Pontianak di Rumah Nenek

Salam pembaca setia FS. Nama aku Izwan. Berasal dari Besut, Terengganu. Aku juga ingin berkongsi pengalaman aku dengan makhluk2 yang tidak dapat dijelaskan ini. Aku juga dahulu mempunyai kebolehan untuk melihat entiti-entiti asing terutamanya pada waktu malam. Sebenarnya aku ada banyak cerita tentang alam ghaib ini, tapi aku malangnya seorang yang pelupa. Dalam hidup aku, satu je aku belum jumpa iaitu toyol. Boleh dikatakan semua spesis yang lain telah aku nampak.

Cerita pertama aku. Ketika itu aku berumur 5 tahun. Pada waktu itu aku tinggal dengan arwah nenek aku dan kakak aku. Masa tu ibu dan bapa aku berkunjung ke luar kawasan dan tinggalah kami bersama nenek tercinta.

Kalau tak silap aku, jam menujukkan pukul 11 malam. Aku masih lagi menonton televisyen bersama nenek dan kakak. Sedang asyik menonton televisyen, aku terdengar bunyi hilai ketawa wanita dewasa yang boleh dikatakan agak kuat.

Aku bertanyakan nenek, nenek cuma mengatakan bahawa bunyi itu adalah jiran kami yang memasang televisyen agak kuat. Aku tak percayakan nenek, lalu aku berjalan menuju ke pintu utama di mana bunyi itu berpunca.

Aku membuka pintu utama dan cuba mencari hilai ketawa yang masih kedengaran. Rumah nenek adalah rumah kayu dan kawasannya agak luas. Aku melihat ada sesusuk tubuh putih sedang berlegar-legar di kawasan pagar utama. Aku sangat positif dan menganggap itu adalah jiran yang masih belum tidur. Tetiba aku rasa lain macam. Objek itu tidak mencecah tanah! Sah! Hantu la ini. Aku menuntup pintu dalam ketakutan dan kembali ke tempat nenek.

AKu menceritakan apa yang aku nampak kepada nenek. Beliau memarahiku dan menyuruh aku diam. Sambil terkumat kamit membaca surah Al-Quran, belau menghembuskan mulutnya sekitar ruang tamu. Suara hilai ketawa semakin sayup2 kedengaran. Ku sangkakan benda itu sudah semakin menjauhi rumah kami. Aku mengajak kakakku untuk menemankan aku membuka pintu utama untuk melihat objek itu kembali.

Sampai sahaja di pintu utama, sedang aku cuba membuka pintu, nenek sempat berteriak dan mengunci pintu itu dari atas. Aku kan pendek maka tak dapatlah aku nak mencapai kunci pintu itu. Namun ketika kami sedang berada di depan pintu itu, terlihatlah sebuah sosok wanita rambut panjang berbaju putih sambil mengilai perlahan di depan pintu. Pintu utama rumah nenek adalah kaca tebal dan boleh nampak bayang-bayang dari luar.

Nenek melaungkan azan berulang kali dan membaca surah al-Quran sambil memaki hamun objek tersebut. Selepas beberapa ketika , ia menghilangkan diri dan tiada lagi kedengaran bunyi hilai tawa. Nenek pesan, kalau Pontianak bunyi semakin perlahan tu maksudnya dia semakin hampir dengan kita. Masa itu aku masih belum mengerti apa2 mengenai dunia mistik dan sejak itulah aku faham alam ghaib yang ada di sekeliling kita. Terima kasih kerana sudi membaca.

::Hantar kisah anda di fiksyenshasha.com/submit

8 thoughts on “Pontianak di Rumah Nenek”

Leave a Comment