Terima kasih tidak terhingga kepada admin dan semua pembaca FS kerana sudi membaca PAK dari awal hingga akhir ini dan mengikut perkembangan semasa PAK.
Hari ini, aku nak tamatkan cerita dari sambungan PAK dengan gaya tulisan yang agak santai sahaja. Memang, kalau diikutkan semua berlaku atas kesilapan dan kelemahan diriku sendiri berpunca dari aku cuba menegur sesuatu yang ganjil / menegur makhluk halus.
Sepatutnya aku dapat mengelakkan dari awal lagi terjadi ke lebih jauh tapi disebabkan jiwa muda perasaan ingin tahu dan terlalu berani ditunjukkan membawa padah kepadaku.
Apa nak buat nasi telah menjadi bubur, kerana mulut badan binasa kerana pulut plus manga kuning mana nak cari oiii!!..sedapp tu!
Pakej 2 hari 1 malam aku diganggu Cik Ponti yang penampakkannya selalu muncul di mana-mana sahaja kawasan/tempat aku berada tidak kira siang dan malam. Sial lah. Pengakhiran nanti akan aku berikan tip sebagai pengajaran yang berguna pada anda semua pembaca FS sekalian.
CERMIN DINDING
Rumah korang ada cermin?? Mesti ada kan. Part ini paling aku terkesan dan fobia sehingga sekarang. Di bilik aku terletak satu cermin dinding yang nampak wajah muka hingga separuh badan dan aku gantung cermin dinding berdekatan dengan tingkap ( pinjam kakak punya cermin ).
Dipendekkan cerita, pagi selepas mandi aku jalan lah seperti biasa hendak masuk ke bilik aku tapi selisih pula dengan mak di bahagian dapur. Mak menegur aku dengan nada cemas dan ayat yang aku rasa agak pelik.
Mak cakap kalau nak pakai pakaian pergi je bilik lain. Ambik baju seluar pakai di bilik kakak yang kosong. Aku pikir positif malas nak tanya kenapa?? Aku buat tak endah lah sebab orang lelaki pakai pakaian kejap je.
Mak tetap memberi alasan melarang, mak jadi SECURITY yang tidak berbayar tunggu aku dekat luar bilik. Aku masuk bilikku, capai baju seluar di rak pakaian dan sarung mana yang boleh, setel terus tengok cermin untuk sikat rambut.
Bila aku belek-belek wajah, aku dapati mata aku kemerahan. Pelik sungguh. Aku tak tidur ke malam tadi?? Biar betul?? Kalau ikut logik aku sendiri tidur lena. Aku malas nak berpikir jauh apa yang terjadi di malam tadi.
Aku terus beredar dan semasa inilah aku perasan dari sisi tepi penglihatan mata. Aku sudah pun melepasi cermin tapi aku lihat ada penampakan bayangan lagi di dalam cermin dinding yang aku berdiri tadi. Wajah dia seolah-olah sedang berdiri mengadap ke depan, muka tunduk ke bawah. Terasa bagai nak luruh jantungku dan menjerit waktu ini.
Aku lihat di setiap sudut bilik aku nothing happen tapi still bayangan tu ada lagi dalam cermin dinding. Nak tak nak aku cuba beranikan diri patah balik disebabkan perasaan ingin tahu. Apabila sampai ke cermin dinding, bayangan tu terus tunduk ke bawah pula. Alamakk..main sorok-sorok pulak bayangan ini?? Cuak aku.
Aku pun selamber tengok dari dalam cermin ke bawah. Aikk! Kalau dia tunduk ke bawah mesti lah tembus bawah dinding rumah. Unbeliavible.?? Aku check semua kawasan di depan dan belakang sekitar bilik aku, geledah sana sini tapi still tak jumpa apa-apa. Jadi aku jalan keluar, mak aku masih setia menanti dekat luar bilik.
Mungkin tadi tu hanyalan aku… maybe?? Ayat yang menyedapkan hati. Time kaki aku melangkah keluar, aku terasa ada benda/serangga macam bergerak-gerak dekat biji mata sebelah kanan sehingga berdenyut sampai sakit mata, aku kembali lah semula menghadap cermin di dinding.
