Pengalaman Raya 2016

Hello FS. Cerita ni berlaku pada tahun ni juga. Raya tahun ni. Beberapa bulan lalu la kan. Kitorang buat open house raya lalu kat rumah nenek pada raya keempat. So diorang yang makcik-makcik ni bagi2 tugas nak masak apa termasuk la mak aku skali. Bagi kitorang yang remaja2 ni pula diberi tugas nak hias2 rumah dan potong bawang dan segala yang patut dipotong lah. So sampai tengah malam juga la kitorang bekerja tu. Mak Ipah ni pula diberi tugas buat lemang. So dia pun setuju lah memandangkan dia dah tahu dah mana nak cari bahan buat lemang ni.

Masa sibuk nak buat persiapan untuk openhouse ni ramai la yang tidur kat rumah nenek. Aku memang tinggal kat sana. So tak payah nak risau nak besempit tidur. Hehehe. Tapi ada juga lah beberapa sepupu aku yang tidur kat bilik aku. Yang umur2 aku lah atau yang sekepala termasuk la si Ila ni. Hah ingat lagi kan. Anak Mak Ipah. Biasalah banyak gosip. Hehehe.

Sebenarnya dalam banyak2 sepupu aku ni, aku yang paling pemalas. Malas kerja, malas itu malas ini and malas solat juga sebenarnya. Bukan tak tahu, tapi layan sangat malas ni. Hahaha. Mengaku juga aku. Dalam family aku ni, ada juga yang pandai ubat orang iaitu Makcik Ros (bukan nama sebenar). Kira dia ni diturunkan sedikit ilmu dari sorang ustaz tu. Makcik Ros ni kakak kepada mak aku dan Mak Ipah juga. Aku ni rapat dengan family aku sebelah mak aku jer. Sebelah ayah aku kurang sikit. So thats why aku banyak tau pasal sepupu sepapat aku sebelah mak aku. Ada yang lemah semangat ada yang kuat semangat ada yang pandai ubat orang.

Ceritanya mula pada hari openhouse tu iaitu raya keempat. So masa tu kitorang masing2 busy lah. Ada yang jaga bahagian makanan, refill makanan, layan tetamu, isi kuih dan sebagainya. Tugas aku ni kejap sana kejap sini. Tak duduk diam. Tambah lagi first guest yang datang tu geng aku. Hahh semangat diorang. So aku layan la diorang. Terlepas la dari buat kerja sikit2 tu hehehe. Tapi lepas tu sambung la juga buat kerja tu. Ramai yang tunggu lemang sebenarnya. Tapi Mak Ipah lambat sikit datang hari tu.

Mak Ipah tak sempat nak masak habis lemang tu so separuh tu dia bawa la datang rumah and sambung masak kat sana. Ada lah juga sepupu2 yang lelaki tolong bakar lemang tu. Tiba2 tengah kitorang busy2 tu, ada sorang sepupu aku (Mir bukan nama sebenar) bagitahu aku yang Mak Ipah kena rasuk. Aku ingatkan dia bergurau jer. Sebab muka dia tak serius sangat. Aku nampak la sepupu2 aku tengah berkumpul kat tingkap bilik nenek aku. Bilik nenek aku ni ada tingkap yang tembus ke dapur. So aku pun curious la apa yang diorang tengok. Aku join la diorang sekali.

Aku nampak Mak Ipah tengah menangis sambil Makcik Ros aku tengah baca-baca surah sambil pegang kepala Mak Ipah. Mak Ipah macam kesakitan sangat masa tu. Makcik Ros masa tu juga tengah berinteraksi juga dengan ‘benda’ tu. Dia suruh ‘benda’ tu keluar dari badan Mak Ipah. Tapi Mak Ipah hanya mampu nangis jer. So memang betul la dia kena rasuk. Tapi mana pula dia dapat benda tu.

