Perjanjian Cinta : Arjuna Cinta Matiku

Aku melihat telatah Amsyar dan Dania anak kembar ku bermain main di taman permainan. Tersentuh hati sekejap sahaja masa berlalu kini usia perkahwinan ku dan Tirana telah pun masuk tahun ketiga. Pahit manis kehidupan yang dilalui bersama terasa seperti baru sahaja aku selamat diijabkabulkan menjadi isteri Tirana. Lelaki penuh misteri seorang yang taat pada perintah Allah penyayang. Tirana adalah pelengkap kehidupan nya.

” Mummy, babah..babah.” Dania menunjukkan tangan ke arah sepohon pokok rendang berhampiran tempat dia bermain. Hati aku gembira kerana suamiku telah pun sampai.

Aku berjalan ke arah anak anakku. Telefon bimbit ku berbunyi.

“Sayang, abang datang, lewat makan dulu ya dengan anak anak,” terkejut bukan kepalang kerana suami ku baru sahaja menelefon dan saat aku sampai menghampiri anak anak, alangkah terkejutnya aku melihat susuk tubuh lelaki yang amat dikenali dan dicintai nya itu.

Aku merupakan seorang gadis desa mempunyai kecantikan luaran dan dalaman. Alamak ni puji diri sendiri pula. Namun aku anak yatim piatu yang tinggal bersama nenek yang telah uzur. Ibubapa aku telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya ketika pulang daripada menunaikan solat jemaah di masjid di kampung nya. Kedua ibubapa ku ditemui meninggal dunia ditempat kejadian kerana dilanggar lari oleh sebuah lori membawa muatan yang panjang dan besar.

Nenek ku adalah ibu kepada ayah. Sehingga kini nenek masih belum menerima kenyataan takdir Allah bahawa anak dan menantunya telah pergi selamanya. Dia sering melemparkan maki hamun, anak sial dan pembunuh kepadaku.

Aku sering diganggu oleh kesedihan dan kedukaan. Setiap hari nenek akan mencari kesalahan diriku. Ada sahaja perkara tidak kena di mata nenek. Sudahlah segala keperluan diri dan rumah kusediakan. Tiada ucapan terima kasih malah caci maki sahaja menjadi kata kata iringan setiap kali aku menyempurnakan kerja di rumah.

Aku tiada kawan yang baik dan boleh aku kongsikan masalah. Segalanya aku telan sendirian. Aku sering menangis setiap malam di dalam bilik ku. Nenek tidak benarkan aku duduk di bilik hadapan. Aku diberikan sebuah bilik di belakang bersebelahan dapur. Jika aku menangis sekali pun memang nenek tidak akan tahu. Aku rasa aku seperti orang gila.

Aku tiada kawan yang baik dan boleh aku kongsikan masalah. Segalanya aku telan sendirian. Aku sering menangis setiap malam di dalam bilik ku. Nenek tidak benarkan aku duduk di bilik hadapan. Aku diberikan sebuah bilik di belakang bersebelahan dapur. Jika aku menangis sekali pun memang nenek tidak akan tahu. Aku rasa aku seperti orang gila.

Satu malam aku dah lupa hari apa yelah kejadian ni dah lama berlaku. Tapi aku ingat aku tertidur dalam keadaan aku bersedih. Aku bermimpi pergi ke sebuah perkampungan yang cantik. Aku pasti tu bukan kampung aku. Sebab aku kenal setiap rumah dan lorong di kampung aku.

Aku berjalan melihat sawah padi dan sungai. Air nya sangat jernih sehingga aku dapat melihat ikan ikan berenang. Ada bunga teratai dan lembayung cina di permukaan air.

Aku duduk di atas sebuah pangkin di bawah pohon kayu yang rimbun. Cantik betul pokok ni dengan akar berjuntaian dari atas dan ada lumut lumut hijau seperti pokok di kawasan pergunungan. Aku dah pelik macam tak sesuai pula.

“Assalamualaikum cik, apa buat di sini seorang diri. Marilah ke rumah saya. ” Terperanjat aku woi, tengah syok sendiri perhatian pokok dan sungai tetibe sahaja ada orang bagi salam. Aku berpaling melihat suara siapa kah itu.

” Waa’laikumsalam,” ya Allah, kacak nya lelaki ni. Aku tak pernah jumpa lelaki sekacak dia sebelum ini. Seolah olah semua kesedihan aku hilang. Adakah ini cinta?

“Saya Arjuna, orang kampung ni, saya selalu nampak awak. Awak suka bersedih hati je”, Alamak kantoi bila masa plak dia intai aku ni.

Mimpi tu memang indah aku dibawa berjalan-jalan ke kampung Arjuna. Arjuna telah memberi kan ku sekuntum bunga mawar berwarna ungu yang sangat harum sejurus aku menerima nya aku terjaga dari tidur ku. Dan paling mengejutkan di tangan aku ada sekuntum mawar ungu.

