Pemilik Mata Tidak Berhijab (Histeria)

Assalamualaikum, salam pembuka bicara buat semua pembaca setia FS. Nama aku Aliah, berasal dari selatan tanah air. Seorang ‘freelance writer’ yang memiliki satu kelebihan istimewa iaitu mata yang tidak berhijab. Ok, pertama sekali aku saja kenalkan diri aku sebagai ‘freelance writer’ sebab aku nak korang tahu aku ni penulis yang banyak hasilkan cerpen-cerpen bergenre cinta, romentik komedi dan seram. Dan cerpen-cerpen seram aku, mestilah berdasarkan pengalaman aku sendiri yang aku gubah kepada fiksyen. Done dengan pengenalan diri aku, berbalik kepada isi utama cerita aku.

Aku dianugerahkan kelebihan mata tak berhijab ni sejak aku tingkatan 4 selepas peristiwa aku diserang histeria kat sekolah. Itu pertama kali aku kena histeria sebab memang aku yang nak sangat, haha. Tahun 2009 tu, tahun yang hangat untuk sekolah aku sebab diserang histeria bertubi-tubi. Kebanyakannya yang kena budak-budak sesi petang. Sesi pagi, kesnya cuma aku seorang. Aku ni, jenis manusia yang punya perasaan ingin tahu yang sangat kuat tau. Jadi, bila kes histeria ni melanda sekolah aku, aku jadi curious gila nak tahu macam mana keadaan bila kita kena histeria. Kita sedar ke tak sedar ke. Nampak tak aku macam meminta-minta sangat kena histeria kan? Kuikui. Satu hari ni, aku masih ingat lagi hari tu hari Rabu. Lepas masuk kelas, aku tetiba je rasa sakit belakang dengan pinggang. Rasa sakitnya tu lain macam. Menyucuk-nyucuk. Member-member aku perasan aku asyik terlangkupkan muka atas meja sebab aku jarang macam tu. Aku merintih cakap aku sakit. Lepastu, diorang bawak aku pergi jumpa guru bertugas.

Ha, masa ni aku dibawak terus pergi jumpa Ustazah Rohaida. Lepastu, Ustaz Zol pun join sekali. Untuk pengetahuan korang, Ustaz Zol tu suami Ustazah Rohaida. Masatu, aku macam dah sedar tak sedar dah. Ustazah masa mula-mula nak ‘scan’ aku tu dia ada tanya soalan tapi dia tanya apa entah, aku tak ingat tapi yang aku ingat, aku menangis-nangis cakap aku sakit. Aku dah macam bukan aku. Aku terketar-ketar sebab aku rasa sejuk sangat. Dalam pada aku menangis-nangis tu, masa itulah hijab aku dibuka. Jeng jeng. Kasi mood saspens sikit, hehe. Masa tu, aku duduk kat atas kerusi, kat sebelah aku tu, ada kerusi jugak tapi takde orang duduk. Ha, kat situlah aku nampak ‘sesuatu’. Jelas mata aku nampak lembaga separuh badan. Rambutnya kusut masai menutupi seluruh muka. Baju dia putih tapi dah koyak rabak. Hitam-hitam comot. Mulanya aku ingat aku berkhayal, tapi memang itulah kenyataannya. Bak kata Bujang Lapok, ini betul-betul bukan cobaan. Huhuhu.

Tengok keadaan aku dah macam tu, Ustaz dengan Ustazah berbincang sikit lepastu terus Ustaz pegang kepala aku. Lepas Ustaz pegang kepala aku, mata akupun terpejam secara automatiknya. Aku sedar masatu, tapi badan aku ‘milik’ benda lain. Faham tak? Huhu. Aku tak ingat apa dah waktu tu. Ustaz hembus-hembus ayat suci Al-Quran lepastu ada tanya soalan macam-macam. Tapi ‘benda’ tu tak jawab. Dia bisu. Bila Ustaz hembus je ayat-ayat Al-Quran, aku menjerit kuat. Korang tahu tak, masatu dalam hati aku siap cakap ‘weh, asal kau menjerit kuat-kuat ni. Habis satu sekolah dengar nanti,’ macam tulah lebih kurang. Hahaha. Tapi aku makin menjerit kuat. Boleh dikatakan aku dah tahap mengilai dah masatu. Last sekali, lepas Ustaz dah tarik ‘benda’ tu keluar, aku macam mamai. Aku tengok kawan-kawan kelas aku semuanya pucat lesi. Budak-budak lelaki yang nakal tu semua terdiam tergamam je. Hahaha selalu dioranglah paling bising.

