Perempuan Dalam Lift

Salam warga reader FS.
Leka sesekali bila waktu teman suami on-duty, habiskan masa melayan FS. Sampai dah macam ketagih pula. Baiklah,cukuplah aku perkenalkan diri sebagai Reen. Mungkin bagi sesetengah antara korang rasa kisah aku ni tak adalah seram mana. Tetapi bila jadi dekat kau, confirm jadi macam aku. Jadi takut nak naik lift. Yes, lift.

Gara-gara terkena gangguan, aku jadi takut nak naik lift sorang-sorang. Mesti berteman biarpun siang mahupun malam. Kisah aku bermula masa tahun 2011. Waktu tu, aku dan adik-beradik menginap di sebuah homestay (apartment) area Kelana Jaya. Kami check-in hampir jam 11 malam dan bercadang untuk check-out awal pagi esoknya untuk menjemput ibu dan ayah kembali dari menunaikan haji. Baru aku sedar, barang aku tertinggal di rumah sewa aku di Shah alam. Jadi, aku terus menghubungi boyfriend aku yang memang bekerja di Kuala Lumpur untuk menjemput aku di apartment tersebut. Aku mengajak kakak aku temankan sebab jam dah hampir pukul 1 pagi waktu tu. Aku takut nak turun lift sorang-sorang sebab tak biasa dengan apartment tersebut.
Bila boyfriend aku sampai je dekat bawah, aku dan kakak cepat-cepat keluar and tekan butang turun pada panel lift. Nak tunggu lift naik ke tingkat 30 rasa lama sangat. Entahlah, waktu tu aku terasa ada angin aneh bertiup di sepanjang koridor tu, membuatkan bulu roma aku meremang.

TING!

Lift belakang kami terbuka. Aku dan kakak berpaling, tapi sayangnya lift tu under construction. Jadi kami buat keputusan untuk tak ambil risiko naik lift tu. Lagi sekali aku tekan butang pada panel lift tu. Tapi lift tu juga yang terbuka. Kami abaikan saja. Waktu tu aku dah mula rasa tak sedap hati. Aku menoleh pandang kakak. Dia macam dah faham renungan aku. Aku syak dia pun dah rasa apa yang aku rasa. Yang musykilnya, lift tu terbuka, tapi selagi kami tak toleh arah lift tu, lift tu kekal terbuka. Bila kami menoleh ke arah lift tu, baru pintu lift tu tertutup slow je. Nak hilangkan rasa takut, aku pergi arah koridor and menyanyi-nyanyi. Dalam pada tu, boyfriend aku whatsapp… bising dia bila kami lambat turun. Aku putuskan untuk turun ikut tangga. Dalam hati rasa chuak habis dah, tapi gagahkan juga turun ikut tangga dan keluar di level 28 ke atau 29 masa tu. Tak ingat dah.
Keluar level tu, kakak aku cuba tekan lagi butang lift… alhamdulillah kami tawakal juga naik lift dan harap cepat-cepat dapat turun. Bila masuk dalam kereta, kami pun ceritalah kenapa kami lambat sangat turun. Siap aku paksa lagi boyfriend aku tu, balik nanti tolong hantar kami naik atas.

So, balik dari Shah alam lepas ambil barang aku lebih kurang jam 3 pagi.  Boyfriend aku dah janji akan ikut hantar kami ke tingkat atas. Sepanjang perjalanan nak naik tu tak ada apa-apa yang terjadi. Tapi pagi keesokan harinya, rupa-rupanya benda tu munculkan diri depan boyfriend aku. Menurut cerita dia, benda tu perempuan. Berambut paras bahu. Berdiri di bahagian belakang dalam lift, berbaju putih dan berseluar jeans lusuh. Benda tu siap ikut sampai dalam kereta. Boyfriend aku terpaksa bawa kereta round-round sampai dia hilang. Tapi yang buat aku takut, ape yang boyfriend aku gambarkan pasal benda tu, sama macam apa yang aku mimpi lepas balik malam tu! Ya, aku mimpi seorang perempuan dengan ciri-ciri yang sama macam boyfriend aku cerita. Tapi dalam mimpi aku tu, perempuan tu berada dalam lift yang on construction tu. Duduk sambil muka ditekup pada lutut dan menangis. Kakak aku pun alami mimpi yang sama macam aku.
Alhamdulillah, selepas tu tak ada dia mengikut atau menampakkan diri.

Sampai sekarang apartment tu selalu menjadi pilihan untuk family yang nak transit pergi menunaikan umrah atau haji. Homestay tu pula terletak di tingkat paling tinggi dan kebetulan cuma kami satu keluarga je yang check-in malam tu. Level tu cuma ada tiga unit homestay. Sekarang ni, setiap kali aku lalu area Kelana Jaya, bila terpandang je apartment tu, confirm teringat.

Serik dah nak check-in situ!

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

10 thoughts on “Perempuan Dalam Lift”

  1. Juri oh Juri. Kedekutnya bagi markah. Haha.. 10/10 untuk para Juri kerana berjaya buat saya ketawa time2 serius ni. Tapi cerita ini seram lah. Cuba bayangkan kalau korang dalam situasi penulis.

    Reply

Leave a Comment