Assalamualaikum para pembaca Fiksyen Shasha, terima kasih kerana menyiarkan kisah aku ini. Selama nie aku cuma jadi pembaca je kat FS nie. Aku nie bukanlah orang yang berani sangat, cuma seram-seram kuku je beraninye. Maaf lah ye kalau cerita aku nie tak memenuhi keseraman pembaca. Tapi boleh la ia diketogerikan sebagai cerita mesteri dan pelik, ok mari kita bermula.
Sekitar tahun 2014, adik ipar aku ada membuka perniagaan kedai pembekal baja sawit di daerah BP, kami suami isteri pun pergilah melawat kedai baru adik ipar tu. Kami sampai di kedai adik tu sekitar jam 6.15 petang. Setelah berbual-bual dengan adik ipar dan isteri beliau, sambil-sambil minum petang, setelah siap minum petang, aku pun keluarlah meninjau-ninjau kawasan keliling kedai tersebut.
Ketika melihat di belakang kedai tersebut aku terpandangkan sebuah rumah kampung yang cantik, dengan halaman yang cantik,bersih dan pasu-pasu bunga yang teratur dan kemas sangat la, kalau mengikut piawaian aku nie la. Aku juga lihat tingkap daun rumah kampung tersebut terbuka semuanye, menandakan tuan dan puan rumah tentulah ada di rumah, tapi tak pulak kelihatan.
Kot kot boleh lah aku bertegur sapa dan beramah mesra. Setelah penat meninjau-ninjau kawasan keliling aku pun masuk lah semula ke dalam kedai adik tu, dan sambung lagi lah berbual-bual. Aku pun tanyalah pada isteri adik ipar aku, rumah sapa kat belakang kedai ini, cantik dan kemas, walaupun rumah kampung tapi cantik sangat. Tingkap terbuka tapi tak nampak pulak tuan rumahnye. Isteri adik tengok aku macam kebingungan dan tak pulak dia menjawap pertanyaan aku, dan terus berbual akan pekara lain.
Aku andaikan mungkin dia tak mendengar pertanyaan aku, disebabkan masa tu anak-anak kami bermain dan suasana agak bising dan bingit, jadi aku pun abaikan jugaklah persoalan aku tu. Selang tiga minggu daripada hari kami melawat kedai mereka, adik ipar dan isteri dia pun bertandanglah ke rumah aku. Sambil berbual-bual tu aku tanya lah pada isteri adik tu semula, “siapa punya rumah kat belakang kedai mereka tu, dah berkenalan ke dengan jiran tetangga?”. Dan dengan selamba dia menjawab, mana ada rumah belakang kedai baja dia tu, semua kebun sawit, ada pun rumah jaraknye jauh sangat.
Terkezut mak nak ooi. Bila aku ingat-ingat semula memang aku nampak rumah kampung betul-betul belakang kedai adik tu, yang memisahkan cuma ada sebaris pokok sawit dalam lima pokok gitu. Adik ipar dan isteri sekeras-kerasnye manyatakan memang tiada rumah belakang kedai mereka tu,d an aku masih tak puas hati. Lantas aku tanya pula pada suami aku, adakah dia nampak apa yang aku nampak. Dan dia jawab, mana ada rumah belakang kedai tu, kebun sawit je ada lah.
Pelik bin ajaib, aku masih keliru.
Selang sebulan kami pun pergi lagi ke kedai baja mereka tu, dan aku pergi lah tengok semula belakang kedai mereka, untuk memastikan rumah yang aku nampak tempoh hari. Allah, memang kebun sawit semata-mata, memang tak de satu rumah pun kat belakang kedai tu. Berdebar-debar jugak lah aku masa tu dan bingung jugak lah sekejap, Tapi mungkin Allah nak bagi aku nampak sekejap kot, dan kesedaran bahawa kat dunia nie bukan manusia sahaja yang tinggal. Ada mahluk lain yang ada. Inilah pengalaman yang aku sendiri alami.
Tapi memang aku tau daerah tu memang terkenal dengan misterinye tersendiri.
Harap maaf lah kalau penulisan celaru dan maaf jika ada kesilapan ye.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Batu Pahat ke?
Mmg pun..kg bunian mmg ada dimana2..cuma kita je tak nampak
2/5…..