Hi assalamualaikum.
Ini kali pertama aku menulis kisah seram yang berlaku pada diri aku, jadi aku memohon maaf jika jalan cerita tidak jelas atau tidak seram.
Baru aku tahu yang sebenarnya aku sudah ada penjaga sejak dari kecil bila gangguan yang aku terima sangat2 dahsyat pada umur 17 tahun.
Kisahnya bermula bila aku dapat mimpi pelik, dalam mimpi tu aku didatangi seorang nenek sangat tua, dan mengajak aku masuk satu rumah kampung, buruk sangat. Nenek tu pimpin tangan aku, aku taktahu kenapa aku ikut je nenek tu. Bila masuk dalam rumah, nenek tu menghidangkan makanan. Aku tengok dalam pinggan tu penuh ulat2 warna hitam,bau sangat busuk, berlendir dan nenek tu suruh aku makan. Aku taknak, dia suruh lagi. Sampai kali ketiga nenek tu suruh, akhirnya aku makan. Aku taktahu kenapa aku ikut cakap nenek tu.
Pagi tu aku bangun, aku rasa pelik. Badan aku tak rasa macam biasa, susah nak describe rasa apa tapi memang pelik. Then, aku lupakan pasal tu aku ingat tu semua mainan tidur.
Tapi mimpi pelik tu berterusan lagi malam keesokannya, kali ini aku bermimpi aku tengah mendodoikan bayi sambil aku menangis. Perasaan masa tu sangat sedih, bayi tu merengek macam minta susu. Aku dengan spontan, menyusukan bayi tu and memang keluar susu! Aku rasa kasihan dan sayang kat bayi tu masa tu. Then aku tersedar dari mimpi, masa tu aku lap mata aku memang aku menangis! Rasa macam real!
Keesokannya aku cerita kat parents aku, masing2 jawab “tu cuma mainan tidur, baca apa2 yang patut sebelum tidur. Inshaallah takde apa2”
Start dari haritu aku selalu rasa sedih tak tahu kenapa, aku jgk rasa tak bermaya. Selalu nak marah sbb benda kecik je. Paling ketara, aku start tidur waktu petang padahal sebelum ni aku memang tak suka tidur petang. Sampai la parents aku sedar perubahan diri aku. Aku akan tidur petang lepas asar. Entahla , aku rasa penat dan cepat je mata terpejam.
Mimpi seterusnya, aku berada dalam bilik dan dipenuhi ular besar warna hitam! Yang pelik aku macam tak terganggu dengan kehadiran ular2 tu malah aku tak kisah bila ular tu melingkari seluruh badan aku. Adik aku pun mimpikan ular yang sama, pada malam yang sama! (Tak pelik taktahu lah).
Aku jugak sentiasa rasa diperhatikan, paling seram bila mandi. Waktu nak bilas rambut selepas syampu, mata akan terpejam. Haa masa ni la aku rasa ada hembusan nafas kat belakang leher aku. Tiap malam aku akan dengar cakaran dekat tingkap bilik aku,dua tiga kali cakaran lepas tu takde dah , dengar orang jalan2 dalam bilik. Ketukan halus kat pintu bilik, bila aku buka tiada siapa2.
Mimpi seterusnya, ada lelaki menjelma dan Dia cakap dia nak bawak aku ke tempat dia, aku setuju. Dalam mimpi tu aku masuk kawasan perkampungan, sumpah macam cerita dulu2. Orang2 kat kampung tu senyum je. Aku dimandikan air bunga oleh diorang( maaf takingat details) macam ritual la.
Pagi esok aku bangun, aku rasa semacam perasaan hebat dalam diri aku, aku rasa dijaga.
