Perhentian Bas K12

Assalamualaikum semua warga FS. Aku ni… Maira.. yang bercerita tentang “Dua Pengalaman Misteri”. Panjang sungguh korang-korang comment kat cerita tu ye. Hahaha.. dan memang betul aku bukan lah #Maira seperti korang mula2 fikirkan. Macam nilah… untuk tidak membingungkan sesiapa, mulai dari cerita ini dan kalau aku nak berkongsi cerita2 lain lagi selepas ni, aku akan memperkenalkan diri sebagai Mira Maira.

Hari ini aku nak menceritakan tentang sebuah kisah yang abang saudaraku kongsikan dengan aku. Katanya, kisah ini sudah dianggap sebagai lagenda lama atau urban legend oleh masyarakat yang tinggal di daerah tersebut. Mungkin ramai yang pernah dengar tentang kisah ini. Walau bagaimanapun, aku tetap nak kongsi lah di sini. Ceritanya begini…

Perhentian Bas K.12


Azmi masih dalam perjalanan untuk pulang ke kampong halaman. Perjalanan dari Kota L ke kampong halamannya di TK memang jauh. Dia telah pun membuat perjanjian dengan teman sekampungnya, Leman, untuk menjemputnya di Perhentian K.12. Azmi berjanji untuk menelefon Leman bila dia hampir sampai ke Perhentian K.12. Waktu menunjukkan sudah hampir 11.30 malam…

Azmi : “Assalamualaikum Leman.! Eh gua dah nak dekat sampai Perhentian Bas K 12 ni. Lu gerak ah dari rumah sekarang.”

Leman : “Waalaikumsalam Mi.! Eh ye ke lu dah nak sampai.? K K gua gerak sekarang.”

Leman pun mulakan perjalanan untuk menjemput si Azmi dari Perhentian Bas K12 yang terletak tidak begitu jauh dari rumah mereka. Sesampainya dia disana, dia ternampak Azmi sedang duduk dibangku seorang diri. Dia pun menepuk bahu Azmi dan menegurnya…

Leman: “Eh Mi..! Apasal lu dah sampai lu tak roger gua.? Gua ingat lu masih dalam perjalanan. Tahu lu dah sampai tadi gua pecut motor amik lu lincah2.! Hahahaha…”

Azmi diam sahaja. Leman terus menyerahkan helmet pada Azmi untuk dia pakai. Azmi pun memakainya tanpa berkata sepatah pun. Leman berasa hairan, tapi dia menepis perasaan itu dengan membuat andaian mungkin Azmi ni penat. Tiba-tiba Azmi bersuara..

Azmi : “Man… jom kita pekena Kway Teow dulu kat mamak kedai hujung tu. Lapar ah…”

Leman: “Oh ok boleh boleh.. Lama dah tak jumpa lu memang sedap ah lu ajak gua sembang kat mamak…”

Lalu mereka berdua pun membonceng motorsikal si Leman dan pergi ke kedai mamak yang terletak di hujung kampong. Sesampai disana, Leman pun order lah air teh dua , Kway Teow Goreng dua. Bila dia order tu, mamak yang ambil order dia tengok dia terus cakap, “Lapar ka bang..? Tadi tarak makan ka.?” Leman menjawab, “Lapar lah jgak bradder.. buat cepat sikit eh.!” Sambil menunggu makanan yang dipesan sampai, Leman pun ajak Azmi bersembang.

Leman : “So amacam lu kat Kota L.? Kerja smua ok.? Dah ada awek blom lu..?”
Azmi : “Lu ni Man.. balik2 tanya pasal awek..”

Mereka bersembang agak lama di kedai mamak. Sambil makan, sambil minum, mereka bersembang kencang. Maklumlah lama tak jumpa. Tapi Leman menyedari Azmi makan sikit saja. Hairan, padahal dia yang kata dia lapar. Usai makan dan minum, jam pun dah menunjukkan waktu lewat malam.

Leman : “Eh Mi.. jom ah gerak balik rumah lu. Mak lu mesti tertunggu2 lu ni. Jalan ah..”

Azmi sekali lagi tidak bersuara, hanya bangun capai helmet dan mengikut langkah Leman yang hendak ke kaunter untuk membayar pesanan2 mereka tadi. Selepas itu, mereka pun membonceng motorsikal dan pecut keluar dari kawasan kedai. Sepanjang perjalanan, Azmi senyap sahaja. Sesampainya di depan rumah Azmi, dia pun menyerahkan helmetnya kepada Leman.

Azmi : “Terima kasih jadi kawan gua malam ni.”
Leman : “Apa lu… kita kawan dari kecik kot… Apa je lah dia ni.! K k gua gerak dulu. Besok nak keluar ke apa ke.. roger gua.!”
Azmi : “Besok tak kot. Bye Leman.”

