PENGALAMAN VILLA NABILA
Assalamualaikum admin dan kawan2 sekalian. Tq kepada admin FS sebab publish cerita aku, tiba² ringan pula tangan ni nak taip pengalaman aku sendiri. Harap2 korang smua janganlah kecam aku. Aku pun firstime nak menaip cerita panjang2 macam ni. Nama aku Sasya (bukan nama sebenar) dan aku perempuan. Macam tajuk di atas, ini pengalaman aku dan kawan2 pergi ke Villa Nabila yg terletak di Johor Bahru Cerita ni sebenarnya pengalaman yang berminggu2 tapi aku skip jadik satu hari je). Perbuatan kami memang salah sebab pecah masuk Villa Nabila tu. Kalau nak tahu, kami lah penyebab Villa Nabila ni famous balik time 2013 tu, ala yang pasal budak 30 orang hilang lah, pasal Seorg kawan tu hilang dan lain2.
Memang tiap2 hari sabtu (time tu cuti kat JB masih sabtu ahad) aku akan ke CS (city square untuk berjumpa dengan kawan2 yang stay jauh2. Aku pula dari Pasir Gudang. So aku dan dua tiga kawan aku pergi ke CS dgn menaiki bus dan dapat kebenaran dari ibu bapa, cuma aku ni degil sikit so kadang2 ahad pagi baru balik rumah, huhu. Nak dijadikan cerita, satu hari kiteorg lepak ramai2 dekat kedai makan Di Segget (dulu2 sebelum dijadikan longkang besar). Jam kat tangan dah pukul 9malam. Nak balik pun bus dah tak ada. Aku pun call mak untuk bagitahu malam ni tak dapat balik dan tidur rumah kawan. Maafkan aku mak ,huhuhu. Bila dah bosan taktahu nak buat apa, mula lah seorang kawan aku ni bukak cerita pasal Hantu2 ni, mulalah terbukak cerita pasal Villa Nabila.
“Korang tahu tak, kat JB ni pun ada satu rumah seram”, kata Ali (bukan nama sebenar) kepada kiteorg.
“Hmm seram sangat ke rumah tu?. Kat mana? jauh ke?”, jawab salah seorang daripada kami.
“Tak jauh, depan lido tu jek, Orang gelar rumah tu Villa Nabila…”, si Ali pun cerita dengan panjang lebar pasal Villa Nabila ni, yelah macam semua orang tahu, yg Nabila ni kene bunuh dengan orang gaji dia lepastu kene simen kat dinding dll. Tapi tetiba si Ali ni stop kejap dari bercerita and gelak kecil, lepastu dia sambung cakap yang sebenarnya bukan Villa Nabila yang seram, tapi rumah atas bukit yang dekat sebelah Villa Nabila tu yang seram. Orang panggil rumah tu rumah doktor.
Aku tak ingat siapa yang bersuara tapi ada yang merancang untuk kesana. Walaupun ade yang x setuju sebab lemah semangat, tapi semua yg x setuju tadi semua ikot hihihi. Kene hasut dek hasutan member2 lah ni. Kami merancang gerak dalam 10pm, sebab kami jalan kaki, lagipun Ali suruh kami lalu jalan dalam sebab tak banyak kereta dan polis peronda, takdelah separuh jalan dah kene angkut huhuhu. Gerak lah kami dalam pukul 10:30pm. Biasalah janji melayu, berkumpul ramai2. Ali ni kira leader group Cik Abang Kiah ni lah haaha. Ali suruh kami cam satu sama lain, yelah supaya tak ada yang terkurang atau pun terlebih. Dalam 20-30 orang macam tu yang sertai group Cik Abang Kiah ni.
Dah lah peluh2, Jalan pun diterangi lampu jalan dan pokok besar yang sudah bertahun2 lamanyaaa kat situ. Dah separuh jalan aku nampak macam ada satu kawasan berpagarkan daun (x pasti daun ape). Aku tanya asal gelap sangat kawasan tu. Si Ali ni macam endah x endah je soalan aku, dia suruh kiteorang yang perempuan ni jalan je jangan banyak bunyik. “Lahhai Aku salah tengok ke ni? Tu kan kubur. Ali ni siut lah, asal xnak bagitahu awal2”, Alia berkata. Dalam hati aku “what?? kubur?! wtf”. Kami yang perempuan ni takut Allah saja yang tahu. Tapi mata aku ni meliar jugak haha.
