Penyakit Misteri

Salam, ni pertama kali aku karang cerita kat FS. Ni mengenai arwah makcik aku. Kejadian ni pon masa aku lingkungan umor 10-16 tahun. Tapi masih segar dalam ingatan aku sebab aku seorang yang penakut bab-bab orang sakit (masa kecik jelah).

Mak aku mempunyai 9orang adik beradik dan berasal dari keluarga yang susah. Kampung felda. Masa kejadian ni mak aku yang ceritakan balik macam mana makcik aku boleh ade penyakit pelik tu. Kisahnya bermula masa makcik kanak-kanak dalam umor 9 tahun. Masa tu mak aku pon baru 8 tahun. Kejadian berlaku kat sekolah. Makcik aku dan 2 orang kawan dia duduk kat padang sekolah, masa duduk tu tetiba ada seorang nenek tua berjubah serba putih datang kat makcik dan dia hulur sekuntum bunga cempaka. Masa nenek tu hulur bunga tu, makcik terus cium dan rasa pening. Bermula laa tanda tanda pelik terjadi kat makcik. Masa rehat kat kantin sekolah dengan mak, makcik tak nampak ikan dalam pinggan dia. Dia terkais kais cari ikan dalam pingan dia sampai jatuh ikan tu dia buat. Tapi dia masih tak nampak ikan tu.

Balik dari sekolah dia cerita balik kat mak dan 2 orang kawan dia mengenai kejadian kat padang. Tapi semua tak endahkan sebab masa kejadian tu kawan dia yang 2 orang tu tak nampak apa apa pun. Sampai je kat rumah pas 1,1 penyakit pelik dia dapat. Pelik, ye memang pelik. Masa tengah solat pon dia boleh ‘kene’ kene bukan macam kene rasuk tu. Tapi dia ‘kene’ macam kene strok, sampai kamcing gigi, keras kejung, mata terbeliak bagai tapi tak lama. Dalam 10-15 minit je dia terbaring macam tu, nanti dia tersedar dan perwatakan dia berubah, berubah jadi orang lain. Atok ade juga bawa pergi hospital, doktor kata takde penyakit apa pon. Semua pon clear. Atuk fikir itu semua hanya lakonan semata-mata dari makcik.

Tapi jangkaan atok meleset apabila penyakitnya makin dibiarkan makin melarat. Dalam sehari boleh ‘kene’ sampai 3, 4 kali. Sampai la 1 hari tu atuk bawa berubat kampung. Orang tu cakap yang makcik ni kene jaga dengan orang bunian. Allahu’alam. Makcik ade juga cerita berjumpa dengan nenek berpakaian serba putih tu kat sekolah. Dan diberi sekuntum bunga cempaka. Orang tu kata ‘bunian tu nak jaga arwah makcik’ tapi tak kesampaian menyebabkan arwah makcik menghidap penyakit pelik ni sampai laa dia jadi arwah.

Tiap kali dia ‘kene’ dan tersedar dari macam kene stroke tu. Peragai dia juga akan berubah. Setiap perkerjaan yang dia buat tu dia tak sedar. Aku ulang. TAK SEDAR. Dia automatik jadi rajin. Rajin dia pon bukan rajin macam biasa-biasa. Antaranya dia rajin menghias halaman rumah arwah atuk. Dia tanam pokok-pokok bunga kat laman arwah atuk. Pelik semua bunga dia tanam tu hidup subur tanpa kene siram. Dengan Tanah keras kejung (batu glewer/batu kecik2 warne merah) pokok-pokok bunga tu boleh hidup segar siap berbunga-bunga lagi. Lagi 1 dia tanam bunga tu bukan buat lubang tapi just cucuk atas batu yang dah ditinggi-tinggikan. Tak ke pelik tu. 3,4 hari pon bunga tu semua tak layu. Tak mati kering. Boleh kata laman atuk tu jadi cantik lain macam.

Setiap bunga yang dia tanam tu dia hias keliling dengan batu putih. Kami anak-anak buah ni pernah juga mengusik. Memang makcik bila dah kene tu terus jadi pendiam dan jadi malu. Kalau kelakuan masa dia sedar memang kene hambat laa kami semua sebab makcik jenis tak boleh dibawa bergurau. Tak kurang juga bertekak. Tapi dari situ kami semua tahu dia belum sedar dari dunia dia. Dia berjalan penuh lembut, sangat- sangat lembut. Nak kata macam menggedik tidak. Tapi gayanya sungguh memukau. Senang cite jadi perempuan melayu terakhir lah. Masa dia ‘kene’ ni memang takkan dengar sepatah pon suara yang keluar dari mulut dia.

Macam aku cakap bila dia ‘kene’ tetiba tumbang tu dalam 10-15 minit. Tapi bila dia sedar dan jadi orang lain tu agak lama. Memang agak lama. Sampai dah tak ade kerja yang dia nak buat daun kering kat pohon pon dia boleh petik x kasi gugur ke tanah. Bila dia sedar, (xtau cara dia sedar macam mana, tetahu je peragai lama dia datang balik) dia sendiri akan tanya pada kami anak buah ni. Siapa yang susun, siapa yang tanam, siapa yang buat itu, siapa buat ini. Kami akan berkata jujur yang semua tu dia sendiri yang buat (zaman ni xde nset kemere nak rakam) tapi dia sungguh-sungguh kata bukan dia. Mana kan tidak, bila kami tanya dia pergi mana sepanjang masa dia boleh kata “nde pergi gunung, jumpa puteri gunung ledang.” Kami anak buah ni gelak terbahak-bahak (mana nak caya lagi).

