CIKNAP-MASA DULU
Assalamualaikum admin terima kasih sekiranya admin publish cerita saya. saya merupakan peminat FS dan saya percaya ramai juga pembaca2 merupakan peminat tegar FS. Sesekali saya terpanggil utk berkongsi cerita yang saya alami sendiri. Ini merupakan cerita saya yang pertama. Mungkin agak pendek tapi inshaAllah tak bersambung. Nama saya Cik NAP, bukan sebab saya suka tidur tapi NAP tu adalah huruf di permulaan nama saya. Izinkan saya bahasakan diri ‘AKU’ dalam cerita.
Aku merupakan anak bongsu daripada 3 orang adik beradik. Yang sulung kakak dan yang tengah abang. Aku seorang perempuan. bBeza umur aku dan abang 7 tahun dan aku dgn kakak 14 tahun. Dalam keluarga, aku adalah insan yang sering kena kacau berbanding yang lain. Bukan sebab aku ada sixth sense atau apa-apa, tapi benda2 halus lebih senang dekat dengan aku. Mungkin amalan aku x cukup kuat atau mungkin aku adalah insan2 yang terpilih utk diganggu.
Kejadian berlaku masa aku sekolah rendah. Aku lupa umur sebenar aku berapa. Mungkin darjah 2. Aku duduk di satu daerah di Johor. Taman perumahan aku merupakan taman yang kecil. Amat kecil. Tangki air pun aku x tahu dekat mana. Masjid pun tak ada. Dulu belakang kawasan perumahan aku ni hutan, bukan tebal pun tapi hutan yang memisahkan taman aku dengan taman seberang. Tak jauh pun. Banyak cerita tentang hutan ni yang aku sendiri tak pernah alami. Cuma dengar cakap2 orang.
-KEJADIAN 1-
satu malam, masa tu tinggal aku, kakak, abang dan ayah dalam rumah. mak kerja shift malam. Rumah aku 2 tingkat. Kami semua dekat bawah. Tiba2 kakak aku panggil dan suruh aku naik bilik ambil baju katanya sebab nak mandi. Masa ni belum renovate. Tandas ada satu (dekat bawah). Aku bersungguh tak nak. Tapi kena paksa, yelah adik bongsu kan. Kena buli. Akak aku kata, ” tak pe akak bukak lampu tangga, kau naik kau bukak lah lampu bilik, akak tunggu kat tangga bawah ni ha”. Aku dengan hati tak rela naik jugak. Paksa rela lah kata kan.
Tingkat atas ada 2 bilik. Bilik aku dgn kakak kongsi. Master bedroom. Aku naik aku bukak lampu yang ada belah kiri. Aku pergi ke almari baju. Jalan ke almari baju tu straight je dari pintu x de belok2. Aku memang x toleh kanan masa ni. Bila masa aku pusing nak keluar, sebelah kanan pintu tadi ada meja study kakak aku. Dekat meja tu aku terpandang sosok manusia. Berbaju putih rambut mencecah hingga lantai. Sedang menulis. Aku x jadi gerak. Badan aku kaku. Kaki aku macam kena paku dekat tempat aku diri. Mata aku tak berhenti memandang benda tu. Aku tak tahu nak buat apa.. aku takut.. aku terus menjerit. Menjerit sekuat hati aku.
Masa aku menjerit tu, benda tu pelan2 angkat kepala pandang tepat arah aku. Pandang tepat dalam mata aku sambil senyum. Aku pun apa lagi seram nak matiiiii!!!!! Aku nangis!! Kakak, ayah dan abang aku naik sekali sambil tanya kenapa kenapa. Aku mampu nangis sambil tangan aku tunjuk ke arah meja tu. Tapi semua org x nampak apa aku nampak. Tangisan aku bertambah kuat bila benda tu mengilai umpama mengejek sebab aku tunjuk tapi orang x nampak. Masa ni aku x mampu cakap apa2. Keadaan aku masih kaku dan menangis. Ayah aku angkat aku turun ke bawah. Kakak ayah semua tenangkan aku. Bila aku dah OK sikit, aku cerita pada semua. Malam tu kami semua tidur dekat bawak. Takde sapa berani naik atas. Sampai hari ni aku dok terbayang lagi apa yang jadi. Fuhh. tulis pun dok debar2` ni. Selamat bulan pose.
