Pontianak Di Depanku

Assalamualaikum WBT buat pembaca-pembaca tegar di Fiksyen Shasha ini. Aku adalah salah seorang daripada pengikut setia page seram ini. Sebelum aku memulakan cerita ini, aku nak jelaskan di sini bahawa aku dikurniakan dengan satu kelebihan iaitu dapat melihat ke alam ghaib dengan nyata. Pendek kata hijab aku terbuka sejak dari zaman sekolah menengah lagi. Sekarang usia aku dah genap 30 tahun (2017) dan dah banyak jenis jin dan iblis yang menyerupai Pontianak, Langsuir, Polong, Hantu Raya, Toyol, Penanggal, & macam-macam jenis lagi aku dah jumpa.

Yang jenis cun-melecun pun aku pernah terserempak dan lepak sekali. Yang jenis cun-melecun ni bunian. Kalau kawasan kampung yang ada banyak pokok sawit, getah, durian & hutan yang masih terpelihara lagi, maka yakinlah bahawa di situ memang terdapat penempatan besar geng-geng diorang. Dah terlanjur bab bunian pulak aku ni. Untuk sesi ini, aku tak nak bercerita lagi berkenaan dengan bunian, aku mulakan dengan lafaz Bismillahirahmanirahim dahulu.

Ok, untuk edisi pengenalan ini aku nak bercerita tentang perihal jin dan iblis yang menyerupai perempuan yang selalu dimomokkan sebagai Pontianak. Pontianak yang korang semua bayangkan itu agaknya macam si Maya Karin dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam kan? Tak pun macam si Suzana Sundel Bolong gitu? Hahaha. Daripada pengalaman aku, pontianak ni sebenarnya ada 3 jenis rupa. Yang pertama adalah jenis yang tak berwajah. Dia ni bersifat pasif dan sangat jarang mengacau orang. Paling teruk pun dia datang mengadap muka korang dengan aura seram dan bau jasad dia sahaja.

Dia takkan tunjuk rupa dia depan muka kau, dia takkan lepak depan kau, dan kebanyakannya dia tumpang lalu sahaja. Pakaiannya serba hitam dan gelap, muka blur (senang cerita macam tak ada muka langsung), selalu bertenggek dalam tong sampah, celah pokok tembakau, atas pokok getah, dalam parit, dalam longkang, dan di tempat yang kotor lagi busuk. Kalau korang tengah lepak dan tiba-tiba muncul bau seakan-akan bangkai @ sampah @ lori sampah maka berkemungkinan besar dia sedang melintasi kawasan tersebut. Jangan panik dan takut. Teruskan sahaja aktiviti yang korang lakukan sebelum itu. Dia takkan kacau korang melainkan korang bercakap besar dan berniat betul-betul untuk jumpa dia.

Pontianak jenis kedua adalah pontianak betina dan berwajah garang, mata bulat terjojol keluar dan warna merah saga, gigi menyeringai, muka penuh keladak j*****t batu, dan berambut panjang. Baju seragam rasmi adalah berjubah putih @ baju kelawar perempuan putih. Dia boleh terbang, melompat, dan berlari laju. Kadang-kadang dia pegang kayu reput dan dia bergerak ke hulu ke hilir dengan kayu tu. Dia jenis alert dengan percakapan dan perbuatan kita. Korang jangan sesekali memandai cakap besar sebab kelajuan dia sama dengan kelajuan bunyi. Jangan berniat untuk nak tengok rupa dia. Kalau dia betul-betul menjelma depan korang memang naya. Boleh demam dan trauma bai. Pontianak ni jenis cerdik, kalau korang dalam kumpulan yang ramai (lebih dari 2 orang), takde maknanya dia nak tunjuk rupa dia.

Tapi ingat, dia akan pilih dan ikut salah sorang dari mangsanya di situ. Selagi dia tak usik selagi tu dia akan ikut orang tu sampai ke dalam bilik tidur. Dia sangat aktif dan suka menjelmakan diri terutamanya selepas Maghrib. Apabila bilal mengalunkan azan, dia akan memekikkan suaranya dalam frekuensi yang sangat halus dan tajam. Aku pernah nampak pontianak jenis ni berlari masuk ke dalam rumah aku masa azan Isyak. Dia berlari dan terus meluru ke dalam tandas dan berconggok betul-betul di tepi mangkuk tandas sambil memekik dengan suara yang kuat. Kalau korang rasa tandas tu tiba-tiba suam bermakna dia ada di situ. Aku kalau tengok rupa dia memang nampak macam bodoh yang amat dan rupa macam geng-geng Black Metal yang bercorpse paint.

