Assalamualaikum. Disebabkan ada permintaan untuk saya sambung tentang jin B maka saya sambung ya.. ceritanya agak rumit kerana sihir yang kene pada kakak terdiri daripada jiran sebelah rumah dan seorang kenalan kakak di universitinya.
2015
Masa ni saya betul2 baru sahaja menduduki SPM. Seminggu sebelum saya habis peperiksaan spm. Kakak pulang ke rumah di jemput oleh abah dan ummi kerana dia tidak dibenarkan pulang dalam keadaannya yang sebegitu. Ketika ini kakak diberikan rawatan. Apabila keadaan sudah stabil sedikit, kakak bercadang untk pulang ke universitinya kerana ingin mengambil final exam. Maka dalam kesakitan melawan sihir, dia tetap kuat semangat untuk menyelesaikan tugasnya sbg pelajar. Ummi mengarahkan saya untuk mengikutnya pulang ke Uni nya. Memandangkan baru sahaja habis SPM jadi ia satu peluang yang baik untuk saya. Hehe. Alhmdulillah ketika di sana pemulaannya baik sekali.
17.12.15
Hari yang amat mencabar buatku. Tidak dapat digambarkan perasaan aku ketika ini kesian yang teramat ketika aku melihat kakak. Pada ketika ini merupakan tempoh yang paling lama dia dirasuk. Dari selepas asar sehingga kini ( 12.16 am) *saya catat cerita ini di dalam diari saya. Terima kasih buat kawan2 kakak yang setia menjaganya. Ketika ini tidak sanggup aku melihat betapa seksanya kakak melawat sihirnya itu.
Selepas asar, kakak mula berubah dia mula cakap yang merepek dan meracau. Ketika ini jin dalam badannya menyuruh aku untk membuatkan minuman buat kakak.
Jin B: “buatkan air utk bdk ni. Bdk ni lapar!”
Aku: “Kenapa pula aku kne buat kan? Kau bagi kakak aku dulu baru aku buat air untuk dia!”
Jin B: ” bagilah! Dia laparla bodoh!!
Aku: Okay aku setuju aku bagi dia dekat kau”
*kakak pengsan dan tersedar.
Aku: “Kakak,, kakak okay ke? Kenal x ni siapa?”
Kakak: ” okaylah. Akukan tido td. Kau lah zahida adik aku”
Aku: “Kakak nak air?”
* angguk kepala , dan air siap disediakan dengan biskut.
Saya bertanya pada kakak,
“Kakak,, kakak sedar tak td?”
Kakak: “ehh bukan aku tido ke td? ”
Aku: “Taklah. Tak tido. Kak,, marah kat zahida ke?”
Kakak: “Eh taklah.. x kanlah aku nak marah adik kesayangan aku ni *sambil senyum manis”
Saya tak tahu kenapa sangat tersentuh dengan kata2 kakak. Kerana semasa kakak dirasuk jin
B berkata bahawa kakak amat membenci saya. Ketika mendengar kakak berkata itu hati saya amat tersentuh dan menangis. Untuk pengetahuan semua walaupun saya dan kakak jarak umurnya jauh tp kami sgt rapat.
Sesudah minum air, Kakak beralih duduk di atas katilnya. Zuuupp sekelip mata wataknya berubah
Aku: “Kakak,, dah nak mgrib ni solat jum”
Jin B: “Jangan sentuh aku! Aku xsuka”
Aku: ” kurang ajar punya jin! Kau dah janji nk keluar, kan?! Asal kau masuk balik?”
Jin B: ” *ketawa besar. Hahaha yee aku dah tunaikan kata2 aku! Bagi dia kat kau untuk dia minum tadi. Sekarang dia dah habis minum so aku masukla balik *ketawa besar”
Aku: “Kurang ajar punya jin!”
Semasa menjaganya, bermacam2 cara kami lakukan tp semua x jalan. Tetiba smpai 1 kemuncak di mana jin tersebut mengugut untuk menghilangkan ingatan kakak kerana kami memaksanya minum air yg telah dibacakan surah 3 kul dan ayat kursi.
Sekelip mata kakak dipulangkan. Seperti yang dijanjikan kakak tak ingat apa2.
Kak zua bertanya pd kakak: ” kau ingat tak kite sem berapa sekarang?”
Kakak: ” haaa??”
Kak zua: “Sekrang kita sem 5. Dah nak final dah lepas ni. Tuu kau dah tulis jadual kau tu” * sambil menunjuk ke arah whiteboard
Kakak: “Ha?? Aku x ingat apa2. Aku cuma ingat kita sem 2”
Kak zua: “tak kita sem 5 dah”
Kakak: “Jap aku nk tgk luar jap”
Semua kawan2 kakak laju mengekori langkah kakak kerana risau dia lari. Termasuklah aku.
Kakak: “Eh! Bukan bilik kita kat sana ke? ” * smbil menunjuk ke arah biliknya ketika di sem 2 dulu.
Kak zua: “tak az tu masa sem 2. Sekarang dah sem 5. Bilik kita kt sini”
Kakak: “Haaa ?? ”
Dengan keadaan yang kebingungan itu kakak menangis semahu2nya..