-KEJADIAN 2-
Kisah ni jadi beberapa tahun lepas kejadian pertama berlaku. Macam yang aku kata belakang kawasan perumahan aku ni ada hutan. Tak lah tebah tapi dia memisahkan antara kawasan taman aku dan taman belakang nuh. Tapi masa ni ada pembangunan dah. Ada yang cantas hutan2 tu utk buat taman perumahan. Masa mula2 agak sukar. Sebab maybe hutan ni keras sikit kot sebab tu dah masuk thn 2000 pun masih hutan lagi. Pernah ada ketika masa nak buat projek perumahan tiba2 terbangkalai. Sampailah naik balik rumput2, pokok2 semua. Lepas tu datang company lain buat balik. X jadi lagi.
Beberapa kali jugak lah. Akhir sekali baru boleh. Sekarang ni dah jadi taman perumahan dan belakang ni, tapi yang aku nak cerita ni. Masa tapak belakang rumah aku ni gondol. Tak ada pokok2 atau semak2. Masa ni malam. Kakak aku dgn kawan dia dok bergosip sakan belakang rumah. Lama x jumpa. Yelah kan kakak aku belajar dekat Kuantan masa ni. Balik cuti je melepak le kan. Aku pun apa lagi, mengambil kesempatan yang ada main2 dengan kawan taman kat belakang rumah. Maklumlah anak perempuan. X boleh keluar malam. Bila akak aku dok bergosip dgn kawan dia ni lah saat2 keemasan bagi aku utk aku join sekaki melepak dgn kawan2 aku.
Malam tu seingat aku, aku main gasing dgn kawan2. Ada orang taman yang lain bakar sampah malam tu. Kakak duduk dekat kerusi. X de apa yang berlaku. Semua nampak normal bagi aku. Masa ni pukul 10 malam. Mak panggil masuk rumah utk masuk tidur. Aku dan kakak pun masuk. Kakak tidur atas. Sejak kejadian 1 tu aku tidur bawah dgn mak and ayah. Bawah ada bilik jugak. Malam ni masa aku tgh tidur, mak kata aku meracau pukul 2 pagi. Mak sedar masa aku tidur tiba2 aku duduk dan tunjuk arah tingkap. Lepas tu aku meracau, menjerit2 sambil tutup telinga. Mak cuba bangunkan aku. Kejutkan aku. Tapi aku masih sama.
Mak baca ayat qursi dan surah 3 qul lalu hembus dekat telinga dan ubun2 kepala aku. Ayah ambil air sambil baca ayat qursi dan sapu pada muka aku. Keadaan jadi tenang dan aku tidur dengan nyenyak. Esok pagi tu mak tanya apa dah jadi. Aku mimpi apa sampai macam tu. Malam tu entah macam mana, aku dengar ada org panggil nama aku. Aku bangun dan nampak manusia dekat tingkap sebab tu aku tunjuk arah tingkap. Orang tu jerit pada aku, “INI TEMPAT AKU, KAU JANGAN GANGGU, PERGI!!”. Ulang2 kali sampai aku tekup telinga aku sebab bingit sangat. Sambil org tu korek telinga dia guna hanger yang tergantung dekat tingkap sampai berdarah2. Darah yang mengalir ngalir. Dia menjerit2 suruh aku jangan ganggu berulang2 kali. Mak aku ada tanya aku ada merayau ke mana2 atau buat apa2 tak patut ke. Aku x buat apa pun. Aku rasa aku baik je malam tu cuma main2 biasa je. Sampai sekarang puas aku fikir aku buat apa sampai kena macam tu. Masa ni keluarga aku xde inisiatif lagi utk bawak aku berubat. Mungkin depa fikir benda kena kacau2 biasa.
Tapi kenyataannya, benda ni kekal sampai aku besar. Aku pernah disantau. Pernah berpuluh kali berubat. Aku pernah kena sihir pengasih, dan aku akan ceritakan lain kali kalau cerita ni di publishkan. Maaf kalau x seram, cuma pengalaman. Semoga jumpa lagi.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit