Assalamualaikum. Nama aku, Syieda. Ni kejadian yang berlaku masa aku tumpangkan officemate aku balik kampung dia kat Machap.
Time tu, kami gerak daripada KL pun dah malam. Selalunya aku akan balik Kota Tinggi sorang-sorang. Lepas kerje even dah lewat pun, aku tetap gigih drive sorang-sorang. Bila kawan aku bagitahu nak tumpang balik Johor, aku OK je. Atleast ada kawan even separuh perjalanan. Else, dia cakap nak cover duit tol. Jimat banyak dah tu. Hahahaha..
Long story short. Lepas dia turun daripada kereta, zass, dia lompat masuk dalam rumah terus. Tinggal la aku sorang-sorang dalam kereta dengan sekitar rumah dia yang senyap sunyi. Tengok jam, baru pukul 11.30pm. Tapi seram weih masa tu. Nasib baik aku ingat jalan masuk. So dapat la aku jalan keluar drp kawasan rumah dia.
Sampai je kat simpang 3 dekat dengan rumah dia, aku toleh kanan. Nak make sure takde kereta sebelum belok ke kiri. Tiba-tiba aku nampak satu objek warna cerah. Hati terdetik “apa benda tu? ‘Dia’ atau tembok rumah?”.
Gigih weih aku toleh lagi sekali sebab hati aku tak puas hati. Nak confirmkan apa benda yang aku nampak tu. Bila toleh, tadaaaa..!!!
Memang ‘dia’..! Encik pocong diri statik je kat depan rumah jiran kepada jiran kepada jiran kawan aku ni. Cool je dia berdiri tengok depan (aku tak nampak muka dia).
Wahaha.. Keadaan aku masa tu? Menyumpah sebab gatal toleh kali ke dua. Time tu la semua cerita dalam drama keluar :
? Dia follow kereta la
? Dia tumpang duduk kat seat belakang la
? Dia muncul kat seat depan la
Adoi. Kenapa la jauh sangat jarak antara Machap & Kota Tinggi ni. Sadis, sedih, pilu, huwaaaa.. Kat highway, kereta lak tak banyak. Macam saje je nak bagi aku rasa scary creepy.
Aku pun bukak radio nak cari channel IKIM. Time camni la baru nak bukak IKIM, kan. Kalau tak, dengar hotfm je memanjang. Huhuhuuu.. Tapi, boleh lak aku tak jumpa channel radio. Bukan setakat IKIM, apa-apa channel radio pun aku tak jumpa. Aku gelabah kot. Hahahaa.. Dah masuk tol Machap baru jumpa siaran. Ape daaa..
Sepanjang jalan, mata aku meliar. Tengok side mirror la, skodeng seat belakang la, tengok luar la. Kot la dia ikut ke kan. Kalau ada, boleh aku minta duit tol. Hakhak.. Berani la konon. Choi..!
Bila aku exit tol Kulai, lagi la takde kereta kat atas jalan. Tiba-tiba boleh masuk channel radio ape ntah yang ada segmen ‘Detik 12 malam’. Kuang asam tul. Huhuuu.. Rumah abah aku dalam 45 minit perjalanan lagi. Dari tol Kulai lagi aku dah call abah aku suh tunggu aku balik. Hakhak..
Aku ni lak suka balik ikut shortcut kat Kampung Semanggar. Lagi dekat dengan rumah abah aku. Tak payah nak ikut bandar Kota Tinggi.
Masa kat Kampung Semanggar ni, macam-macam cerita yang keluar kat kepala aku. Cerita pontianak bertenggek atas kereta la, cerita b**i keluar sondol kereta la. Hailaaa…. time camni lak la ko nak mengimbau cerita bagai. Lagi-lagi masa aku dah kat atas jambatan tu. Orang yang pernah lalu kat kampung ni, mesti tahu jambatan mana yang aku maksudkan.
Dan aku pelik gak. Boleh sepanjang jalan daripada tol Kulai ke kampung ni, aku tak jumpa sebiji kereta pun. Hurmmm.. Teman la aku weih…
Akhirnya aku sampai rumah abah aku lebih kurang pukul 2am. Wahaha.. Ko rasa berapa kelajuan aku? Lalalala… Tapi bagus gak. Hilang ngantuk aku sepanjang drive. Hilang penat lepas keje. Sampai rumah, mata still segar tak boleh tidur.
Dan aku masih tak serik. Still drive sorang-sorang even dah lewat malam. Tapi tu sebelum kahwin la. Dah kahwin ni, laki aku yang drive. Ngee… Aku lak membuta kat sebelah.
Sebenarnya tak seram pun kan. Encik pocong tu diri diam je kat depan rumah tu. Tengah amik angin gaknye. Aku je yang kalut kecoh menggelepor tak tentu pasal. Hahahaha.. Ni semua salah cerita hantu kat TV. Hakhak. Bye.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
haha…alhamdulillah die xfollow wehh…
Hahaha lawak siakkk cara penulisan ko. Walaupun encik P tu tak kejo ko, tapi seram jugak weyy kalo alami sendiri. Teruskan menulis. Wa salute sama lu beb.
kalau aku pun menggelepor jugak sebab dah nampak benda tu even benda tu tak kacau :’D
cite simple tapi kalau ak yg kena mau terkencing beb
rumah lama aku kat machap jugak, kat taman yg ada tasik tu. ni kejadian kat taman yg mana? machap tu kecik je… huhhu seriau
Kampung ni yang first sebelah kiri selepas exit tol Machap. Tak ingat nama kampung. Sorry š
AnganĀ² je lebih kak ni…Hahaha lawak la
Bukan anganĀ² tapi imaginasi melampau. Hehe..
jangan main2 weyh..machap tu sunyi perkampungan die..belum yg masuk solok kedohong lg.. sunyi beb kalau memalam cmtu! kalau aku ler..rase nk ghaibkan diri je.. kahkah.. nasib kg den sblm masuk machap tu.. walaupun dekat dgn kubo..tp meriah.. dpt ler menghilangkn rase seram balik memalam.. ape2 pun jln cite best dan simple..
wahh..berani ae lalu semanggar..aku lalu time maghrib pon rase seram..
Semanggar lagi cepat sampai. Atleast banyak rumah sikit. Kalau nak teruskan sampai ke simpang Tai Tak, rasa tak sanggup dah. Dengan jalan sunyi lengang, gelap. Huhu…
pocong kut sape x kecut….hahahahha….aq pun salah seorang yg anti ngan pocong…
Syida.. Aku kalo balik kg mlm2 dgn hubby pun seram gak lalu jln kulai tu. Mcm jauh sgt perjalanan nak sampai kg sg telor tu
Kan! Sg telor tu atlest separuh perjalanan aku. Nak lajak sampai ke lukut, jauh weih. Drp redah sorangĀ², aku redah gak la semangar. Apa nak jadi, jadi la. Aku nak cepat sampai rumah.
tak seram lawak jadi Nye…hahahha