Percutian ke Damai

Sesekali ada masa terluang begini, ingin aku ceritakan kisah seram yang pernah aku alami semasa bercuti di sebuah resort yang terletak di hujung benua dia borneo ini. Pada tanggal sesi persekolahan jun yang lalu, suami membawa aku dan anak-ank bercuti di sebuah resort.

Pemandangan disana sunnguh la mendamaikan sesuai dengan namanya. Kami memilih bilik yang terletak di atas bukit bagi menikmati suasana ‘sea view’ yang begitu menenangkan hati dan perasaan tatkala orang lain pulang ke kanpung halaman,tapi kami terperangkap di sini berikutan peristiwa Rayani Air yang digantung penerbangannya.

Ok. Selesai introduction, sekarang aku mulakan penceritaan yang menyeramkan la kot. Sepanjang penjelajahan kami di hotel-hotel di borneo, ini la pengalaman yang x dapat dilupakan.

Kami cek in pada pukul 2pm kot(aku xingat waktu yang tepat). Lepas merehatkan diri, aku dan suami bawa anak-anak bermain air di pool resort tersebut. Sakan diorang main, macam xpernah jumpa air. Disana juga ada beberapa keluarga lain yang meluangkan masa bersama anak-anak mereka. Aku tertarik dengan satu keluarga chinese ni. Sampai atuk mereka pun ikut bercuti. Dalam hati, bestnya jika family ak dekat tapi hanya kami keluarga kecil ini yang berada di borneo kerana aku dan suami bekerja di sini.

Gangguan bermula menjelang tengah malam. Aku seakan-akan bermimpi yang ada orang cek in bilik sebelah. Dengan suara orang-orang bercakap, bunyi beg yang ditarik, seolah-olah sgt dekat dgn aku.aku pn xpasti sama ada aku sedar atau x. Tapi waktu itu aku teramat kepenatan dan aku abaikan. Lantak la nak bunyi apa pn. Kemudian, anak aku yang berumur 3tahun menangis tiba-tiba dengan mata terpejam. Mengangis seperti ketakutan.

Aku agak waktu itu jam 3 pagi. Agak pelik sebab sebelum ni dia xpernah berjaga@ menangis malam-malam. Lepas dipujuk, dia lena kembali. Kemudian aku bermimpi lagi, yang anak perempuan aku tu terjatuh dari balkoni bilik kami. Aku nampak darah penuh dibajunya. Aku jadi takut lalu tersedar. Astagfirullah hal azim. Mengucap panjang aku..

Keesokkan harinya, aku bercerita kepada suami. Suami aku tidur berdekatan dengan sliding door yang menghadap laut. Dia juga mula bercerita, semalam dia terdengar bunyi ketukan dari sliding door tersebut. Bulu roma aku terus berdiri, tapi malas nak fikir panjang, jadi aku abaikan je. (kedudukan bilik tu agak tinggi dari tanah dan sliding tu menghadap laut, mana mungkin ‘orang’ boleh ketuk bilik kami??)

Malam kedua disana, aku kena lagi. Kali ini, aku mendapat mimpi yang sama. Anak perempuan aku jatuh dengan baju yang berlumuran darah. Bila aku tersedar, aku rasa ada ‘benda’ yang menindih. Mata xdapat dibuka dan badan xdapat digerakkan. Aku gagahkan diri membaca apa sahaja ayat suci yang terlintas di fikiran.

Sedaya upaya aku cuba bukakan mata, dihujung mata terlihat cahaya kuning (mungkin dari cahaya jam dari meja). Alhamdulilah, aku dapat lepaskan diri dan badan dapat digerakkan. Entah macamana aku tertidur semula. Aku dah x ingat.

Nasib percutian kami hanya 2 malam sahaja. Aku x dapat nak bayangkan bagaimana anak perempuan aku jatuh dalam mimpi tu. Boleh menggigil badan terbayang anak yang lemah longlai dan darah penuh di badan.Ya Allah..jauhkan la…

Selepas pulang bercuti, aku ceritakan kepada rakan kerja. Mereka juga ada cakap kalau ambil bilik yang menghadap laut, agak keras sikit dan berhantu berikutan kedudukannya atas bukit dan dalam hutan. Aku cuba google, aku juga dapati resort tersebut tersenarai dalam hotel yang berhantu. Tobat. Lepas ni xnak pergi sana lagi…

6 thoughts on “Percutian ke Damai”

  1. kak anje pun pernah ke damai, ikut company trip 6-7 tahun lepas kot, pengalaman menyeramkan tu mmg xde, tp biasa lah company trip kan.. petang tu kami ada sukaneka kat tepi pantai,so ada lah di kalangan kami tu yang lupa diri sbb terlampau seronok, selepas taman program sukaneka dalam jam 5.30, ada lagi yang teruskan bermain bola tampar pantai sampai la masuk waktu maghrib, terjerit-jerit mcm lah tempat tu tempat diorang, tiba2 salah sorang officemate akk tu terjatuh, posisi dia meniarap.. tangan terhimpit kat bawah badan , dia dalam keadaan pengsan (tak sedar diri) sampailah kami terpaksa panggil ambulan, sbb kan lokasi damai masa tu sangat jauh , ambulan tak dapat datang, pihak hospital hantar helicopter utk bawa officemate akk ke hospital, lepas 3 hari baru dia sedar.. ikut kan jika jatuh biasa mcm tu mustahil utk pengsan sampai koma.. tp pengajaran nya .. jika datang ke tempat baru ,beringat2lah.. jaga tutur kata dan perbuatan kerana ada yang memerhati..

    Reply
    • Kat damai tu view memang cantik sangat-sangat. Boleh je nak bercuti kat situ. Insyaallah tak ada apa2. Biasalah hotel2 atau resort tu memang ada makhluk2 tu. cuma teruk dengan tak je yang nak kena pun. saya sarankan disini janganlah ambik bilik resort yang atas bukit tu. kedudukannya memang menyeramkan. dalam hutan sikit. tengok dari luar pun dah seram. kalau nak boleh je duduk kat apartment bawah tu. kat bawah ok..tak ada gangguan. Insyaallah….

      Reply
      • Tapi resort yang berhantu tu yang lama punya. Yang baru tak tahulah mcm mana. tak dengar lagilah org bercerita ada hantu ke apa. huhuhu…

        Reply

Leave a Comment