Pengalaman Penulis

Assalammualaikum dan terima kasih pada Fiksyen Shasha yang membenarkan kisah saya menjadi bacaan pembaca . Tanpa anda siapalah #east . Kisah kali ini tak berapa seram tapi berkongsi pengalaman mistik sepanjang menulis karya karya untuk tatapan pembaca .

Aku memang suka menulis tapi bidang kerja ku berlainan . Kenapa aku suka menulis ? . Sebab perjalanan sesuatu cerita itu bila kita mendalami , cerita itu pasti akan sampai pada pembaca . Dan setiap komen komen yang di tinggalkan buat aku bagai tak percaya . Sedikit demi sedikit , pembaikan jalan cerita dalam penulisan aku bertambah baik . Dari pengakuan , dari pengalaman aku dapat menghasilkan karya . Tapi aku bukanlah penulis cerita novel jiwang , Impian ku hanya satu . Novel Seram menjadi pilihan . Seringkali kita di momokkan dengan kisah seram menakutkan dan dari situlah saya menulis kisah mistik yang ada pengajaran . Kerana bagi saya mistik itu universal , terlalu luas dan kadang kadang kita sendiri pun tak faham .

Kisah ini terjadi baru lagi . Aku mula hantar karya Fiksyen Shasha dalam 2 , 3 bulan yang lepas . Kerana karya Lagenda Imam Hafiz dan mendapat komen yang positif . Buat aku lagi bersemangat . Pembaca tidak mudah untuk memberi sesuatu karya itu rating yang cukup baik dari segi pandangan aku la . Kisah Ramadhan Bulan Keinsafan di buat sebelum bulan puasa lagi . Ada kisah di sebalik pembikinan . Aku tak ada deria keenam tapi aku boleh rasa benda tu ada . Apatah lagi isteri aku masa mula mula masuk rumah cakap nampak kelibat kak pontianak baju putih melintas melayang dari dapur masuk ke bilik peti ais . Terus aku azan satu rumah dan keadaan tak menyeramkan pun . Kawan aku bab benda ni tahu sikit , katanya oleh sebab rumah aku paling hujung dan berdekatan dengan tangga itu memang tempat lalu dia . Hek eleh lalu lah belah luar ini pergi lalu dalam rumah apahal tak pasal pasal isteri aku seram .

Kisah ini masa aku tengah menulis kisah Jamlus Ular Tambatan . Aku kalau menulis wajib ada air , yang penting bukan nescafe . Sebab aku akan mengantuk kalau minum nescafe . Air nescafe aku letakkan di sebelah kiri bawah , aku nak ambil untuk minum aku tengok dah tak ada . Aku pun pelik . Rupanya terkalih belah kanan . Tiba tiba bunyi shhh shhh atap siling rumah , terus aku berhenti menulis untuk dengar betul betul . Dari siling hadapan rumah betul betul ada benda menyusur sehingga ke tingkap . Lepas tu ia patah balik dan kedengaran bunyi burung burung berkicau dekat area tingkap . Di rumah ada lubang untuk selenggara , berbekal semangat aku pun amik tangga dan tengok sendiri . Allahuakbar keadaan sunyi sepi seakan tiada hidupan pun , tiba tiba bulu roma aku naik . Bunyi menyusur berada di belakang kepala , perlahan lahan aku turun tak toleh belakang dan aku terus membaca ayat kursi . Bunyi menyusur hilang serta merta .

Mungkin benar kata kawan ku , rumah ku mungkin laluannya . Kisah yang berikutnya sewaktu aku menulis kisah Kucing yang tak aku hantar lagi pada Fiksyen Shasha . Tingkap aku buka untuk mendapatkan perasaan seram . Aku tak risau dan takut sebab salah satunya matlamat aku nak buat satu kisah berdasarkan pengalaman ku . Seperti biasa air teh tarik 3 dalam 1 menjadi pilihan . Aku meneruskan penulisan sehingga la perkataan kucing berbunyi tanpa henti . Perlahan aku dengar suara teriak kucing sayup sayup . Aku ingatkan oreng dan pitih mengiaw tapi bila di lihat mereka tidur dalam sangkar yang terbuka . Tingkap masih terbuka , bunyi mengiaw terdengar seolah olah sebatu bunyi nya . Apabila aku menghampiri tingkap , satu bau busuk menangkap di hidung bulu roma aku berdiri tegak . Aku segera patah balik ke kerusi untuk meneruskan kerja , aku tahu benda itu ada . Dari jelingan aku nampak di sudut kiri ada kain putih , sebelah mata merah memerhati . Dengan tenang aku menghirup air dan berkata
“Aku tak kacau kau , jadi kau jangan kacau aku . Aku bagi kau lalu jadi tolong lalu dan jangan kacau aku , silakan pergi ” Dengan nada yang berani takut takut .
Perlahan lahan , kain putih ke tengah tingkap sliding menampakkan kesemuanya . Aku nak lari tak boleh sebab kaki dah rasa keras

