Pulau Lasir, Tasik Kenyir

Pulau Lasir, Tasik Kenyir
Assalamualaikum, hye semua. Pertama kali, saya nak ucap terima kasih kepada admin bagi ruang untuk cerita ni disiarkan, *harap2 publish la ye. Untuk kelancaran bercerita, saya akan gunakan “aku”, saya minta maaf kalau ada yang tak selesa dengan cara saya ni. Aku bukan seorang penulis tau so, aku memang tak reti nak bercerita cara penulisan ni tapi aku try ok? Maaf kalau cerita ni panjang, tak reti nak buat sambung-sambung ni.

Nama aku Suria (bukan nama betul) dan nama-nama dalam cerita ni juga hanyalah nama rekaan semata. Aku ni membesar dengan pelbagai kejadian mistik yang jadi kat family aku, dari kecil memang dah selalu sangat tengok orang histeria. Saka, orang hantar sihir, tiba-tiba tersampuk, meracau macam-macam la so, aku just pilih yang mana senang nak cerita.

Kalaulah ada antara kawan aku yang terlibat dalam pengalaman ni baca, sorry guys. Awal-awal aku minta kalau ada yang terlebih kurang dalam penceritaan aku. Yelah, benda dah berlaku bertahun dulu dan untuk korang yang tahu kisah ni, for sure kenal siapa aku. Aku tahu korang memang hantu #fiksyenshasha. Tak sudah-sudah hidup nak bermistik je korang ni haha.

Okey, lets the story begin.
Kisah ni berlaku dalam tahun 2008 seingat aku. Aku, bf aku (Mie, yang sekarang da jadi ex) dan kawan kami KakZa, KakLin, Musa, Mamat, Black dan Wan plan nak ke Tasik Kenyir selama 3 hari 2 malam. Semua dah excited gila dah sebab first time kan pergi sana walaupun semua anak jati Terengganu kecuali si Mus dan Kaklin orang johor. Hari yang ditunggu pun tiba dan awal-awal pagi kitorang gerak sebab nak sampai awal senang nak buat aktiviti la kan. Sampai je kitorang amik pakej untuk jelajah 3 pulau. Pulau Herba, Pulau Lasir dan 1 lagi pulau aku tak ingat nama pulau tu huhu.

Korang semua pun tahu kan Kenyir tu sangat luas dan banyak pulau. Makcik yang kitorang ambil pakej dari dia tu cadangkan kitorang untuk berkhemah kat puncak pulau Lasir sebab katanya puncak gunung pulau Lasir tu sangat cantik umpama syurga dunia kononnya dan Ali (bukan nama sebenar) tukang bawa bot dan juga anak makcik tadi dengar ja plan kitorang terus buat muka cuak. Dari awal naik bot sampailah kaki dah jejak pulau Lasir, dia tak berhenti nasihatkan kitorang untuk tukar plan. Jangan tidur kat puncak katanya.

Bila tanya kenapa, dia hanya cakap puncak tu susah nak daki lah, tak cantik lah. Macam-macam lah alasan dia. Masing-masing buat muka pelik dengan gelagat Ali ni tapi kitorang tak endahkan sebab masing-masing dah excited sangat dengan cerita fairy tale makcik tadi tu.

Sampai ja kitorang terus angkat semua peralatan yang kitorang bawa dan mula daki gunung tu. To be honest, aku pun da tak ingat sangat camne bentuk jalan naik ke atas tu tapi pemandangan kat atas sana masih segar dalam kepala aku sampai saat aku menaip ni huhu. My 1st impression sesampai ja kat puncak tu adalah wow!! Sangat mendamaikan dan sangat cantik bagi aku yang cintakan alam semulajadi ni. Tapi, 1 aku pelik walau pun makcik tu cakap kawasan tu sangat jarang orang berkhemah tidur tapi kawasan perkhemahan tu sangat terjaga rapi.

Aku tekankan sekali lagi ye, sangat terjaga rapi. Korang bayangkan, kawasan yang dikelilingi hutan, bila tengok atas memang tak Nampak sangat langit tapi kawasan tu sangat bersih tanpa sehelai pun daun kering walaupun sekelilingnya penuh dengan daun kering dan ranting pokok, tak Nampak tanah okey haha. Umpama dia macam kawasan tu dibersihkan, disapu dengan penyapu lidi. Orang dok kampong tau la kan camne bentuk tanah yang disapu dengan penyapu lidi. Bersih, licin dan kalau nak baring guling-guling pun best je aku rasa. At first tu aku macam pelik la kan rajin pulak pekerja Kenyir ni bersihkan sampai tahap ni tapi positif je la. Orang dah tolong kemaskan, banyak pulak bunyi kau kan.

