Salam sejahtera. Nama aku Kyrie, berbangsa bidayuh Salako dari Sarawak dan berumur 25 tahun. Ini merupakan kali pertama aku menulis mengenai pengalaman mistik yang pernah aku alami. Aku bukanlah seorang yang boleh melihat benda ghaib a.k.a ada mata tidak berhijab, tapi aku selalu bermimpi dan kebanyakan mimpi itu kalau aku tak ceritakan situasinya kepada orang lain, mimpi tersebut akan menjadi kenyataan. Aku pun tak pasti sama ada itu hanya kebetulan semata-mata tapi ada yang dah terjadi dan telah mengubah kehidupan aku selepas itu. Okay, let the story begin. Maafkan aku kalau jalan cerita agak panjang.
Kisah Pertama
Aku ingat lagi masa tu aku masih bersekolah rendah dan berada di kampung. Nenek aku ada mengadakan majlis kesyukuran ataupun Gawai Padi disambut sebagai tanda kesyukuran untuk hasil tuaian yang baik kepada Tuhan bagi kaum Salako yang dipanggil Jubata. Kata orang-orang tua, kalau ada keramaian untuk Gawai Padi macam tu kami memang tidak boleh pergi ke sungai untuk bermandi-manda ataupun melakukan apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan sungai sebab takut bala akan terjadi.
Pada masa tu hari hujan panas, tetapi aku tetap teringin sangat nak menangkap ikan di belakang rumah sepupu aku yang jaraknya hanya selang 1 buah rumah dari rumah nenek aku. Belakang rumah sepupu aku ada anak sungai dan kami selalu menangkap anak ikan di tebing sungai tersebut. Semua saudara aku berada di rumah nenek masa tu dan di rumah sepupu aku pun tak ada orang. Aku pun excited nak tangkap anak ikan yang selalu berenang di tepi tebing anak sungai tersebut sorang-sorang. Kemudian tengah aku tangkap ikan tu, tiba-tiba tingkap rumah sepupu aku yang menghadap sungai tu terbuka. Aku tengok sepupu aku, Ena (bukan nama sebenar) yang buka tingkap tersebut. Aku pun terkejut lah sebab tak tahu bila dia sampai di rumah dia tu. Kami pun berbual-bual macam biasa sambil dia tengok aku tengah tangkap ikan dari dalam rumah.
Sudah puas menangkap ikan, aku pun nak balik ke rumah nenek. Aku ajak Ena pergi sekali tapi dia jawab nanti dulu. Kemudian aku pun balik lah seorang diri sambil berlari-lari anak. Sampai sahaja dekat rumah nenek aku, aku tengok Ena tengah dukung anak mak cik aku. Aku pun terkejut sebab kalau diikutkan memang aku lah sampai dulu dari dia kan. Kemudian aku tanya dia, “Bukan kau di rumah korang ka tadi sebab aku tengok kau masa aku tengah tangkap ikan?” Ena pun menjawab “Eh, tak adalah. Aku memang dari sini dekat sini.” Erkkk…. So dengan siapa aku berbual-bual tadi? Baju yang dipakai pun sama dengan baju yang Ena tengah pakai masa tu. Lagipun masa tu hujan panas masih turun. Lepas tu aku tak bagi tahu orang lain pasal kejadian tu, tak nak sepupu aku yang lain takut nak tangkap ikan lagi kat belakang rumah sepupu aku tu.
Kisah Kedua
Kisah ni berlaku masa aku masih bersekolah rendah juga, aku tahun 3 kalau tak silap. Kami tinggal di kuaters sekolah yang terletak tidak jauh dari Tanjung Datu. Mak aku selalu sakit-sakit pada hujung tahun tu di mana dia selalu rasa kepala dia sakit macam dipukul oleh tukul. Dia pernah nampak api terbang juga di dalam bilik mereka. Lagipun di kuaters tu ada keseramannya juga. Kakak aku pernah tersedar dan melihat tingkap bilik kami bergegar-gegar macam ingin dibuka dari luar. Padahal rumah tu tinggi, dekat bawah rumah boleh letak kereta. Kalau tengah menonton tv malam-malam, selalu terdengar cawan plastik terjatuh. Mula-mula rasa seramlah juga, tapi lama-kelamaan kami biarkan saja. Ruangan dapur + tandas serta ruang tamu diasingkan oleh satu pintu. Maksudnya kalau nak pergi ke dapur ataupun tandas dari ruang tamu, kena lalui pintu tersebut. Aku explain bahagian ni sebab senang nak gambarkan situasi kami masa tu.
Suatu hari bapa aku pun hantar lah emak aku berubat di sebuah kampung ni. Yang ikut mereka masa tu adalah kakak dan sepupu aku, Ella (bukan nama sebenar). Family adik mak aku ada teman kami adik-beradik dekat rumah masa tu. Nak dekat pukul 10 malam baru mereka yang hantar mak aku berubat tadi sampai di rumah. Kemudian aku, kakak aku dan Ella pun tengoklah tv sama-sama. Masa tu popular cerita Survival, kami nak tengok sampai habis. Aku dengan Ella baring atas toto manakala kakak aku duduk atas kerusi. Kami tutup lampu masa tu dan pintu yang mengasingkan ruang tamu dan dapur dibiarkan terbuka. Pukul 12 tengah malam cerita tu habis dan kami pun masuk tidur. Di bilik kami sudah pasang kelambu siap-siap sebelum tengok tv tadi. Masa dah baring, baru letak selimut atas badan (tak tutup hujung kaki) tiba-tiba ibu jari kaki aku rasa pedih macam digores menggunakan kuku yang tajam. Aku pun secara automatik memasukkan kaki aku ke dalam selimut. Kemudian aku perasaan Ella dan kakak aku pun buat perkara yang sama dalam masa yang sama. Tapi aku diamkan sahaja dan teruskan niat untuk tidur.
Keesokan paginya barulah kami masing-masing buka cerita yang ibu jari kaki kami pedih macam digores oleh kuku yang tajam. Kakak aku pun inform masa kami tengah tengok Survival tu dan dah nak hampir ke penghujung rancangan, kakak aku ada melihat dari ekor mata dia ada bayang-bayang warna putih masuk ke ruang tamu melalui pintu nak ke dapur tu kemudian dia bergerak ke arah bilik. Untuk pengetahuan, kakak aku mudah untuk melihat benda-benda ghaib ni. Masa zaman dia belajar lagi banyak dia pernah nampak dan alami.
Mungkinkah Sang Putih tu tadi yang bermain-main dengan ibu jari kaki kami?
Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit
5/10 not bad untuk permulaan yg baik sbgai penulis..
kipidap
kmk rasa benda putih ya nak main bguro2 ngan tak 2 kakak ktk. hehehehe 6/10 not bad!
ngutik jak akak rasa nya beloya ngan jelmaan ya..
ei eiiiii…panjang betol cerita ini…3/10
ok la