Ketukan di tingkap kuat berbunyi dan kain terbang melayang . Jauh bunyi kucing seakan akan dekat dan hilang teriak sekelip mata . Aku menarik nafas lega dan memberanikan diri berjalan menghampiri tingkap . Aku terlihat kain putih terbang dari atas ke atas rumah banglo yang berhampiran . Rumah ku di tingkat paling atas , kejadian yang aku tak boleh lupakan adalah ketika basuh baju . Pitih dan oreng aku lepaskan . Aku tersenyum melihat teletah oreng yang bermain di sekitar mesin basuh
“Oreng miaw tepi . Tuan nak basuh baju jangan kacau babab nanti” kata ku
Oreng segera memanjat di tepi mesin dan naik ke atas batu . Melihat aku tanpa berbunyi . Entah kenapa mata hitam nya penuh , aku jadi pelik
“Oreng dah kenapa tengok tuan macam tu ?. Rindu puan ke ? ” aku tersenyum
Tiba tiba Oreng berbunyi kuat membuka langkah untuk membuat serangan . Aku yang terkejut tersandar di cermin , pitih mengiaw dibawah bebunyi kasar seolah olah ingin bertarung . Perlahan Oreng ‘sebenar’ keluar dari dalam bilik dan turut serta mengiaw pada ‘oreng’ di atas batu . Aku dah mula gabra , kotak ku capai dan mencampakkan kearah oreng palsu . Oreng palsu lenyap terus berbunyi mengiaw yang kuat dan menyeramkan . Aku terus mendapatkan Pitih yang membantu ku . Terima kasih pitih .

Kucing ada kebolehan untuk melihat makhluk halus dan makhluk halus pun tak suka dengan kucing akan tetapi yang ini lain pulak kejadian yang aku tengok . Kucing oren sewaktu aku menulis kisah kucing di komputer riba . Aku menulis dengan teliti dan tiba tiba kucing oren entah dari mana muncul . Seakan akan bapa oreng dan pitih , untuk pengetahuan bapa oreng dan pitih sudah pun mati kerana sakit dalaman . Aku lihat tapi aku diam , Oreng dan Pitih seakan teruja bermain dengan kucing oren dan menjilat jilat . Kemudian berkalih pandang ke arah ku , dengan wajah yang tersenyum . Allahuakbar kucing tersenyum . Tapi aku hanya membalas senyum . Yang peliknya tiada langsung rasa takut tapi rasa seolah olah mesra dan ada ikatan , kira kira sejam kucing itu ada di rumah dalam bilik pitih dan oreng . Kucing oren keluar dan melihat ku tak berkelip , aku masih di meja masih menulis . Aku berpaling untuk melihat , perlahan dia ke dapur dan hilang entah ke mana . Rahsia mistik tak semua kita tahu , adakah syaitan ? . Aku sendiri pun tak tahu .

Banyak kejadian sewaktu aku menulis kisah kisah mistik tapi bagi aku jika kita tidak kacau mereka masakan pulak mereka mahu kacau kita . Lagipun mereka juga makhluk Allah SWT . Jin Islam yang bapa saudara ku jumpa memberi salam sambil memegang kepala dan mata kirinya kerana kebetulan melintas di hadapan rumah . Bapa saudara hanya menjawab salam kembali dan ia berlalu pergi . Kapasiti manusia 10 orang bersamaan 1000 makhlus halus jadi di mana mana pun pasti akan ada makhluk halus . Tak usah kita mencari sebab silap silap di hadapan kita ada makhluk halus yang kita sendiri tak nampak . Kesimpulannya , jangan biarkan rumah kita menjadi sunyi sepi seumpama kubur . Perdengarkanlah ayat ayat suci Al Quran . Dan ini penamat karya dari saya #east .

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

9 thoughts on “Pengalaman Penulis”

  1. assalamualaikum encik #east

    saya memang suka cerita imam hafiz tu. sangat best! hehe!

    encik #east memang berani la. siap boleh marah dengan kak ponti suruh dia pergi. dan saya pernah alami macam oreng. tapi versi orang la. bukan kucing.

    encik #east ore klate ko? nama kucing sangat unik. oreng and pitih…hehe

    Reply

Leave a Comment