Ayah aku ni seorang pengamal perubatan islam. Orang selalu datang rumah untuk berubat, rumah kami duduk selalunya memang ada yang duduk. Tak tahulah. Mungkin dah takdir Ilahi kot.huhu. Tapi takdir ni memang tak best sebab aku anak abi yang paling terkenal dengan penakut.
Kisah ni jadi masa aku darjah Enam, satu hari makcik aku call ayah aku minta tolong datang rumah nenek aku. Katanya anak perempuan bongsu dia, Dina(2tahun) selalu main kat bawah meja/penjurudan seakan tengah main dengan orang lain. Tiap kali makcik aku datang kat anak dia, anak dia akan meronta ronta marah dan halau.
Atas persetujuan, ayah aku pun pergi rumah nenek aku. Masa pergi tu aku dok sebok sembang dengan sepupu sepupu . Masing masing tengah riuh berbual, aku nampak ayah aku tengah pandang Dina, sambil senyum tapi dia diam je. Dalam 5 minit lepastu ayah aku bersuara
Ayah : Nama dia Dayah Zulaika, dia ikut anak kau si zaki(abang Dina) balik. Rumah dia dekat pokok besar yang selalu Zaki lepak. Dia berkenan nak jaga Dina. Bole ke?
Tanya bapak aku pada mak SiDina, mak Dina memang terus menangis merayu taknak kasi anak dia rapat dengan benda tu dan dia minta untuk pisahkan anak dia si Dina dengan Dayang Zulaikha.
Masa ni ayah aku diam, aku perati je gerak geri ayah aku. Walaupun aku paling penakut tapi aku selalu diberi kesempatan untuk bersama sama merasai kehadiran benda ni.
Jam 10.30malam kami pun berangkat balik, ayah aku tanya makcik aku dia nak bawak balik tak si Dayang ni. Makcik aku tu dah la penakut, memang menggelabah la dia paksa ayah aku letak si Dayang ni kat mana mana yang penting jangan dekat dengan dia. ( macamlah korang nampak, nak gelabah nawww)
Masa ni aku tak tau ayah aku dah campak mana si Dayang ni. Lantoklahh. Sampai je rumah( rumah aku flat) kat groundfloor aku dengar ayah aku kumat kamit baca doa. Dia dah pesan suruh kami naik dulu sebab dia nak ronda blok (ayah aku ketua blok).
Malam tu keadaan takda yang berubah, tenang je. Kami tengok TV sekeluarga. Bila dah lewat dalam 3 pagi tinggal aku je tak tidur lagi. Rumah aku masa ni memang da sunyi gila. Aku pun dah start mengantuk, jadi aku ke tandas dulu untuk buang air.
Masa aku tengah buang air, aku dengar suara orang menangis betul betul kat telinga kiri aku. Maksudnya macam ada orang kat sebelah aku. Hoiii!! Masa ni aku melompat terus keluar tandas, dengan tak basuh aku terus tido. Takut oi. Hahahaha.
Esoknya tu akak aku mengadu kat ayah aku dia mimpi ada perempuan merayu suruh pulangkan dia ke tempat asal, fizikal perempuan tu tak berapa putih, tak berapa cantik, rambut kerinting , pakai baju kurung dan berselendang di kepala. Ayah aku diam je, dia tak kata apa. Hari tu hari sabtu jadi kami semua tak sekolah. Memang menepek kat rumah. tiba-tiba abang aku pulak keluar dari bilik dia dan bagitau malam tadi ada perempuan menangis dalam bilik dia mendayu-dayu katanya. Tapi sebab abang aku ni berani, dia pedulik apa. Asal dia dapat tidur, puntianak bertenggek depan mata pun dia boleh sambung tengok TV( nanti aku cerita)
Malam ke dua, aku masih dalam trauma jadi takda nak tengok TV sampai lewat malam. Memang dalam sejarah aku tidur awal.malam tu aku kena tindih. Seluruh adik beradik aku tak boleh tidur di ganggu, memang semua ketuk pintu ayah aku nak mengadu. Tapi ayah aku taknak layan, dia buat tak tau je.
Esok pagi (ahad) masa kami tengah sarapan, makcik aku call nak bercakap dengan makcik aku. Masa ni aku dengar dia berbual. Rupanya ayah aku tumpangkan si Dayang tu kat rumah kami. Masa ni semua dah “bengkek” dengan ayah aku. Patut kami cerita kena kacau dia buat tak faham.
Malam tu masa on the way nak ke rumah makcik aku, sebab nak pulanglan si Dayang ke tempat asal dia , kami berseloroh dalam kereta. ” abi, mana si Dayang tu” tanya aku. Curious aku tau jin duduk dalam kereta. HAHAHA. “Ada kat seat sebelah ni” masa ni mak aku duduk depan. Terus dia suruh ayah aku berhentikan kereta dan dia pindah duduk belakang. Dah tak pasal kami berhimpit duduk 5 orang kat seat belakang kereta waja. Ayah aku jadi driver. Hehehe.
Masa sampai rumah ayah aku pesan, baca ayat qursi ludah belah kiri niatkan dalam hati kalau ada yang ikut” sampai sini je tempat kau”
Kalau ada feedback nak dengar lagi pengalaman aku. Nanti aku share lagi okay. ?
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
weii syooookkkk , hampa sila sambung lg
Pls sambung lagi ?
Tntu la nak baca lagi…
Sambung.. ??
Dasat abg ang..
Berani tahap gaban
Haruuusssss nak tau lagi weeiii…
Wajibulghunnah ko kena sambung dan sambung next next next story…
Hmmm ko sambung pon xpe xsambung pon xpe..hati abg dh hancur bile baca citer sekerat ko ni dik
Sambung lagi weyy. Best baqhang!
Sambung ok..hehe
pls sambung
“makcik aku call nak bercakap dengan makcik aku” ckp dgn diri sendiri ke apa ni? ?
Hahaha…kdg2 yg menulis ni memang buat ayat fenin, mungkin dia menulis pun dalam keadaan fenin tu la pasal 😆
#akuanakperawat huhuhu
Lorrr… kenapa apak tak hantar balik #Dayang terus mlm tu? No wonder la dia nangis2. Rindu kt mak dia barangkali
kalau anak perawat , tak sah kalau tak kena benda benda mcm nie , aku pon ade kisah tentang anak perawat yang diganggu setelah bapak dia merawat org dari terkena ganguan , jin-jin tuu tak puas hati , depa kacau pulak anak bini perawat tuu.. ada satu malam tuu ada org ketuk pintu kuat , bila bini perawat tu bukak pintu , rupanya pocong.. haha anak perempuan dia pulak pontianak betengek kat tepi katil , rupanya malam tuu bapak dia baru lepas merawat org yg terkena santau.. fuhhhh ..
hebatlah lau jadi anak perawat…macam2 pengalaman bole rasa
sila sambung cite anda yer
baik ko sambung..curious naw2 aku nk tau pasal abag ko kena kacau!hahaha..tq
Seronok cerita awak ni..sambung lagi
sambung la lagi
sambung pls..
Tak kisah kau ni penakut ke hape tapi harap kau boleh ambik ilmu ayah kau tu. Tak dapat tolong orang lain yang penting boleh tolong ahli keluarga sendiri pun dah cukup
“rumah kami duduk selalunya memang ada yang duduk.” 👈 Aku tak faham apa maksudnya ni?