“Eh ni pintu masuk kubur ni, Aku challenge korang masuk dalam ni, aku masuk dulu aku tunggu kat pintu keluar sana. Siapa sampai sebelum 10minit aku belanja makan”, geng Abang kiah bersuara. Takutnya kami (geng perempuan) masetu. Dalam kawasan kubur tu memang gelap gelita, ada lampu jalan pun tak terang sampai ke dalam kawasan kubur tu. Nak taknak terpaksa lah kami lalu. Dgn freehair, dgn ade girls yang dah menangis tersedu2 dalam diam, Aduh. Apehal lah diorang buat challenge macam ni. Jam dekat pukul 11pm. Lupa nak mention. Kubur tu kubur mahmodiah. Dah separuh jalan masuk ke kawasan kubur tu, aku nampak lampu biru kelap kelip kat luar kawasan kubur. “Ah sudah, polis peronda tu, nyorok2!”, Ali bersuara. Kucar kacir jap suasana kat situ, sebab polis peronda ni berhenti kat pintu masuk kawasan kubur dan suluh2 kawasan ni. Kami semua sorok dibalik pokok besar dan sebelah kepok kubur. Bayangkanlah, dah lah gelap kene nyorok pulak, jangan ade yang hilang sudah.
Polis pun dah pergi, kami pun keluar dari kawasan kubur tu. Allah saja yang tahu leganya kami. Masa kat dalam tu ada yang acacah ade yang hijabnya terbuka. Taktau lah betul ke tak, sampai menari2 berkuda kepang pulak. Dah lah gelap, eh eh nak buat hal pulak. Ali pun tarik lelaki tu keluar cepat dan baca2 ape2. Kejap je dah okey dah lelaki tu. Huhu Allahualam. Kami pun teruskan perjalanan ke Villa Nabila. Sampai dataran kami rehat kejap. Duduk2, beli air, buang air, berbual2. Lepastu jalan lagi (Aku skip je sampai Villa Nabila k). Akhirnya, Ali cakap dah sampai. Aku pelik ni celah mana Villa Nabila nya. Dia cakap ni belakang rumah doktor. Kita lalu belakang so kita ni kira atas bukitlah. Kami rehat jap kat tepi jalan betul2 depan laluan masuk ke rumah Doktor tu. Rumah doktor tu tak nampak dari jalan, mungkin dalam lagi rasanya. Laluan pun rumput2.
“Okey jum, jam pun dah pukul 12:34am ni. Cantik kalau masuk mana tahu ada rezeki”, kata salah seorang lelaki kat group ni. Aku dah tak ingat siapa sebab dah 4 tahun berlalu. Laluan Ke rumah Doktor ni berumput, yang aku pelik lecak dan berlobang2. Habis selipar dan seluar kami basah2. Tak hujan tapi lecak. Cabaran dah ni. Dengan selipar yang berlecak, peluh2 pulak tu, sampai lah kami betul2 belakang rumah doktor ni, Ali suruh jalan supaya pergi ke depan rumah. Dia kata tak elok masuk pintu belakang, dah macam ceroboh. Pada aku masuk ikot tingkap pun ceroboh juga. Tapi dah takut ikut jekla.
Masa lalu tepi rumah tu takut memang takut, tapi taktaulah asal mata aku ni meliar semacam. Dah lah diterangi dengan lampu screen hp je (time tu takde flash, hp semua murah2 lagi). Dah sampai depan rumah doktor. Rupanya rumah ni betul2 berhadapan dengan jurang bukit. Ni kalau jatuh, mau golek2 sampai laut lido. Ali mengira ahli rombongan cik kiah yang ada, 1,2,3..28,29,? Dia diam. Dia terus tak kira dah. Malas nak amik tahu. “Assalamualaikum, kami semua datang sebagai tetamu. Nak tengok rumah sahaja.” Ali Memulakan langkah dengan bismillah dan ucapan. Hihi kami follow je belakang si Ali ni. Rumah doktor tu memang seram. Daun2 kering beterabur kat lantai.