Lepas kejadian tu, Ustazah kata yang aku rasa sakit belakang dengan pinggang sebab ‘benda’ tu duduk kat situ. Lepastu Ustazah pesan supaya aku banyak baca Al-Quran dan jangan sesekali tinggal solat. Balik sekolah tu, sakit kot badan aku. Seminggu atau sebulan selepas kejadian tu, aku ada kena ganggu jugak. Dengan ‘benda’ sama aku rasa cuma rambut dia lurus dan baju dia bersih sikit. Mungkin dia dah pergi salon dengan ‘dry clean’ baju dia kot, muahahaha. Dia muncul kat atas kerusi sebelah katil aku. Dia cuba pegang tangan aku dan aku meronta-ronta tolak tangan dia. Mulut aku kejang habis nak sebut ‘Allah’. Lepastu aku terus tertidur. Sejak kejadian tu, aku fobia bila ada kerusi diletakkan menghadap ke katil aku, huhuhu.

Dan, sampailah sekarang mata aku kekal tidak berhijab. Banyak dugaan yang aku kena tempuh dan macam-macam pengalaman aku alami. Nak tahu? Tunggu cerita seterusnya…(itupun kalau admin luluskan cerita pertama aku ni hehe).

Jumpa lagi!

Assalamualaikum semua. Ni kali ketiga aku post kat FS. Tp post kali kedua admin tk publish kan mungkin sebab kurang menarik ? hihi. So aku try utk kali ketiga. Terima kasih kalau admin sudi siarkan kisah aku yg ketiga ni. Sebelum terlupa aku #Belle. Okay kali ni aku nak cerita pasal gangguan kat bilik aku di sebuah universiti yg terletak di utara iaitu U*M. Mesti korang tau kan U mana hahaha. Sorry cerita ni agak panjang sebab aku malas nak sambung. So bertabahlah kalau bosan boleh skip hahaha. Apa aku cerita ni adalah kisah benar aku, mungkin tak seram pada korang sebab feel bila mengalami tu apabila diterjemahkan dalam penulisan tak sama. So kalau korang rasa tak seram jgn kecam. Bukan senang tau nk menterjemah pengalaman dlm penulisan hihi. Okay let’s begin.

Kisah ni berlaku semasa aku berada di sem 1. Adakah suratan atau kebetulan, aku ditempatkan sebilik dgn roomate aku masa zaman kolej jugak. So takde la pening kepala nk ice breaking apa semua kan. Sbb dia ni pun mmg schoolmate aku jgk dulu hihi. So satu bilik tu menempatkan 2 org pelajar je. Pada awalnya life kami okay je takde gangguan alhamdulillah. Sampai la seingat aku naik daripada cuti midsem, gangguan pun bermula.

Sebelum tu nak selit sikit kisah zmn kolej dulu. Yang mana bilik kami masa tu mmg kerap and almost everyday tiap kali time maghrib akan dengar bunyi guli tercampak ke lantai. Then mmg akan dengar jugak bunyi kerusi diseret oleh penghuni bilik atas. Pernah jugak sekali tengah lepak makan2 kat tengah bilik tu kami terdengar bunyi nyaring hilaian dari luar tingkap. Terus terdiam semua tp silent moment tu kejap jela dek kerana sebilik tu ada 4 org maka kurang sikit rasa takut dan kami anggap benda tu cuma tumpang lalu je hihi.

