Pendamping bidan kampong

Terima kasih sebab terima kisah saya sebelum ni . Sekarang saya tengah free , , so boleh lah sambung cerita dengan kisah arwah nenek saya . Nenek saya meninggal tak lama selepas atok saya meninggal .

Selepas arwah atok meninggal , nenek bergilir2 tinggal dirumah anak2 dia . Sebelum nenek saya dihantar ke rumah anak2 dia iaitu rumah saya dan makcik2 saya yang lain , atok sedara saya yang di kampong menghubungi paksu untuk menjemput nenek keluar dari kampong . Punca nya, orang kampong memberi tahu yang nenek saya ada pendamping.. Kami satu keluarga yang naik hantu sebab mustahil nenek membela hantu dan bila ditanya nenek pun kata tak ada membela apa2 .

Memandangkan mak long baru membeli rumah yang lebih besar dan selesa dari kami yang lain . Jadi nenek memilih untuk duduk dengan mak long dahulu . Sudah lebih kurang 2 minggu nenek tinggal dirumah maklong . Tiba2 mak long datang kerumah kami dengan membawa nenek untuk tinggal dengan kami. Baru sahaja mak long pulang, nenek tanya pada mak dimana kedai. Nenek nak beli barang . Nenek saya sudah umur 65 ketika itu, tapi masih sangat2 kuat berjalan boleh dikata kan sangat bertenaga .rumah saya di kuala lumpur lokasi rahsia , kawasan perumahan saya banyak kedai makan dan kedai serbaneka . Jadi nenek saya menjadi seronok tinggal dengan kami . Yang buat kami tak seronok dia kerap keluar rumah . Bila di tanya nenek jawab ke surau . Mak saya tak mampu berbuat apa2. Yela orang tua kan , takan mak saya nak marah . Lagi pon mak saya sangat takut jatuh anak derhaka . Satu hari tu saya keluar rumah dulu dari nenek , dan saya menaiki motorsikal . Saya ke kedai mamak lebih kurang 4 km dari rumah saya . Sampai je dikedai mamak , saya mematikan engine motor dan terlihat nenek saya berjalan menuju kedai mamak di seberang jalan sana . Waktu tu saya sempat berfikir “setahu saya sini tak ada jalan shortcut” . Tapi nenek yang tadi tengah siap, sampai lebih awal dari saya yang keluar terlebih dahulu dengan menungang motor . Saya segera menuju ke nenek dan tanya bagaimana nenek boleh sampai lebih awal . Dan jawab nenek buat saya nak pengsan , nenek berkata pada saya bahawa dia tidak mengenali saya . Saya rasa nak marah , sampai hati nenek jawab yang dia tidak mengenali saya . Kemudian saya berlalu pergi , meninggalkan nenek yang berada di sana . Dan sempat mengambil gambar untuk menunjukan bukti pada mak saya yang nenek bukan ke surau tapi ke kedai mamak .

Saya membelek2 handphone untuk mecari gambar yang saya tangkap sebentar tadi . Tapi tiada , saya hairan kerana saya mengambil lebih dari satu kali dan sekarang sudah hilang. Sampai saja dirumah dengan niat untuk terus mencerita kan kejadian tadi pada mak terbantut , kerana nenek secara tiba2 ada di belakang kami yang sedang berada di dapur . Saya takut dan sekarang saya rasa nenek macam ada sesuatu . Saya menuju ke bilik , sampai di pintu saya memegang tombol untuk menutup pintu . Sambil jalan, sambil menutup pintu tiba2 ..

“tap” tangan nenek menepis tangan saya yang tadinya memegang tombol pintu dan saya terus memusingkan badan untuk melihat kearah pintu semula . Alangkah terkejutnya saya apabila nenek mengintai saya di celah ruang antara pintu yang ternganga kerana saya belum sempat menutup. Apa lagi , saya pon menjerit lah . Mak saya terdengar dan berkata “haa , kenapa pulak tu? Nampak hantu ke”. Mak saya boleh bergurau pulak . Sedangkan waktu tu memang saya seolah2 terlihat hantu . Saya cepat2 tutop pintu dengan rapat . Saya baring di atas katil tanpa membuka lampu bilik dan bermain handphone. tiba2 saya terfikir adakan ni sebab mak long hantar nenek ke rumah kami dengan alasan mak long sudah tak tahan . Tapi mak long tidak menceritakan kejadian sebenar, cuma mengharap kami juga lalui nya . Hanya berbekalkan lampu handphone cukup buat saya terlihat ada seseuatu atas almari saya . Saya cuba nak pastikan betul atau tak apa yg saya nampak . Saya menyuluh handphone ke arah almari saya , yaallah terperanjat saya. Kerana ada susuk tubuh manusia yang sedang duduk sambil melunjurkan kaki ke bawah seolah2 atas almari itu dijadikan kerusi . Saya terus segera berlari ke pintu untuk keluar dari bilik . Fuhh mujur lah pintu tak dikunci , selalu cerita hantu pintu terkunci . Saya segera lari ke bilik mak . Tapi malang nya mak tidak mempercayai cerita saya , mak kata saya berkhayal .