Mulalah adegan rasuk merasuk. Taktau betul ke tak. Siti dah mengeliat2 kat lantai macam takde tulang. Dengan suara yang mengilai2. Baru setengah jam masuk. “Yang perempuan pegang kaki Siti tu!”. Ali tuang air mineral ke genggaman tangan dia, baca sikit2 lepastu sapu ke muka Siti. Siti dah macam setan dah time tu, tendang2 kiteorang. Aku sabar je minah ni huhu. Tetiba dia diam, pengsan agaknya. Ali suruh kiteorang angkat dia bawak keluar. Takut kene lagi. Yang lain masih nak ronda2 rumah tu. Aduh potong stim betul lah minah ni, len kali tak payah ikut. Abu pun dokong si Siti ni sambil kami follow untuk ke beranda depan.
“Asal besar sangat rumah ni, kat 10minit jalan tak jumpa2 pintu. Aku dah risau dah, baru rumah doktor belum Villa Nabila lagi. Tiba2! Kami dengar ade suara gelak mengilai. Aku syak ngilai tu datang dari bilik depan kiteorang ni. Gelap memang tak nampak apa. Abu ni dah lah dokong si Siti, naseb siti ni kuyusss. Kuyus2 pun basuh kuyup juga aku tengok. Abu suruh Alia suluh bilik tu, mungkin ade jalan keluar. Suluh je guna screen hp, Alia jerit bagai nak gila, mulut aku terkunci, satu badan aku seram sejuk. Apa yang aku nampak ialah muka yang hodoh!
Rambut panjang serabai sampai ke lantai, baju putih lusuh. Nampak segalanya walupun suluh pakai screen hp je. Lintang pukang kami lari. Jumpa pun jalan keluar, mungkin dia nak suprise agaknya. Abu pun pecut walaupun tengah dokong Siti. Sian dia kami tingal gitu je. Mengucap panjang Alia. Akhirnya sampai keluar. Kami duduk di tebing2 bukit diterangi cahaya bulan. Nampaklah muka masing2 takut pucat2. Siti masih tak sedarkan diri dan kami baringkan je dia atas rumput.
Ali and the geng, keluar dari pintu rumah doktor tu. “Takde ape pun? Bosan lah. Jom turun bukit ni, kita redah Villa Nabila pulak”.
“What? bosan? Kau buta ke ape? Siti dah macam ni, lepastu suruh kiteorang redah bukit ni pulak dah lah lecak. Confirm licin, kau gila lah Ali! Aku nak balik!!”, Tengking Maya.
“Kau nak balik? kau balik, kesah apa aku. Siti pun tak banyak bunyi, kau nak memekak pulak. Lain kali tak payah ikut,semak je.” Ali jawab tenang.
Semua diam membisu. Kami pun mula lah turun perlahan2 menempuh bukit yang licin. Si Siti ni dah sadar. Cuma lemah, tapi boleh je jalan. Aku tak paham sebenarnya, dalam 20-30 orang tu yang banyak cakap Ali, Aku, Maya, Siti, Abu, dgn Alia je yang pot pet pot pet. Yang lain diam bisu, tak macam tadi. Nyanyi2 lah pebenda tah. Mungkin diorg mengucap berzikir dalam hati kot. Bukit curam kami redah, tak sampai 15minit dah sampai tepi Villa Nabila. Habis luka2 tangan, baju kotor2. Sebab ade yang malas nak jalan turun satu2 kami gelongsor je. Pastu sakit tergelongsor atas batu huhuhu. Perit oii.
Kat Villa Nabila ni kami terpaksa masuk dari tepi. Sebab takda jalan nak kedepan. Time ni masuk je, bismillah semua takda. Hati smua dah dup dap dup dap pikir nak balik. Jam dah pukul 3am dekat 4am. Masa kami turun bukit tu kami semua dengar satu jeritan yang kuat, tapi sekali je. Macam nak jatuh jantung ni, tapi semua diam je. Kang tegur dia muncul mau golek je semua. Sempit Villa Nabila ni, semak samun rumput lalang. Gatal2 kiteorang. Time ni memang nak carik jalan keluar je. Tapi lagi sekali kami nampak cik ponti. Kalini dah takda diam dah, semua jerit dan berpecah. Dari 20-30 jadik belas2 orang je yang ada. Ada yang lari ikut tepi tingkap, Lari naik bukit balik. Yang lain tak pasti. Jalan punya jalan sampai lah bebelas orang kat ruang tamu Villa Nabila ni. Ada satu tangga yang rapuh untuk ke atas, tapi tak dapat nak explore dah sebab mata ni memang nampak segala2nya. Memang rezeki betul! Cik gula2 dekat atas tangga.B erlari kami keluar.
