Assalamualaikum semua..
Bila baca semua kisah seram kt page ni rasa best pulak nk submit cerite dari pengalaman sendiri semasa bertugas sebagai pramugari di syarikat penerbangan di dalam Malaysia. Sekarang masih lagi dalam bidang yang sama cuma dah berhijrah ke luar negara plak…tukar2 angin =)
Hotel
Kebanyakan hotel yang di sediakan oleh pihak syarikat merupakan hotel2 bertaraf 5 bintang atau yg terdekat (4bintang/3bintang mengikut destinasi) disetiap hotel2 kami duduk ni memang bermacam2 cerita bertukar dari mulut ke mulut crew kitorg dan dari crew luar negara (airline lain yang dah jadi geng)kisah2 diorg kena kacau ngn hantu kat hotel tu.
Pengalaman saya sendiri, tiap2 kali pegi ke Sibu, Sarawak.
Ada saja benda dtg kacau. Tidur sorg kena kacau, sampai kadang2 kami tidur bertiga dlm bilik masih jugak mengacau.
Pertama kali bertugas dan destinasi pertama saya ialah Sibu (tahun 2008)
Memang dah dengar ramai crew termasuk la pilot bercerita hotel paling berhantu diorg pernah pegi ialah kt Sibu. Saya pun tak ingat da ape nama hotel tu, so takpela first flight punya la syok, walaupun asyik kena maki je sebab banyak salah buat keje.
Lepas check in semua naik ke bilik masing2… hotel tu ade dalam 11/12 tingkat tak silap saya dan betul2 depan Sungai Sarawak. Saya dapat bilik tingkat atas dari crew2 lain
Sampai je tingkat saya, saya jenguk dulu kepala tengok koridor hotel tu. Malap je lampu dia dengan dia punya senyap sunyi, terngiang2 la cerita kawan2 lain kat dalam kepala terus rasa seram tu datang…. Cepat2 la jalan cari bilik, masuk bilik dan terus on semua lampu dalam bilik hotel on tv bagi ade suara hilang la sikit seram sejuk kt badan.
Lepas da mandi da syok2 ambik mood nk tidur, blackout la pulak bilik tu… ngeri la rasa gelap gelita ngn lampu hp nokia zaman tu tak berapa nk canggih masa tu saya mengagau la cari pintu nk tgk luar pun sama gelap ke..ternyata mmg hotel tu blackout cuma lampu ’emergency exit’ depan tangga kecemasan je menyala dan lampu tu depan lift,
Saya nampak la ade amoi pakai macam baju tradisional cina tengah tunggu lift…berdiri je kat situ pandang ke lantai……, dalam hati saya “takkan la tak perasan blackout? ”
Lepas saya tutup pintu bilik, lampu pun menyala terus lega… tido la apa lagi esok pepagi buta dah keje.
Malam tu nak dekat pukul 3 pagi, saya rasa panas sampai peluh2 terus tak selesa tido.. pusing sini pusing sana tapi tetap tak nak keluar dari selimut sebab takut. Last2 tak tahan saya baring menegak dan buka selimut, tuuuu dia baik punya ade perempuan pakai nampak cam baju kurung warna putih krim2 lusuh rambut panjang sampai pinggang, tutup muka tengah berdiri terapung atas muka saya pandang saya… cara dia berdiri dan pandang saya tu sama macam amoi yg saya nampak tunggu lift time blackout tadi.
Bila saya angkat badan dari katil, terasa kain baju dia tu sapu ke muka terus perempuan tu hilang. Saya terus tekan semua butang on kt tepi katil tu, buka semua lampu, tv dan kuat kan suara tv tu. Malam tu memang tido tido ayam je dan takut punya pasal.
Dalam pick up dari hotel nak ke airport besok nya saya ceritakan la pengalaman malam tadi, rupa2 nya bukan saya sorang kena kacau, pembantu juruterbang pun kena jugak,malam tadi dia tidur mengiring ke kiri menghadap tingkap dia terjaga lebih kurang waktu yg sama ngn saya sebab katil dia bergoyang2…bila dia buka mata nampak bayangan kt tingkap tu ada 2 org budak kecik tgh lompat2 atas katil dia…dia bangun tapi tak pandang budak2 tu then terus tutup langsir tingkap tu dan tidur atas sofa dalam bilik sampai ke pagi.