Aku tekap mata dekat cermin rapat-rapat. Benda apa ini?? Aku yakin ada sesuatu yang sedang bergerak. Ia berjalan dari pipi hingga ke biji mata tapi bila check tak nampak apa-apa gaiss. What happen tadi tu.
Aku lega dan memberi senyuman pada wajahku di cermin sebab tak serius. Aku bermonolog sendirian.. Yes, hahaha..Aku ketawa kecil kali ini.
Yang menjadikan aku hairan.. Kenapa bayangan wajah aku masih tersenyum di cermin?? Aku kan tengah buat lawak. Aku ingat aku halusinasi jadi aku cuba cari perbezaan sambil guna tangan sentuh muka wajah..gaya ketap gigi ke..
Bila aku amati betul-betul wajah aku dekat cermin, masih lagi mimik muka gaya yang sama muka wajah masih tersenyum yang meleret gitu sedangkan tangan aku sudah bersilat sentuh wajah sana sini.
Sedikit demi sedikit imej rupa wajahku berubah. Yang muncul sekarang imej perempuan rambut panjang rebonding lurus gitu ke depan menutup muka di dalam cermin dinding.
Ahh! Sudah.. aku bersemuka HANTU kann. Aku tergamamm, cepat-cepat aku teringat untuk melangkah setapak demi setapak ke belakang. Nak menjerit takut kantoi.
Perempuan rebonding itu bersuara: “kau nak pergi mana.. Kau sudah tahu…hihihi~ ” kemudian, kedua-dua belah tangannya didepa ke depan sehingga menampakkan kukunya yang panjang tembus cermin dinding hingga didepa ke depanku yang hendak mencekik leher aku.
Aku yang terkejut dari tindakan itu terus terduduk ke lantai. Mana ke tidaknya, ada tangan keluar dari cermin gaiss. Selepas sahaja tangan keluar, kepala dia pun tembus siap main Cakk.!! Cakk.!! dekat aku dari cermin itu. Seram siott!
Hantu dia sebijik cerita movie JU-ON yang keluar dari tv. Dah lah dekat muka aku pulak tu. Aku jerit panggil MakkkKK.!!! sekuat hati. Aku menangis meraung perasaan terkejut dan takut punya pasal.
Rupanya, Cik Ponti la yang menyakat aku. Dia keluar dari cermin terus terebang melayang-layang di udara dan mengilai.
Aku jerit lagii panggil Makkk..!! banyak kali pintu terbuka tapi yang aku hairan tiada sahutan dari mak. Mak aku tak dengar ke. Aku tak berani nak pandang Cik Ponti terus keluar jurus langkah seribu.
Tetapi apakan daya, baru beberapa step melangkah kaki aku seakan dikunci, tersemban muka aku di atas lantai sampai berdarah dahi. Kaki aku mula terasa jadi berat giler untuk bergerak so, aku pejam mata.
Apa nak jadi jadilah, aku tetap takmau pandang belakang sambil seret bergerak guna tangan ( gaya askar meniarap bergerak ) untuk keluar dari bilik sambil nanges airmata berjuraian.
Aku bergerak ke depan, kaki kena tarik ke belakang. Tak bergeraklah aku citenya. Nak jerit pun sudah hilang suara. Redha je lah.
Sebaik Mak muncul. Mak tarik tangan aku kuat-kuat sambil baca Ayatul Kursy dan jirus sebotol air yasin yang dibawa dicurahkan dekat Cik Ponti yang melekap dekat kaki aku…woii patutlah berat semacam lalu Cik Ponti terebang kepanasan dan terbakar terus keluar ikut tingkap. Terselamat aku.
[ Aku cerita dari pengalaman mak aku..]
Kesian mak aku. Naik fobia dia, dari tingkah laku mak cerita pun aku sudah tahu mak pun berada dalam ketakutan sangat tapi tetap cuba membantu aku. Menanges mak terangkan. Terima kasih mak.
Mak sebenar nak terangkan dekat aku yang aku telah kena rasuk malam tadi. Mak tersedar dari dibuai mimpi dalam pukul 5 pagi.