Esok nya abang menceritakan perihal nenek yang sering keluar malam melepak di mamak dan berjalan terlalu laju sampai kan abang rasa hairan . Saya pon menyahut dan saya menceritakan pada mak apa yang saya juga sering nampak nenek, akhirnya mak mempercayai kata2 saya . Malam itu , kami makan malam bersama2 , nenek duduk di penghujung meja menghadap ayah. Nenek makan sangat banyak . Kami terkejut sampai kakak menegur “nek makan perlahan2 , banyak sangat dah nenek makan” . Nenek mengangkat kepalanya lalu merenung tajam ke arah kakak . Saya terus tunduk ketakutan . Selang beberapa minit , kami sekeluarga terlihat kelibat hitam berlaring dari ruang tamu masuk ke bilik nenek yang berada di sebelah bilik ruang makan . Kami yang di ruang makan semua tercengang . Saya cakap “mak tula yang saya nampak semalam, susuk tubuh tu “. Abang juga menjawab”mak betul lah selamani abang nampak ada lembaga hitam selalu melintas di ruang tamu. Tiba2 nenek bangun dari meja makan terus masuk ke bilik . Malam tu kami sekeluarga baca yasin , nenek lalu depan kami dan berlalu keluar. Mungkin panas kot dirumah . Malam tu kami x tunggu nenek pulang . Semua terus masuk tidur . Apabila nenek dirumah saya merasakan ada sesuatu memerhati saya . Walaupon ketika mandi . Saya rasakan ada benda sedang mengintai saya . Saya menceritakan pada mak , dan mak menyuruh ayah iktiar .

Ayah memangil ustaz untuk mengubati nenek , tetapi makin teruk . Ganguan kami alami makin parah . Saya hendak ke dapur untuk mengambil segelas air kerana terlalu dahaga , tiba2 tv yang berada di ruang tamu terbukan, saya cuba menoleh entah2 abang atau kakak saya yang sedang menonton tv. Tapi malang nya tiada sesiapa , saya terus membatalkan niat untuk mengambil air , terus ke bilik kakak dan tidur bersama kakak . Tiba2 Lonceng rumah berbunyi , pada mulanya saya dan kakak menyangka abang keluar tidak membawa kunci rumah , kami dengan rajin nye bersama2 pergi membuka pintu, “jeng jeng jeng”. Tiada sesiapa di luar . Lintang pukang kami lari sambil menjerit memangil mak dan ayah .

waktu saya dan kakak berada di bilik mak untuk berfikir langkah seterusnya , Kerusi meja diruang tamu seolah2 di alih2 kan seperti mengheret sehingga memghasil kan bunyi seretan . Tapi bila kami sampai di ruang tamu, tiada apa pun yang bergerak, semua masih ditempat asal .tiba2 “tap tap tap tap” , bunyi tapak kaki , uishh siapa pulak yang sedang menuju ke kami di ruang tamu . “Uhhh ” mujur itu cuma tapak kaki abang . Pada masa yang sama Abang saya memang jenis tidak suka tidur berselimut , tiba2 dia merasakan rambut yang panjang sedang melibas2 di tapak kaki nya dan kebetulan dia terjaga dek bunyi seretan kerusi dan terus pergi ke ruang tamu untuk melihat. Adik saya sedang nyenyak tidur , kami terpaksa mengejut adik untuk bangun . Takut adik juga digangu . Dan ayah buat keputusan untuk pergi ke rumah mak long malam itu jugak . Kami semua bersiap2 , dan membawa nenek sekali untuk ke rumah mak long . Dalam kereta , nenek bersuara “semua senyap , takut ke?” Dan kami biar kan soalan itu berlalu . Mahu tak nya . Memang semua takut lah . Waktu tu jam menunjukan 3 pagi .

Selepas berbincang dengan mak long , sekali lagi kami memangil ustaz . Selepas selesai sesi berubat, mak menceritakan bahawa yang bersama nenek tu adalah pendamping arwah bidan di kampong . Bidan tu merupakan kawan baik nenek . Masa arwah atok ada , benda tu x berani nak dekat , tapi bila arwah atok tak ada baru lah dia berani nak dekat dengan nenek . Mak cakap , benda tu sangat2 tua , usianya 259 tahun, sudah bongkok tiga , dan rambutnya sampai ke kaki . Selepas berubat, nenek demam panas selama 2 hari dan selepas tu nenek pon meninggal dunia . Alfatihah untuk nenek saya yang tak bersalah . Nenek saya meninggal sangat senang dan semua urusan sangat mudah .

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

10 thoughts on “Pendamping bidan kampong”

  1. Innanillahiwa inna ilaihirojiun… Semiga arwah ditempatkan dengan orang2 yang soleh.. Kesian nenek awak, pendamping berkenan pulak.pastu jadi fitnah..tak pepasal kne halau keluar kampung..anak tak suka, keluarga jadi takut.. Huhu kesian dia, yang tak bersalah pulak yang kene..

    Reply

Leave a Comment