Assalamualaikumm…. Hai, nama aku Izz. Jantina perempuan. Hahaha Okay, pertama kalinya terima kasih kepada admin kerana sudi kongsikan pengalaman seram yang aku alami ni ketika saya sedang menuntut di sebuah universiti di Kota Samarahan, Sarawak. Universiti apa tak perlulah aku sebutkan, tapi rasanya anda semua tahu kan?
Baiklah.. Sebenarnya pengalaman yang aku alami ni bukanlah di dalam kawasan universiti tersebut, tapi diluar kawasan.
Okay… Macam mana nak mulakan ya? Macam ni… Aku merupakan salah seorang ahli jawatan kuasa untuk majlis anugerah pelajar cemerlang pada hari tu. Aku seorang pelajar tinggal di luar kawasan universiti jadi aku kena guna pintu pagar belakang lah untuk ke dewan dimana majlis tu berlangsung. Kebetulan hari tu cuti dan roomate aku pulak balik ke kampung dia di semenanjung.
Nak dipendekkan cerita, event tu mula pukul 8 malam, tapi kami ajk dah kena ada dekat dewan pukul 6.15 petang. Tak kisahlah sebab masa ni memang tak ada apa apa yang berlaku pun..
Majlis tu selesai dalam pukul 11.45 malam. Tapi kami ajk tak dibenarkan untuk pulang lagi sebab ada post-moterm (macam mana tah nak eja) selepas majlis, sebab macam-macam masalah yang berlaku sepanjang majlis tu berlansung. Pasal multimedia lah, agihan makanan lah, makanan tak cukup lah.. Bla.. Blaa sampai pukul 1.30 pagi. Time tu aku dah cuak dah sebab aku memang tak ade kenderaan. Untuk pengetahuan, universiti ni sangat besar dan jarak dewan besar ni dengan asrama kediaman sangat jauh. Dan untuk aku berjalan ke sana dan ketuk bilik kawan aku malam-malam buta memang bukan idea yang baik.
Tapi nasib baik ada senior yang satu kos dengan aku ni baik hati nak tumpangkan aku. Dalam hati aku dah bersyukur sangat dah. Maklumla tu kali pertama aku join ahli jawatankuasa bagi majlis besar dan aku tak kenal siapa-siapa pun dikalangan ajk tu. So ketua ajk aku dan senior aku tu pun bawak la aku balik.
Kat sini laaa bermulanya… Nak sampai ke rumah tumpangan aku tu ada dua jalan. Boleh lalu jalan dalam universiti atau jalan luar. Sebenarnya rumah sewa aku ni dekat je dengan universiti, sebelah pintu je, tapi memandangkan dah lewat so faham-faham la ya… Okay teruskan.. Disebabkan ada lagi seorang penumpang tinggal dekat rumah sewa yang berbeza dan lagi dekat dari rumah aku, so abang tu hantar dia dulu, dan terpaksa guna jalan luar.
Untuk sampai ke rumah aku tu kena guna satu jalan kecil yang macam lorong sebuah perkampungan kecil. Jalan tu memang sangat gelap dan lampu jalan pun samar-samar je. Tengah-tengah kami borak dan senior tu tanya aku macam-macam soalan, tiba-tiba kami nampak satu bayang dekat depan, macam anjing tapi tinggi, nak kata sampah macam merangkak.
Sampai je dekat dengan bayang tu….. Depan mata aku, aku nampak satu makhluk, macam cik lang, tapi lelaki, separuh badan je, dari perut ke kaki dia hilang, aku memang nampak mcm usus dia terburai-burai. Merangkak-rangkak. Sumpah time tu memang meremang bulu roma aku, memang naik. Dahla aku duduk sorang-sorang dekat belakang.
Bila kereta kami lalu je melepasi dia, aku boleh nampak dengan ekor mata aku, benda tu pandang kami, kepala dia tu ikut pergerakan kereta kami. Abang tu bukan main lagi speed time tu. Paling aku tak boleh blah, ketua ajk aku tu, sempat je dia tegur. “Eh apa tu? Seramnya!! ” sampai senior aku tu jerkah dia suruh diam.
Sampai je dekat rumah aku memang aku terus masuk bilik, tak jadi nak mandi. Bilik mandi rumah aku tu jauh jugak dengan bilik aku dan aku memang tak berani. Dan malam tu aku memang tidur tak tutup lampu. Walaupun aku tak suka. Tapi takut punya pasal…. Dah la roomate takde.. Dugaan betul.. Tapi alhamdulillah aku tak demam.. Tapi trauma jugak la nak keluar malam. Aku ni dah la suka keluar sampai malam. Hahahaha… 3 hari aku tak boleh lupa bentuk makhluk tu. Serammmm
Okay lah.. Itu je.. Aku tau mungkin tak seram tapi bila pandang depan mata.. Huiishhhh memang seram gila. Sampai sini je la.. Bye, Assalamualaikummm
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Uitm samarahan ni
pendek sgt cite nye
teu ngarti aing mah bahasa malayu, susah di cerna..acak acakan..
UNIMAS ni, jln pintu belakang tu mmg gelap gila dan trkenal dgn crta2 seram…sbb kmi sndri pernah lalu jln tu lewat malam, meremang wei….tkda org berani lalu jln tu even polis bantuan Unimas pun tak berani nak meronda di jln pintu belakang tu mlm2…