Disebabkan itu, bila mcm terdengar bunyi guli atau perabot dialihkan kami mcm dah lali and buat biasa je. Konsep nya selagi mereka tak kacau kita then it’s okay. Sorry terpanjang plak cerita selitan hihi. Okay okay jangan marah. Sambung dgn cerita dkt U*M. Bilik aku bernombor 404. Inasis terdekat dgn vmall, blok paling dekat dgn cafe (bebudak U*M boleh la teka bilik mana ye hihi) mcm clićhe kan bilik no 404 mesti horror. Aku pun tak tahu kenapa mungkin suratan atau kebetulan atau pengaruh “Joe bangun Joe” hahaha (90’s kid tau lah cerita apa)

Pada malam kejadian tu, semua okay sampai la masing2 dah melelapkan mata. Antara kami berdua memang aku ni penakut sikit actually. Tp takde la tahap kronik, sbb aku still boleh pergi toilet sensorang eventhough dh pukul 2 3 pagi cmtu. Roomate aku ni aku namakan dia Emma la. Okay Emma ni dah tidur then aku cuba lelapkan mata. Hampir nak lena aku dikejutkan dengan bunyi tingkap dilanggar dan diketuk dengan kuat. (Bilik aku tingkat paling atas ye tingkat 4) tp aku cuba positif and fikir mungkin perasaan aku je kot. Waktu tu jam menunjukkan pukul 2 pagi kalau tak silap aku.

Lepas tu bunyi seperti burung besar (aku tak tahu nak explain macam mana). Then aku dekatkan diri dengan Emma. (Kedudukan katil kami adalah —> dua katil single yg digabungkan dan menghimpit ke dinding sebelah kanan, so jadi mcm ala2 katil queen la) position katil jadi mcm tu sbb kami tak berani nk tidur jauh atas katil masing2 so kami decide nak gabung katil hihi. Then aku cuba lelap semula.

Baru je aku tutup mata, aku dengar bunyi mcm org tengah bertengkar di bahagian luar tingkap tu. Tak tahu la bahasa apa sebab pelik sgt cara cakap dorang tu cuma bunyi bingit sangat. Yang aku dpt detect ada suara seorang perempuan, lelaki dan kanak-kanak. Aku dah kejutkan Emma. So kami berpandangan. Aku cuba memberi isyarat mata utk memastikan adakah dia pun dengar apa yg aku dengar. Melalui isyarat mata, jelaslah bahawa dia jugak dengar bunyi yang sama. Waktu tu jangan ckp la, jantung ni mmg dah mcm nak tercabut dah. Nak bergerak pun mcm kaku. Apa boleh buat masa tu cuma dekatkan diri masing2. Aku pun dah mula gabra and nak nangis dah. Bila kami bukak mata, bunyi bingit tu mcm hilang sekejap. Tapi bila tutup je mata bunyi tu datang semula. Then kami decide untuk berjaga sampai subuh. Bila nampak aku mcm dh takut sgt dah, Emma offer diri nak bukak kan lampu bilik. (Kami tidur berbekalkan ihsan cahaya drpd lampu meja study)

So bilik terang benderang. Kami membisu je sambil pegang tangan masing2. Memang kaku tak tahu nak buat apa. Sampai la almost pukul 4 pagi mcm tu baru kami berani nk lelap sbb dh nak menginjak ke subuh then bunyi tu dah takde. Kekdah nye dah pukul 4 baru tido then tido pulak dalam keadaan takut, usai subuh kami terlelap sampai la terskip kelas pg tu. Badan rasa letih jgn ckp la. Hanya org yg pernah mengalami je yg tahu mcm mana penat bila berada dlm situasi yg menakutkan mcm tu. Emma ada jugak tanya aku kalau2 ada terdengar bunyi dari bawah katil. Sebab pd hari kejadian tu dia bunyi ketuk2 dari locker bawah katil (katil besi so kuat la bunyi) tapi aku cakap aku tak dengar apa2. Then dia jugak dengar bunyi dengusan / dengkuran yg kuat. Mula2 dia ingatkan aku yg berdengkur. Tapi bila dia tanya “belle dah tidur ke? Aku cakap belum lah sebab mmg aku tengah tutup muka dengan selimut tp belum tidur. Aku tanya dia kenapa dia just ckp “ohh takde apa-apa. Saje tanya. Esok hari baru la dia cerita kat aku apa yg dia dengar malam tu.

