Assalamualaikum buat semua geng FS. Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih kepada admin sebab sudi siarkan kisah saya. Baru-baru ni saya ada terbaca mengenai kisah saudara Hafiz yg baru saja meninggal dunia. Sedangkan saya dari awal follow cerita arwah. Dari “Jaga dia untukku”, “Jaga dia untukku 2”, “Jaga dia untukku akhir”, “Mariam” dan “Surina”. Sebenarnya saya tidak berkeyakinan nak bercerita. maklumlah saya memang tidak pandai mengatur jari untuk menaip.
baiklah, ini kali pertama saya menghantar coretan kisah kat sini, terpulang pada korang nak percaya atau tak nak percaya, jadi lebih senang kalau saya bahasakan diri saya sebagai “aku”.
Sebenarnya di saat aku menulis ni, aku dah berkira berkali-kali sama ada betul atau tak keputusan aku. Nama aku sha, apa yang aku alami ni dah lama aku pendam malah semasa aku menulis ni pun aku bagai dapat rasa sesuatu sedang membaca apa yang aku tulis, aku mulakan kisah aku waktu aku mula-mula terpaksa menghadap benda halus ni. Aku macam orang lain normal, orang cerita hantu aku dengar, bukan aku tak percaya waktu tu cuma tak kena dekat aku kan, aku just dengar dan berharap benda-benda macam ni tak menganggu aku. Orang kata kalau ade sesuatu mendekat kita, kita akan sedar kewujudan dia?? Betul x?? Itulah yang aku alami. Aku tengah menaip ni aku rasa something yang tak kena.
Keluarga aku memang bermasalah ayah aku ada isteri dua dan mak aku isteri yang pertama. Sejak ayah aku kahwin lain keluarga kami mula retak, ayah kena buang kerja. Bermula ayah kena buang kerja wife kedua ayah aku, selalu marah-marah dia tak puas hati kahwin dengan ayah aku sebab sangkanya ayah ni orang kaya. Huhuhuhu, kesian dia kan. Oklah aku tak nak rumitkan keadaan cerita pasal isteri ayah, aku sambung kisah mak dan ayah aku. Sejak ayah kahwin, ayah dengan mak dah tak tidur sebilik alasan panas, aku masa tu baru darjah dua jadi aku tak ambil hal sangat. Satu hari mak dan ayah aku bergaduh dan ayah cakap dia kahwin lain sebab mak aku tak boleh lahirkan anak lagi. Aku pelik gila dengan kenyataan ayah aku, dia tak nampak ke kami dah ada 5 orang adik beradik dan aku yang bongsu, agaknya ayah nak anak lagi kot. Kuasa Allah yang ajaib mak aku mengandung time tu, aku?? Happy gila kot, memang aku dah lama nak adik tapi sejak tu mak dan ayah aku tak pernah tidur bersama. Adik aku selamat dilahirkan aku dapat adik lelaki, dialah kesayangan aku.
Ok disini lah kisah yg pelik menghantui aku keluarga aku sejak dari hari tu memang tak bahagia jauh tak sama dengan keluarga kawan-kawan aku yang lain abang dan kakak memang sekolah berasrama. Rumah memang sunyi, mak dan ayah selalu bergaduh, tinggal aku dan adik aku di rumah, tapi jujur aku cakap rumah aku agak panas. Tak tahu kenapa, mak aku pulak makin lama makin sakit, masalahnya sakit misteri yang tak tahu punca, angin dalam badan tak henti-henti. Bila aku dah besar aku selalu teman mak aku berubat memandangkan kakak dan abang dah kerja jauh kat ibu kota. Aku dekat kampung dengan mak, adik aku masuk sekolah asrama penuh. Sebelum tu aku tak pernah kena ganggu dengan benda mistik-mistik ni tau melainkan aku cuma rasa tak selesa duduk rumah, ko faham tak macam mana? Orang lain selesa duduk kat rumah kan? Tapi aku langsung tak selesa, senang cerita rasa tak best, jadi aku teman mak aku pergi berubat.
