Assalammualaikum semua pembaca Fiksyen Shasha. Terima kasih kalau cerita aku ni di publishkan.
Hari ni aku nak cerita pengalaman aku masa aku dan family pergi bercuti kat Pulau Perhentian. Aku asal Sarawak. Selalu jalan-jalan Terengganu sambil jenguk2 abang aku. Aku Ada 3 beradik je. So kami sefamily Ada 5 orang pastu makcik aku, nenek Dan sepupu aku pun ikut sekali. Sepupu aku lelaki iman (bukan nama sebenar) masa tu darjah 4 kalau tak silap. Ok cukup pengenalan tentang family aku hehe.
Petang tu kami berangkat dari rumah abang aku untuk ke jeti nak pergi pulau dalam pukul4. Sebab rumah abg aku tak jauh dari jeti. Sampai kat sana kami pun check in rehat kan diri dulu kt bilik sebelum pergi snorkeling petang tu. Malam tu selepas makan malam dan jalan-jalan tepi pantai kami pun balik semula kt bilik. Aku , Kakak Dan makcik aku dok melepak Kat beranda luar sebab cari line internet hahaha. Takda yang menyeramkan sebab suasana mcm dekat kampung tapi sunyi sebelah menyebelah bilik kami takde orang duduk. Abang aku terus suruh masuk bilik. “Jangan duduk luar dah lewat” kitaorang pun akur.
Malamtu aku takdapat tidur sangat sebab tak biasa tempat lain. Sejuk pula tuhh. Dalam masa tengah coba pujuk mata suruh tidur terdengar suara abang aku bising-bising. Sepupu aku rupanya mengigau berjalan nak pergi bukak pintu nasib baik abang aku cepat tarik tangan dia suruh tidur balik kalau tak , tak taula aku g mane budak tuh.. Anak orang kot.hahaha
Esoknya sepupu aku iman demam. Badan panas sangat. Lepas kita orang sarapan mandi manda kejap kat pantai terus kemaskan diri sebab tengahari nak checkout.. Tidur semalam jee. Hehe
Sampai kat umah abang aku kemas-kemas barang semua tertidur sebab letih. Mak aku takde umah g jalan-jalan ngan sepupu kat sebelah rumah abang haha. Aku baring je dan Kakak aku cuci pakaian kat dapur , aku bukan malas cuci cuma tak reti guna washing machine yang automatic. Hahaha. Iman bangun pergi tandas tiba-tiba dia menangis panggil Mak dia. So aku rilex je budak-budak biasalakan rindu Mak ayah sebab jauh. Tapi dia pelik. Buang air kecil tak tutup pintu selalunya dia pemalu. Kakak aku terus jerit dari dapur panggil abang aku korang tahu kenapa? Iman sembahyang dalam tandas wehh terus meremang bulu roma aku. Dengan bunyi tangisan dia sambil sembahyang. Aku tak tahu abang aku baca apa entah kat dia dan simbah air kt muka iman hahaha. Pastu dia ok dah..
- Malamtu kitaorang g pasar malam kat kawasan perumahan rumah abang aku. Ada orang tua sorang ni peniaga kat situ, Kira macam ustaz jugakla dia kenal abang aku. Terus dia tanya kenapa dengan iman lain macam sebab kite orang tengok macam biasa je. Dan dia coba baca sesuatu sambil pegang kepala iman. Korang tahu orang tu kata apa? Dia kata orang bunian ni suka kat iman sebab iman ni memang budak lelaki yang bail, jenis sopan, hormat orang tua, tak nakal macam budak lain sebab tu orang bunian tu suka dan dia nak ambik iman.. Bayangkan kalau abang tak sedar masa iman mengigau tu tak tahulah kemana dia pergi. Alhamdulillah sekarang iman dah okay dan kitaorang pun dah selamat balik Sarawak hehehe. Maaflah kalau kisah aku ni tak berapa nak seram.
-Tamat-
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
tu je??ape punya cerita.
penulis ni banyak gelak ..hahaha
huk aloh..
Walaupun pendek cerita ni Tapi best jugak
Hahaha
Only kids will do this ?????
HAMBAR -_-
Good trying… emmm