Gangguan tu tak berakhir pada malam tu je. Malam seterusnya, bunyi yang sama lg kami dengar. Mula2 bunyi mengilai then bunyi mcm org bertengkar / bercakap tu lagi. And both of us dapat mimpi yang menakutkan. Dan mcm hari sebelumnya, bila masa menginjak ke pukul 1 atau 2 pagi sehingga pukul 4 kami akan berada dlm keadaan yg sgt takut. Mmg tak akn dpt lelap selagi belum pukul 4 pagi. Mmg start dari hari pertama diganggu tu kami tidur tak tutup lampu. Cuba kemuncak nya bila kami turut diganggu secara fizikal. Aku tak ingat malam ke berapa, tapi masa around 2-3 pagi cmtu lah. Bila bunyi tu muncul kami cuba jugak lelapkan mata dan ignore. Tapi bahana nya aku dpt cengkaman pada buku lali kaki aku dan Emma plak dicucuk dgn kuat pada bahagian pinggang. At last kami tak berjaya lelap jugak and macam biasa menanti jam berganjak ke pukul 4 pagi.

Mesti ada yg cakap kenapa tak baca yasin atau surah2 atau bangun solat sunat kan? Kami bkn tknk buat tapi korang bayangkan nak berganjak seinci pun kami tak mampu. Memang statik je atas katil tu. Kalau nak terkencing pun tahan jela. Kau rase tengah2 gangguan tu nak bangun pergi toilet? Memang tidak laa, dah la nk ke toilet tu kena lalu pantry yg menyeramkan, hadap bilik stor dan bilik kosong dulu hihihi.

Sepanjang seminggu tu hidup kami mmg jadi sgt tak normal. Kelas dah mmg kelaut dah. Mana tak nye lepas subuh tu mmg akan tidur sbb tak larat sgt. Nak kemana2 mmg berteman je. Nak mandi berteman, nak ke toilet pun berteman. Kami ada tanya jiran bilik sebelah either dorang pun dengar menda yg sama atau tak. Tapi dorang ckp takde. So mmg jadi curious la kan bilik ni yang problem ke atau ia berpunca dari kami sendiri. Then kami tanya jiran sebelah kiri pulak. Bilik senior cina. Senior tu ckp bilik kami mmg sebelum ni kosong satu sem. Sebelum ada penghuni tapi kejap je then budak tu mintak tukar tak tahu sebab apa.

Tapi kalau nk ckp sebab bilik tu dah lama kosong, almost 3 months dh kami duduk tak ada gangguan. Kami pun buat la analisis sendiri katanya ala2 csi. Oh sebelum terlupa, actually beberapa hari sebelum kejadian malam pertama tu waktu aku tengah kemas2 katil, aku nmpk byk rambut2 halus atas cadar aku dekat bahagian kaki. Mmg banyak bila aku tarik2 dapat la segumpal mcm tu. Tapi mmg halus je mcm rambut budak. Then aku diamkan jela tak bgtahu Emma risau nanti dua2 takut pulak.

Then mlm gangguan ke berapa entah, tetiba si Emma ni tunjuk kat aku “hei cuba tengok ni byk nye rambut” Dekat bahagian tengah katil dia. Pastu aku senyum jela. Kami dh bg eye signal dah masing2. Then aku ckp “haha rambut Belle tu. Melekat plak kat katil Emma” cover la konon2. Malas nk bukak topik sebab dh malam. Then tunggu pagi esok baru lah aku cerita pasal rambut atas katil aku tu.

Mmg dia pun perasan rambut tu halus lain mcm. Sebab rambut aku dengan dia bukan mcm tu. Dalam minggu tu, tiap masa pintu bilik memang terbukak je. Privasi tak privasi lain kira. Kami fikir in case apa2 terus nak cabut keluar je. (Tapi nak tidur malam tutup la. Kang ada pulak yg ingat tidur pun tak tutup pintu hihihi ) Then hari ke berapa entah sorry aku tak ingat sbb almost 1 year dh kejadian tu, kami pergi jumpa lecturer. Yela sebab madam dah cari kami kat kelas. Berapa kali dah skip kelas dia. Sebab kelas tu kelas pertama 8.30 pagi so mmg wassalam la kan. Then kami jumpa madam kami cerita masalah kami and bgtahu knp minggu tu mmg langsung tak dtg kelas dia. Walhal kelas tu la paling takut nk ponteng sebab madam tu garang and strict pasal attandance. Kalau tak dtg hari ni, esok mesti nama kena panggil.

