Haii assalamualaikum kepada readers FS, pertama sekali aku ucapkan terima kasih kepada admin FS kerana publishkan kisah yg di kongsikan ini. Kisah ini berlaku masa aku berumur 16 tahun iaitu 6 tahun yg lepas. Kejadian ni dialami oleh aku dan arwah abang aku sendiri, walaupun kisah ni tak menyeramkan, aku harap readers semua boleh ambil pengajaran. ( maaf kalau bahasa agak kasar hehehehe )
Kejadian ini berlaku semasa di rumah arwah tok nek di mana ada majlis malam berinai sepupu lelaki aku. Kalau dah ada majlis mcm ni mestilah ramai sepupu sepapat yg lain mai kan. Duk ketawa2 bising2 mcm ada konsert sampai tak sedar hari dah mula nak menjangkau ke tengah malam. Masa tu majlis tak gune katering, so terpaksalah kemas2 pinggan mangkuk sendiri. Maklumlah sepupu sepapat yg lain dah balik, yg tinggal keluarga aku je. Aku nak bagitahulah, rumah tok nek aku ni dikelilingi hutan, kiri kanan belakang hutan. Depan je jalan raya, dan seberang jalan tu ada rumah kawan mak aku. Yelah dulu2 kan susah nak tebang2 pokok ni, apalagi nak tebang hutan2 tebal. Tapi perjalanan nak ke rumah tok nek ni memang buat bulu roma meremang. Sepanjang jalan suram je, lampu jalan masa tu takde fungsi. Rumah jiran semua jarak jauh.
Okay time aku duk best kemas2 tu, arwah abg aku dtg dia cakap ” Eh cik, jom temankam aku lepak kat bawah pangkin kayu sana nu ” Ye, depan rumah tok nek ada pangkin kayu yg usang. Tah berapa dah umur pangkin tu. Aku pun on je lah sebab dah penat sangat kemas sorang2, akak aku pulak waktu tu dah tido. Maklumlah dah pukol 1.30 pagi. Aku ngan arwah abg aku borak2 pasai lesen moto dia. Borak punya borak, aku dah rasa lain mcm suasana pagi buta tu. Tah kenapa mata aku ni gatai sangat nak tengok kat langit tu. Mata aku meliar pandang langit sampai mata aku terhenti pada satu objek yg mcm bola berapi.
Aku cakap kat arwah abg aku ” long asal ada bebola api kat atas tu ” sambil tunjuk objek tersebut. Arwah abg aku pun tengoklah. Terus dia bangkit dari pangkin kayu tu , dia kata ” cik, jom masuk. Dah lewat dah ni. Angin malam tak baik untuk budak pompuan mcm ko ni ” Cetttt. Sempat pulak dia nak kata mcm tu. Arwah abg aku tarik tangan aku. Tapi aku degil, aku tengok lagi objek tu. Astaghfirullahalazim ! Objek tu turun pegi dekat tingkap rumah kawan mak aku. Yg peliknya objek tu berambut panjang mcm manusia tapi takde badan. Arwah abg aku terus tarik aku masuk dalam rumah.
Esok hari, aku dan arwah abg aku demam pulak. Demam bukan demam biasa. Lain sangat, badan menggigil, muka pucat, nak bangkit pun tak larat. Demam tu berlanjutan sampai 1 minggu tak baik2 lagi, sudahnya mak dan ayah aku panggilkan sorang ustaz ni. Ustaz tu cakap kat mak ayah aku, yg kitorang ada tegur ‘ benda ‘ tu sampai jadi mcm ni. Yg paling mengejutkan aku, mak kata malam selepas majlis tersebut. Kawan mak aku nampak ada darah2 kat keliling rumah dia, kat cermin tingkap pun ada.
Memang sah lah ‘ benda ‘ tu punya. Lepas dengar je berita tu, aku dan arwah abg ceritakan apa yg terjadi. Ustaz kata ‘ benda ‘ tu ialah penanggal. Dan penggal tu nak cari darah ibu2 yg lahirkan anak dan kebetulan masa tu kawan mak aku mengandung. Tinggal nak tunggu hari je lagi dia nak melahirkan. Patotlah ‘ benda ‘ tu bekeliaran malam tersebut, dia tahu yg ada org nak melahirkan. Tapi alhamdulilah kawan mak aku takde apa2. Cuma ‘ benda ‘ tu takkan berhenti mencari mangsa dia.
Di atas muka bumi ni bukan kita je makhluk Allah yg ada, tapi sedarlah bahawa ‘ dia ‘ jugak ada. Untuk arwah abg, semoga kau tenang di sana.
Sekian,
Terima kasih xoxo..
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
prnah dulu mimpi penanggal… seram nyaaa??
penanggal tu banyak yng lain dri katurunan yang lain dri kembar ank tu.tpi diorang bkan blih buat kta mti tipi diorang isap darah kta aje.aku patci ku dia punya kembar bgitu jga tpi tk oerna kacau orang jga la….anak ko pun kembar nya gtu.jga…
tpi kembar ini dia tk wjud di dunya nyata.cumah dia wujud di mayah aje…tpi cya la diorang tu bkan mcam ambil nya orang.cma lau ada yng meninggal fi ctu la diirang ada.bkan mcam buggis asar ada baby di ctu diirang pi.diorang mkan isi bdk sempai mti.
Bace cerita penulis ni akk lebih eager nk tau kenapa abgnya dh arwah berbanding nk tau kisah penanggal tu…
Sbb mikirkan arwah masih muda orgnye, dan rapat dengan penulis…
Mesti sgt terase kehilangan…
Innalillahiwainnailaihirajiun…
a ah betul tu….rasa nak tahu cerita pasal abg penulis tu
Innalillahiwainnailaihirajiun…
btul2.. aku pun nak tau juga..
Sebelum ni saya pernah trlihat bola api macam jatuh dari langit. Time tu tgh basuh tangan kat sinki dapur n kebetulan sinki dapur berdepan dgn tingkap yg tiada langsir. Rumah pulak kat tingkat dua. Time tu xleh brain lagi apa bnda tu. So after nmpk bnda tu turun, aku try cek kat bawah, n xnmpk apa2 dah. Is that penanggal?
naz… jawapan die = is that pokemon
kitorang(kawan2 dikampong) pernah lastik penanggal ni… sampai sekarang penanggal tak berani lagi dtng kampong kitorang…
You must be kidding…
nope, not kidding… true story, beb!!