Bismillahirrahmanirahim..
Saya Zahida. Berasal daripada Selangor dan merupakan penuntut di salah satu ipta di sini. Saya nak kongsikan kisah mistik yang pernah dialami oleh kakak saya. Kakak saya seorang pelajar di sebuah ipta di utara tanah air. Seorang yang ceria dan suka membaca alquran.
Kakak bukanlah seorang yang menutup aurat pada asalnya. Tetapi masuk sahaja dia di uni dia telah berazam untuk memakai tudung yang labuhnye menutupi dada dan baju yang sedikit longgar. Kakak pun memulakan kehidupannya di universiti dengan seronoknya. Tunang kakak ada menghadiahkan dia quran sebelum masuk Uni jadi quran tulah yang dibawanya dan selalu dibaca olehnye. Masa mula2 masuk kakak x dapat roomate so dia sorang2 je kat balik dia tu. Dia selalu cerita yang dia selalu dengar orang laungkan azan tapi bukan time solat, kejutkan dia bangun subuh dan x kurang jga makhluk itu mengajaknya untuk berkawan. Tp kakak enggan.
Maka sem pun berganti sem. Apa yang saya lihat kakak saya sedikit lain perangainya. Dia tiba2 gemar balik memakai pakaian ketat dan susah untuk solat perangainya itu datang semula. Quran jga jarang dipegangnya. Saya ringkaskan cerita ya. Rupa2nya kakak telah disihir, tapi dalam masa kena sihir ini ada 2 jin yang mengawal kakak. Jin islam (atau mgunkin tidak salah saya katakan jin yang baik) dan jin sihir yang sememangnya jahat. Saya berikan nama jin ini sbg A ya. Okay setiap kali kakak kena rasuk kadang A kadang B (jin jhat) tu yang kuasai. Tp tujuan sebenar jin A ini adalah untuk melindungi kakak. A pernah cakap pada kami semasa pergi berubat A cakap dia x leh keluar sebab kalau dia keluar benda lain pula yang akan masuk (Jin sihir) maka memang agak sukar untuk memujuk A keluar.
Pada suatu hari kami pergi berubat ke Darussyifa sebab masa mahgrib kakak kena rasuk A yang ada dalam badan dia. A cakap, “aku hendak sampaikan sesuatu. Tetapi bukan di sini.” Untuk maklumat semua A ni dari segi percakapan shj kita boleh tahu dia ni jin islam yang memang warak. Sesama di darussyifa A pun bgtahu apa sebenarnya yang berlaku A cerita, “anak ini ( kakak saya) jiwanya cintakan Alquran. Suka kan alquran. Tapi! Semasa di tempat belajarnya dia buang alquran dia!! ( sambil teresak2) dia buang alquran dia. Tempat itu (tempat blajar akak) x sesuaai untuk anak ini. Dia x boleh balik ke sana. Aku hendak kalian jaga dia. Sekiranya tidak mahu, aku datang menjaganya lagi. Ingat tiga perkara ini. Pertam,a nikahkan dia dengan orang yg soleh, kedua ajarkan dia ilmu Allah, dan yang terakhir aku wakafkan anak ini di sini (maksudnya A nak kakak belajar ilmu perubatan islam) pertimbangkan permintaanku. Dia sudah terlalu jauh dengan agamanya. Bawa dia pulang. Kami (mereka jin2 islam) merindukan bacaan alqurannya”.
Itula pesanan yang di berikan oleh A. Tapi A masih enggan keluar sehingga kami berubat di Rawang. Barula A berlembut hati. Menurut ustazah yang merawat kakak beliau cakap A ni sudah tua dan mempunyai jawatan yang tinggi di alam sana dalam hal ehwal agama kira macam ulama’ di sana. Janggutnya panjang, wajahnya bercahaya putih berseri dan berjubah. Setelah berunding dgn ustazah itu barulah A berlembut hati meninggalkan kakak. Tetapi, kisahnya tidak terhenti di situ. Jin B pun mula menganggu..
Pernah satu kali tu setelah jin A keluar. Ketika ini kakak kritikal diganggu oleh jin B. Orang dari kalangan A juga datang memberikan pesanan kepada kami. Untuk menjaga kakak sebaiknya daripada diganggu oleh jin2 B. “Maaf aku terpaksa masuk ke dalam badan anak ini, aku tahu ini berdosa tapi aku terpaksa. Aku bukan A tapi aku adalah orang dalam kalangan A”. Pada ketika ini apa yang berlegar dikepala saya mana A? Kenapa bukan dia shj yang memberitahu kepada kami? Mungkin kerana sudah berjanji agaknya (maaf nama A saya terpaksa sembunyikan).
Walau apa pun saya sangat berterima kasih kepada makhluk di Alam sana yang amat prihatin dan mengambil berat terhadap kakak. Mungkin tanpa bantuan mereka kakak mungkin akan jadi semakin pelik. Maaf saya rasa kisah A juga sudah terlalu panjang huhu. Kisah B nanti jika saya rajin saya akan kongsikan ya. Keadaan ketika kakak diganggu jin B sangat tragis dan menyedihkan. Alhamdulillah dengan izin Allah kakak dah sembuh sepenuhnya. Tiada lg jin2 sihir mengganggu. Dan dia kini sudah pun kembali seperti dahulu semasa mula2 masuk U. Sudah menutup aurat, rajin bersolat dan dengan hobinya membaca quran.
Disebabkan kakak sakit dia terpaksa tangguh sem. Mulanya dia dah redha di terminate study. Tapi alhamdulillah kuasa Allah kakak masih dpt sambung baki semnya di uni di Selangor. Memang benar kata A, Uni di utara tanah air itu tidak sesuai untuk kakak. Dia pernah cuba pulang ke sana. Hanya seminggu kemudian dia call dan meminta ummi untuk mengambilnya pulang. Memang benar kata A di sana bukan tempat kakak. Kakak juga sudah berkawin dengan seorang pemuda yang kuat agama dan baik akhlaknya. ALHAMDULILLAH doakan kakak semoga sentiasa dilindungi ya. Ameen.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
kenapa tak buang yang b dulu sebelum pujuk a keluar? bukan ke patot buang yang jahat dulu..
cerita best ,tapi pening juga nak memaham A dgn B ..
Kisah ni buat saya teringat pengalaman sendiri..dulu saya juga diikuti 2 ekor jin jantan..dan rumah saya juga diduduki satu keluarga jin..saya duduk sorang diri masa tu.
Saya juga punya hobi mengaji setiap hari..malangnya jodoh saya susah lekat gara2 jin tersebut..akhirnya selepas jumpa perawat Islam..saya tekad dan berdoa moga dikurniakan jodoh yg soleh..alhamdulillah doa makbul dan tiada lagi jin yg mengikuti saya lagi..istiqamah mengaji Quran..ubah penampilan sbg muslimah..jaga akhlak..insyallah jin2 jahat x berani ganggu kita.
bila awak nak smbung psal citer A tu ,, xsaba lhar nk tau kisah A..