Madam suruh kami jumpa dengan pihak pejabat asrama utk maklumkan tentang gangguan tu. Dalam masa yg sama ada lah mdm bg potongan ayat Al Quran utk kami amalkan bg mengatasi gangguan tersebut. Madam agak terkejut la dengan cerita kami tu. Katanya kalau dia berada kat situasi aku tu, dah lama dia cabut takde nye nak stay lagi dah. Sebab dah hari2 mende tu mengilai, hari2 bunyi org bercakap kat tingkap boleh lagi kami stay situ. Kami bukan lah berani sgt cuma sebab mmg jenis tak suka nk tumpang bilik org nk mnyusahkan org. Prinsip kami, menakutkan macam mana pun hadap je asalkan duduk bilik sendiri. Poyo je kan? Haha. So madam pun nasihat kan kalau boleh mintak tukar bilik. Tapi kami ni tak la rajin dah nk final nk tukar bilik angkut barang2 semua kan. Syg kot bilik sendiri walaupun horror tapi kami cari jalan utk pulihkan semula bilik tu and cari punca gangguan.

Atas nasihat madam, petang tu kami pergi ofis asrama utk maklumkan hal tu sambil2 nk tahu jgk la kot2 bilik tu mmg keras ke apa kan. Sebab kalau ikt kan sebenarnya waktu daftar tu nama penghuni bilik tu adalah org lain, tp ditempek / ditukar dgn nama kami. Dan menurut senior, kes kami tu adalah kes ke 4 bilik tu. I mean sebelum ni dh ada 3 penghuni bilik tu juga diganggu. Sbb tak tahan mungkin mereka mintak tukar bilik. Tapi kami berkeras taknak tukar dan usaha untuk memulihkan balik bilik. Cuma kalau keadaan getting worst mungkin nak taknak kami akan tukar jugak la.

Kami masuk je ofis, terus pengurus asrama ckp cmni “ha bilik 404 kan? Jom masuk bilik pengetua. Dia nak dengar sekali. Ehh mcm situasi tu dah selalu jadi je kat situ sbb kami tak sempat ckp apa2 lagi cuma maklumkan pada pengurus asrama nak dtg buat aduan je terus dorang mcm tahu knp. Then masuk2 tu ada pengurus asrama tu aku namakan dia Miss Nurul, pengetua inasis aku then ketua ajk kerohanian kot tk silap aku. Mula2 tu pengetua tu tanya pasal gangguan then tiba2 dia cakap camni “maaf sy tanya, ada tak antara kamu ni yg tengah dtg bulan? Aku jawab la “ada, saya. Sbb mmg wktu kejadian tu aku period. Pastu Miss Nurul plak tanya “korg berdua ada tak mimpi apa2 ke? Pastu kami cite la mimpi tu. Sorry mimpi tu aku tk brapa nk ingat dah so aku tak selitkan sebab taknak ada unsur tokok tambah. Then sambil cerita tu kami ni terketar2 sambil air mata bertakung dah. Sbb takut, stress. Mana tak stress aktiviti harian semua dah tunggang terbalik. Tido ke mana, kelas kemana, makan ke mana.

Habis kami cerita tu, pengetua bagitau mlm tu dia akan dtg dgn jkps utk buat bacaan yasin dkt bilik kami. Ramai jugak la yg dtg mlm tu mungkin dlm 20 org. Haa ni pun ada gangguan jugak. Masa dorang tengah baca tu, aku, Emma dgn lagi 2 org kwn perempuan kami duduk bahagian belakang kepala katil sebab tempat lain dh kena conquer dgn jkps lelaki yg dtg baca yasin tu. Aku duduk membelakangi meja study, Emma sebelah kiri aku dan lagi dua org kwn sebelah kanan aku dan dorang membelakangi tingkap. Tengah2 dorang baca yasin tu aku rasa meremang sebab aku terdengar kat belakang aku suara perempuan ikut mengaji. Aku yakin tu bukan suara Emma atau 2 org lg kwn aku. Sbb suara tu dtg dari arah belakang bukan tepi. Aku pun berganjak la menghimpit kat Emma. Dah selesai baca yasin tu, pengetua mintak seorang jkps ni bukak tingkap dan tengok ada apa2 ke tak. Then dorang ni mcm bagi signal aku pun tak faham apa. Pastu pengetua ckp “kena tebang pokok ni.