Okey, now aku cuba gambarkan kawasan tu camne senang korang bayangkan. Dari langkah pertama sampai puncak tu, kat depan kitorang ada kawasan lapang untuk pasang khemah ke apa dan beberapa buah meja dan kerusi kayu memanjang. Kat depan lagi dalam jarak 15 langkah dari meja ada semacam pondok kayu ke yang terukir cantik tapi tak ada dinding. Antara pondok dan meja ada kawasan tempat memasak. Sebelah kanan toilet dan belakang toilet tu adalah hutan. Sebelah kiri ada sungai yang sangat cantik. Ada air terjun kecil, dan hamparan batu yang boleh kita baring-baring kat situ.

Bawah hamparan batu tadi tu semacam ada kolam tau dalam sungai tu. Cantik dan jernih ja air dia. Korang dapat bayang tak? Kalau ada antara korang yang pernah jejak kaki ke sana tahu lah kot tapi aku tak sure la keadaan sekarang sama lagi ke tak macam aku pergi dulu. Back to main story, kitorang yang perempuan ni keluarkan semua makanan letak atas meja, siapkan simple lunch yang memang da siap masak dari rumah. Puak lelaki, tukang pasang khemah dan sediakan bahan api untuk bbq malam nanti.

Lepas semua siap, kitorang makan dan lepas tu diorang pergi main air tapi aku dan KakLin lepak makan jajan kat meja sambil layan borak. Tengah syok sembang bf aku panggil so, aku dan kakLin pun pergilah tapi tak turun pun. Join lepak atas batu dengan KakZa. Semua yang ada kat situ jelas Nampak yang sungai tu tak dalam. Kawasan Bf aku dok main dengan anak ikan tu paras bawah lutut ja, tengah sungai dalam sikit dalam paras dada. Aku tahu sebab masa tu juga Black dan Mamat tengah main air kat tengah tu.

Musa dan Wan plak main air kat kawasan yang aku cakap tadi (yang semacam ada kolam dalam sungai) pun tak dalam. Dalam paras atas sikit pada lutut aku rasa. So, bagi kitorang mungkin tu adalah buatan manusia. Yelah, mungkin diorang, pihak Kenyir ni maksud aku yang sengaja buat macam tu untuk pelawat yang bekeluarga bawa anak kecil.

Masa ni jugak, mata aku terpandang hamparan batu bawah air terjun kecik tu. Terpaku sebab bila diperhatikan betul-betul ada bunga-bunga kecil yang tumbuh kat celah-celah batu. Ada kupu-kupu yang comel dok main-main kat situ. Bukan sekor 2 tau tapi banyak. Macam-macam colour ada. Ya Allah masa ni aku setuju dengan makcik tadi yang katanya kawasan ni seperti syurga dunia. Seriously aku cakap, memang sangat cantik, ya Allah tak tergambar dengan kata-kata, macam dalam fairy tale da aku rasa. Sangat sesuai untuk orang yang suka berfantasi dengan alam. Dan jeng jeng jeng masa nilah kitorang start diuji Allah.

Dalam aku dok syok layan pemandangan tadi, aku tertengok bf aku tergapai-gapai dalam air, macam lemas. Nampak tangan dia ja yang dok naik turun dalam air. Aku pandang kawan-kawan aku yang lain tapi diorang Nampak biasa ja. Tak ada riak risau kea pa. Lagi aku pelik dengan diri aku lepas kejadian tu sebab bila diingat balik, aku sikit pun tak rasa takut atau risau masa tu, aku Cuma hanya ada rasa aku perlu turun selamatkan bf aku. Sebelum terjun, aku ada cakap “biar saya yang selamatkan awak”.

Aku terjun ja terus aku tarik bf aku dan lempar dia ke arah belakang aku. Camne aku tarik dia dan camne aku lempar jangan tanya sebab aku sendiri tak ada jawapan. Masa nilah aku rasa macam kaki aku ditarik someone. Aku tak Nampak tapi aku boleh rasa so aku mohon pada Allah untuk siapa pun yang tarik kaki aku ni, jangan tarik hingga mayat aku tak dijumpai.

