Perjalanan Pulang ke Kampung N9- Segamat

Assalamualaikum buat semua pembaca FS ni. Banyak cerita yang ada dalam FS ni memang best, ada yang seram, ada yang betul-betul seram sampai boleh termimpi-mimpi dibuatnya. Saya suka baca apa yang orang ceritakan berdasarkan pengalaman masing-masing sampai saya sendiri pon tertarik nak kongsikan sedikit pengalaman yang mungkin menyeramkan atau pon tak seram langsung hahaha. Ok mula-mula saya nak perkenalkan diri saya tapi saya tak guna nama betul la kang tak pasal-pasal ada orang kenal nanti. Hahahah ok tak lawak. Nama samaran saya iwan, umur 22 tahun dan berasal dari Perak, sekolah kat Negeri Sembilan sambung belajar kat Johor dan sekarang stay kat KL. Hehehe kisah yang saya nak ceritakan ini sedikit sebanyak diharap dapat menghiburkan anda. Itu pon kalau cerita ni dipublishkan oleh admin. Terima kasih banyak-banyak kalau dapat dipublishkan, bukan apa saya pon nak gak orang tahu pengalaman kita kan. Huhuhu.

Untuk dijadikan permulaan cerita, saya ni nak kata penakut tak juga tapi takde la berani sangat sampai boleh tengok muka hantu, kalau dapat tengok komfem boleh pitam tak kisah la hodoh ke cantik ke kalau hantu tetap hantu. First of all, kisah bermula sewaktu saya nak balik kampung sedara tahun 2014. Kampung kat Segamat Johor dan masa tu stay kat Negeri sembilan so makan masa la gak nak sampai. Saya gerak ngan family waktu tu dalam pukul 9 malam lepas isyak, ikut kan memang nak balik petang or pagi tapi masa tu ayah ada kerja so terpaksalah gerak malam. Ok ni bukan balik kampung sebab raya tapi sebab ada kenduri kahwin masa tu. Saya ingat lagi waktu tu mak ada cakap yang dia rasa tak sedap hati. Rasa macam tak tenang je nak gerak malam tu tapi kalau gerak esok apa pula sedara-sedara kat kampung tu cakap datang nak makan je ke? Well orang melayu kannn. Hahahah. Lepas tu kitorang pon gerak balik tapi tak ikut highway , ikut jalan lama dari Seremban ke tampin ke gemas ke segamat gitu. Hahaha.

Malam makin gelap, jalan lama ni tak banyak lampu and masa tu saya duduk depan, mak dengan adik duduk kat belakang. Masing-masing dah membuta kat belakang tinggal saya dengan ayah. Kang kalau saya tidur takkan ayah nak berjaga sorang-sorang kan. So terpaksalah berjaga sekali. Ayah ajak sembang, macam macam yang kitorang sembang sampai ayah terlanggar something. Macam terlanggar bonggol, masa tu aku tak tahu kat mana tapi yang pasti tepi kiri kanan memang hutan. Jam kalau tak silap dalam pukul 10 lebih camtu. Masa terlanggar memang kuat gak sampai mak pon terjaga. Ayah berhenti tepi takut tayar ada problem. Time tu memang cuak la rasa kot ada penjenayah ke perogol ke perompak ke mau nye tak terkejut? Hahaa.

Tapi ayah dah cek tengok takde apa pon bila ayah tengok jalan nampak gelap so ayah anggap batu je la kot sebab kalau terlanggar haiwan mesti ada tinggal kesan. Then waktu ayah dah masuk kereta ada satu kereta wira lalu dari belakang kitorang, kereta tu bagi lampu tinggi and hon dekat kitorang. Mak suruh cepat gerak. Time tu jugak la kereta tak boleh nak gerak and stop tak boleh start. Now i really really feel macam dalam movie. Dah la tepi jalan tengah malam dengan lampu takdenye pastu kereta boleh buat masalah. So cliche. Time tu apa yang saya perasan ayah tengok cermin pandang belakang then terus suruh aku dengan mak baca surah and ayat kursi. Dah sah sah la benda tu ada dekat belakang kereta. Ya Allah, rasa takut tu tuhan je yang tahu.

Adik aku baru terjaga dari tidur sebab panas kereta tak pasang air cond, time tu mulut celupar dia memang tak boleh cover, dia boleh cakap apasal berhenti tepi hutan ni? Hantu betul dah la panas macam tutttt (maaf tak boleh sebut korang pandai pandai la teka) rasa nak tampar je mulut dia. Tup tup tetiba kereta boleh start, apa lagi terus pecut la time tu. Ingat dah habis kat situ tapi masa kitorang dah masuk area Segamat yang lepas Gemas tu ada lagi benda yang nak kacau kitorang tapi kali ni hanya adik saya yang mulut celupar tu sorang je yang nampak. Kitorang mula mula tak tahu yang dia nampak sampai la tetiba dia menangis dalam kereta. Kuat lak tu. Terkejut kitorang, dia cakap ada benda dekat tingkap nak masuk dalam, benda tu suruh dia buka tingkap.

