Assalammualaikum Warahmatullah Wabarakatuh & Salam Sejahtera aku ucapkan kepada semua pembaca kisah-kisah seram di laman Fiksyen Shasha ini. Terima kasih juga aku ucapkan kepada admin kerana publish kisahku ni.
Sebelum itu aku nak perkenalkan diri aku dahulu, nama aku #DaengKasturi (Along) berusia 26 tahun dan aku dikurniakan dengan kelebihan untuk melihat alam ghaib sejak berusia 8 tahun lagi. Pada edisi ini aku akan bercerita mengenai pengalaman aku ketika bertempur dengan makhluk halus dan ia adalah rentetan pengalaman sebenar daripada kejadian yang pernah aku lalui sendiri.
Beberapa tahun dahulu aku pernah diuji dengan beberapa peristiwa yang agak menyeramkan. Ianya melibatkan pertempuranku dengan golongan makhluk halus. Pada waktu kejadian aku sedang menuju ke rumah sahabatku yang telah diganggu oleh makhluk halus sejak beberapa hari sebelum itu lagi. Sebagai langkah keselamatan aku membawa bersama senjataku iaitu keris 7 lok yang diwarisi secara turun temurun oleh ayahku.
Suasana pada malam itu sangat sunyi. Aku duduk di beranda rumah dan termenung jauh mengenangkan nasib yang akan terjadi pada diri ini sambil mendengar lagu-lagu klasik yang berkumandang di radio.
‘Kalau hati sudah suka, semua indah saja itulah tanda bunga kasih bermula di dalam jiwa,
Memang benar kata dinda berkasih ada tanda tetapi hati mana sanggup merana sepanjang masa………….’ Fuhhhh terasa seperti di awangan ketika melayani lagu itu. Usai itu aku turun dari beranda rumah dan terus keluar ke kedai untuk membeli rokok.
Aku duduk sebentar di pangkin luar garaj kereta sambil menghisap beberapa batang rokok. Sedang khusyuk merokok aku dikejutkan dengan bunyi hempasan yang kuat di atas zink garaj. Gedeganggg!!! “Oooo ayam!” Aku terkejut dan secara tidak langsung terus melatah seorang diri.”
Apakah benda yang terjatuh itu? Aku dongakkan kepala lalu ternampak seekor makhluk seperti kelawar sedang mencampakkan sesuatu dari atas zink itu. Pada pengamatanku mungkin ia sedang mencampakkan sejenis buah. Buah yang aku tidak tahu jenisnya. Berang dengan kejadian itu aku terus memaki hamun kelawar itu. Haree punya kelawar nasib baik tak roboh zink garaj itu. Tak lama kemudian aku masuk ke dalam rumah, aku bentangkan tilam ke lantai dan terus tidur semahunya.
Keesokan harinya aku berkerja seperti biasa dari pagi hingga ke malam. Sesudah itu aku pun pulang ke rumah dengan senang hati sambil menyanyikan beberapa buah lagu klasik daripada P. Ramlee. Sesampainya di rumah aku terus menuju ke ruangan akuarium untuk melihat ikan laga peliharaanku sambil memberi makan kepadanya. Selepas itu aku mandi dan membersihkan diri lalu terus keluar ke warung berdekatan dengan rumahku untuk mengeteh. Mengeteh sambil melepak dengan penduduk setempat adalah aktiviti yang wajib aku lakukan setiap kali selepas pulang dari bekerja.
Malam semakin sunyi dan aku pun beransur pulang dari warung itu dengan menunggang motor kesayanganku. Dalam perjalanan pulang itu, aku tiba-tiba ternampak satu lembaga putih sedang merenung ke arah jalan utama di sebuah flat kosong dengan rambutnya yang panjang, bajunya koyak rabak, dan muka hitam legam macam kuali. “Ini langsuir ni, jangan kau cari pasal dengan aku sudahlah, aku tengah bawak motor ni…….” Ujarku sendiri. Aku biarkan sahaja dia di situ dan aku terus berlalu pergi.
Setibanya di rumah, aku terus ceritakan mengenai penampakan langsuir di flat kosong itu pada ayahku. “Kau tak tangkap dia pulak Along?” Soal ayah bersahaja.
“Tak, dia tak kacau Along, dia tengok je….nasib baik dia tak tumpang naik sekali kalau tak haru biru jadinya, nanti tonggang langgang bawak motor.” Tergelak ayahku tatkala mendengar jawapanku itu.