Gila, boleh plak masa kritikal macam tu aku terfikir benda cenggitu. Aku memang jenis tak pandai berenang so aku terus tenggelam dan that time, aku hanya berserah pada Allah. Aku terima kalau ini asbab aku meninggal walaupun dalam hati, tetap ada perasaan takut sebab aku mula terbayang akan dosa-dosa aku, mak ayah dan family aku. Adatlah manusia jahil macam aku ni, time-time nyawa kat hujung nilah nak ingat semua tu.

Pandangan aku da mula kelam, nafas pun dah tersekat-sekat. Air pun da banyak masuk mulut. Aku tak tahu nak gambarkan macam mana keadaan aku masa tu pada korang. Orang yang pernah lemas mungkin faham la kot. Sampai sekarang pun aku sangat trauma kalau swimming. Dada automatik rasa sesak berat bila je kaki tak jumpa jejak huhu. Aku tak sedar sangat dah masa aku rasa aku ditarik seseorang. Buka mata ja aku ada kat tepi sungai. Masa ni, jujur aku cakap dengan korang, apa yang aku rasa dalam air tadi hilang serta merta.

Bf aku lak dah nangis, muka pucat. Dia macam ketakutan yang amat. Aku plak yang jadi tukang pujuk, tenangkan dia. KakZa dan yang lain mula membebel, marahkan aku sebab tiba-tiba terjun macam tu. Aku? Aku hanya sengih kambing. Dalam KakZa membebel tu, angin mula bertiup suam-suam kuku, suasana mula gelap. Tengok langit mendung macam nak hujan. Tengok jam baru pukul 5 lebih. So kitorang terus bersiap untuk bbq awal takut tunggu malam kan hujan plak.

Jujurnya, aku dari kecil memang mudah merasa dengan kehadiran makhluk ghaib tapi tah kenapa dari awal sampai sana aku tak rasa apa-apa sampailah sesi bbq dimulakan. Bf aku tahu aku ni camne orangnya so bila dia tengok aku berkelakuan pelik, dia mula panic. Dan sesi memperkenalkan diri dari makhluk Allah yang ada kat sana pun bermula. Aku yang kat meja terus ke tempat diorang nyalakan api sebab aku mula rasa something wrong somewhere. Aku cuba tengok sekeliling, tapi aku tak Nampak apa-apa tapi ‘rasa’ tu ada so aku buat selamba sebab dari kecil mak ayah aku selalu pesan, kalau ada Nampak or rasa something jangan cakap dengan orang lain. Buat ja macam biasa.

Anggap tak ada apa. Korang boleh bayangkan tak camne perasaan aku masa tu, tengah-tengah hutan, kat puncak plak tu. Paling haru, kat pulau tu hanya kitorang berlapan je ada. Benda tu plak aku rasa semakin dekat aura dia. Aku main-main dengan kayu api, mula rasa sangat tak selesa. Aku duduk bau tu sangat kuat, bau yang aku tak tahu nak describe camne. Mungkin bau bunga mungkin bau wangian lain tah la. Yang pasti bau tu tak busuk tapi tetap bukan bau yang menyenangkan. Bila aku berdiri bau tu tak ada, aku duduk bau tu ada. Berdiri, tak ada. Kelakuan aku duduk dan berdiri dengan kerap dan laju tu jadi perhatian diorang dan masing-masing mula Nampak gelisah tapi tetap borak macam biasa.

Musa tengok aku dan senyum, angkat kening. Aku senyum balik sambil geleng kepala. Aku tetap tak cakap apa-apa. Layan ja borak macam tak ada apa yang jadi. Dalam masa yang sama aku tengok kakZa hanya senyap tak bercakap walaupun disoal macam-macam pasal bahan bbq (kakZa yang sediakan bahan bbq). Aku tak ingat siapa yang cakap, “KakZa tak boleh bercakap sekarang kan, angguk kalau ya” dan kakZa angguk. Masing-masing macam paham dan biarkan ja kakZa. Keadaan aku masa tu, rasa sangat lemah, sangat takut sebab apa yang aku tau kitorang dikelilingi dengan aura yang kuat, banyak.

Tambah plak dengan keadaan KakZa masa tu. Aku terus minta bf aku pergi ambil beg hp aku kat dalam khemah. Dengan niat nak buka mp3 alquran dan rukyah la kan tapi nasib kitorang kurang baik, bf aku cakap hp tak tau kat mana. Dia siap bawa beg hp datang tempat aku, aku pegang beg aku rasa beg ringan. Aku buka kosong, aku terbalik kan beg tu, hp 1 pun tak jatuh. (Aku jenis manusia pakai banyak hp masa tu). Aku mula rasa tak sedap hati sebab aku yakin semua hp aku simpan dalam beg tu tapi tak ada, hilang tak tahu ke mana.

