Perjalanan malam Pekan Bidor ke Teluk Intan. Van Usang Muncul. Bila Lihat di dalamnya…

Assalammualaikum.

Hari ini aku nak kongsi pengalaman aku masa lalu jalan dari pekan Bidor ke Teluk Intan, sebelum kawasan Air Itam. Kejadian ni berlaku 3 tahun lepas (2015).

Masa kejadian tu, wife aku sedang mengandung anak sulung kami dan kami dalam perjalanan nak balik ke kampung mak ayah aku di Chenderong Balai.

Kisah nya bermula apabila kami exit highway Plus tol Sungkai dan terus menghala ke teluk intan melalui jalan berkiri-kanankan kelapa sawit dan kawasan lombong tinggal. Kawasan ni memang gelap, jarang-jarang jumpa lampu jalan.

Sedang aku leka memandu, tiba-tiba kereta kami dg oleh sebuah van yang sangat usang. Macam nk roboh pun ade aku tengok van tu. Ketika van tu betul-betul disebelah kereta kami (ketika memotong) tiba-tiba isteri aku seakan-akan terkejut yang amat sangat lepas tu terus pandang bawah. Bila aku tanya “kenapa?” Dia tak jawab. Hanya mampu berdiam seribu bahasa.

Aku pun malas nk fikir bukan-bukan dalam keadaan gelap senyap sunyi macam tu. Aku tengok jam kat dashboard kereta dalam pukul 11 lebih. Van tadi yang potongg kereta kami pun dah jauh tinggalkan kami

Tak berapa lama kemudian, aku nampak van tadi dah mula slow, pastu kereta kami betul-betul dibelakang van tersebut. Aku cuba nk potong van tu tapi tak boleh sebab jalan kat area tu banyak selekoh.

Sedang aku fokus dengan pemanduan, tiba-tiba mata aku terpaku dengan satu “kelibat” berselubung putih di dalam van tersebut. Van tu aku perasan bahagian belakang tiada kerusi. Macam van orang pergi berniaga. “Kelibat” tersebut seolah-olah sedang duduk mengiring ke tepi (macam seat van jenazah tu) dan nampak bentuk susuk tubuh nya seolah-olah sedang menoleh ke arah aku dibelakang!

Masa mula-mula aku nampak “kelibat” tu, otak aku tak boleh nak proses apa benda yang aku sedang tengok. Wife aku memang tak angkat kepala dah, tengok bawah dari tadi. Aku bertentang mata dengan “kelibat” tu dalam 5 minit macam tu.

Lepas tu baru otak aku sedar yang aku sedang bertentang mata dengan si “dia”. Cahaya dari lampu depan kereta aku tepat menyuluh ke arah mata nya membuatkan jelas nampak matanya merah kekuningan.

Aku mula rasa tak sedap badan. Aku istighfar panjang sebab macam tak percaya dengan apa yang baru nampak tadi. Jelas bukan manusia, bukan benda lain, tetapi si “dia”. lepas tu aku lepas slow-slow pedal minyak aku supaya kereta kami slow dan menambahkan jarak antara kereta kami dan van tersebut.

Sampai disuatu simpang, van tersebut belok ke kanan dan berhenti di depan sebuah rumah ditepi jalan tersebut. Sengaja aku slow kan kereta dan beranikan diri untuk tengok sekali lagi untuk kepastian. Tapi “kelibat” tu dah tiada!

Aku teruskan pemanduan dengan hati yang keliru, cuak, seram, bingung sebab ni first time aku nampak dengan mata aku sendiri. Selama ni dengar orang cerita je. Wife aku memang tak bercakap sepatah habuk pun lepas van tu p****g kami tadi. Lagi la buat aku rasa seram. Dah la dia tengah mengandung.

Sampai je rumah mak aku, aku tak bagi wife aku terus masuk. Aku baca ayat2 pendinding depan pintu dulu sebelom masuk sebab aku takut “dia” ikut kami balik rumah sebab aku rasa memang lain macam masa tu.

Bila dah ada dalam rumah, aku tanya wife aku, kenapa dia terkejut masa van tu potong kereta kami? Dia bagi tahu, masa van tu betul-betul disebelah kereta kami ketika memotong, “kelibat” tu sempat merenung ke arah kereta kami. Kebetulan wife aku masa tu pandang ke kanan, memang nampak la si ‘”dia” tengah merenung tajam. tu yang terkejut smpai kelu lidah. Aku pulak masa tu tengah fokus pandang ke depan, so memang tak nampak la.

Apa pun Alhamdulillah takde kejadian buruk berlaku kat kami malam tu. Yang pasti van tu memang wujud dan manusia yang pandu. Tapi ada “sesuatu” yang menumpang malam tu.

Ada orang pesan kat aku, jangan drive malam-malam, bahaya. Tapi jenis aku, aku mmg prefer drive malam lebih-lebih lagi kalau perjalanan jauh sebab aku selesa dengan keadaan sejuk, tenang dan tak jammed.

Pasal kewujudan “benda” tu memang tak dinafikan. Kita sebagai orang islam harus percaya dengan kewujudan alam ghaib. Cuma jangan sampai kita terbawa-bawa ketakutan kepada “benda” tu. Hanya ALLAH yang perlu kita takutkan. Yakin lah bahawa tiada satu makhluk pun yang mampu memberi manfaat apatah lagi mudarat kecuali dengan izin ALLAH.

Atas keyakinan tu la aku bertawakkal setiap kali memulakan perjalanan jauh malam-malam biarpun sekarang anak aku dah 2 orang, yang kecik tu masih baby. Aku yakin ALLAH ade untuk melindungi kami sekeluarga.

Pada yang membaca cerita aku ni, aku just nak pesan, kalau nk memulakan perjalanan malam, bacalah doa apa yang patut. Dalam kereta elakkan dari mendengar lagu yang bukan-bukan, bergurau sampai ketawa tak ingat dunia dan sebagainya. Kalau ade CD bacaan Al-Quran lagi bagus. Buat peneman perjalanan.

Semoga kita semua dilindungi Allah dari gangguan Iblis & Syaitan tak kira dimana kita berada.

Wallahu’lam.

-Rafi

1 thought on “Perjalanan malam Pekan Bidor ke Teluk Intan. Van Usang Muncul. Bila Lihat di dalamnya…”

Leave a Comment