Malam esoknya aku telah dipanggil oleh sahabatku untuk ke rumahnya untuk merawat adik perempuannya yang terkena gangguan sihir. Aku menggunakan senjata hikmatku iaitu keris 7 lok untuk menamatkan riwayat makhluk jahanam itu.
Aku dijemput masuk ke dalam rumah oleh sahabatku. Apabila aku melangkah masuk, aku lihat sekujur tubuh sedang terbaring dan meronta-ronta menjerit seperti dirasuk oleh sesuatu.
“Kenapa dengan adik kau ni?” Soalku untuk kepastian.
“Adik aku ni terkena sihir, tadi dia nampak ada satu lembaga berbulu, badan dia besar, bermata merah menyala sebijik macam hantu raya. Lepas dia nampak je benda tu, dia terus jadi macam ni, meronta-ronta dan menjerit jerit…” Terangnya dalam panjang lebar.
“Dia ada di sini. Dia dah masuk ke dalam badan adik kau.” Jawabku sambil memerhatikan segenap ruang di dalam rumahnya.
Aku mengambil segelas air kosong lalu dibacakan ayat kursi dan aku renjiskan air itu ke atas mukanya. “Panas-panas!!! Sakitlah bodoh! Panas!” Jeritan adiknya memecahkan suasana sepi di dalam rumah itu. Meremang bulu romaku tatkala mendengar jeritan tersebut.
Keadaan adiknya bertambah teruk. Dahinya berkerut, matanya merah menyala, mukanya bertukar pucat seperti mayat, dan lidahnya terjelir keluar sambil merenungku dengan penuh dendam. Tanpa membuang masa aku merenjis semula air penawar tadi.
Dengan lafaz BISMILLAHHIRAHMANNIRRAHIM, perlahan-lahan aku tarik makhluk itu keluar dari badannya dalam keadaan berhati-hati.
“Siapa kau?” Soalku.
“Kenapa kau ganggu budak ni?”
“Aku nak ganggu keluarga ni, tuan aku berdengki dengan kamu semua!” Dalam nada garau dia menjawab soalanku. Soalan demi soalan aku tanyakan padanya dan bosan dengan jawapan temberang daripada makhluk itu, aku terus menariknya keluar tanpa sebarang kompromi.
Aku ambil air penawar tadi dan aku renjiskannya lagi ke muka adiknya itu, dia menjerit sekuatnya dengan suara yang garau dan kasar. Satu rumah bergema dengan jeritan itu. Aku terus tarik makhluk itu keluar dari tubuh adiknya dan aku hempaskannya ke lantai dengan kasarnya.
Sejurus makhluk itu keluar, adiknya terus pengsan dan tidak sedarkan diri. Selepas itu aku melihat satu lembaga hitam yang sangat besar, tinggi, berbulu hitam, matanya merah menyala, dan ciri-ciri makhluk itu sama seperti yang diceritakan oleh adiknya sebelum itu. Aku mengesahkan bahawa ianya adalah seekor Hantu Raya.
Tanpa membuang masa, keris yang sedangku genggam itu dihunus dan ditikam tepat ke dada hantu raya tersebut disulami dengan laungan ALLAHHUAKBAR. Dia terjatuh dan aku terus menikamnya berulang kali. Dia cuba melawan tetapi gagal dan akhirnya dia tewas. Dia tewas ditanganku. Aku mengambilnya dan memasukkan jasadnya ke dalam botol kaca dan lalu aku tunjukkan pada sahabatku itu.
Sahabatku terkejut apabila melihat Hantu Raya tersebut. Bulu romanya meremang. Seumur hidupnya belum pernah lagi dia melihat makhluk seperti itu di depan matanya.
“Uihhhh seram aku Along tengok benda ni, tak pernah aku tengok.” Ujarnya sambil melihat makhluk itu di dalam botol tersebut.
“Inilah Hantu Raya yang telah mengganggu keluarga engkau.” Tegasku kepadanya. Sejurus itu aku mengambil makhluk itu dan buangkannya ke dalam sungai.
Keesokan harinya aku telah dijemput oleh seorang pakcik (Pakcik Rosman) yang juga kenalanku untuk datang ke rumahnya kerana dia telah diganggu oleh seekor langsuir. Sesampainya di sana aku telah dipelawa olehnya untuk masuk ke dalam rumahnya. Aku ternampak satu lembaga putih yang sangat hodoh sedang berterbangan di kawasan rumahnya. Rambutnya panjang mengerbang hingga ke lutut, giginya bertaring menyeringai keluar, mukanya pucat lesi, dan matanya berwarna merah biji saga. “Langsuir ni….siapa pulak yang bela binatang ni?” Soalku sendiri.