Aku pejam mata, aku cuba bertenang. Zikir dan segala jenis surah yang aku ingat aku baca masa tu, minta Allah tolong kitorang. Aku buka mata tengok bf aku tengah klik klik ambil gambar sekeliling dengan camera dia. Aku tanya kenapa ambil gambar, dia cakap senang nanti kalau ada apa-apa bahan bukti ada. Aku dah tak boleh fikir dengan rasional dah masa tu so aku biarkan.

Tak sempat makan sangat pun bbq tu, hujan mula turun. Membazir betul. Gelap macam dah lewat malam padahal baru ja maghrib. So kitorang terus kemas tapi tak sempat apa-apa hujan turun makin lebat, angin makin kuat guruh petir mula kedengaran. Terus kitorang ramai-ramai lari pergi toilet untuk elak nak terkucil plak malam nanti. Lepas tu masing-masing masuk khemah, aku tengok khemah aku bocor. Adoi apalah nasib, so kitorang berdua bantai ja masuk tidur. **Sila jangan ikut perangai setan zaman jahiliah aku ni ye.

Astagfirullahalazim**. Bf aku letak je kepala terus terlelap, padahal tempat dia tidur tu basah kot walaupun dah lapik kain. Dia memang aku spesies nobita, pantang letak kepala memang akan terlelap. Aku juga tak boleh nak tidur, segar je biji mata aku ni. Lagi pun, awal lagi kot masa tu tambah plak memang rasa tak tenang takut jadi apa-apa malam tu. Tiba-tiba aku Nampak dari luar samar-samar cahaya dan ada orang keliling khemah aku.

Rasa takut takde plak masa tu, sebaliknya aku rasa tenang. Rasa macam ada orang jaga aku. Aku terus tanya “mu ke Black? Mu berjaga ke malam ni?” dan soalan aku dijawab, “haa aku jaga mu malam ni, mu tidur la.” Okey deal, serta merta rasa mengantuk, masa dok mamai tu dengar lah dia dok usir sesuatu. Bangun-bangun je bunyi kecoh kat luar. Aku jenguk kepala, tengok masing-masing tengah berkemas nak balik. Aku apa lagi terus kemas jugak la sebab dah tak sanggup nak stay situ lagi. Masa tu da subuh, hari da cerah. Tengah berkemas, Ali budak yang bawa bot semalam muncul dengan muka cuak risau.

Dia suruh kitorang turun keluar dari kawasan ni. Masuk ja bot, dia tanya ada apa-apa jadi tak malam tadi. KakZa tanya dia, kenapa datang? Dia cakap dia tak boleh nak tidur semalam sebab risaukan kitorang. Ali cakap, kitorang tak sepatutnya tidur kat sana, bahaya tapi dia tak tahu nak cakap macam mana dengan kitorang masa hantar kitorang tu sebab takut mak dia marah, nanti rosak bisnes mak dia. Aku pun tak tahulah apa niat mak si Ali ni kenakan kitorang sebab Ali cakap sepanjang dia tolong mak dia, tak pernah ada yang tidur kat sana. Korang rasa?? Adoiii panas je hati aku dengan makcik tu. Apa yang kakZa tanya Ali lepas tu buat kitorang semua terdiam termasuk Ali.
KakZa : Sebab ada nenek dan 2 orang cucu dia ek kat atas tu?

Ali : Macam mana akak tau?
KakZa : Sebab semalam masa kitorang bbq dia datang tengok. Akak pun tak tahu macam mana akak boleh Nampak diorang ber3 sebab ni kali pertama akak Nampak makhluk selain dari manusia dan makhluk boleh Nampak dengan mata kasar. Dia sama macam manusia biasa, Cuma pandangan mata dia lain dari manusia.
Ali : Kat atas tu memang ada nenek kebayan dan 2 orang cucu dia. 1 lagi, kalau korang semua perasan kat sungai tu ada macam kolam kan, tu kat tempat makhluk yg kita tak Nampak mandi dan minum. Terutama harimau yang kita tak boleh Nampak.

Gulp !! masing-masing pucat muka. Aku tak ingat siapa yang tanya kakZa kenapa takcakap semalam. Jawapan kakZa buat aku respect dia.