Then dorang semua jkps dgn pengetua balik blok and bilik masing2. Salah seorang drpd kwn yg teman kami tu rapat la dgn jkps yg dtg baca yasin tu. Then tiba2 jkps tu whatsapp kwn aku, dia cakap waktu dorang baca yasin dia dengar jugak suara lain ikut baca sama. Sah! Bukan aku sorg yg dengar. Aku cuba menidakkan pada awalnya sebab ingat mungkin perasaan aku je. Rupanya ada antara mereka yang dengar jugak. Mujur weh tak nampak cuma dengar.

Lepas dari tu Alhamdulillah gangguan makin kurang. Ada juga la sikit2 tapi tak seteruk sebelumnya. Sebelum ada yg bertanya aku ckp awal2. Alhamdulillah kami berdua solat cukup dan mengaji tak pernah putus setiap hari mungkin ni ujian dari Allah utk tengok sejauh mana keimanan kami. Taknak la ada yg mengecam ckp kami diganggu sebab tak jaga solat ke apa. Aku jugak bukan nak riak tp bg mengelakkan korang berprasangka kan haha. Takkan kami mengaji hari2 solat hari2 nak kena update sana sini kan. So cukup la amalan wajib kami jaga dan mengaji mmg hari2. So sampai sekarang aku dah sem 3 tapi kami masih lagi menetap di bilik yg sama gangguan tu tetap ada cuma tak ekstrem la mcm yg kena hari tu. Biasa la di mana2 pun ada makhluk ghaib ni. Hormat masing2 sebab mereka pun makhluk Allah kan. Akhir sem lepas baru la tahu rupanya punca gangguan tu dari pokok besar belakang blok tu ha. Mmg besar la sebab hampir nk cecah ke tingkat 4. Katanya pokok tu banyak kali dh nak ditebang tapi tak berjaya. And pokok tu mmg dihuni mungkin cik pok atau cik lang sebab clićhe org melayu, kalau mengilai mesti either 2 tu jelah hahaha.

Satu lagi cerita pendek je nak selit ni. Waktu tu pukul 2 pg mcm tu, aku pergi toilet sorang2. Waktu nak keluar bilik tu dah rasa seram sejuk je tapi aku endahkan. Sebab malas nk kejutkan Emma kesian pulak dia tengah lena. So aku menapak la sorg2. Masuk toilet hujung sekali. Tengah dlm toilet tu tetiba aku dengar suara perempuan bg salam “Assalamualaikum” engko rasa? Sapa nak bagi salam dlm toilet weh? Aku pun dah was was nak keluar takut tapi takkan aku nak bertapa dalam toilet tu sampai subuh kot. Then aku pun apa lagi, pecut la keluar lari balik bilik. Sampai sekarang kejadian tu masih misteri and aku mmg tak dpt jwpn and tak rasa nak cari jawapan pun.

Jadi pesan aku, makhluk ghaib ni mmg ada je kat mana2. Tapi apa yg penting jaga amalan kita, hormat sesama makhluk. Kita berkongsi hidup atas bumi yg sama. Jgn biar ketakutan mengatasi ketaqwaan kita sebagai hambanya. Aku mintak maaf kalau cerita ni tak seram, tp ni adalah kisah benar takdek tokok tambah. Kalau ada sambutan in sha Allah aku akan share cerita lain pulak. Utk kali ni itu je la cerita aku. Hope you guys enjoy ? thankyou 🙂

 

7 thoughts on “Pemilik Mata Tidak Berhijab (Histeria)”

  1. Kisah yg atas tu penulis mmg suke ketawa eyh? Huhu..haha..huhu..haha.. terpotong sikit feel seram tu awak. Jalan citer da best da.. agaknya terikut dgn feel cerpen romantik komedi kot?

    Reply
  2. sy dgn roomate pun terkena tngkat 4 jgk kat U sana tu, inasis laluan c. Saya kluar dgn kwn, balik tu, dari bawah kat parking, sy mendongak nk tgk bilik kot roomate kluar ke ape kan, mmg jelas nampak lampu bilik terpasang, roomate duk lambai kat tingkat, dgn bahagianya naik tangga siap bukak pintu ckp Assalamualaikum, tup2 bilik kosong, tak de org,lampu tertutup. Habistu?sape lambai kat aku..hareyy btol la..bergurau. Ingatkan sdri je kena,roomate pun kena jgk..tapi byk lagi la..kes berkenaan bilik kami diami tu. -Sekian-

    Reply

Leave a Comment