Tak lama lepas tu, Makcik Ros teruskan baca apa yang patut. Dan Pakcik Jo(adik bongsu mak aku merangkap adik Makcik Ros dan Mak Ipah juga la hehe) juga bantu Makcik Ros. Sambil tu mereka pasang juga lah surah ruqyah kat radio Makcik Ros. Tak lama kemudian Mak Ipah muntah, tanda ‘benda’ tu dah keluar. Tapi Mak Ipah muntah lima kali. Lepas tu baru lah dia ok dan stabil. So Makcik Ros tanya macam mana boleh macam tu. Then Mak Ipah bagitahu, masa tu dia nak ambil beras kat stor bawah tangga.

Rumah nenek aku ni dua tingkat. Ada dua tangga. Satu tangga kat luar satu lagi di dalam. Tangga yang Mak Ipah cakap ni tangga di dalam. Sebab bawah tangga tu jer yang ada stor. Masa dia nak ambil beras tu dia nampak ada kelibat tengah duduk membelakang. Tapi dia buat tak tahu jer. Dia teruskan niat nak ambil beras tu jer. Lepas keluar dari stor dia rasa pening sangat. Dia nak bagitahu apa yang dia nampak tu kat Makcik Ros tapi masa nak bagitau tu dia nampak semua org lain macam dah. Dia dah tak nampak muka.

So dari sana dia dah tak ingat dah apa jadi kat dia. Dia kata dia nak lawan tapi tak mampu. Rasa sakit sangat. So keadaan dah makin okay lah. Petang tu aku jalan pergi openhouse rumah kawan aku. Memandangkan dah tak busy sangat so aku jalan la. Sebab kawan aku tu pun ada datang rumah juga. Aku hilang kejap lah dari rumah. Hehehe

Dalam pukul 7 lebih malam, aku sampai rumah. Diorang dah start kemas dah. Aku tolong lah apa yang patut. Lepas tu aku join sepupu aku yang lain lepak kat ruang tamu. Semua keletihan tapi borak2 kat ruang tamu. Tak lama lepas tu, cousin aku(Nat bukan nama sebenar) anak kepada Makcik Ros tiba2 bisik kat aku. Dia cakap Kak Lin (bini abang sepupu aku, kira kak ipar la juga kan) lain macam. Setahu aku, Kak Lin ni pun ada sixth sense. Tapi dia jenis yang lemah semangat juga lah.

Aku nampak Kak Lin menangis sambil tutup muka guna tudung. Abang Z(sepupu aku suami Kak Lin) tengah tenangkan dia. Kak Lin cuba nak bagitahu Makcik Ros tapi dia tak mampu. Dia cuma cakap ‘aku ambil plastik tadi’ sambil matanya kelip2. Entahlah aku pun tak tahu macam mana nak explain. Tapi Makcik Ros macam dah dapat tangkap dah apa yang berlaku. So dia pasang surah ruqyah tu kuat2. Kak Lin pula dibawa ke bilik nenek.

Kali ni ‘benda’ yang kat dalam Kak Lin tu berinteraksi dengan Makcik Ros. Aku tak berapa dengar dengan jelas. Yang pasti ‘benda’ tu cakap bahasa kami. Aku tak boleh bagitahu lah bahasa apa yer. Tapi aku tak faham. Sepupu aku yang lain pun tak faham. Yang faham tu yang orang2 tua jer lah. Yang muda2 ni tak faham. Hehe. Lepas selesai, barulah Makcik Ros cerita kat kitorang. Kak Lin terkena benda tu masa dia nak ambil plastik dekat dengan stor. Stor yang sama Mak Ipah masuk tu.

Kitorang dah hairan ada apa kat stor tu sedangkan selama ni kitorang tinggal sana tak ada apa-apa pun pernah berlaku. Makcik Ros teruskan cerita. Lepas Kak Lin ambil plastik dekat stor, dia dah rasa pening. Dia dah tak ingat dah lepas tu. Lepas dari ambl plastik tu, pandangan dia dah lain macam dah. Dia tenung orang macam tak puas hati. Aku perasan perkara tu. Sebab dia ada jeling aku skali tapi aku buat tak tahu jer. Haha.

