa even hari sabtu. Ahad je aku cuti.
Kat kedai aku kerja ni ada 2 biji cctv, satu menghadap ke arah pintu dan satu lagi kat kaunter menghadap pekerja. cctv ni tak pernah ada yg usik. Tapi aku heran sebab cctv yg kat kaunter ni terlalu menunduk ke bawah. Ada 1 minggu tu hari rabu bos aku datang masukkan stok barang kat kedai then dia perasan cctv ni terlalu menunduk ke bawah. Bila dia tanya aku jawab la tak taw. Yela tak pernah aku nk sentuh benda tu. Lps tu bos aku dh betulkan balik dh.

Few days lepas tu masa aku vakum bahagian stok kedai aku perasan plug cctv tu 1 tercabut dr extension n satu lagi off. Mula2 aku tak taw pun tu plug cctv. so aku biarkan je la. Esoknye wife bos aku masuk kerja pagi aku masuk pukul 11 then aku tanya dia pasal plug tu tapi dia kata tak taw. Dia tak kacau. Aku fikir mungkin bos aku, tapi yang jadi tanda tanya bila bos aku datang kedai petang tu nak bagi stok rokok then dia perasan plug tu tercabut. Dia tanya aku samada aku ke yang kacau plug tu?  Tapi memang bukan aku, bukan bos aku dan jugak wife dia. Sape plak yang buat? Memang berhari juga xde rakam.

Sebelum ni kedai ni takde alarm pintu yg bunyi ‘ting tong’ tu. Tapi sekarang dah ada sejak nak dekat puasa hari tu second bos aku(wife bos) yang letak. Mula2 ok je tp lama2 seram sikit sebabnya benda tu bunyi pakai sensor. Tapi bila takde orang ke kucing ke yg lalu benda tu still bunyi. Nak sangka angin, tapi takde angin pun time alarm tu bunyi. Lepas pukul 6 ptg ke atas benda tu xkan bunyi. Lagi la tambah seram.huhuu.. Pernah ada custmor india bergurau ngan aku. Masa dia duk bayar kat kaunter alarm tu bunyi. Dia toleh tp xde org n xde angin pun. Dia usik aku cakap ‘u punya kawan ke datang tu nak teman u?’ Boleh plak uncle tu bergurau macam tu.Hadoii..tp aku senyum je.

Sebelum ni takde pun bunyi cicak kat kedai ni tapi sekarang ada time2 tertentu akan bunyi cicak tu walau aku tak pernah nampak sekor pun cicak kat sini. Hanya dengar bunyi je. hurrmm…aku pun tak taw apa tanda dia. Pernah aku baca kalau cicak ada means ‘benda’ tu pn ada.wallahu’alam..

Pernah badan ak jd sakit tiba2 kat bahagian tertentu.contohnya kat sendi antara tapak tangan ngan ibu jari.bila balik rumah elok je.kat kaki kanan pun pernah sakit sampai aku nak jalan pun susah tp bila balik kerja sampai rumah terus ok sikit.

Tp sekarang ak macam dah lali ngan gangguan tu semua.asal dia x tunjuk diri n cederakan ak teruk2 xpe lagi.ak bleh hadap.kita hidup berkongsi kat dunia ni so x boleh tamak.tu je perkongsian kali ni.thanks sebab baca.

*p/s: tolong doakan aku dapat kerja lagi elok utk aku bantu mak ayah aku yg tua biaya adik aku study n dah x kena ganggu lagi dh.bye.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

3 thoughts on “Part 2: Gangguan atau illusi?”

Leave a Comment