Azmi senyum sambil melambai Leman. Si Leman kehairanan lihat gelagat Azmi. Dia pun terus pecut motorsikal nya untuk terus pulang ke rumah. Baru saja si Leman pusing nak keluar dari daerah rumah Azmi, tetiba handphone di poket nya berbunyi. Dia memberhentikan motornya di tepi jalan. Dia lihat pada handphonenya Azmi yang meneleponnya. “Nak apa pulak si gila ni.” Mendengusnya didalam hati.
Leman : “Assalamualaikum Mi.! Ahhh apa hal lagi.? Gua dah nak sampai rumah ni.!”
Azmi : “Waalaikumsalam Man.! Weyyyy lu apa hal nak sampai rumah pulak.? Gua suruh lu amik gua kat tempat Perhentian Bas ni kot.! Lama doh gua tunggu lu tak sampai.! Hp lu off.! Pehal lu…”
Leman tercengang.
“Huh .?? Aper lu merepek ni Mi.. Gua baru je antar lu balik rumah tadi.! Sempat kot tadi kita pekena Kway Teow kedai mamak ujung tuuu.. Apa pulak lu cakap gua tak datang amik lu.?”
Azmi: “Pale hotak lu.! Kway Teow pemende.! Gua tengah lapar ni.! Gua tunggu kat sini nak makan 3-4 jam lu tau tak.? Eh kalau gini jam masih banyak teksi… Gua dah naik teksi tau.! Penat kot gua tunggu lu.! Dah cepat datang sini amik gua..!”
Leman masih bingung. Tapi memandangkan kawan dah call dia dan dah marah mencurah-curah, dia pun patah balik ke Perhentian Bas K.12. Sesampainya dia disana, memang betul Azmi masih di Perhentian Bas tersebut. Dengan penuh rasa marah, Azmi mula menzahirkan perasaan marah itu pada si Leman. Tapi, Leman tidak menghiraukannya. Dalam pemikirannya, dia masih terfikir akan siapakah yang dia jemput, temankan dia ke kedai mamak dan kemudian menghantarkan pulang.? Kalau nak kata Azmi mempermainkan dia, jarak dari rumah Azmi ke Perhentian Bas tersebut sangat jauh. Takkan dalam masa kurang 5 minit selepas Leman “menghantar” dia pulang ke rumah, dia boleh patah balik ke Perhentian Bas itu.? Seperti Azmi kata tadi, teksi pun tak ada.
Jadi, siapakah..?

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

119 thoughts on “Perhentian Bas K12”

  1. Sebut Kota L akk laju jer terbayang Kota London td, hehehehehhe…

    Memang Leman ni baik orgnye sampaikan benda tu pn nk berkawan lepak mamak ngan die…

    Tapi tu aarrr…
    Dahlar bazir minyak moto, bazir kue teow teh tarik lg mkn minom x abis…
    Rugi rugi rugi…

    Reply
    • Tu lah dier. Actually kata abang sedara kita, selepas kejadian malam tu, si mamat Leman ni ada gi check balik dgn mamak yg amik order dier malam tu.. dan mamak tu kata dia nampak Leman datang sorang je..

      Reply
      • Sbb tu ar mamak tu tegur leman mcm lapar bonar order serba 2…
        Tp klu ikot adab, patotnye Azmi yg belanja Leman sbb die tlg amik kt bus stand…
        Ni siot punye antu, Leman gak yg kena bayor…

        Reply
  2. Testing²… amboiii.. mentang² aku dh lama x buka fs, alih² tgk dh berubah background.. nasib baik jmpa ruangan komen.. haha

    Btw, mira maira.. apa khabar si leman? X demam ke lps kejadian tu? Si “azmi” plk dh x berkawan ngan leman lg ke lps kejadian?? Huhuuu…

    Reply
  3. Best..elemen seram xde sebab antu nye x tunjuk kn rupe sebenar..tp setori yg nk disampaikan tu mmg smpai la ke dlm hati cikbambam..

    Bagus btl ade kwn mcm leman..sggup pegi stesen bus semula..kalo cikbambam da cabut lari balik umah da..huhu

    Cikbambam bg 8.3/10 ?

    Reply
  4. Fuh kalau akulah dh x payah pikir sape. Bawak moto baca jelah ape yg ptut tkut kang dia nk tumpang pergi stesen bas tu balik. Naya weh naya

    Reply
  5. “Bila dia order tu, mamak yang ambil order dia tengok dia terus cakap..”

    mati mati aku ingat mamak tu nampak hantu dekat Leman n Azmi.

    #eightoverten

    Reply
  6. pergi la kat kedai mamak tu balik..tnya mamak tu mse dtg mula2 tu nmpk dtg sorang ke berdua…kalo sorang je comfirm …jeng..jeng..jeng…huhu..

    Reply
  7. Azmi : “Terima kasih jadi kawan gua malam ni.”
    Leman : “Apa lu… kita kawan dari kecik kot… Apa je lah dia ni.! K k gua gerak dulu. Besok nak keluar ke apa ke.. roger gua.!”
    Azmi : “Besok tak kot. Bye Leman.”

    leman kawan dgn ‘benda’ tu satu malam je.

    Reply
  8. ish cu….kalau camni gaya nenek pon seram erk..patut la mamak tu kata, lapar ke brader? takpe2, nnt pape roger nenek, nenek amek naik penyapo…..zasssssss!!

    Reply
  9. “Besok tak kot”

    Amboii ko ‘Azmi’… Org da bg tumpang, da bagi makan..
    Satu mlm je ko nak kawan…
    Alang2 tu blanje ler kepci buat bayo penat lelah leman tu haa… Huhuhuu

    Kota L tu kota apa ehhh??
    Larkin? Langkawi? Lumut??
    Teman curious ni…

    Btw, setori 8/10 ?

    Reply

Leave a Comment