Salam semua readers #FiksyenShasha. Nama aku Hafiz, tapi member2 aku panggil aku Coyan. Asal Johor tapi insiden aku bertemu dengan entiti ni berlaku di Melaka, di tengah2 bandar plak tu. Time tu aku sambung degree kat UiTM kampus bandar, sebelum kampus tu pindah ke Alor Gajah (UiTM Lendu).
Aku masuk U lambat sikit, dalam seminggu lambat sebab ada hal peribadi jadi aku terlepas daripada menginap di asrama standard UiTM, dan dipendekkan cerita aku kena stay blok pangsapuri yang mana rata2 pelajar2 dari institusi2 berbeza turut menginap sama. Waktu tu dalam bulan kedua atau ketiga kot first sem aku aku kat sana, time tu kami tengah siapkan assignment kami, semua pakat2 meniarap la bersila la atas lantai simen tengah potong2 tampal2 semua, tak siap lagi pun tapi macam biasa la, ‘rilek2 dulu isap kok lu sebatang dua’.
Tiba2 Wan (bukan nama sebenar) ajak kami makan dan dia cakap lebih kurang camni, “Jom aa makan dulu kasi rehat sama ini minda dan kasi kenyang sama ini perut dulu la oi”. Sorang lagi member, Ijat (bukan nama sebenar) cakap, ”Eyy, banyak lagi ni nak gi makan menda?”. Dan disahut sorang lagi member aku Amy (bukan nama sebenar jugak dan beliau berjantina lelaki), “Aku pon lapar gak nih, ala boleh la, gi take 5 dulu an an”. Dipendekkan cerita, kami semua turun pegi makan dan tempat yang dipilih adalah kedai makan yang seberang jalannya adalah Ocean, dia macam mall lama area Bandar Melaka tu. Waktu tu dalam 4-3 pagi jugak la, orang pon tak la ramai sangat kat jalan mahupun di kedai makan tu.
Di kedai makan tu kami sembang2 kosong sambil tunggu order sampai, aku dengan Amy layan si Wan dan lawak bodoh dia tu dan Ijat masih lagi menggenggam erat PSP hitam dia. Kerusi aku dan si Wan mengadap Ocean tu direct dan lagi dua orang tu mengadap kami berdua. Time gelak2 semua tu aku perasan ada sorang perempuan (?!) berdiri kat tepi public phone depan mall lama tu. Aku cuit bahu Wan tanya dia “Ey ko nampak tak perempuan kat tepi public phone tu?”, dia balas “Usha bapuk ke bang?” dan berderai hilaian ketawa dia dan Amy. Untuk yang tak tahu, belah2 Ocean tu tempat mak nyah mencari sesuap nafkah dan macam2 lagi aktiviti maksiat yang aku malas nak amik tau.
“Ko jangan tenung lebih2, nanti dia ikut ko balik bilik baru tau haha”, sambung Amy dan sekali lagi kami ketawa besar macam dah habis final. Sewaktu aku nak sambung lagi percakapan aku dengan kawan2 secara serius mengenai perempuan (?!) seberang jalan tu, order kami sampai dan kami semua pun melantak dengan lahapnya. Dah kenyang, bayar duit makan semua kami pon beransurlah ke keta Amy dan aku tergerak untuk melihat tempat di mana aku nampak perempuan (?!) tu, baru je aku nak bukak mulut ajak geng2 aku tengok sama, aku terperasan yang kaki dia terbalik! Kira lutut dia dan tumit dia ada kat depan dan walaupun aku pakai spek dan jarak kami dengan dia 200 meter lebih camtu aku dapat lihat yang mata dia hitam je dan senyum menyeringai nampak semua gigi berkarat. Aku tak jadi bukak mulut, dan dalam keta aku diam membisu. Wan yang nampak aku tetiba diam je, melawak yang aku rindu abang bapuk kat Ocean tadi, Amy gelak tapi aku hanya senyum tawar. Aku tau yang aku nampak tadi bukan bapuk tapi…
Sampai di depan pangsapuri student kami tu, Ijat keluar dulu pegi kedai 24-7 depan blok kami tu nak beli jajan katanya dan dia suruh kami naik dulu. Aku masih terkejut lagi dengan ‘penampakan sulung’ aku tu jadi aku bergerak pon agak slow jugak, tau2 Amy dengan Wan dah sampai atas. Aku dengan longlainya2 berjalan ke arah lif. Sementara nak tunggu lif tu sampai, lama nak mampus rasanya, aku toleh kiri kanan. Sunyi sepi cuma ada deruan angin sekali-sekala melibas tubuh aku. ‘Ting!’ bunyi lif dah sampai dan time pintu dia terbukak tu, “Watafak?!” jerit aku apabila melihat yang perempuan (?!) sama depan Ocean tadi ada dalam lif depan aku.
Kuat jugak la aku menjerit rasanya boleh dengar sampai ke tingkat 14 camtu, terkejut la katakan. Bila mata aku bertentang dengan mata hitam makhluk tu terus aku bukak langkah seribu berlari ke arah kedai 24-7 di mana Ijat sedang berada. Sampai je kat kedai 24-7 tercungap2 aku tak cukup nafas macam ikan naik ke darat. Ijat nampak aku semacam je then tegur aku ,”Oi asal ni Coyan? Bapok kejar ke apa?” sambil tersenyum menjilat Cornetto dia. Bingai betol, aku setengah m**i marathon dia bleh plak buat lawak bangang macam si Wan tu. Aku malas nak cerita panjang aku senyum dan ye kan je apa dia kata tadi. Last2 aku naik atas dengan dia dan tamat setakat tu saja pengalaman aku malam tu. Nasib baik tak demam sebab esok tu nak submit assignment lagi.
Sebenarnya ada follow up kepada cerita ni, tapi nanti2 la aku sambung taip lagi…
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
“…walaupun aku pakai spek dan jarak kami dengan dia 200 meter lebih camtu aku dapat lihat yang mata dia hitam je dan senyum menyeringai…”
jauh tu.. 20 meter je kan? hehehehe
Terpikir gak semalam…
200m tu jauh dik…
Kena plak pepagi buta camtu, kira handal banget ar mata tu wpon rabun…
Apartment yayasan melaka ke nok?
Ocean tu malam2 mmg seram kot. Lain kali jangan ler tegur kalau nampak.
Btw, saya ex student KBM.
Rindu nak kacau bapok Ocean..
Betul. Hahaha. Kacau bapok kt ocean ibarat hiburan budak KBM
Ocean mall tggl kenangan. Hakak sklh men masa Ocean tu msh beroperasi.
Kalo 200meter mmg terlalu hebat lah mata ko tu siap leh nmpak gigi karat mata hitam bagai…
hahaha….ocean tu zaman2 hakak rebonding rambut dik…ade 1 kdai pemes…Nicolas Salon…
Weh aku nak tya pendapat ni. Utk tmpt blaja (uni). Mind to drop your twitter account here? Spa2 ja