Dari cara hospital sampailah traditional, serata negeri kami pergi mencari penawar tapi semuanya tak berkesan. Dia kata ade orang iri hati dengan mak aku dan nak mak meninggal dunia dan selalu buat kat mak aku, sebab tu mak aku selalu sakit, aku tak nak tuduh sesiapa. Tapi kesian aku tengok mak aku, mesti korang pelik kan? Mana ayah aku? Ayah aku dia baik dengan aku tapi dia macam berubah 200% tau dari zaman aku kecil-kecil dulu, dia macam slow, dan tak banyak bercakap. Tapi bila dengan mak asyik nak marah-marah, semua tak kena pada mata ayah tentang mak, waktu tu aku dah form 6 tau kiralah berapa lama mak dan ayah aku tak bersama, bilik asing-asing, bukan setakat tu hubungan tak mesra aku ajak ayah teman pergi berubat mak dia tolak, berubat dia lagilah dia tak nak.
Ok bermula aku kena ganggu dari aku teman mak aku, ada satu hari tu waktu aku balik dari pergi berubat mak dekat kelantan. Aku rasa penat dan letih sangat, aku terus tertido dan bila aku bangun aku tengok aku di selimuti selimut yang basah. Sedangkan selimut tu tak ada kat katil aku masa aku tidur, aku pun terus tanya mak aku, “kenapa ada selimut basah?” Ayah aku pun jawab oh tadi hujan aku tidur tak tutup tingkap jadi kena tempias hujan. Aku pun pandang ke luar memang kering tak hujan malah panas, bila aku tanya ayah dia buat dek je, terus masuk bilik dia. Aku hairan dan mak pun hairan macam mana selimut tu basah dan selibung atas aku. Macam mana aku nak cakap ek, basah dia tu basah lencun tau, bukan basah biasa-biasa. Ok bermula dari detik tu aku dah mula dengar benda pelik-pelik, banyak kali aku dengar bunyi orang bernafas dekat telinga, bunyi cakaran dekat dinding. Macam tak percaya kan? tapi itulah yang aku alami. Aku tak tahu nak salahkan selimut tu ke apa, tapi gangguan tu bukan setiap saat ada tapi dalam sebulan sekali macam tu aku kena. Mak aku sampai sekarang tak baik-baik, terus berubat dekat hospital dan mana-mana ustaz kampung yang bagus-bagus. Tak kisah di negeri mana dia sanggup pergi.
Setelah lama aku kat kampung aku dah dapat tawaran sambung belajar dekat Universiti cikgu cikgi, itulah cita-cita yang aku bawa dari kecik dan amanah arwah abang aku dia minta aku jadi cikgu sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Jadi alhamdulillah aku dapat buktikan lahir dari keluarga bermasalah bukan alasan untuk kita tak boleh berjaya, betul kan? Aku cukup pantang bila dengar alasan “mak ayah bermasalah sebab tu saya tak ada mood belajar”… jangan fikir tentang tu tapi fikir pengorbanan mak atau ayah yang nak lihat kita berjaya, itu yang selalu aku pesan dekat adik lelaki aku. Sejak aku masuk U ni kan, aku dah mula rasa tak sedap hati, gangguan ni macam mengikuti aku. Pernah sekali waktu aku tidur aku dengar orang bercakap dekat telinga, kadang-kadang aku nampak bayangan orang ada sekeliling. Ok aku detailkan sedikit cerita dan gambaran, aku dapat satu kolej kediaman, alhamdulillah sangat selesa satu rumah 8 orang dan sebilik 2 orang. Memang best lah kan? selesa habis, ok jarak katil dan katil jauh tau. Kat tengah ade almari dengan meja study di tepi dinding dan ruang tengah tu kosong. Nama roomate aku waktu tu fizah dia budak kimia, fizah ni memang minat duduk tepi tingkap jadi dia request duduk tepi tingkap aku pun tak kisah, memandangkan aku duduk tingkat lapan. Agak seram nak duduk tepi tingkap, jadi aku duduk menghadap pintu bilik. Di sini memang aku selalu kena ganggu, pernah sekali aku study. tengah-tengah study tu ko bayangkan ade suara berbisik halus panggil nama ko, gila tak seram, memang seram habis tak cukup dengan tu, bunyi suara hilaian hihihihihihi… makin lama makin kuat. Aku pun cerita dekat fizah, dia memang lah tak percaya kan. Tapi ada satu hari waktu pukul 3 pagi dia tersedar dan dia pun dengar bunyi hilaian ketawa tu terus dia peluk aku, lepas tu kami sama-sama decided tido kat bawah ruang tengah tu, terketar-ketar kami baca ayat kursi. Malam seterusnya pun sama, waktu kami tidur kat bawah tu tiba-tiba beg tangan aku jatuh ke katil, bayangkan beg tu aku letak atas meja study dan sangat berat macam mana boleh jatuh ke katil kayu yang waktu tu tanpa tilam, sebab tilam aku dah angkat ke bawah. Aku ingat aku seorang yang tersedar, fizah pun sedar. Beg tu jatuh-jatuh banyak kali kat atas katil tu seolah-olah dibaling, tak habis dengan tu aku dengar suara hilaian yang kuat makin lama makin perlahan, waktu tu aku memang tak nak tengok sekeliling pun. Aku takut sampai berpelukkan dengan fizah, aku menangis dan berfikir apa salah aku sampai macam ni nak ganggu aku.”aku datang nak belajar bukan nak cari musuh” dan malam esoknya kami panggil seorang lagi kawan kami yang lebih warak utk sama-sama dengan aku dan fizah mengaji Al-Quran, dan lepas tu alhamdulillah aku dah tak diganggu lagi, hidup aku telah aman lepas tu.