“Pakcik ada langsuir kat luar tu dia tengah tengok kita tu…”
“Kau ambiklah benda tu buang jauh-jauh Daeng. Bawak suwey je dalam rumah ni.”
Tanpa membuang masa aku pun bertempur dengan langsuir itu dengan menggunakan keris itu. Aku tahu dia bertandang ke situ semata-mata untuk untuk mengacau dan memudaratkan keluarga pakcik Rosman.
“Aku tidak akan memberi peluang kepada makhluk seperti engkau kerana engkau pemusnah umat manusia.” Kata ku kepada langsuir tersebut.
Aku terus menikamnya dengan kerisku. Ketika aku menikamnya aku terdengar suaranya menjerit-jerit menahan sakit dalam tona yang sangat halus. Aku langsung tidak menghiraukan jeritannya. Aku terus bertempur dengannya.
Setelah 10 minit bertempur akhirnya langsuir itu tewas akibat terkena tikaman kerisku dan aku masukkanya ke dalam botol untuk dibuang ke sungai. Aku tercungap-cungap lalu menarik nafas panjang kerana terlalu penat bertempur dengan langsuir tersebut. Aku terbaring kepenatan, tiada lagi tenaga yang miliki ketika itu. Pakcik Rosman menghulurkan sebotol besar air 100 Plus sebagai pemulih tenaga dalaman untukku. Apabila keadaan sudah tenang aku mengajaknya ke sungai untuk membuang makhluk tersebut.
Selesai sahaja membuang makhluk itu ke sungai, aku dan pakcik Rosman pulang ke rumah masing-masing. Dengan penatnya aku pulang ke rumah. Seperti biasa aku ambil tilam dan bentangkan ia ke lantai lalu aku tidur dengan sepuas-puasnya.
Tugasku tidak berakhir di situ. Pengembaraanku baru bermula dan aku akan kembali dengan kisah yang lain yang lebih mencabar daripada kisah ini. Prinsip hidupku mudah sahaja, sekiranya mereka tidak mengganggu dan tidak mendatangkan kekacauan kepada aku mahupun insan lain, aku akan biarkan sahaja tetapi jika mereka melampaui batas dan berkeras untuk mengganggu, tiada pilihan lain yang dapat aku lakukan kecuali memusnahkan mereka dengan senjata-senjata khas dan dengan ayat-ayat suci daripada Quran.
Itu adalah kisahku ketika bertempur dengan makhluk-makhluk ghaib itu. Mereka datang tidak diundang, pergi juga tak disuruh. Tugasku untuk memusnahkan makhluk-makhluk itu tidak pernah terhenti melainkan jasad dan rohku telah terpisah secara hakiki. Aku ikhlas kerana Allah dan selagi terdaya aku akan lakukan dan mungkin aku akan wariskan tugas ini kepada anak cucuku pada satu masa nanti.
Terima kasih kepada semua pembaca yang telah membaca kisahku ini, semoga kita berjumpa lagi. Assalammualaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera kepada semua.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Aku kenal daeng sejak story kumpulan keropok..dan aku cuba baca story ni dgn serius tapi still imagine watak daeng dlm story keropok tu jgk. Sorry daeng???
Haha…itu daeng lain bang
aku mcm baca karangan budak sekolah yg berimaginasi jadi hero… puas aku cuba berfikiran positif pd penulis… tp kepala otak aku tetap kata ni karangan budak sekolah… sorry la…
Cerita banyak tak guna….tulis sendiri lah,jangan cakap je lebih.
syok sendiri…
kalau tahu tulis sendiri lah,lepastu cerita lah pengalaman sendiri,jangan duk kutuk kutuk…boleh ke??? main lepas cakap tak guna bang…macam diri sendiri tu perfect sangat.
tu lah. baca pon mcm hmmmm -.-“
tak payah baca lah wawa.
dah terbaca masalah nya. bayangkan intan permata rupanya kaca. heuheuu
bang, terimalah kritikan org. kau tulis utk org baca. bila org komen. eh kau kata takpayah baca? jadi takpayah lah post kisah kau nih.
lagi satu, cerita rekaan takyah sok sok mcm pengalaman sendiri. bajet bole pemes ke kalau bole mengubat org? haha kau kelakar tau
dah cerita betul aku,yang kau duk kutuk kutuk apahal??? rasa dengki dalam diri tu ada??? haaa??? sorry tak marah pun,lain kali kalau bagus sangat tulis sendiri lah ok,jangan duk mengata orang….
tipu nya tak marah. haha
Betul ke daeng boleh mengubat orang ? Boleh contact ke ?
tulis sendiri boleh ke wawa???