Masa Makcik Ros berinteraksi tu, dia tanya kat ‘benda’ tu kenapa kacau Kak Lin. Then benda tu jawap dia tengah tunggu orang yang dia senang nak masuk and dia nampak Kak Lin. So dia ‘masuk’ masa Kak Lin ambil plastik tu. Dia sedang bersembunyi kat dalam stor dan tunggu orang yang dia boleh ‘masuk’. So benda tu lah yang Mak Ipah nampak sedang duduk tu. Then Makcik Ros tanya dia nak apa.

Dia cakap dia marah kat perempuan tu. Makcik tanya perempuan mana. Then ‘benda’ tu cakap. ‘Perempuan tu kacau tempat aku dan dia bunuh anak-anak aku. Aku nak balas dendam’ baru lah Makcik Ros faham. Rupanya ‘benda’ tu maksudkan Mak Ipah. Tapi masa tu Mak Ipah dah balik rumah dah.

Makcik Ros meminta maaf kepada ‘benda’ tu namun ‘benda’ tu masih berkeras. Dia cakap nak balas dendam. Makcik Ros suruh benda tu keluar kalau tak nanti Makcik Ros yang akan bertindak. Then benda tu nak tempat dia ‘disejukkan’ semula dan dia nak Mak Ipah yang buat. Sebenarnya aku pun tak faham sangat benda2 ni tapi menurut orang dulu2 memang begitulah caranya.

Tempat yang Mak Ipah cari bahan lemang tu sebenarnya tempat ‘benda’ tu. Mak Ipah tak sengaja memusnahkan tempat mereka dan membunuh ‘anak-anak’ benda tu. Jadi Mak Ipah kena jalankan syarat yang diberikan oleh ‘benda’ tu. Kalau tak, dia akan datang lagi. Selepas itu Makcik Ros menyuruh dia keluar dari badan Kak Lin. Nasib baik ‘dia’ tak berkeras. Mungkin ‘dia’ cuma nak sampaikan pesanan tu.

Selpas itu Makcik Ros terus memberitahu hal itu kepada Mak Ipah dan keesokan harinya Mak Ipah pun membuat perkara ‘menyejukkan’ tempat yang tidak sengaja diganggunya itu. Melalui gambar2 yang dihantar oleh Mak Ipah semasa dia sedang membuat lemang itu di group family whatsapp, rupanya banyak ‘benda’ di tempat tersebut. Banyak yang kelihatan di gambar seperti muka orang tua dan muka2 yang pelik.

Semasa gambar itu dihantar, ahli2 yang ada dalam group tu nampak gambar tu menarik. Kecuali Kak Lin. Masa Kak Lin melihat gambar tersebut, katanya gambar tu pelik dan lain macam. Rupanya betul. Lepas kejadian tu semua barulah kitorang perasan gambar tu. Seram gila bila tengok. Then semua pun serentak delete gambar tu dari fon masing2.

Hah pengajaran kat sini, kena sentiasa beringat. Kalau nak pergi mana2 atau nak ambil sesuatu dari satu tempat tu, kena minta izin dulu terutama kalau tempat tu kawasan hutan dan sungai. Sebab kat tempat tu lah yang selalu berpenghuni. Dan jangan lupa baca doa terlebih dahulu. Benda ni ada kat mana2. Alhamdulillah lepas kejadian tu dah tak ada gangguan dah. Sekian assalamualaikum

7 thoughts on “Pengalaman Raya 2016”

  1. aku pun syak bahasa jawa. tak boleh tahu kenapa pula? adoi.

    tempat ni mana2 pun memang ada benda dan tanamlah keyakinan yg semua tempat dekat dunia ni Allah yg punya dan jaga. tak payah minta izib dkt benda tu yg tak ada kuasa pun sebenarnya. aku nak terangkan pun susah. huhu. ada baca dulu dekat srt khabar pasal kes budak yg hilang dekat hutan.

    Reply
  2. Assalamualaikum..kita kt atas dunia ni berkongsi dengan makhluk yang kita X nampak,jadi bila kita nk pergi sesuatu tempat mesti kita berhati hati takut kita menganggu tempat mereka,cukup sekadar memberi salam dan membaca bismillah, X perlu la mintak izin sampai tahap ucapan bersifat syirik,walau bagaimanapun yg penting apa2 pn berserah jela pada Allah..

    Reply

Leave a Comment