Start dia cerita jumpa puteri tu, adik beradik yang lain gelarkan dia puteri embun (menyakat) tapi dia melenting wo. Memang akan bertekak laa dia orang. Kami laa tempat dia bercerita kisah-kisah pelik yang jadi kat dia sepanjang dia tak sedar (bukan koma ye) ibarat tubuh/jasad dia di pinjam orang. Dan roh dia di tempat lain. Kami pernah juga bertanya rupa puteri tu serta tempat² yang dia pernah melawat sepanjang dia tak sedar. Dia kata dia jumpa manusia yang badan manusia kepala ular, kepala babi, n macam² haiwan pelik cuma badan sahaja badan manusia, gunung ganang yang berlantaikan kayu batu serta ade air terjun 7tingkat tingginya. Kami sepupu sepapat hanya iyakan saja. Bila ditanya rupa puteri dia x pernah jawab. Memang kesian kat makcik sebab dia selalu kata penat, penat macam baru lepas telajah 1 benua kata nya. Tak tahu rohnya ke mana dibawa pergi, dan jasadnya ni tumpang ‘bende’ lain.

Pernah 1 senja tu, mak nampak makcik berlari² dekat perkarangan halaman rumah. Seolah² kejar sesuatu serta cuba untuk mencapai. Masuk je azan magrib terus makcik jatuh dan pengsan. Bila makcik dah sedar, arwah tok dan atok bertanya pada makcik apa yang dia buat kat laman rumah. Makcik cerita dia nampak berbola api berwarne, dia cuba capai. Belom sempat ambil bebola api tu dia nampak lembaga merah depan dia dengan bertongkat. Itu yang menyebabkan dia terkejut dan pengsan. Oh ya belakang rumah atok aku hutan tau. Hutan tebal. Arwah tok juga ade cerita ade kaum kerabat bunian kt belakang tu, dan hubungan mereka (orang kampung) dengan kaum kerabat bunian tu baik. Kenduri pon boleh jempot mereka datang. Berbalik cerita tadi. Arwah tok kata mungkin kaum bunian tu menyakat kerana sudah maghrib tapi masih bermain di luar..

Dan makcik masih dengan penyakit pelik dia. Tiada siapa mampu merawat masalah yang dialami oleh makcik, sampai laa 1 detik tu, ade orang Pattani yang datang berjual jalan kaki datang menyinggah kat rumah tok. Takde siapa bagitahu masalah penyakit makcik. Tapi dia sendiri bangkitkan topik tu. Ayat pertama dia, “kalau jadi bomoh, sekuat² bomoh dia boleh jadi. Tapi syaratnya jangan pernah berkawin dan miliki zuriat. Jika berkahwin jodohnya tidak berpanjangan”. Tok jadi terpingga² dan tanya apa maksud yang cuba dia sampaikan. Tapi dia berlalu pergi tanpa tahu apa maksud yang dia nak cuba katakan sampai sekarang. Ye, makcik aku kawin, miliki 6orang anak. 5lelaki dan seorang perempuan. Tapi hubungan dia bersama suaminya tidak lama. Mereka bercerai dan makcik duduk ngan tok di kampong, memandangkan anak² mereka taknak jaga mak dorang kerana sakit.

Arwah Tok dan atok memang tak kasi makcik keluar rumah. Sebab risau bila dia ‘kene’ dia tak sedar, kalau orang buat apa² yang tak elok pon dia tak tahu. Prenah sekali dia berkeras nak pergi ke kedai sendirian berjalan kaki, di persimpangan dia ‘kene’ tergolek dalam longkang habis luka² kepala badan semua. Tapi bila sedar(bukan dia) dia buat seperti biasa, seperti tiada apa yang berlaku. Habis sampah sarap di jalan dia kemas dan bunga² rumah orang dia kutip. Start dari tu dia tak dibenarkan ke mana² tanpa peneman. Dia juga di berhentikan sekolah oleh atok masa umo 10tahun kerana penyakit yang dia alami.

Sehingga sekarang misteri penyakit makcik tiada kesudahan. Tiada ubat yang mampu mengubati penyakit makcik, dia ujung usia dia. Dia pernah beritahu kami anak² buah. Yang dia sentiasa doa anak² dia ambil dia dan bela sebelom dia pergi. Alhamdulillah Allah tunaikan permintaan dia. Anak² dia terbuka pintu hati untuk ambil mak dia, tapi sayang seribu kali sayang. 2hari 1 malam sahaja sempat dia bersama anak2. Malam tu makcik meninggal masa tido, di sisi anak perempuannya yang bongsu. Jenazahnya pon berseri²..

Sekian, Itu sajalah kisah pelik penyakit makcik yang dialaminya bertahun² tanpa tahu punca sebenar penyakit dan terus menjadi misteri pada kami kaum keluarga, sahabat andai, serta jiran tetangga yang lain. Misterinya terkubur bersama² dengan jenazahnya..

1 thought on “Penyakit Misteri”

Leave a Comment