Finally, kami keluar dari Villa Nabila. Time tu Siti dah takda dah, mungkin dia ikot group lain semasa berpecah tadi. Kesah ape aku janji aku selamat sudah. Tapi belum habis lagi seramnya tu. Sebab Villa Nabila dgn jalan besar lido ade dalam 500m jaraknya. Lepastu penuh dengan semak samun. Nak taknak lalu jugak. Sunyi je jalan ni, walaupun dah subuh, azan pun tak dengar, mungkin tiada surau atau masjid berdekatan. Pokok2 tinggi menutupi awan. Kiri kanan atas tepi semua pokok dan daun, takde langsung cahaya bulan. Kami ikut je jalan tar yang sehala ni. Memang rasanya jalan ni jalan keluar.
Akhirnya, lampu jalan kat luar dah semakin nampak jelas. Bersyukur ya Allah. Tapi satu lagi cabaran yang ada, rupa rupanya Villa ni kene pagar guna Zink yang tebal tu. Pintu pun kunci guna mangga solek. Tak pasal kene carik pape nak panjat. Boleh tahan tinggi ni. Disebabkan tak ada benda yang boleh buat panjat, terpaksa lah seorang abang angkat kami ni dokong sorang2 bagi lepas. Dalam menunggu giliran untuk melepaskan diri, sekali lagi mata aku meliar. Aku pun taktahu kenapa. Aku dongak tengok atas aku nampak sepasang tapak kaki, maknanya macam ada orang gantung diri. Nak pengsan dibuatnya,n aseb baik aku bukan jenis lemah semangat. Kakinya pucat luka. Yang pasti yg tergantung tu perempuan. Terus aku mintak giliran aku untuk melepaskan diri. Memang kelam kabut aku. Aku taknak bagitahu diorang. Nanti semua nak lepaskan diri.
Semua dah lepas dari pagar tu. Aku pun beranikan diri dongak lagi ke atas. Memang ada lagi makhluk tu. Takkan diorang tak perasan? Hmm takpelah. Kami pun teruskan perjalanan pulang ke Segget. Lalu jalan besar lido tu. Time tu dah tak kesah dah orang pandang ke apa. Jam dah pukul 7am. Bus pun dah banyak lalu. Kami pun tahan bus dan naik sampai segget. Nasib ada duit sikit2. Huhu takdelah penat sangat. Bus pun beraircond sejuk. Tapi semua orang dlm bus tu memang jeling jijik ngn kiteorang. Dah lah basah2 kotor lecak,Busuk bau peluh, huhu lantak lah.
Rupanya kami lah group yang pertama sampai, yang lain memang tak ada kat situ, taktau lah balik ke, sesat alam lain ke, taktau. Kawan2 setempat aku pun tak ada. Kami pun berpisah say goodbye bagai dan gerak ke bustop bus masing2. Aku jelah jauh sikit sebab kene pergi ke JB sentral. Bus pg tak lalu depan lalu belakang. Aduh penat. Ingat lagi aku, sensorang dengan kotor sempat beli Cool blog dekat dalam jb sentral tu. Fuhh leganya dapat Cool blog. Aku pun menunggu bus kat bustand tu and balik rumah.
Sampai rumah mak dan ayah masih tidur. Aku memang bawak kunci. Masuk rumah mandi dan terus baring atas tilam. Badan ni lepak sangat. Jam time tu dah pukul 10am. Aku pun terlelap. Aku ada sadar2 juga mak bebel2 sebab aku balik lambat, tapi aku ngantuk sangat aku tidur je hihihi. Malam tu aku tengok berita tergempar pasal budak2 hilang, dipercayai masuk Villa Nabila. Mak ayah aku ade gak tanya aku, aku pergi ke tak Villa Nabila tu sebab dalam tv tu ade muka kawan2 aku. Aduh dengan gelisah berlagak tenang aku jawab je takde pun. Mak ngan Ayah pun buat bodoh jelah. Aku rasa diorang tahu aku pergi. Tapi bila aku selamat diorang malas nak bising2.