Mak ingat bunyi bising, ayah aku balik dari outstation ketuk-ketuk pintu tapi bukan. Bunyi itu datang dari bilik aku seolah-olah orang ramai seakan berada macam buat party.
Dumm..Dumm..Dumm.. bunyi dinding kena ketuklah..lepastu suara orang ketawa terbahak-bahak. Sedangan dirumah hanya tinggal aku dengan mak sahaja. Mak naik hairan.
Mak bangun jenguk bilik aku. Mak dapati aku berseorangan pulak. Mak terasa lega cuma yang peliknya pula aku serdang berdiri mengadap tingkap cermin. Mak pergi dekat padaku.
Aku hanya membatu diri dengan mata terbuka dan mak cuba memanggil namaku banyak kali sambil tampar cubit muka aku tapi aku langsung tidak ada respond. Keras je disitu dan menyahut pun tiada.
Mak rasa tidak sedap hati mak ke dapur ambil sebotol air yasin lalu renjis pada diriku. Aku terus memberi tindak balas dengan memandang wajah mak dengan wajah begis marah.
Mak tergamam..cuma yang lebih menakutkan mak apabila mak dengar suara perempuan mengilai dari luar rumah. Terus mak berlari meninggalkan aku, capai telefon dan call ayah bagitau aku kena rasuk.
Mengeletar seluruh badan mak aku dan mak punya perasaan takut sampai tarik selimut terus selubung satu badan di biliknya. Anak kena rasuk, mak tinggal sorang pulak. Korang rasa?? Ada brani x lawan Cik Ponti 1 by 1.??
TAMAT
PENGAJARAN
1) Kalau anda terserempak sesuatu yang pelik dari luar kebiasaan pada pandangan manusia/ bentuk pernampakkan yang hadir di hadapan penglihatan anda. Jangan sesekali cuba menegur. Baca lah surah yang anda tahu dengan niat hanya Allah melindungi kita.
2) Kawal diri anda dari tindakan bodoh terlalu berani. Ia memberi tindak balas iaitu anda memberi respond kehadirannya memyebabkan ia akan menyukai anda nanti.
3) Bila anda sudah diganggu. Jadi, jangan sendirian. Cuba minta bantuan dan cerita lebih detail pada family, kawan atau ke tempat orang ramai berada.
4) Kalau berlaku di dalam rumah, minta keluarga sembunyikan alatan tajam yang boleh memudaratkan orang yang kena gangguan.
5) Cepat-cepat pergi berubat dengan ustaz yang anda yakin. Jangan sesekali berkompromi dengan bomoh seangkatan dengannya yang bersimpangan dengan akidah. Takut kelak lebih buruk.
6) Dari cerita aku yang lain, belakang rumah aku kebun terbiar macam hutan. Ada penempatan bunian di situ. Aku pulak budak bandar geledah belukar sana sini sorang-sorang. Ada satu hari, bunian ini suka aku, terus bunian ini jumpa ayah aku taye nak ambik aku masuk ke alam dia. Aku jerit taknakkk. Moral of story. Masuk ke kg orang dengar nasihat orang tua-tua. Jangan keseorangan berjalan ke kawasan yang terpencil.
7) Kalau orang itu sakit kena sampuk/ ada gangguan / saka, kalau anda tiada pertalian darah dengan si mangsa jangan sesekali mudah terpedaya untuk membantu. Takut2 ia akan melepaskan/ memindahkan khadam/saka miliknya.
8) Yang paling menjadi keutamaan, jaga Akidah. Biar mati sekalipun jangan syirik pada Allah. Ingat tu! Yakin pada Allah, Syurga balasannya.
( Lain-lain pembaca yang ada pengalaman sendiri, boleh kongsi tip di ruangan komen fb FS. )
Kemungkinan ada sambungan ke tapi tajuk baru Pontianak vs Saka..hahaha…Siapa tahu..
Yang baik datang dari Allah, yang buruk dari kelemahan diri yang kerdil ini.
Sekian, terima kasih.
xkn abes cmtue jerk bro. .
Good story 😊