Semenjak tu mmg percaya lah dengan semua cerita senior2 crew kt situ sebab mmg awal2 lagi da kena,
Kali ni saya datang lagi dengan classmate time training, kami share bilik la sebab sama2 takut. Lepas kitorg keluar makan, masa nak naik ke bilik tu saya nampak lagi la amoi tunggu lift berdiri je pandang ke lantai ….dalam hati da kata ” adoi dia ni lagi”…. saya pun tarik tangan kawan saya masuk dlm lift,tekan tingkat bilik n tutup pintu lift… kawan saya tu da pelik, “ko da kenapa? ade org kt luar tu nk masuk jugak lah”
saya bgtau tu bukan org tu, da penah tgk dia sblm ni. Kawan saya tu terus diam sepanjang dlm lift tu diam. Bila pintu lift terbuka kt tingkat bilik, nampak lagi amoi tu berdiri tegak lift pandang lantai…kawan saya tu yg meluru keluar dulu lari ke bilik siot betul…. kawan saya tu terus capai telekung nak semayang (dia mmg betul2 penakut)… saya biar kan aja lah sambil melegakn degupan jantung kt atas katil…tiba2 dia menjerit2 histeria, adoi jantung baru nk rileks, saya pergi ketuk bilik ketua pramugara kami minta tolong. Kami dapat kan capten kami lepastu diorg baca2 ayat quran baru dia berhenti menjerit pastu nangis.
Dalam hati saya ckp “kalo da mcm ni mmg tak la aku nk share bilik ngn kau…nnti mlm kang kau cekik aku plak” tapi lepas di pujuk oleh capten ngn ketua pramugara sy teman kan jgk la dia tido kt bilik tu… tido tido ayam lagi la cerite nye… lepas kawan saya da ok saya tgk2 jugak, kot2 mata dia lain ke, cara ckp lain ke…tp semua nampak ok je..dia pun tak nak ckp sgt…takpelah tido je la nk buat camana… katil twin tu kami rapat kan jadi katil besar..bila da dua2 baring nk tido tu baru la dia bersuara…katanya masa dia tgh semayang tu ade benda tunjal kepala dia lepas tu dia rasa mcm ade tgn ghaib masuk dlm telekung dia meraba dia… meremang bulu roma saya satu badan dengar…patut la dia punya histeria meronta2, sampai saya pun tak bole nak pegang dia…
walaupun seram mana pun hotel sibu ni..tetap tempat persinggahan kami tiap2 kali datang ke sibu.. demi kerja tahan kan aje la… saya akan sentiasa share bilik ngn kwn2 crew saya tiap2 kali datang sana…memang tak kan tido sorg lagi dah… NExt time saya cerita lagi ok… terima kasih sudi membaca!
submit kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
tau hotel ni. kingwood hotel. mcm2 cerita dah dgr kat situ.
kingwood hotel sibu ke?tu je hotel tinggi sampai berbelas tingkat mengadap sungai..
Eh lama dah la cite ni. Copy and paste ke ni
Ok
confuse ni….sg sarawak kat kuching kalau kat sibu tu sg rajang….x masuk class geo ni
Mcm mna rasa kmu tido sndri kat hotel tu
Ehh..cite nie pernah admin publish semula rupa nya..hehe
dah pena baca. tq π
xpe aq belum pernah baca lg..best2…bertabah la juga erk…tiap kali g sibu stay hotel yg sme berhantu tu..adeh2
best gak
Mcm2 jenis hantu ade kt hotel tu mmg class kak jah
Nice story
What nice story
Ok, lucu cara kamu bercerita π
Seram gak… 3/5 bintang, k bye
Terhibur
Aku ingat hantu2 kat hotel tuu…mesti dah tak heran kan dgn you,asyik nampak muka sama jeerπππ
Mcm pernah terbaca crita yg hampir same dgn cerita pramugari ni…
huahua matai seram tdo ramai ramai la kalu cengitu …;c
so fuxking story
wow hebat cerita yang disampaikan
X penah bce lagi pasal cerita ini, mmg seram tapi Ade yg lucu jgk. Haha. Kata kt sibu, ttibe “sungai Sarawak ” plk. Aikkkkkkk??
Your story is horror and funny ill give you ten out of ten π