Saya tak tahu la macam mana benda tu communicate dengan adik saya tapi adik saya cakap tak nak so benda tu je jegilkan mata dia sampai macam nak terkeluar. Lepas adik saya cakap dalam menangis dia tu tetiba ada bau busuk macam bangkai kuat gila bau dia. Ayah saya terus baca ayat kursi kuat kuat makin kuat pulak adik saya menangis, dia kata benda tu terbang tepi tingkap sambil pandang dia. Saya masa tu memang tak nampak apa apa mungkin sebab mulut dia tegur benda tu la kot puncanya. Mak masa tu peluk adik sambil baca surah surah lazim. Adik memang dah longlai waktu tu. Sampai kat trafic light batu anam baru benda tu hilang. Jam rasanya pukul 12 lebih kot.

Kalau korang tahu la trafic light batu anam kalau dari arah gemas pastu belok kiri masuk jalan yang nk ke uitm segamat tu benda tu bertenggek atas bumbung kereta. Gedebukkk bunyi dia. Haihhh tak habis habis benda tu nak kacau sampai nak tumpang duduk atas kereta tapi kali ni memang kitorang dengar dia ketawa. Hawau lahabau betul meremang segala bulu yang ada kat badan ni dek suara benda tu. First time dengar. Ayah suruh jangan berhenti baca ayat quran baca semua surah yang ingat. Pastu dia boleh hulur kaki luar tingkap belah ayah. Fuhhh kaki lawa beb, kaki perempuan sah la tu cik lang atau cik ponti. Betul la kot benda tu memang nak masuk dalam kereta. Jibake punya setan dia nak apa pon tak tahu.

Time tu dah nak sampai rumah sedara, nasib baik ada atok (atok sedara la) kat depan dengan cucu sedara (yang dah besar la, budak kecik mana berjaga dekat pukul 1 pagi oiii). Benda tu terbang dari satu pokok ke pokok. Macam monyet pon adaaa. Terkejut la atok and sedara sedara lain tu. Kitorang keluar dari kereta terus pergi kat atok. Mak dengan adik dah hilang semangat kot sebab muka pucat and adik dah terduduk kat depan pintu rumah. Terus atok pergi ambik air baca something bagi mak and adik minum. Tak lama lepas tu baru la adik cerita yang rupa benda tu macam perempuan tapi pucat, mata dia masuk ke dalam. Tu la kot buat dia menangis sebab mata yang ke dalam tiba tiba keluar terjegil. Hahah bila pikirkan balik memang lawak la. Kenangan buat kami sekeluarga. Apa pon yang pasti keesokannya kami tak tolong pon family sedara yang nak kawin tu yelah sebab masing masing demam. Hahaha lawakkk lawakkk.

Apa apa pon yang pasti kalau nk pergi mana mana sila jaga mulut and tingkah laku anda kerana bukan kita yang manusia ni je yang menumpang atas muka bumi tau. So ingat Allah, jaga solat In shaa Allah akan dipermudahkan urusan. Selamat menyambut cuti sekolah penggal yang pertama, time ni memang banyak yang kahwin kan? Selamat pengantin baruuu, huhuhu bye.

10 thoughts on “Perjalanan Pulang ke Kampung N9- Segamat”

  1. Best ceta kau dik.seram2 saspen gtu.klakar..haha.tp mmg jln area n9 nk ke johor tu serem.sunyi.akak pnh lalu kul11 lbih dr johor nk mghala kl.jln jem so decide jln dalam.xderla tkut sb ramai yg dr hghway exit jln dlm.konvoi reramai.xd la pape.yg cik ponti tu pun satu, arap kaki je lawa muka pucat mata kedalam lawa apenye..??btw mmg best.tulisla lg.pastu hashtag #akakkiut ye.haha.bye

    Reply
  2. Pergh dah la jalan Seremban , tampin gemas segamat tu hutan belantara je banyakk…aku biasa lalu siang2 je nak blk pahang dr johor….

    Reply
  3. aku pernah jugak balik kampung di matang perak dgn family. pukul 4 bru smpai. cik ponti lintas tpi tingkap . mmg sial la siap bunyi kain kibas tingkap lgi.

    Reply
  4. Saya baru tahu cerita saya ni disiarkan oleh FS. setelah dua tahun and ternampak di FB FS. Terima kasih buat mereka yang sudi membaca. Kisah dah lama berlalu tetapi masih segar di ingatan. Btw, terima kasih FS sudi publish.

    #ada kesilapan sedikit di bahagian trafic light batu anam tu. Sepatutnya arah belah kanan bukan kiri. Maaf typo menggelabah ketakutan gitu. Hahaha peace

    Reply
  5. 3 tahun duduk uitm segamat . Laluan batu anam and selekoh jerat cina tu memang kerap ada benda jadi.
    Kalau keluar, sanggup balik esok pagi nya dari nak lalu jalan tu . Selalu sangat melintas jalan 😂 tekezut nok 😂

    Reply
  6. Assalamualaikum semua dan salam sejahtera, saya nak buat pengakuan jujur dan nak minta maaf pada semua yang membaca, semua cerita yang di buat oleh saya iaitu “kisah di universiti”, “shift malam di mall” dan “perjalanan pulang ke kampung N9-Segamat” adalah kisah yang saya reka sahaja. Bukan pengalaman sebenar saya. Saya tahu saya dah membuat salah dan menipu semua orang. Saya minta maaf banyak2 pada semua pembaca. Saya menulis tanpa berfikir dan hanya memikirkan kepuasan saya sahaja . Sekali lagi saya minta maaf sangat2.Terserah pada FS untuk padam kisah2 tersebut. Yang benar IZZ.

    Reply

Leave a Comment