Pengalaman Lain Di Kolej Kediaman 7

Assalam admin. Selepas membaca cerita kisah kk7 itu, saya rasa dia satu U dengan saya dulu. Rupa rupanya bukan saya seorang yang kena. Saya pun berkongsilah pengalaman saya ,tapi di kolej berdekatan, the third third third third(cheers). Saya dah grad lama dah.

Nak dijadikan cerita.. pada satu malam ni ketika second year. saya masih la belum tido.. tengah lepak2 ngan kawan2 and masih buat keje2 gila.. biasa la kan.. student dok asrama.. semua lelaki pulak tu.. so banyak la project kitorang.. tengah seronok2 berbual, melepak2ni, tiba2 kami terdengar bunyi bising kat bilik sebelah…. masa tu dok bilik hujung.. dipisahkan jauh dari toilet.

Kita orang yang senior ni ingat ada junior tak tido lagi, memang nak kene la.. huhuhuh (garang).. atau ada apa2 masalah la.. terus la kitorang nak pg tengok.. apa dah jadi.. masa tu kan samseng.. hahahaa.. so bila kitorang sampai kat bilik diorang.. lampu dah terpasang.. seluruh bilik.. terang benderang.. and diorang(ada budak bilik lain) dok berkumpul atas lantai dengan tilam yang diturunkan.. duduk keliling seorang junior yang tengah terbaring pucat.. and diorang semua duduk keliling tapi mengadap keluar.. ada yang pegang yassin.. ada yang baca yassin.. ada yang dok peluk lutut.. macam2 la.. tapi semua muka pucat …mula2 nak marah terus tak jadi..

Bila kitaorang tanya.. ape masalah?.. ape jadi?.. so salah seorang tu cerita la.. masa tu dalam kul 3 pagi dah.. semua memang dah tido la di katil masing2…. lampu memang dah switch off.. cuma limpahan lampu koridor je yang menerangi sesetengah tempat.. tiba2 budak yang terbaring tu terbangun sebab dia dengar pintu terbukak.. dia pun pandang la arah pintu . masa tu dia nampak sesusuk tubuh seperti perempuan dekat pintu tu.. tak nampak sebab cahaya tak begitu terang

Dalam masa dia mamai2 tu.. dia nampak sesusuk lembaga tu jalan ke arah katil dia.. masa tu dia dah rasa lain macam tapi takde la sampai nak menjerit ke.. dia cuma dok relax.. pastu lembaga tu macam berdiri sebelah katil dia.. dia dok katil bawah.. lembaga tu macam cakap2 dengan member dia yang kat katil atas (slow2 je) ..
lepas 2-3 minit macamtu.. lembaga tu membongkok dan terus dekatkan muka dengan dia

Muka dia buruk seburuknya.. and dia tanya “dik, kenapa orang atas taknak bangun” dia punya terkejut.. sampai tak boleh keluar suara.. dia terus berpusing sampai jatuh dari katil.. dia kejut orang katil sebelah dengan muka pucat lesi.. lepas tu bila tengok balik perempuan tu dah takda.. so bila dah bising2 tu.. semua orang dikejutkan.. time tu la kitorang dengar bunyi bising2 sebab diorang sibuk tarik tilam turun atas lantai.. sebab tak ada siapa yang berani tido kat katil masing2 malam tu.. esoknya budak yang kene sakat tu demam seminggu, balik kampung..

Nasib baik dah third year

7 thoughts on “Pengalaman Lain Di Kolej Kediaman 7”

  1. Saya dulu pn budak third college. Masa tu tahun 1. Tengah sedap tidur saya terjaga. Terus terdengar tingkap nako di hujung kepala saya dibuka.
    Pelik jg sapa yg buka. X berani saya nk buka mata. Asrama ni atas bukit. Sapa yg rajin nak panjat bukit curam tu. Nun di bawah ada kedai makan ‘sahur’.
    Pagi esok saya bangun mmg sah tingkap saya dibuka mlm td. Bukn mimpi la.

    Reply

Leave a Comment