Percutian ke Langkawi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang dihormati sekalian. Saya akan menceritakan tentang pengalaman saya dan keluarga bercuti di Langkawi pada beberapa tahun lepas. Kami bercuti di sana selama tiga hari dua malam.

Semasa di sana, kami menyewa di sebuah apartment. Apartment itu mempunyai dua bilik tidur dan dua bilik air, ruang tamu dan dapur. Saya dan dua kakak saya stay satu bilik manakala parents kami stay master bedroom. Apartment tu juga mempunyai swimming pool kt bawah dan tub mandi di master bedroom. Memang macam apartment rumah orang kaya. Oleh sebab emak saya mengenali owner apartment tu so kami dapat diskaun la untuk sewa.

Tiba di sana, kami berehat di bilik masing-masing kerana keletihan. Sebelum berehat, saya mandi dan membersihkan diri di bilik air. Bilik air mempunyai dua. Satu di master bedroom dan satu lagi di second bedroom.

Bila air yang dekat second bedroom tu ada dua pintu. Satu pintu untuk ke bedroom dan satu lagi untuk ke dapur. Saya selalu masuk melalui bedroom.

Sedang leka saya membersihkan diri, tombol pintu yang pintu ke dapur tu seakan-akan dipusing. Saya berasa pelik dan saya cuba melihat melalui lubang bawah pintu, tiada sesiapa. Parents saya sedang menonton televisyen manakala kakak-kakak saya sedang bermain handphone sambil berbaring di atas katil. Persoalannya ialah siapa yang pusing tombol pintu bilik air itu? Lantas, saya cepat-cepat keluar dari bilik air kerana berasa takut.

“Kau ni kenapa yang keluar kelam kabut? Tu air dok menitis tu mesti mandi kerbau, badan pun x lap,” tegur salah seorang daripada kakak saya, Mira ( bukan nama sebenar).

“Tak ada apa la, kak,” jawab saya lalui bersiap kerana emak saya memaklumkan bahawa kami akan keluar makan malam dan berjalan-jalan di sekitar pulau itu.

Selepas penat berjalan-jalan, kami pulang ke apartment untuk tidur. Kami berasa penat dan mengantuk. Tibai di sana, saya mengambil keputusan untuk tidur awal.

Sebelum tidur, saya pergi ke bilik air untuk mengambil wuduk untuk menunaikan solat Isyak. Saya masuk ke dalam bilik air melalui pintu yang sama seperti siang tadi. Sekali lagi tombol pintu bilik air yang satu lagi seakan-akan di pulas. Saya hanya buat tak tahu sahaja.

Malam itu, saya tidur sahaja. Katil yang saya tidur menghadap ke bilik air. Dalam pukul 3 pagi, saya terjaga dari tidur, kedengaran seperti ada seorang sedang mandi. Saya toleh ke arah katil kakak-kakak saya. Kedua-duanya sedang tidur lena. Siapakah yang sedang mandi? Takkan parents saya, bilik mereka sudah disediakan bilik air,

Perkara itu berlanjutan sampai pukul 5 pagi, saya lansung tidak dapat melelapkan mata.

Keesokan harinya, saya bangun pada pukul 9 pagi. Oleh sebab hal itu, saya terlepas waktu subuh. Tak terjaga tidur kerana pukul 5 pagi baru saya dapat tidur. Badan saya rasa panas sangat. Ayah saya datang mengejutkan kami adik-beradik.

“Bangun semua, siap sekarang. Kita kena balik hari ni juga,” kata ayah saya.

“Adik kenapa muka pucat?” Tanya ayah saya.

“Tiada apa-apa,” jawab saya lalu saya mencapai tuala untuk mandi.

Semasa saya mandi, tiada pula seakan-akan tombol pintu itu dipulas tetapi saya ternampak bayang-bayang hitam di sebalik cermin sinki. Saya buat-buat tidak tahu sahaja.

Kami bersiap-siap untuk pulang ke rumah walaupun banyak tempat yang tidak dikunjungi lagi. Ini kerana ayah saya perlu ke tempat kerja kerana pagi tadi majikannya telefon dan memintanya supaya datang kerana ada hal yang urgent. So, semua perancangan untuk meneruskan berjalan-jalan telah dibatalkan.

Menurut perancangan kami, pada hari itu kami ingin pergi ke Pulau Tasik Dayang Bunting tetapi cancel plan. Saya juga berasa tidak beberapa sihat pada hari itu.

Selepas pulang ke rumah, ayah saya meminta maaf kepada semua kerana dia cancel semua plan kami. Sebenarnya, pada hari itu dia tidak perlu pergi pun kerja. Semuanya kerana malam itu dia juga diganggu.

Menurut ayah saya, pada malam itu ayah saya turun ke car park kerana dia tertinggal something dekat kereta.  Kereta yang kami sewa itu kereta Viva. So ayah saya turun la ambil barang yang tertinggal itu. Car park tu bersebelahan dengan swimming pool. Swimming pool pula berhadapan dengan lift.

Selepas ayah saya ambil barang dekat kereta, ayah saya menuju ke lift untuk naik semula. Semasa ayah saya menunggu pintu lift terbuka, ayah saya terdengar bunyi seperti ada orang sedang terjun ke swimming pool tersebut. Bunyi percikan air juga kuat kedengaran. Tetapi, apabila ayah saya melihat ke swimming pool tersebut, tiada sesiapa pun sedang mandi di swimming pool tersebut.

Semasa ayah saya berada di dalam lift, dia tekan button tingkat 3 sahaja kerana kami stay dekat tingkat 3. Tetapi, apabila tiba di setiap tingkat, pintu lift terbuka and then ayah saya tekan button tutup dan baca ayat-ayat suci Al-Quran yang terlintas di hati. Apabila pintu lift terbuka, ayah saya terus menuju ke arah rumah yang kami stay. Oleh sebab itu, ayah saya tidak boleh tidur hingga ke pagi.

Keesokan harinya, kami terus check out rumah itu dan terus meninggalkan apartment itu dan terus ke jeti untuk menaiki feri pulang ke rumah.

Selepas pulang ke rumah, ayah dan saya demam panas. Sebaliknya, ibu dan kakak-kakak saya okay sahaja, tiada apa-apa yang berlaku kepada mereka,

Sejak kejadian itu kami tidak lagi bercuti ke Langkawi. Kami trauma dengan kejadian itu.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

7 thoughts on “Percutian ke Langkawi”

  1. Kan boleh sewa apartment lain.. Adoi la.. Napa singkat sgt fikiran bapa kamu tu.. Sebelum cuti Google dulu mana tmpt yg berhantu so x la kena kacau

    Reply
  2. Ini hanya sekadar perkongsian. Saya adalah penulisnya. Ayah saya adalah seorang yang lemah semangat. Oleh sebab itu, dia sering diganggu. Kami mengambil keputusan untuk pulang kerana saya dan ayah saya tidak sihat. Sebab itu kami mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Maaf kerana cerita ini ada kekurangan sedikit di mata pembaca. Terima kasih kepada addmin kerana cerita ini disiarkan.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.