Dia suka terbang dan lepak di tempat-tempat gelap dan sunyi. Kadang-kadang dia suka bertenggek atas pokok mangga dan rambutan. Bau jasad dia seakan-akan bunga kemboja. Andaikata korang tercium bau bunga kemboja bila malam hari, korang buat selamba je dan zikir Allah Hu dalam hati, walaupun korang dah takut tahap nak pengsan tapi cuba bertenang. Dia ni jenis ikut sebelah kita dan suka tenung muka kita. Kalaulah korang dapat nampak macam yang aku nampak, nescaya korang akan trauma dan pengsan. Untuk kes yang lebih berat, kalau dia menjelma betul-betul depan muka, maka jeritlah kalimah Allahuakbar dengan sekuat hati berulang-ulang kali sampai dia hilang. Kalau kau mampu baca Ayat Qursi, 3 Qul, atau 1,000 Dinar sila baca dengan tertib dan dalam emosi yang bertenang sampai dia hilang dari radar mata. Kalau tak mampu sila jerit kalimah Allahuakbar dengan kuat & berulang kali.

Untuk pontianak yang ketiga pulak, aku panggil dia pontianak melayu sebab dia memang berwajah dan berpakaian ala-ala melayu lama. Dia pun betina jugak, muka macam orang-orang lama, mata bulat jenis terjojol keluar, kulit sawo matang, rambut kembang, badan macam Rozita Che Wan, berbaju kebaya kadang-kadang baju kurung dan dia menggenggam batu panjang di tangan kiri dia. Aktif di malam hari. Lokasi tempat tinggal di celah-celah pokok pisang, kadang-kadang bertenggek atas pokok ara, mangga, mempelam, & rambutan, suka lepak dalam semak, di tempat gelap, luar rumah, dan di kawasan yang ada orang bela anjing. Kalau tengah-tengah malam korang dengar anjing menyalak panjang maka benarlah dia berada di situ dan cuba untuk masuk ke dalam rumah yang berdekatan kawasan tersebut.

Sekiranya korang ada membela kucing dan tiba-tiba kucing tersebut pandang lama ke satu sudut rumah @ bilik, maka benarlah bahawa dia berada bersetentang dengan kucing tersebut. Kalau ekor kucing tersebut kembang itu bermakna ada lebih dari seekor pontianak di depan kucing tu. Kalau pontianak jenis ni masuk ke dalam rumah, besar kemungkinan ada benda yang akan hilang ataupun rosak dan salah seorang dari penghuni dalam rumah itu akan demam ataupun berlaku kemalangan kecil. Itu daripada pengalaman aku sendiri.

Kalau korang dalam situasi di mana dia dah menunjukkan jasad dan wajah dia, sila baca kalimah Laillahaila Anta Subhanaka Inni Kuntu Minnal Dzalimin dengan nada agresif dan kuat sehingga dia lari. Kalau tak mampu jeritlah dengan kalimah Allahuakbar banyak kali. Pontianak jenis ni hatinya kering dan kebal. Korang kena tenung mata dia masa lontar kalimah-kalimah tersebut. Ada kawan aku yang jenis hati kental pernah maki hamun dan angkat jari tengah depan pontianak ni, berdesup hilang. Moralnya apabila kita berani, pontianak waima segala makhluk halus akan takut berkali ganda pada kita.

Korang nak tahu tak apa benda kesukaan pontianak ni? Diorang suka bau yang wangi dan tajam macam perfume, bau longkang, perempuan yang uzur, sampah sarap, tulang-tulang, & d***h dari luka. Diorang jilat d***h tu tapi korang takkan rasa dan perasan. Kalau boleh elakkan dari bercakap besar dan membayangkan benda-benda seram sebelum korang tidur sebab diorang melilau di sekeliling tempat kita tidur waktu tu. Masa aku tulis cerita ni, ada benda yang duduk kat sebelah aku, korang tahu apa dia? Kucing akulah. Hehe. Nantikan edisi lain pada waktu dan hari yang berlainan. Assalamualaikum WBT.

facebook.com/carlitorocker

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.2]
أحمد فايز دانيال

48 thoughts on “Pontianak Di Depanku”

  1. apa benda kau cerita ni…Ensiklopedia hantu ke hape… kau ni mesti adik Alif 7 dimensi, boleh tengok hantu sana sini..siap cerita lagi macam mana rupa.. kah kah kah,siap letak facebook yg tak tahan tu..boleh la bro, jadi ahmad faiza danial 10 dimensi (aku usha fb ko,jawi aku berkarat sikit)

    Reply
  2. Seramm… Nak pergi toilet pun takut de.

    Siap ada character dan jenis setiap syaitan ni kot… Dahsat hidup ko. X nak den lalui… Nauz’uzubillahi minzaalik

    Reply
  3. Bkn pontianak je der…most of makhlus halus yg aku pernah jumpa ada yg perasan & ada yg x perasan yg aku boleh nmpak diorang. Diorang ni sub spesies jelmaan jin, pemikiran slow n terbantut tapi alert dgn kata2 & perbuatan manusia.