Berakhilah sudah cerita aku tentang pengalaman aku redah Villa Nabila ni, maafkan aku kalau kejap2 guna “kami”, pastu tukar “kiteorang”. Maafkan saya. Tapi tempat tu memang keras. Huhu Allahualam.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
awalnya cool blog bukak…sorry just curious
Aku pon pikir yg same.hurmmm
Coolbog 24jam mungkin ???
hati kering betul ye redah masuk sana ramai2. Ape kesudahan budak2 yang lain2 tu? dah lupe la cite ni dulu famous lepas tu ramai yang nak try masuk sana, siap ada yang buat cerita masuk astro lagi hahaha macam2 hal la. Korang xde ke buat reunion ? kot2 ade kisah masa kejadian tu ke boleh la sambung story part 2.
Klu x salah mak lampir…yg msk villa nabila ni suma bdk2 sek kan ??? Hadoi la bdk2 zaman la….mak lampir dulu ms kecik2 pun nakal gak…tp xda la sampai x blk rmh…blk lewat sikit pun, dpt la hadiah kasih syg dr pn emak…klu x kena dgn tali ponggang…dpt rotan….berbirat bdn 3 4 ari gak la …..
Moral of da story ..nk wat pepe…ingt muka mak bapak yer dik..haishh tak de keje tol lah korang ni..kecik2 jadi seekers dh…kitaorg pi camping lam hutan pn kalo bleh tdo nk peluk quran….Biasa la umah dh lama kena tinggal..n ada lak kejadian tragis so berkampung la jin/syaitan kt situ..sib baik ko slamat dik leh share citer hehe..jgn marah gurau je ^_^
oh… korang yg buat onar dulu ye…. aduii..
pastu wat xtaw je at mmber yg len…
crita pn xhbis…
yer la.. dulu ingat lagi mase tu.. kisah villa nabila ni famous dulu.. tpi rase nye dh ade org buat filem psal villa nabilla ni..sbb pernah nmpak kt pnggung wayang
adik, banyak lagi benda lain yg berfaedah nak buat. lain kali tak pyh la merayau sampai lewat malam mcm ni. pegi plk tempat yg bukan2. kalau ada yg tercedera mak ayah adik jgk yg susah hati.
Konon ada yg ilang, rupanya dia da kuah awl & lepak rumah mmbr dia… xpsl2 kne saman..
Konon ada yg ilang, rupanya dia da kluar awl & lepak rumah mmbr dia… xpsl2 kne saman dak tu..
Salam. Dik, ni daripada experience aku sendiri. 2013 punya cerita. Kat Vila Nabila (VN) aka Christine Palace tu sebenarnya takdelah sampai berhantu or angker yang melampau. I bet most of JBrean tak pernah masuk ke situ. Aku dgn member aku pernah overnight kat situ dari lepas Isyak sampai ke tengahari esoknya 2@3 minggu lepas kes korang buat hal kat situ. Apa yang aku nampak kat situ:
1. Dalam rumah (pontianak harum sundal malam berdiri tak bergerak2 kat bahagian belakang/dapur. Jenis tak kacau orang).
2. Kat luar rumah (2 orang budak kecik, budak perempian umur dalam 7-8 tahun duk main teng2 or lompat2 kat situ. Daripada malam membawak ke pagi tak berhenti2 main. Pun sama jugak jenis tak kacau orang.)
Member aku jenis mata buta tak boleh nampak diorang. And dia sendiri tak meremang bulu roma or seram. Kalau aku cerita kat dia masa tu aku rasa dia pun takkan percaya sbb dia jenis hati kering, main redah je.
The point is kat mana2 tempat pun sama & kes kat VN tu kira ok sebab jenis tak mengacau sesiapa.