KakZa : KakZa senyap tak bercakap sebab kakZa baca apa yang kakZa mampu dalam hati. kakZa takut kalau kakZa buka mulut kakZa hilang kawalan sebab kakZa sangat-sangat takut semalam. Takut kalau ada yang hysteria dan berjangkit dengan semua, kalau semua tu jadi kakZa tak boleh nak bayang apa yang akan jadi dengan kita semua. Nak elak dari semua tu, biar kakZa ja hadap takut tu. Kurang-kurang kalau jadi apa-apa pada kakZa korang masih ada untuk tolong kakZa. Musa pun ada boleh tolong kakZa. Dia yang paling alim antara kita semua.

Lepas tu masing-masing buka cerita apa yang diorang lalui malam tu. Musa, KakLin dan Mamat kena cuit dari masa bbq lagi diorang cakap. Wan dengar budak main lari-lari kat pondok. Mie, bf aku cakap dia ok tak kena kacau elok ja tidur lena. Aku pun ok ja. Semua pandang Black, dia senyum ja cakap dia pun selamat sebab dia mabuk ubat malam tu.

Dia tanya kitorang tak perasan ke dia tak join bbq semalam sebab lepas mandi dia terus main ubat khayal dia tu. Memang terus tertidur sampai pagi. Masing-masing senyap sebab tak ada sorang pun perasan. Aku??? Tercengangla weh, terus aku cakap “dah semalam tu aku borak dengan siapa? Siapa yang jaga khemah aku. Dok keliling khemah aku.

Dari cahaya lampu suluh yang samar-samar tu aku yakin tu Black, tubuh kasar sado tinggi.” Black terus deny, dia cakap tu bukan dia sebab dia memang mabuk ubat semalam. Dia cakap dia sengaja ambil ubat khayal tu untuk ‘tidur mati’ sebab dia memang rasa tak sedap hati dari dia selamatkan aku lemas lagi. Black cakap air tak dalam, kaki dia pun masih boleh jejak tanah masa tu, tapi pegang ja aku terus kaki dia tak jumpa tanah. Masa nak tarik aku lagi azab dia rasa, susah dan berat. Nasib baik 2-2 selamat naik ke darat.

KakZa tambah, masa kat toilet yang pergi ramai-ramai before masing-masing masuk tidur tu dia Nampak macam sorang peremuan terbang masuk ke hutan belakang toilet tu, dia terus tundukkan kepala peluk lengan kakLin sebab dah takut sangat. Yang lain pun cakap, memang ada tangan yang sengaja pegang diorang tapi tak Nampak apa atau siapa. Aku memang langsung zero, tak ada terima apa-apa usikan selain lemas tu ajelah dan pasal ‘siapa’ yang dok jadi pak guard khemah aku malam tu, memang jadi misterilah jawabnya. Aku tak tahu benda tu memang nak jaga aku atau dia memang nak usik aku dengan cara tu tapi yang aku tahu, aku rasa selamat sebab aku memang dengar dia memang macam usir something masa aku tengah mamai2 nak terlelap tu. Kalau betul dia nak usik aku cara tu, aku yakin dia mesti menyesal sebab aku bantai tidur dengan tenangnya ahaha.

Kitorang plan nak cancel ja percutian kitorang ni, nak balik terus tapi Ali pujuk untuk jelajah lagi 2 pulau dalam pakej kitorang tu, membazir katanya kalau balik macam tu ja. So kitorang pun ok, cuba untuk melupakan apa yang dah jadi semalam dan sedaya upaya untuk nikmati percutian tu dalam keadaan berhati-hati takut ‘tertegur or menyinggung hati’ makhluk kat sana. Serik baqhang haha. On the way ke kereta nak balik, makcik tu datang minta maaf dan cakap dia sengaja nak kitorang tidur sana.

Makcik tu cakap “nenek” tu sebenarnya penjaga harta karun kat situ, (mungkin Ali da bagitahu mak dia pasal nenek tu kot) dia tanya kenapa KakZa tak minta sikit harta tu. Dalam kepala aku, “gila ke apa makcik ni, cari nahas namanya tu”. Makcik tu cakap KakZa beruntung sebab dia tunjukkan diri dengan nyata. Kononnya, ramai yang ke sana dengan tujuan nak jumpa nenek tu tapi masing-masing balik dengan hampa. KakZa jawab simple, kitorang datang nak release tension dah penat kerja bukan nak cari harta karun.

