Pertama Kali Saat Hijab Mulai Tersingkap

Hai admin dan semua pembaca fs. Nama aku ida umur masih muda 21 tahun. Heheh aku just nak share kisah aku yg bagi aku seram. Gila x seram kalau Allah dah bagi kebolehan dekat hanh boleh nampak benda yg org lain x boleh nampak. Kdg2 terpaksa buat2 berani. Tapi mak ayah selalu pesan jgn terlalu berani and jgn terlalu takut. So sedang2 sudah. Story yg aku nak share ni time aku baru2 lagi boleh nampak benda ni. Kisahnya bermula….

Lepas spm aku dapat plkn biasala baru 18 tahun. Cerita bermula bila seminggu sblkm balik cuti raya cina. Umi ada kejut aku suruh teman dia pi toilet. X sure pukul brpa tapi aku bangun ja la ambik towel semua sekali ingay nak mandi satlagi senang x payah nak berebut. Umi masok toilet nak lepaskan hajat dia. Aku mandi kat sebelah dia ja. Bila selesai semua aku tengok dia tengah gosok gigi hadap cermin. Tapi yg peliknya x dak pantulan wajah dia kat cermin. Aku ingat aku mamai tapi kalai dah dua kali aku tngok tetap xdak wajah cuak dah aku ni.. dia gosok gigi slow2 x toleh langsung kat aku sebelah ni. Nak nangis rasa. Aku cakap aku dah nak masuk bilik then dia pusing sambil sengih cakap “tunggu la umi sama” hah sudah apa lagi aku terus blah laa. Tapi ada brapa langkah ja lagi nak smpai pintu keluaq. Boleh pulak pintu tertutup.

Selama dua bulan kami kat sini pintu ni x pernah tertutup sbb memang dah kena ikat dgn rantai besi. Dlm keadaan aku takut sgt2 aku dengaq air dalam kolah bunyi mcm ada org terjum. Mesti hampa boleh bayangkan mcm pandalela terjun tu. Hah mcm tu la. Aku pusing belakang nak tengok apa jadi. Sekali pusing ‘umi’ tu ada betul2 belakang sambil pegang berus gigi dia. And lepas tu aku dah x sedaq. Sedaq2 ja ramai dah kwn2 aku masuk toilet then renjis muka aku dgn air. Terjaga ja dr pengsan la aku sangka aku terus unduq belakanh sandaq dekat dinding. Semua keliru sbb aku tidoq dlm toilet.

Aku tanya dah pukul brp. Baru pukul 4:30 pagi. Aku bangun terus pi bilik ustazah wati. Aku cerita semua yg jadi. Baru la ustazah tu cerita yg kompeni kami ni keras sikit. Adoilaaa. . Tapi ustazah tanya aku samada aku boleh nampak ke benda2 ni. Jujur la aku ckp mana ada. Lepas makan semua aku cari umi tanya dia semalam dia ada ajak aku tmn pi toilet x. Tapi dia ckp x sbb semalam dia tidoq dlm bilik rehat. Kena tambah ayaq sbb demam. Lagi laa aku cuak. Lepas habis cuti raya cina kena balik kem pulak. Tapi mak aku ada bekal ayaq yassin dgn celak lada. Kata mak aku kalau rasa badan lemah sapu celak tu atas kening sambil selawat 7 kali and baca ayatul qursi 7 kali.

So aku jalani saki baki sebulan lebih lagi kat kem plkn sintok ni dgn takut berani semua ada la. Benda paling aku x boleh blah time jalan nak pi ambik ayaq panas nak makan megi. Bilik tv tu selang dua dorm ja so aki x perlu teman la rasanya memandangkan baru pkul 11 malam. Tapi aku silap. Benda tu dia x kira masa. Lepas muka umi dia pinjam kali ni muka ika pula dia nyamar. Aku mati2 ingat ika. Time aku tengah kacau2 megi cup aku boleh pulak si ‘ika’ ni keluaq dr dlm bilik tv then tanya makan megi ke? Terkejut aku. Senyum ja la nak tutup takut ni. Sebab mls nak masok dorm lepak la dulu dlm bilik tv dgn ika. Ika diam ja sambil main rambut. “Ida hang nampak apa dlm toilet mlm tu?” Tiba2 dia bangkit balik soalan tuu. Aku baru nak lupa. Aku cerita la serba sikit tapi dia boleh senyum. “Alaa dia cuma nak kwn dengan hang” weh meremang kot. Lanjut je dia ckp. Sambil main rambut. Aku nak call kwn lain pun memang phone xdak semua kena ambil kan.

15 minit jugak la aku dlm bilik tv tu. Nak lari keluaq takut dia tutup pintu pulak. Aku kira2 dah nak blah dr situ ” xkan dah nak balik” dia tanya lagi aku angguk je laa. “Sebab dah tahu kee?” Mak aii suara selembut bayu menghembus. X tggu lama aku terus lari keluaq tapi nasib baik terjumla rani dgn kalai indians kat sini. Tengah jalan arah sini. ” eh berani u dtg sorang2″ sah memang aku sorang then aku pusing bilik tv. Kosong tapi tv terbukak. Aku suruh depa tggu kat luaq then aku masok tutup tv ambik sampah aku. Tapi kerusi sebelah aku tadi memang ada rambut. Banyak jugak. Haishh seram weh. Malam tu aku tutup habis satu badan takut dia mai dok menari depan aku pulak.