    Reply
  4. patutla orang2 tua tak bagi mandi/berada dalam tandas waktu azan berkumandang..dah jumpe jawapan..

    En.carlitorocker sy nak tanye la.. sy pernah terdengar sekali hilaian ni (sebelah bilik ade pokok ciku) cume waktu tu sy tak expect bunyi tu bunyi mengilai ke ape sbb tgh otp dgn en.tunang, sy siap tanye tunang sy “ade dengar bunyi tak”..tp hilaian tu tak la mcm dalam filem yg slalu kite tengok tu, tak la mendayu2 & panjang, just few second je dan mcm bergetar..kebetulan kat luar rumah, akak ipar sy tengah nak basuh baju sbb dye balik kerja pukul12mlm..die dgr lagi jelas & kaki berat nak melangkah..kebetulan ade kucing2 kat luar semua jd statik, bulu kembang & mata kucing semua terarah pada arah yg sama iaitu pokok ciku..adakah itu sang ponti??

    Reply
  5. Waalaikumussalam
    Best jer pada aku
    Kurang2 aku yang tak ada apa2 kelebihan nie
    Blh agak2/faham jenis pontianak
    Takmo la jumpa
    Mintak jauh
    Hahahahahaha….

    Reply
  6. Baru nak start follow brader carlito. Ada bnda nk tanya ni, kalau terjawab terima kasih in advance saya ucapkan. Lps spm dulu saya msuk plkn. berkawan dgn sorg ni, dia pn jnis senang nampak. Turun temurun kot sbb ayah, abang, adik pakat blh nmpak. kisahnya, hari2 last saya kat kem dia buka cerita, selalu malam2 org dh tidur, slalu ada yang lepak atas locker sebelah katil saya, perati ja saya tidur. azan subuh dia pn blah. kwn kata rmbut pjg, bju putih, dhtu asyik senyum waktu perati saya tidur.
    .
    teringat saya penah ‘cari pasal’ berseloroh surh kwn kirim salam kt bnda tu. so kategori mna dia ni. agknya dia ikut saya tak. kwn pn lost contct trus.. tq

    Reply
  7. ponti yg no dua pnah aku brtntang mata dlm jarak 20meter masa tu aku gn boncer mber mrayap pagi2 buta cari mgsa .. mmg real.. pd masa tu rasa takut aku bertukar jd redha dan trpaksa buat slumber ..tapi best hahaha..

    Reply
  8. ponti yg no dua pnah aku brtntang mata dlm jarak 20meter masa tu aku gn bonceng mber mrayap pagi2 buta cari mgsa .. mmg real.. pd masa tu rasa takut aku bertukar jd redha dan trpaksa buat slumber ..tapi best hahaha.. mber kt blkng aku ms tu bertukar jd mcm batu..

    Reply
  9. tak sekarang ni masalahnya bau bunga kemboja pun aku tak tahu. kott lah aku tertegur cik pon ni memang habis lah riwayat aku kat situ jugak ek?

    Reply
  10. aku pernah terhidu bau bunge kemboje time bawak moto malam kuat gile bau dy..
    esok aku tak puas hati siang ak pegi tempat tue balik nak tgk ade tak bunge tue haram 1 pun tade..

    Reply
  11. Aku syak brader carlito ni salah sorang admin page ni lah..X pun dier ad kabel dgn admin page ni.. Korang jgn main2.. Hihi

    Reply
  12. Aku nk tanya kpd yg berpengalaman kat sini tentang org yg tiba2 terbuka hijab & boleh nampak benda halus ni. Kalo dalaman tak kuat, mungkin boleh jadi gila. Mana taknya, bayangkan tengah tido, tiba2 terjaga benda tu ada depan muka..
    So aku nk tau, macam mana org yg terbuka hijab ni beleh bertahan dgn hijabnya terus terbuka?

    Reply
  13. Sebenarnya ada dua kemungkinan :
    1) Org yg bercerita ini sakit sebab itu jin boleh menampakkan dirinya. Melihat itu bukan satu kelebihan tetapi lebih kepada penyakit.
    2) Lemahnya iman dan semangat maka jin ini cuba untuk menyesatkan manusia dgn gangguan. Jin ini juga boleh berubah2 bentuk seperti yang diceritakan dalam hadis ada yg terbang, berpindah randah dan sebagainya. bleh mnjelma sbgai binatang seperti ular, anjing dan kucing hitam pada kebiasaannya. Ketika ini kita bleh nmpak dgn panca indera kita kerana dia sudah masuk alam dunia seperti kita. Adapun di alam ghaib dengan Izin Allah kita bleh melihat…

    Reply
  14. Ya Allah. seram nak mampos. detail sgt ni 😭😭😭 aku dari baca kat bilik terus beralih ke ruang tamu sebab tak tahan rasa seram. padahal baca tengahari buta 😂. btw, 🌟🌟🌟🌟🌟

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.