Keesokan malamnya aku bermimpi lagi bertemu Arjuna. Kali ini aku dibawa ke sebuah rumah yang berhampiran sawah padi. Rumah ini sangat luas ada banyak bilik dan paling menarik sistem kunci di pintu dan tingkap nya. Setelah selesai aku melihat keseluruhan rumah yang cantik itu aku duduk di beranda rumah itu.

“Ariana awak suka rumah ini?” Arjuna bertanya kepada ku.

” Ya saya suka rumah ini reka bentuk nya sangat luas dan menarik, permandangan di luar pun cantik,”

Aku berdiri duduk di jendela. Arjuna berdiri di samping ku. Dia berkata ini adalah rumah hadiah daripada nya. Aku terkejut dan sangat gembira sebab rumah ni terlalu cantik. Arjuna juga berjanji akan menjaga ku dan akan membantu aku jika aku dalam keadaan kesusahan. Dia berkata aku adalah miliknya dan tiada sesiapa boleh suka pada aku. Aku terjaga dan bila aku bangun aku melihat seseorang sedang berada di samping ku. Aku tidak dapat membuka mata tetapi aku masih ingat tangan nya mengusap lembut rambut ku.

Nenek tidak lagi memarahi aku, aku pelik dengan perubahan nenek malah kerja kerja dirumah selalu nya telah pun siap apabila aku pulang dari sekolah atau aku bangun dari tidur ku. Aku lebih gemar menghabiskan masa di dalam bilik sebab Arjuna akan datang aku tahu dia bukan manusia. Dia akan datang menemui ku dan berbual dengan ku hingga aku tertidur. Setiap hari dia akan datang bersama mawar ungu. Bilik ku hampir penuh dengan kuntuman mawar ungu.

Kualiti pembelajaran ku juga semakin baik. Arjuna akan membantu aku menyiapkan tugasan kerja yang diberikan oleh guru. Aku sangat bahagia dan aku amat mencintai Arjuna.

Hubungan kami berjalan lancar sehingga lah aku mempunyai seorang kawan baru di sekolah. Lelaki tu bernama Tirana. Tirana memandang aku dengan pandangan tajam dan dia kata ingin berkawan dengan ku. Malam itu Arjuna datang tetapi wajahnya masam.

” Arjuna kenapa kau?”

” Aku tak suka kau berkawan dengan lelaki itu,”

“Dia cuma teman sekelas ku Arjuna,”

“Kau pilih lah aku atau dia, kau adalah milik ku dan jika kau engkar aku akan bawa kau pergi dari sini untuk selamanya.”

Aku terdiam dan tidak bercakap dengan Arjuna lagi. Aku tidak memperdulikan kehadiran dia jika dia datang melawat ku. Keadaan telah berubah nenek sering marah marah kerana dapur yang aku kemas akan berterabur keesokan harinya. Makanan yang aku masak akan penuh dengan belalang kunyit. Semua kerja sekolah ku akan diconteng. Aku tahu ini mesti kerja Arjuna. Dia memang sudah tidak menampakkan dirinya lagi.

“Arjuna muncul lah kita mesti selesai kan semuanya,”

” Aku sentiasa ada disisi kau, tapi kau sahaja telah melukakan hatiku. ”

“Arjuna tolonglah jangan ganggu aku lagi, biarlah aku sendiri jika benar sayang kan aku.”

Itulah kali terakhir aku melihat Arjuna sebelum dia pergi dia memberikan aku sekuntum bunga mawar ungu dan mengucup dahi ku. Itulah kali terakhir aku bertemu dengan nya.

Aku dihimpit rasa kerinduan. Ingin ku ceritakan tetapi pada siapa. Nenek sentiasa memarahi aku. Aku ingin cepat tamat dan berhijrah ke bandar. Aku ingin berkerja atau menyambung pelajaran ku.

Aku telah ditawarkan untuk menyambung pelajaran di sebuah universiti tempatan. Aku sangat suka dan paling gembira kawan ku Tirana juga ada sekali. Dialah yang menjaga aku di sana.

Namun ada perkara yang tidak dapat aku lupakan berlaku. Tirana jatuh sakit misteri. Dia tidak dapat bangun dan tidak berselera makan. Tubuh nya semakin hari semakin lemah. Aku pergi menziarahinya di kampung ketika cuti. Alangkah terkejutnya aku cengkung dan lebam wajah Tirana. Aku menangis melihat nya. Apa yang telah berlaku. Tirana memanggil ku.

” Ariana…aku harap kau kuat jika kau m**i jangan lah kau bersedih, aku jadi begini kerana kawanmu. Dia marah aku berbaik dengan mu..” terkejut aku mendengar luahan Tirana.

