Pocong Ikut Balik

Hai semua..time ksh sbb sudi share crite ni..mungkin korang bace crita ni tak seram pon…tapi bagi aku yang mengalami memang cukup beri trauma pada aku. Aku ni tak pandai nak mengarang cerita.tapi aku cube lah ye.

Nama aku sue,kisah ni berlaku pada tahun 2010 kalau tak silap. Masa kejadian tu aku dan suami pulang lewat dari rumah mertua ku. Actually rumah ibu aku dan rumah ibu mertua aku tak jauh sangat pun. Ambil masa dalam 10 minit untuk sampai.

Aku dan suami tinggal di rumah ibuku bersama ayah dan 2 orang anak saudaraku yang berusia 4 tahun dan 8 tahun. Okey balik pada cerita tadi,malam tu aku dan suami balik dari rumah mertuaku lebih kurang jam 11 malam.

Biasanya sebelum magrib aku dah bertolak pulang. Tapi pada hari tu ada sahaja hal yang menghalang kami balik awal. Suami aku ni dia jenis suka cakap besar, suka bajet berani gitu..haha termengutuk plak. Walaupon banyak kali aku nasihatkan tapi dia buat tak endah je.

Sebelum balik tu dia cakap pada aku yang malam ni dia tak nak ikut jalan biasa yang kami lalu. Dia nak balik ikut jalan kubur. Aku bermatian marah sebab tak nak ikut jalan tu. Yelah sebab kami naik motor je,macam-macam aku terbayang.

Tapi ape boleh buat suami aku yang bawak motor,so aku pon redho jelah dalam terpaksa. Masa sampai je depan kubur tu tiba-tiba motor jadi berat,aku yang duduk kat belakang ni pon boleh rasa betapa semputnye motor tu nak bawak kami berdua. Aku peluk suami aku kuat2 sambil baca ayat qursi. Syukur motor dah tak rasa berat lagi,tapi sekali lagi kami disapa. Masa sampai di hadapan sekolah tiba-tiba ada satu suara yang garau dan kuat.

Aku xreti nak cakap cam ne,lebih kurang camni lah ‘eheeemmm!’. Setibanya aku di rumah ibu, aku terus basuh kaki dan bagi salam. Korang tahu ape yang buat aku nak terkucil, boleh plak anak buah aku yang umur 4 tahun tu tanya aku. ‘Mak su..mak su tahu tak pocongg tu ape?” Istifar panjang aku mase tu.

Aku bersihkan badan dan masuk tidur. Rumah aku ni dulu rumah kampung. So dinding rumah plak kayu n ade yang lubang2, bile malam cahaya bulan tu memang masuk lah dalam bilik aku ni. Korang boleh bayang tak macam mana cahaya bulan ni, dia nampak samar2 je.

Tengah sedap tidur aku terjaga sebab aku terasa sejuk yang teramat sangat. Aku pon raba la mana selimut aku dalam keadaan mamai, aku nampak selimut aku jatuh betul-betul depan pintu bilik. Bilik aku ni kecik je,muat satu katil saiz king je.

Jadi untuk ambil selimut tu aku cuma perlu bongkokkan badan dari katil untuk capai selimut tu. Masa aku tarik je selimut atas katil dan aku terperasan ade satu susuk pocongng kat depan pintu aku. Aku cuba perhatikan betul2 ape yang aku nampak. Maklumlah aku masih mamai pada waktu tu dalam 1 minit aku tenung tiba-tiba ‘benda’tu gerakan badan dia ke depan dan kebelakang, menghayun-hayunkan badan dan kaki dia masih statik kat situ cuma badan saja yang bergerak.

Dengan sekuat hati aku menjerit tolongggg hantu..tapi suara aku tersekat tak da sape pon yang dengar. Aku terus pusing ke arah suami aku dan cuba untuk kejutkan dia. Tapi suami aku seolah2 ditindih sesuatu dan aku nampak dia berusaha untuk lepaskan diri.

Masa ni aku terus cuba baca ayat qursi sambil pejam mata sebab aku lupa macam mana nak baca dengan betul. Dalam 15 minit aku terus ulang baca ayat qursi dan aku beranikan diri untuk buka mata. Dan SSSAAAPPPP ‘benda’ tu betul-betul letak muka dia depan muka aku!!! Betapa terkejutnya aku rasa sebab muka dia hitam terbakar dan hanya nampak hidung dan separuh mata.

Aku macam dapat kekuatan yang entah dari mana aku jerit ALLAHU AKBAR. terus benda tu hilang dan aku berlari ke bilik abah dan ceritakan apa yang berlaku. Abah masuk dalam bilik aku dan bacakan ayat2 alquran pada suami aku. Abah pesan jangan cakap besar.

Tapi suami aku masih tak insaf lagi..hahaha. sebab yang nampak benda tu aku, bukan dia. Moral of the story jaga percakapan kita,sebab kadang-kadang yang menanggung perbuatan kita tu orang lain,bukan kita. Sekian sahaja cerita aku. Terima kasih sudi luangkan masa bace cerita aku.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

6 thoughts on “Pocong Ikut Balik”

  1. Muncul depan muka tu yang tak tahan tu, Kalau orang tak kuat semangat boleh pengsan time tu jugak

    Reply
  2. patutnya masa laki ko kena tindih, ko tepuk je dahi dia banyak2 kali… sambil2 tu pesan kat dia jgn cakap beso… selebihnya ko serahkan laki ko kat pocong tu untuk buat buat apa yg dia suka… baru laki ko insaf…

    Reply
  3. Suami anda kena ubah sikap. Walaupun dia berani dan sanggup tanggung akibat, yang kena awak, isteri dia juga. Nasihatkan Suami awak, Jangan pentingkan diri,

    Reply
  4. Seram / Tak (2 marks) = 2
    Gaya bahasa (2 marks) = 1
    Penyampaian (2 marks) = 2
    Real / Fake (2 marks) = 2
    Whole story (2 marks) = 2
    Nice story, tpi awak ni penting kan diri. Yg kena akibat, orang lain. 9/10

    Reply
  5. Sis..sorry la. Ni cerita seram tp saya boleh bantai gelak part yg kena kacau tu. Cara penulisan mcm ada lawak sikit..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.