Lepas mimpi tu la, bila aku nak solat dan angkat takbir, start tu la tangan aku rasa panas macam terbakar. Aku cerita dekat adik aku, dia tak percaya. Aku buktikan, aku angkat takbir dan masa tu dah rasa panas aku terus pegang tangan dia. Bukan main terkejut dia masa tu sambil cakap “panas gila tangan kau!” . Aku pun ambil keputusan cerita dekat dia A-Z. Aku describe jugak macam mana rupa nenek tu, rambut dia. Muka dia macam terkejut!
Then, masa tu la adik aku mengaku sebenarnya ada satu malam dia tersedar dari tidur. Masa tu kitaorang tidur satu bilik. Dia cakap dia nampak ada lembaga kat tingkap, rambut mengerbang tengah tengok kiteorang tidur. Sebijik sama macam aku describe rupa nenek tu.Tapi dia ingat tu hanya perasaan dia pastu dia lupakan.
Lepas kejadian tangan aku panas bila solat tu, aku bagitahu parents tu pun dipaksa adik, sebabnya parents aku ambil acuh tak acuh pasal cerita aku la aku dah fedup nak cerita lagi. Akhirnya, ayah aku buka mulut pasal keturunan famili kiteorang tapi dia ingat semua tu tak betul dan mintak aku sendiri dapatkan kepastian dari nenek aku.
Aku ambil keputusan jumpa nenek aku dan dengar sendiri dari mulut dia. Dia cakap ya, nenek moyang dia memang ada saka tapi tu dah lama. Saka tu dah taktahu dekat siapa. Hampa! Aku sendiri ambil inisiatif google pasal saka dan aku terkejut bila ciri2 gangguan saka tu sama yang aku terima.
Akhirnya ayah aku call ustaz yang mahir bab2 ni, tepatlah pukul 10 seperti yang dijanjikan. Ustaz tu datang kerumah. Aku disuruh duduk melunjur kaki. Ustaz tu tepuk2 belakang aku, aku rasa ringan je macam nak terbang. Bila ustaz tu start baca surah2, aku rasa marah! Aku memberontak, hentak2 kaki, apa yang aku tahu aku benci dengar semua tu(ya aku sedar waktu ni) Bila ustaz tu pegang ibu jari aku , aku menjerit ! Sakit dia hanya Allah yang tahu! Rasa seperti ditikam dengan pisau berulang kali tak tertanggung rasanya sakit tu, ustaz tu terus jugak pegang ibu jari aku sampai aku rasa lemah tak mampu nak menjerit lagi. Lepas tu aku dah tak sedar apa2. Rupa rupanya aku terus tidur sampai pagi esok. Ustaz tu bagitahu parents aku supaya biarkan aku berehat dan dia akan bangun sendiri bila dah pulih. Ustaz tu cakap jugak, ada beberapa benda yang menumpang dalam badan aku dan dia syak saka tapi jangan risau sebab dia dah halau semua tu ( ustaz tu cakap lah?)
Keesokan hari aku bangun dengan rasa tak bermaya dan terdapat kesan lebam2 seluruh badan aku. Aku minum air penawar yang diberikan ustaz malam tadi . Alhamdulillah selepas tu aku dah tak mimpi pelik2 dan aku boleh solat dengan aman tetapi ini hanya sementara sahaja . Aku sangka semua ni dah berakhir tapi aku silap. Gangguan yang aku terima baru sahaja bermula…
Kisah ini akan disambung jika diminta oleh pembaca FS semua .Terima kasih
::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Tlg sambung..
Sambung.. Sambung..
Sambung..pleaseee…
Sambung pleasee
siyesly besttttt…sambung k…
sambung..berdebar je bila tau gangguan tu sudah bermula
kahkah sambung sudah, test market la pulak
Sambung? How about no!
aku benci betul bila ada orang hantar cerita tapi boleh pula jual mahal,nak sambung,sambung.. tak mahu tak apa..
Cerita dh best..please sambung sambung sambungggg….?
seyes best…nasib de sambungan
HARAP SAMBUNG CERITANYA.MACAM SAMA