Dan berkata,
” KENAPA AKU TAK INGAT APA2″
Ketika ini semua sayu. Aku dan kawan2 kakak turunt menangis kerana sedih melihat dirinya.
Usai masuk semula ke dalam biliknya,,
“kenapa bilik ni lain?”
Kemudian berjurai lagi air matanya mengalir ke pipi. Deras. Laju dan cepat.
Dengan pantas suasana kembali hiba. Ketika ini semua menangis. Aku cuba menenangkan kakak. Namun dengan keras akak menghalang ku. Aku terlalu sedih ketika ini. Pada malam itu kami berusaha berubat kakak dgn memanggil ustaz.
Seminggu di sana merupakan episod paling menyedihkan. Kakak dibawa balik ke Selangor dan terpksa extend 2 sem. Ketika di rumah pelbgai penderitaan kakak. Dicucuk, dihempap, tak mampu bernafas. Sakit sendi, dirasuk dan sebagainya SETIAP HARI tanpa henti. Tidak sanggup melihatnya menderita sedemikian rupa. Dan alhamdulillah setelah berpuluh ustaz kami jumpa akhirnya jumpa yang sesuai. Kakak sembuh dari sihirnya namun tidak sepenuhnya. Kerana masih perlu berubat.
Rupanya2 sihir tu dihantar oleh jiran sebelah rumah kami sendri. Dia merupakan manusia pengamal sihir ini. Dan nakkan kakak utk tujuan mmperhebatkan sihirnya. Menurut jin tu kakak amat bagus dalam membaca alquran. Jd sengaja dipilih mereka. Kerana jika kakak membaca mentera (sejenis bacaan ahli shir menggunakan ayat quran yang disongsangkan) akan lebih kuat dan hebat sihirnya. Mereka ingin songsangkan kakak Allahurabbi. Tp jiran x mengalah terus menghantar lagi dan lagi.
Okaylah sampai sini sahaja kisah kakak yg dapat sya kongsi kan dahulu. Doakan kakak dijauhkan daripada sihir lagi. Doakan kebahagiaan dia. Sekarang kami x bertegur langsung dengan jiran kami. Doakan jga keluarga kami sembuh. Maaf terlalu panjang. Pada semua berhati2lah. Jika anda pencinta alquran jgk seperti kakak jgn lah terlalu dihebahkan pada orang kerana jika silap orangnya blh jd mereka ada niat jahat pada kita. Rupanya dari kecik kakak dah disihir tapi masih x ketara. Doakan kakak. Saya x mampu lg melihat dia menderita. Pada semua jagalah diri. Sekarang pengamal sihir ada di mana2. Sekadar ini dahulu ya semua.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
:'(
Manusia bertuhankan sihir, entahlah. Semoga kakak awak diberikan kekuatan untuk melawan sihir tersebut. Semoga Allah kurniakan kesembuhan buat kakak awak. Allahumma Amin.
Patut pukul penyihir tu sampai separuh mati. Macam tu saya buat pada org yg sihirkan saya. Yg buat sihir ni penakut. X berani berdepan.
Balas dendam tu tak baik.Hanya Allah yang layak menghukum.Kita?kita tidak layak.Kerana kita jugak pernah buat dosa dan kesilapan di dunia ni.Sebaiknya, kita mendoakan mereka agar kembali ke jalan yang benar…pimpinlah mereka,agar mereka berubah ke arah yang lebih baik😊
Kesian..sy tumpang simpati..semoga pergantungan sepenuhnya terus pd Allah..klau blh jgn prcaya sgt pd kata² jin tu..tujuan mereka nk porak perandakan manusia je..cuba bc al ikhlas 3x sambil bermohon pd Allah agar makhluk jahat tu musnah dgn mengisyaratkan kdua tangan ke leher pesakit dan niatkan kita menyembelih makhluk trsebut..klau xjd skali cuba lg, cuba,cuba,dan trus cuba dgn keyakinan bhw kejahatan akan kalah dgn kebaikan akhirnya..jgn skali² pts asa..atau baca al ikhlas berterusan jgn berhenti sambil niatkan membunuh makhluk tu sampai pesakit sedar dari rasukan..jika btol ada org yg sihirkan jgn pikir..klau blh bersihkan hati dlu dari memikirkan prbuatan khianat dari sesiapa..serahkan je pd Allah.. Allah shj yg tahu knp Dia menguji hambanya begitu..jgn risau klau ada org hntr sihir dia akan dpt balasannya..sambil tu jgn tgglkan ibadah trutamanya yg fardhu dan slalu bykkan bc al quran solat sunat hajat dan tahajjud dan brdoa dgn yakin Allah akan bantu kita..sbnrnya Allah sntiasa membantu hambaNya yg berserah diri padaNya cuma kdg² tu kita je rasa buntu tp hakikatnya Allah sdg bantu kita..yakinkah hal ni..semoga diberi kesembuhan.
“Sesungguhnya,Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”
Yakin pada kuasa Allah.
Fii hifdzillah