Kalau kaya dengan cara tak betul macam tu, banyak bahana tak elok akan jadi. Makcik tu pun cakap sebenarnya tempat kitorang tidur tu bukan puncak, sepatutnya kitorang masuk sikit je lagi ke hutan baru akan Nampak jalan ke puncak yang sebenar. Kira macam setingkat je lagi kitorang jalan baru betul-betul jumpa syurga dunia, kononnya haha. WTH, kalau kat situ dah angker gila apalah nasib kitorang kalau kat puncak sana.

Taknak aku bayang weh. Masa tu jugak kitorang tahu, rupanya makcik tu cakap, dalam banyak-banyak pulau, pulau lasir lah yang paling angker. Dah tahu tu, kenapalah makcik hantar kitorang yang iman senipis kulit bawang ni ke sana, hantarlah pak imam pak bilal.

Kesian kitorang dari nak suka-suka dah balik bawa trauma. Lepas borak dengan makcik tu, kitorang pecut balik Kemaman. Stop sekejap kat Bandar Kuala Terengganu dengan niat nak tengok gambar yang bf aku ambil semalam. Hambik kau, jelas diorang tumpang sekaki ambil gambar. Paling banyak dalam gambar Kaklin lah sampai terus demam panas dia lepas tengok gambar-gambar tu. Tak seronoknya, budak-budak laki ni terjun nak mandi sungai, benda tu pun ikot sama terjun huhu. Mamat ni bf kakLin, so dia bawa kakLin jumpa ustaz lepas balik tu sebab kakLin lemah semangat. Masa berubat tu, diorang tunjuk gambar-gambar tu kat ustaz, ustaz tu suruh kitorang buang sebab katanya gambar-gambar tu semua ‘hidup’.

So akhirnya hanya tinggal berapa keping ja selamat boleh simpan buat kenangan dan pastinya yang tak ada ‘diorang’ la kan. Aku? Aku sendiri rasa diri aku mula lain sejak tu, kepala asyik terbayang apa yang jadi. Penyudahnya, bf aku bagi minum air yang sorang ustaz ni tawarkan.

Aku minta maaf kalau ada terkasar bahasa, salah tatabahasa ke atau ada yang kurang senang dengan post aku atau apa-apa lah, aku susun sepuluh jari memohon maaf. Aku hanya ingin berkongsi cerita. Pasal aku dan bf aku, kitorang dah bertahun bawa haluan masing-masing dan Alhamdulillah sekarang, aku kembali ke pangkal jalan.

Alhamdulillah atas nikmat hidayah yang Allah turunkan. In shaa Allah aku akan terus istiqomah, doakan aku. Pesan aku 1, walau apa pun ujian yang kita dapat dalam berdepan dengan makhluk selain kita sesama manusia ni, banyak kan ingat Allah dan cuba bertenang sebaik mungkin sebab jiwa yang cepat kacau akan cepat lemah. Dan kelemahan tu akan buat kita cepat mengikut nafsu, ikotkan karenah makhluk Allah tu. Aku sendiri pun masih belajar untuk menjadi setenang itu. In shaa Allah ada masa kita jumpa lagi. Assalamualaikum

16 thoughts on “Pulau Lasir, Tasik Kenyir”

  1. Aik lain mcm dh..ada rate bintang plak… Nti baca komen if ada pengalaman org lain… Ok best… X penh sampai tempt tu

    Reply
  2. Abis tu jumpa balik tak handphone yang kau kata hilang tu? Cucu dia main sorok ke ape.

    Reply
  3. menarik! bila penulis 2 kali tekankan tempat tu kemas dan mcm org jaga, dah dapat agak tu mesti kampung bunian…seram cerita ni, tapi mesti cantik kat air terjun tu, ada rama2 banyak..huhu

    Reply
  4. Bru balik dri Family Trip ke Tasik Kenyir. Tk tahu & tak terfikir lansung situ ada ‘ penghuni’…yg tahu nya best jer sbb ada yg sponsor trip ni…kita cuma bwk badan…huhuhu…..sehinggalah otw balik JB singgah mkn kt Mersing…pakcik kedai tanya..ramai2 ni dri mana….bila ckp dri Tasik Kenyir..terus dia tanya aku..”tak jumpa Langsuir ka?”…pergghh…terkejut beruk aku…aku ingat…dah zaman cam gini langsuir2 ni cuma femes kt Sabah je mcm diberitahu waktu trip famili day tahun lalu…..tpi kisah mistik Kenyir ni ada antara famili kami dh tau…cuma mereka tk cakap jer….Alhamdulillah perjalanan kami lancar. Balik rumah terus sujud syukur….pastu apa lagi terus search psl misteri Tasik Kenyir✌

    Reply

Leave a Comment