13/3/2013 kiranya lagi tiga hari kami nak tamat plkn semua dah boleh dpt phone masing2. Selalunya dpt hujung minggu ja. Kali ni dpt awal sbb nak balik dah. Masing2 sibuk dgn phone masing2 sampai pukul dua tiga pagi dok main phone lagi. Aku dah siap2 nak tidoq. Tengah nak lelap mata dah boleh pulak dengaq bunyi gelang kaki yg ada loceng keliling tu. “Kling kling kling” aku jelinh Lim katil sebelah aku. Chinese ni kalau dah tidoq memang x sedaq dah. Katil depan aku tngah main phone tp buat xtau ja. Mcm xdak apa2. Haishh xkan aku sorang ja dengaq kot. Lepas hilang bunyi tu aku dengaq ada org nangis.. haaa yg ni ramai yg dengaq. Tngok2 nisa tengaj nangis. Katil dia ujung sekali dekat pintu toilet. Lepas tu ramai laa pi kat katil dia. Gaduh dgn bf rupanya. Biasalah kapel stu kem kenal baru 3 bulan. Nangis ni mcm mati laki. Lepas tu makin lama makin kuat sampai esak2 la. Org ckp yg layan sgt rasa sedih tu. Emosi pun x stabil kan. Lepas tu dia mula gelak then nangis balik. Haaa ni cara mcm nak kena histeria ni sbb aku prnh tngook org kna histeria mcm ni la gayanya. Kwn2 lain dah takut dah. Lepas dia gelak tu mata dia terbeliak pandang atas. Lepas tu dia pejam sambil nangis. Yg chinese dgn indians masinh atas katil masing2 memang x berganjak dah.

Aku pun buat2 la berani jalan pi kat katil dia nak tngok keadaan dia. Ya laa tiba2 dah senyap kan. Sambil2 tu ada yg pasang surah yassin kat phone masing2. Dorm sebelah pun dah mula masok mai dah. Aku ckp la jangan kerumun sangat dekat dia. Lepas ja aku ckp mcm tu dia bukak mata terus pandang aku. Seram weh cara dia pandang tu mcm aku pulak yg ambik bf dia. Yg ila dgn yana dah lari panggil ustazah n cikgu2 lain. Lepas dia pandang aku dia gelak . “Tepi sikit kwn aku dtg ni” lepas tu dia lambai tgn dekat aku cara panggil2 tu la. Haishh semua pandang aku kot. “Nisa hang okay x ni?” Dia senyum jaa. Lepas tu dia turun katil jalan arah penjuru bilik lepas tu dok mencangkung. Cara dia mcm tengah kutip something. Lepas tu dia pusing arah kami sambil angkat tangan. Guess what dlm tangan dia ada rambut. Kiranya dia tngah kutip rambut kat penjuru tu. Lepas tu dia jalan arah indians yg berpelukan 3 org atas katil “ni utk awak” dia letak rambut atas katil lepas tu dia menari mcm tarian minang tu. Xtau la nak cerita tarian apa tapi lembuy sgt dgn rmbut lepas ke pinggang. Tengah dia menari tu ada pulak dengaq bunyi gelang td tu. Semua dia sbb takut.

X lama lepas tu ustazah dgn dua org cikgu masuk suruh semua pakai tudung sbb ustaz dgn cikgu laki nak masok. Ada yg lari masok dorm masing2. Ustaz shakir tu baca ayat2 quran then nisa terus jatuh atas lantai. Bunyi gelang kaki pun dah xdak. Lepas dia sedar ja mata dia pandang atas. Yg mata aku ni pun gatai dok pi pandang atas jugak. Sekali dia bertenggek atas siling tu gaya mcm nak terjun ke bawah. “Jgn tengok dia” ustaz shakir bg amaran kat aku. Lepas tu aku tolong pegang tgn nisa. Sejuk sgt tgn dia. Sambil nangis2 dia ckp “seronok dpt tengok aku?” Maigadd nak jerit rasa weh. Lepas ubat2 semua tu dah okay. Nisa tidoq dgn ustazah mlm tu.

Sehari sebelum balik tu ada jumpa ckgu2 salam2 minx maaf ucap tq semua. Time jumpa ustaz shakir dia ada ckp “boleh nampak benda mcm ni anugerah Tuhan. Jgn riak sbb kita ada keistimewaan ni tapi jgn takut sbb dia juga makhluk Tuhan” lepas balik rumah semua baru aku faham yg aku diberi keistimewaan boleh nmpak bnda2 yg org lain x nampak. Arwah tokngah aku ada ckp hijab aku Allah bukak utk kita semua waspada bahawa masih ada makhluk lain atas muka bumi ni selain manusia. Arwah tokngah aku ni boleh buat ubat2 tradional lebih kurang mcm bomoh la. Tpi dia dah meninggal tahun lepas. Alfatihah.

Okay tq semua sudi bc cerita aku. Nanti kalau aku free aku story lagi ya. Tapi satu ja nak pesan. Kpd sesapa yg ada keistimewaan ni jgn riak jgn takbur sbb semua ni ujian Allah. Dia nak uji sejauh mana ketahanan kita. X ada siapa pun yg minx nak tngom benda tu kan. Selagi dia x kacau kita. Kita jgn kacau dia. Alhamdulillah aku boleh kawal diri aku kalau aku nmpak bnda2 mcm tu. Tq semua. Assalamualaikum

9 thoughts on “Pertama Kali Saat Hijab Mulai Tersingkap”

Leave a Comment