Tapi ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Waktu aku praktikal di salah sebuah sekolah di ipoh, aku di ganggu lagi, kadang-kadang aku rasa benda ni macam dah ‘aim’ aku, sebelum ni aku just dapat dengar suara tapi kali ni aku dah nampak bayangan, ya Allah… dugaan apa lagi kali ni. sehinggakan kawan yang sama-sama praktikal dengan aku pun turut terkesan dengan benda-benda mengarut ni. Kawan aku ni, lebih senang aku nama kan dia sebagai ati, ati ni memang tak dapat dinafikan dia seorang penakut, dan aku pun tak pernah bercerita benda-benda mistik yang aku alami dengan dia. Masa mula-mula masuk rumah ni aku dah dapat rasa lain macam, dan ati pun nampak ketidakselesaan di wajah dia, kami duduk bilik berasingan memandangkan rumah ni agak besar. Ada tiga bilik semuanya, satu bilik yang lebih tu milik cikgu kat sekolah yang aku praktikal ni, tapi dia jarang balik dekat rumah ni, di sebabkan dah berkeluarga dia tinggal rumah suaminya. Rumah ni dia jadikan homestay ataupun rumah singgah bila ade program dekat sekolah memandangkan rumah yang aku duduk ni berhampiran dengan sekolah.
Bermula gangguan pertama yang aku dapat rasa, apabila aku selalu tersedar pukul 3 pagi setiap malam, mesti aku terdengar orang memanggil aku bahkan bunyi nafas manusia. Sejak tu aku dah rasa pelik dan yakin gangguan lama datang kembali, bukan kami tak buat bacaan yassin kat rumah ni, aku dan ati setiap kali lepas solat isyak mesti akan baca yassin berdua. Malam ke tiga yang aku tersedar tu aku dah tak tahan, aku lari ke bilik ati, aku ingat ati tertidur rupanya dia sedang duduk di atas katil dia sambil menangis. Terus aku buat-buat tanya kenapa, rupanya ati pun sama macam aku tiap malam di ganggu, cumanya gangguan nya dalam mimpi dan kerap kali di tindih. Dia juga mengatakan dia sangat takut apabila sering kali di ganggu. Aku terus tersenyum, bukan gembira tetapi aku dapat rasa peritnya hidup apabila sering diganggu. Janganlah sesiapa yang riak dan bercakap besar, aku insan yang sangat derita apabila jiwa selalu terusik menjadi insan terpilih. sambung kisah tadi, lepas dari kejadian tu, aku minta ati tidur di bilik aku, dialah insan yang selalu melayan aku apabila aku tersedar pukul 3 pagi. Guru pembimbing aku pun sama, dia pun sama merasai apa yang aku rasa, memandangkan dia guru bujang jadi kami selalu keluar lepak, apabila selesai tugas di sekolah. Pernah satu hari tu sekolah adakan program perkhemahan aku, ati dan guru pembimbing aku terpaksa jadi warden bertugas malam, jadi kami ingat nak keluar minum kopi untuk hilangkan mengantuk, dalam perjalanan balik tu kami nampak pocong berdiri di seberang jalan, aku fikir aku seorang yang dapat lihat, ternyata mulut ati pun terkumat kamit membaca ayat kursi, malah guru pembimbing aku pun terdiam tanpa bicara, ingatnya dah selesai rupanya di depan perjalanan ternyata pocong tu terbaring di atas jalan, tak sempat brek terus terlanggar. Pucat lesi muka guru pembimbing kami, ati pula memang mata terpejam mulut tak henti-henti membaca surah Al-quran, aku menoleh ke belakang memang tiada apa-apa di atas jalan raya, tapi masih terasa tayar kereta yang macam terpijak sesuatu. Nak gambarkan macam mana ek dekat korang, rasa dia tu macam korang langgar kucing or bangkai yang masih baru kat jalan. Bunyi dia “ekkk” macam tu. Dalam kereta kami bertiga hanya diam, bunyi radio saja yang menemani, masing-masing kelu lidah untuk bersuara. Tak habis dengan tu, sejak dari hari tu apabila aku tersedar pukul tiga pagi memang aku ternampak bayangan di sebalik tingkap, malah semasa aku melihat cermin memang jelas dalam anak mata hitam aku, aku ternampak pocong sedang berdiri di sebelah aku, sedangkan apabila aku lihat di sebelah memang tiada apa-apa. Aku termenung, dan memang rasa terganggu apa kaitan benda mistik ni dengan hidup aku? Siapa dalang semua ni? Kenapa aku insan yang dipilih? Apa dosa yang telah aku lakukan sehinggakan “dia” datang dalam hidupku.
InsyaAllah geng FS aku akan sambung lagi kisah ni dalam Misteri tak terungkai no 2… insyaAllah aku akan bercerita mengenai suspek-suspek utama dalam perkaitan misteri dengan zul, adi dan keluarga aku dalam misteri tak terungkai no 2…
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Ermmmmm
nenek pon ada pengalaman hidup nnt nenek kongsikan ye…
share nek share…. cu maira tunggu ni.. x sabo aihhh
hahaha…sabo yer cu…nek ni lama doh tak menaip cerita….
cu singkong pun ada pengalaman hidup nek.. tp cu singkong positip x nak cerita..
abg singkong share la juga.. meh kite citer kite je.. hahahaha
*pada suatu hari…….(sambung lekas)
di pagi yg dingin..
aku melihat keluar tingkap…..
Masih gelap.. aku tgk enpon “oh hari ni hari sabtu” aku pun sambung tidur balik
tamat la pengalaman hidupku dipagi sabtu….
hahaha sekian.. semoga anda d luar sana terhibur..
terhibur sangat ni abg singkong.,. nanti sambung citer lain pula ea??? maira is eksaited
mlm nnt kita sambung setori kita yg seram ni haha.. abang nak siap2 g dinner..
esoklah sambung.. malam ni maira bizi.. hahaha
Bizi apa? Dating la tu kan.. Haha
tak la.. maira bizi nak merambu dekat pasar malam. hahaha
oi..korang create story kat sini pula ye…hehehehe..aiseh camne nek bole terlepas pandang erk…
cu singkong belom cukup tua lagi macam nenek..uhuk2..mari bersila depan nenek…nenek cerita kan ye….
lantakla nak ckp ceq batak ka apa..cek first! jap baca jap..
Kedudukan anda telah dicaras. Kahkahkah
ciskek tokwan
Lain kali jgn komen panjang2, contohi komen aku..hahaha
Padahal baru pestime dpt komen first.
wah2 nak lawan nek ye…uhuk2
tahniah.. haha
macam dah baca
.. best story
ade gak yang komen macam pernah bace cerita ni.
macam dah baca juga. kat sini juga.
Pengalaman mendewasakan kita. nanti aku komen balik.. belum baca lagi. Sape nak buat summary silakan lah ye. hahahahahaha
hahahhaa…ni lagi teruk ni…pengalaman mendewasakan hidup..alih2 rupenya belom baca…hahahaha..pandai cu F.F buat lawak ea…
hahahahahaha cu busy nek. Tak sempat nak baca. Letak komen je dulu lepas tengok tajuk nye. hahahahahha.
Selamat petang, nek! Nenek buat ape untuk minum petang ni? hehehe
Bukan cerita ni,dah pernah publish ka Min?
Yeah,betui ah dah publish.
#MISTERITAKTERUNGKAI
da baca..harap yg next lebih serammm..kipidap!
Aku macam dah pernah baca. Ke macam mana?
Aku pon pernah. Dah publish dolu ni.
#MISTERITAKTERUNGKAI
No wonderlah. Mimin pening dengan korang agaknya ni sampai terpublish cerita yang sama. Lel
x jd sinopsis la Faz.. dah baca. hahaha
Mimin mabuk muruku tak habis lagi ni.
Hahaha.
Aku faham kenapa mimin macam ni haha
Kenapa DEMIN tu?
Mohon pencerahan.
torchlight ke spotlight?
sportlight stadium.. hahaha
Weh singkong ini punchline tak sesuai untuk lelaki hahaha
Laki ke? Haha aku tarik balik la.. Hahaha
tolong sinopsis kan….
Alaaaaaa. Kahkah!
Maata ngantuk,otak tak boleh cerna ni.
Kau sinopsis kan untuk maira jap stoner haha
Tak boleh der. Stone ni.
Kah!
Tak ajak nampak haha
Privacy weh.
IZZ FAZEEL!
I nampak komen you I terus tekan and what a surprise you dekat sini!
You tak check ke komen I dkt cerita you?
izz fazeel?? ohh faz ke? hahaha
Itu nama penuh faz hehew!
Manaaaa faz ni takkan dia tak perasan komen I.
Eh Luna. Dah pandai dah sekarang layan sini? I tengok dah tadi you jangan layan dia buat tak tahu je okay? Tak tahu dari planet mana datang menyemak dekat sini lagipun I malas nak comment sana macam budak budak kurang kasih sayang nakkan perhatian I tengokkan
Okay baik I tak layan dia.
I dah pandai dan faham main sini hehew.
rasa macam reread je. ke org salah?
Rasanye da pernah bc cita ni Admin..
First!
Hmmm aku taknak bace lah cerita ni
Berpuluh kali aku tegaskan tentang penggunaan perenggan dalam menulis.
cerita macam manuskrip kuno dah tak ada perenggan.
2/10
dah pernah bacalah cerita ni… yang penulis dia nama Sha lepas tu dia terkompius tentang nama arwah RIZ jadi HAFIZ…
Lepas kopi pasta dekat FS, buat perenggan balik. Memang perenggan akan hilang sendiri.
Harap Admin boleh Fix
oppa!
Sarangheyo
Papa !
da prnh post ni.. (Riz bukan Hafiz)
sinopsis setori..
setori ni berkisahkan tentang pengalaman hidup penulis yang bernama Sha90.
Sekian..
sekian.. wassalam
ringkas dan padat kan..
maira bagi 10/9….
uiii lebih point tu maira.. haha
**nmpk x bakteria ungu abang singkong da apgred?
nampak.. dia dah ade moustache
test3
Testing accepted
hahaha…tq2
testing rejected
hahahaha.. x bole la reject tnpt sebab
amende ko cerita ni weh hahaha aku tk paham .
Blh tahn LA cite ni
Hurmmm… cm penh baca jr citer ni… kopi susu ke…?:-(
Nice..soalan..ayah kau masi lagi ke bersama dengan mak tiri kau.. second..dalam keluarga..adik beradik yang lain x kena ganggu ke..?
kak mami scroll pastu sempat baca ekkkk je.. bestt!! sebab kata ni da penah keluar so tanak baca.. semua cita dari yg first kua da baca.. saja nak semak kat komen..
Rasa cam da publish cite ni.. Cuma tajuk je lain…
Tak sabar nak tunggu sambungan cerita ni… best… jalan cerita pun senang paham…
cepat submit sambungan ni ye..
cerita best.
admin story ni dah pernah up la sebelum nii
asal macam pernah bace cerita ni ? dejavu kah aku ?
Baca kat mana hafiz meninggal ? Nak jugak baca . Sebabkan perempuan 2 kaa
nak tau jgk bila meninggal sbb trtunggu tunggu sambungan dr penulis
hurmmmm…. okay la cite ni
mcm penah bace la cite ni , penah share dkt mane mane ke sebelum ni ???
Sebelum baca cerita ne,aku baca komen dlu tp bila kat komen kata cerita ne dh pernah publish,aku terus tak jadi baca dh ahahaha
Pernah baca dah citer ni
kesian kat ko… ko comel x…
Asal cerita ni dah macam pernah baca je . Campur campur
Pengalaman hdup sha… ok… mcm pernha dibaca tpi di mana yaa
?
best.
tp ramai ckp dh penah baca.
ade sambungan x ni
Ngak sabar mau nunggu part 2