Daeng is back…tp daeng, cerite sblum ni mcm lg byk isi. Ape pun semoge dimudahkn segala urusan…
terima kasih bang
Hero oh Hero…hahahahahaha..
Kesian… cite mcm budak2…
bila org komen nak marah. kalau x nak org bagi komen x yah tulis lah ngok.org pun x bace.
tulis sendirilah hero tak hero,engkau tahu nak kondem orang je,kalau taknak baca tak payah baca lah,hahah bengap…
teringat karangan aku masa zaman sekolah dulu…baca pun dah tak feel..
lama tinggal karangan ehh….cuba buat sendiri nak tengok boleh?
Bersabar bro,adat pabila berkongsi sesuatu, ada positif n negatifnya.jgn terlalu emosi.teruskn pd yg positif je.betul/fisyen crita ini,terpulang pd pembaca. Xsmua akn sependapat. Rileks,tolong jgn jd mcm King. Bawak bsabar
Hahaha..fie xblh terima hakikat die tukis penat2 sekali kene kecam haha…
Aku mula2 baca pn dh xpcaya..umur 26 lps tu ckp beberapa tahun dahulu..merokok dh tu…
N cerita die taksub sgt dgn keris konon2 tu..haha..
Der…lu kalo xblh terima kecaman pembaca jangan menulis.membongak je..
Ha ni aku nak bgtau.ko nk reply msg aku rply la aku bkn baca pooonnn..haha
tulis sendiri bro,aku nak tengok,hahah….jangan kata orang je….tak marah tak marah,kalau nak rasa keris ty tajam ke tak boleh je.
assalamualaikum . hai #daengkasturi . crta awk best! sy ada baca story awk yg first n pnulisan awk yg kli kdua ni lbih baik . truskan menulis! dah ok dah tu cara awk bercrta . tkpyah pduli dgn haters smua tu . yg dok komen, kecam2, kutuk2 tu xsmstinya pndai taip crta, sbuk nak jd keyboard warrior ja . hihihi . keep it up !
haha….terima kasih cik
Bukan haters bukan kecam. Bila dah mula post sana sini kena kuat fizikal ngn mental la. Tak semua kita post orang suka. So bila org komen tu tak payah nak naik angin. Kau jgn kecam hakak pulak. herherherrrr
Haha..aku baca komen korg siap rply xblh terima kecaman lg tu..
Aku ingat aku sorg je yg xpcaya cerita ni..rupanya ramai lg….
Kbai…
TARGET DETECTED.
dah boleh geng dengan King dah si Daeng nih..tak boleh terima kecaman lansung
Kenapa nk kecam? Perlu ke kecam? Bg je la comment nicely..
Penulisan kali ni lebih baik dr entry first.. Teruskan menulis k Daeng. Share pengalaman awk dgn kami.. Nk sgt dengar pasal pertempuran dgn 41 ekor makhluk kt Cafe Kucing tu..
Good Luck, Daeng. Teruskan berbakti dgn kelebihan yg awk ade..
macam poyo je
Sampah….isap gam bdk ni.
maaf, tp ada betulnye penceritaan mcm nk jd hero2… dlm komen pn blh ugut2 dgn keris… sptutnya klau btul awk seorg prawat x blh nk buat mcm tu. mgkn perlu detailkn lg cara awk berlwn, bacaan apa awk guna ketika berlwn. bg sy mcm fiksyen. klau btul gunakn klebhn dgn sbaiknya. ambil komen2 sbgai prgsg utk perbaiki penulisan. jgn suruh sy cube tulis sbb sy pn mmg mnulis. kuikuiii
salam.. ada lagi x ya stori dari penulis ni? aku search #daeng kasturi xjumpa la plk.. aku suka baca stori pengalaman2 perawat ni.. tp mcm xbyk dah yg hantar sini,, maybe sbb byk sgt kot yg mngecam… adusss spoil betul la yg mngecam pun.. kacau line je :'(
Daeng baru rawatkan adik saya. Dah tiga kali Daeng tolong tp xminta bayaran.. Kali ke3 sy berkeras nk belanja dia baru dia terima. Terima kasih Daeng.