Tapi dik, kau cerita yang kat kubur Mahmoodiah tu memang keras & angker. Situ memang angker tahap hardcore. Lalu saja pun dah piao mcm2 benda standby kat situ. Dengan suramnya…
Kes kat Vila Nabila tu jadi misteri sebab org overrated je citer dongeng. Yang sebenar2nya kalau ikut story takde pernah jadi pun orang kena bunuh or event berdarah kat situ. Situ rumah org kaya tu. Owned by someone that’s related to certain VVIP. Aku ni bkn orang Johor tapi fascinated dgn culture, food, & Johor itself.
perghhh, tabik spring laaa
tazzangkar writer pemes komen, kiranya yg digembar gemburkan cerita pasal VN tu, tokok tambah semata la?? huk alohh
p/s : aku memang #followhang encik #carlitorocker
amagad…..bila en. carlito rocker komen gitu. rasa cam nk p lepak VN sambil minum starbucks mocha frap jek…hahaha
Terima kasih #carlitorocker dgn penjelasan. Dan rasa baru smlm Mr. M aka laki Cindy aka yg sepupu sepapat kacak Mr. Jerry dan Mr. Sepul da komen da smlm kata tak nampak apa2 semasa lalu Villa Nabilla, tp nampak natang kat bukit bersebelahan.
By the way, minat sangat juga dengan #carlitorocker. Tgh tgu next story juga ni dr #carlitorocker. Cheers dan assalamualaikum 😀
Tuan carlito bila mau keluar cerita baru? Tak habis lagi kupas hantu2 kat malaysia ni.. Hehe..
oooo.. Carlito Rocker ni orang Johor la….
Terbaik bro #CarlitoRocker
wowwww.. Berani nya..
Btol carlitorocker, mahmoodiah mmg angker.boleh terangkn x jin jnis apa ni?badan hitam,rupa orang,merangkak tp laju mcm biawak lari.kaki tangan pn mcm biawak rasanya,pendek.sekali 2 ekor dtg nyerang time tu kat sana.
Salam. Carnage…Kepala botak tak? Ada 2 tanduk kecik tak? Boleh jadi hantu Bajang ataupun babi jadian. Babi jadian ni binatang kat alam ghaib sama macam binatang-binatang lain cuma versi upgrade dari binatang kat alam nyata. Dia menyerang tu bersebab…Mungkin kau ada something yang diorang nak ataupun kau dah langgar kawasan diorang. Ron7, story dalam draft tengah editing lagi.
Wsalam carlitorocker. Mse tu mlm,gelap tp benda2 tu lg gelap.bab tanduk tu xnmpak,tp rupa bentuk bdn,kepala mcm org.merangkak laju.kaki tangan pn prasannya mcm pendek dari saiz manusia.rsenye mungkin timbul dari tanah coz tetiba nmpk daun kering terbang2 mse dorg merangkak laju2 tu.maybe bajang kot.xnmpk bentuk babi.
Yup,mse tu tengah amik brg yg aku seal/buang/tanam kat sana coz ada urusan.ada jumpa permata batu hitam tp buang balik kat situ.mse dorg attack tu dorg langgar pagar,menggelitik pastu hilang.nsb bek time tu dh pagar diri & kwn.pastu kak pon atas kepala ketawa halus(jauh).dh makin bertambah yg dtg,ktorg pun baliklah dgn apa brg yg dh dpt(brg yg dbuang).maybe nak lepaskn mber dorg atau berkenaan batu hitam tu kot.
animal btol,bwt aku terperanjat smp gigil kepala lutut aku time tu.
Salam. Aku bab2 kena attack ni lemah ckit bro…Masalahnya kita yg boleh kena sakit. Ada org suruh kau amik barang kat situ ke bro? Bomoh? Takut trick bomoh je. Wallahualam.
Wsalam
Owh xlah.aku sndiri yg buang kat situ.bkn bomoh etc.aku pn bkn bomoh etc gak.just membantu yg memerlukan. Aku rasa animal tu bajang kot.
Publish cepat ron7,xsabar nk baca ni
tahun 2013 kot , aku ada gak pegi usha rumah niee , kebetulan aku pergi kenduri rumah membe aku , so yang dari KL 3 orang jea , yang lagi 3 orang memang orang JB , membe aku ajak pegi usha villa nabila nie, pastu nak masuk tanah perkuburan tuu , aku nie suke bab2 nie tapi penakut , so terrr eksaited laa sikit , tapii kawan aku kata tak payah laa, sbb aku terlampau eksaited so takut pape jadik.. last2 kitorg lalu jea depan villa nabila tuu , pastu balik hotel. puihkkk.