“Arjuna?” Saat itu aku melihat kelibat seseorang yang aku kenali di luar tingkap bilik Tirana.

Seorang lelaki tua berserban putih dan berjubah labuh masuk ke dalam bilik Tirana, lelaki itu memandang tajam ke arahku. Dia duduk di sisi kawan ku dan membacakan sesuatu. Tidak semena-mena aku pula yang berasa panas. Ketika tu aku ingin marah dan melompat ke arah lelaki itu. Bacaan nya diteruskan dan aku telah hilang kawalan perkara terakhir aku ingat wajah Arjuna berada disebelahku.

Apabila aku sedar aku dikelilingi oleh nenek, ibu dan bapa Tirana. Mereka memberitahu bahawa aku ini telah terikat perjanjian dengan seorang lelaki bunian yang telah menganggap aku kekasih nya. Dia telah bersama dengan ku kemana saja aku berada. Lelaki itu sangat cemburu jika aku bersama lelaki lain. Dan akan menjaga aku dari sebarang kesusahan. Namun keadaan Tirana yang sakit adalah kerana dendam lelaki itu.

Aku terdiam tidak berkata apa-apa. Aku tak tahu pertemuan ku dengan Arjuna akhirnya membawa keburukan kepada orang lain. Sejak kejadian itu Tirana tidak lagi sakit dan aku menjauh kan diri daripada nya dan juga orang lain. Aku meneruskan kehidupan ku seperti biasa dan aku tidak mahu sesiapa pun terganggu akibat perbuatan diriku.

Arjuna sering menampakkan dirinya namun aku buat tidak nampak walaupun hatiku rasa rindu. Aku tidak pernah lupa tapi kehadiran nya hanya akan membawa keburukan.

Nenek ku menelefon ku, dia berkata dalam mimpi nya ada seorang lelaki ingin memiliki aku sebagai isteri. Dia telah memberikan hantaran buah buahan dan minyak wangi yang sangat harum baunya. Nenek aku terkejut apabila bangun daripada tidur dia melihat di hadapan nya memang ada hantaran tersebut.

Aku terdiam dan tidak tahu nak membalas apa. Aku tahu lelaki itu Arjuna. Nenek ku sudah pasti menolak pinangan itu. Jika dari manusia dia sudahpun menerima nya. Nenek aku pula sering diganggu oleh Arjuna. Setiap hari dia akan datang dan bukan lagi di dalam mimpi. Dia akan datang dan merayu rayu agar nenek menerima pinangan nya.

Nenek telah mengambil keputusan untuk mengahwinkan aku dengan seorang lelaki lain. Baginya jika dibiarkan bunian ini akan terus menggangu kehidupan kami. Aku dipanggil balik ke kampung pada tahun akhir pengajian ku. Aku telah dikahwinkan dengan Tirana, ya Tirana. Kawan sekampung ku.

Kehidupan aku sama seperti orang lain cuma aku sering melihat kelibat seseorang di rumah ku. Walaupun aku telah lama berkahwin dengan Tirana. Jika aku sendirian di rumah pasti aku akan menghidu haruman mawar. Aku tidak tahu sampai bila aku akan dihantui oleh kelibat Arjuna.

“Mummy, mummy..” suara Dania dan Amsyar mengejutkan lamunan ku. Lelaki yang aku lihat dihadapan ku sekarang ni adalah Arjuna ya Arjuna kekasih matiku. Arjuna tersenyum dan telefon bimbit aku berbunyi.

” Assalamua’laikum puan Ariana, Tirana suami puan terlibat dalam kemalangan jalan raya. Puan boleh datang ke hospital sekarang untuk mengenal pasti jenazah”, kaki ku lemah pandangan aku berkaca. Aku meraung dalam hati. Ya Allah suami ku telah pergi tinggalkan aku dan anak-anak ku.

Aku memeluk jenazah suami ku untuk kali terakhir nya. Aku duduk berteleku di kuburan nya walaupun semua orang telah pulang. Aku sudah tidak mampu uruskan diri ku lagi. Kadangkala aku bercakap sendiri anak anak ku tidak langsung aku ambil kisah.

Bila aku sendirian Arjuna datang melawat ku. Aku sering melihat kehadiran nya. Aku bahagia dengan kehadiran nya. Kini aku dan dia tak akan terpisah. Arjuna cinta matiku.

Sekian.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4]

11 thoughts on “Perjanjian Cinta : Arjuna Cinta Matiku”

  1. Pebenda ni? Berbelit bagai. Terlampau syahdu sampai tak paham. Sorry la, feel syahdu tu tak sampai utk aku dan tak bole nak hadam.

    Reply
  2. TAK FAHAM CERITA N TAK SAMPAI..KALAU CERITA NI BETUL, KESIAN ANAK KAU..DAH AYAH MENINGGAL, MAK PULAK KEMARUK CINTA DGN BUNIAN..SEDIH!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.