Bukan VN cuma ditutup pakai hoarding lepas budak-budak ni masuk ke? Sebelum tu memang sangat terbuka sangat gate depan tu. Btw, if ada anak cuba didik dia no matter what, balik rumah setiap hari. Sleepover pun kena pastikan tahu location. Mungkin zaman tu masih selamat, sekarang ni tak boleh dah galakkan remaja berpeleseran memalam macam tu. Manusia lagi menakutkan dari hantu.
Ya Allah dik.. Apela mlm2 kat situ.. duduk rumah bce buku utk exam or tgk tv kan bole.. Akak ni budak Larkin pn x de la mcm ni. Still jge tingkah laku.. Lg ske kua berjalan dgn parents dr dgn kawan2.. At least pape jd kat kte, ibubapa akn sentiasa jge kte.. klu dgn kwn2, nnt jd mcm ni la.. bila berlaku apa2 yg x diingini, semua cabut lari selamatkan diri sendiri. Benci btol akak klu ada membe selfish mcm tu!
perghh siap masuk dlm..akk ni baru lalu depan VN bln feb lps pn dh rs seriau..nk lepak lama wuihhh serammmm
Mcm ragu2 je cerita ni.. Setau aku pagar zink tu naik sebab kes budak hilang tu la.. Sebelum tu pagar depan tu mmg terbuka luas mcm dlm gambar tu.. Org JB boleh confirmkan cerita aku ni
yup lepas kes ni jadi baru pagar tu naik..takut ada org masuk lagi….tapi kalau ikut jalan lain aku rasa boleh masuk juga kot….
Pagar zink kn dipasang lepas peristiwa budak hilang kn? …sjek tnya..
Perghhhhhh….!!! Tp aku pernah gak smpi ke situ seblom korang semua smpi lg actually.Masa tu aku stay and keje kt JB.Mmng ada penampakan.Tp benda tu tak kaco org pon.And kitaorg plak bkn jenis ckp besar.Jd takde la benda bukan2 berlaku kt kitaorg.Try gi explore hotel yg dkt dgn penjara tu plak lepas ni.Katanya situ pon angker gak.
Akk penh dok JB dok lalu la depan tu umh org2 kaya2, tp x ambik tau sgt pasi villa tu…
X dak ka sapa crita pasai kembayan city tu… Dok sana x penh terkena…
kemayan city la ^_^ pernah dgr jugak cerita kat situ tapi dah lupa :p hahah
Ceritalah apa jadi kat kawan2 kau yang hilang tu.
aku musykil coolblog bukak awal gle ni dik.. ko yakin ke ko beli tu coolblog? muahahhaa
aku tak tahu kenapa aku boleh baca cerita ni dan comment sampai sini. aduhai. aku telah menghabiska masa dgn cerita kau yg tah hape2.
weii aku pun sama huwaaa
Aikk tak silap sebelom korang buat hal pagar zing tu xde kot… Ntah-2 pagar zing yg korang panjat tu antu galah… Ayok
huhu
macam banyak tipu lah cerita ni. coolblog bukak awal gila? sampai rumah mak ayah kau tak bangun tido lagi?
Cerita kau ni smell.like fishy tp best la
Menarik crito ko ni tp baru bca … tp kn stu je aq pelik . korng nk pegi sana mmg nk jumpa ‘kawan’ korng tu kn. Mcam mnziarah ‘kawan’ lama lh cmtu. Hbis dh jumpa knp plak lari . atleast tny la knpa dduk sini ..asal mna .. Ad gak pekdah pegi skni . and one more thing dh thu xde smngat setiakawan tu pndai2 la bwk sikit org. Ni kalah org bwk msuk mmning . Tp best r crita korng ni hrp lpsni lebih bijak la bila mmbuat kputusan huhu
Entah la
Moral yg aku dpt…
Jgan cri kwn mcm kau semua
Berpecah dan tak ambil thu🙄
X pernah ke terfikir if kau tinggal kn kawan kt belakang n something happen kt dia.. korg x rase bersalah ke?