Dalam dunia ini, kadangkala ada beberapa perkara yang tidak dapat di hadam oleh logik akal. Nun jauh di atas sana, di tengah hamparan langit yang biru. Kelihatan seorang Putera bernama Danil. Lelaki separa manusia dan separa bangsa bersayap. Ada manusia menggelar bangsanya sebagai bangsa polip atau bangsa Al-Hin. Itu Dani sendiri tidak pernah ambil tahu, kewujudan dirinya tidak tertulis dalam Al-Quran atau kitab-kitab lama atau juga buku teks sejarah, yang penting misinya memerangi tentera iblis terlaksana.
Kibaran sayap hitam menghasilkan angin. Tubuhnya melayang di langit Palestin. Bersamanya ada beberapa orang pahlawan Nurail. Semuanya berbaju besi hitam, sama warna dengan sayap yang hitam berkilat tatkala di simbah cahaya sang Mentari. Walau berada dari kedudukan tinggi, jauh dari tanah. Namun matanya yang setajam helang dapat melihat hingga ke lubang cacing. Hatinya sayu melihat anak-anak kecil yang berada dalam pelukan ibu. Ada juga sudah tiada ibu bapa, lalu di jaga oleh abang atau kakak yang masih kecil. Andai lihat suasana sekeliling, yang ada cuma pemandangan bangunan yang banyak di musnahkan. Tidak secantik di Malaysia.
Dani mula terbang ke bawah. Bau hati manusia yang wangi menariknya turun. Pahlawan Nurail yang lain pula tetap setia meronda di atas. Dani lalu hinggap di atas bumbung bangunan yang separa hancur. Dia duduk berteleku memandang setiap wajah anak-anak yang polos sedang bermain. Sudah nama pun kanak-kanak, mindanya tetap berselera untuk main walau berada di medan perang dan walau ada yang telah hilang ibu dan ayah.
Dani meneleng kepalanya ke kanan. Memandang tubuh kecil, pipinya putih kemerahan dan matanya bundar keperangan. Kanak-kanak itu di beri roti kering oleh seorang lelaki tua yang baru saja melintasi di tempat itu. Sambil tersenyum riang, dia terkedek-kedek berlari ke arah rakan-rakannya. Lalu tangan kecil itu mencubit sedikit roti lalu di suap ke dalam mulut rakan-rakannya seorang demi seorang. Hingga cuma tinggal cebisan terakhir untuknya. Tetapi kanak-kanak itu memberi saja roti itu kepada kucing yang berada berhampirannya. Dani tersenyum.
“Ah! Wanginya hati bakal ahli syurga.” Bisik Dani seorang diri.
Kedengaran panggilan seorang wanita berusia 40 an. Wanita berkulit putih kemerahan menapak ke arah kanak-kanak itu.
“Anak-anak masa untuk kamu menghafal Al-Quran.” Ujar wanita itu.
Kata-kata wanita itu di sambut sorakan girang oleh kanak-kanak, lalu berlumba masuk ke dalam bangunan yang separa roboh. Tatkala ini, hiburan mereka cuma Al-Quran, penyejuk hati dan penguat iman. Dani memejam mata, menghayati setiap bait alunan Al-quran yang di ucap dari bibir-bibir kecil. Begitulah, di mana saja berada, andai hati terlalu dekat dengan tuhan. Tetap akan bahagia dan tetap akan kuat. Walau sekeliling mereka berdirinya bangunan yang tidak sempurna dan tidur mereka tidak beralas katil dan bantal yang empuk. Namun bibir mereka masih mampu tersenyum.
Dani rasa cemburu buat kali pertama. Manusia ini jika benar beriman, sungguh mereka makhluk sangat istimewa. Cuma, dia pula masih belum faham, mengapa takdir hidupnya begini. Separa manusia dan separa bangsa bersayap.
DEGUMMMMM..
Bunyi letupan. Seluruh tempat mula bergegar. Gendang telinga yang mendengar mampu saja terkeluar. Sakit dan pedih mendengar dentuman hujan peluru berpandu. Pandangan Dani sedikit kabur, dek debu bangunan yang runtuh di hentam peluru. Mujur tubuhnya tidak lut dengan peluru buatan manusia.
Kedengaran teriakkan kanak-kanak, wanita dan orang tua. Kian lama kian sayup suara tangisan itu, beberapa saat kemudian ia berlalu sepi. Dani melompat turun. Dadanya berdebar. Bau darah meresap masuk ke dalam hidung. Dengan kekuatan melebihi manusia, Dani mengangkat bongkah bangunan yang runtuh. Satu demi satu.
Di depan matanya kini, mayat kanak-kanak tadi bergelimpangan. Wajah-wajah polos itu seolah lena sambil memegang Al-Quran. Tanpa sedar air mata Dani menitis perlahan-lahan. Terbayang sepasang mata bundar keperangan yang tidak berdosa. Bau haruman hati lebih kuat dari tadi. Ya, roh sudah di ambil pergi. Roh bakal ahli syurga. Hamba-hamba kesayangan Allah. Sekali lagi hari ini anak-anak islam, generasi penjaga Al-quran terkorban satu persatu.
Manusia kafir, mereka fikir mereka mampu pegang panji kemenangan selamanya. Kerana bersukutu dengan iblis, mereka fikir mereka adalah raja di dunia. Mereka lupa, adanya Allah dan tenteranya. Dani memasang tekad dalam hati, akan dia lindungi manusia beriman dan anak-anak islam.
“Putera Danil.. Tentera iblis sudah kemari. Bersiap sedia.”
Kedengaran laungan Pahlawan Nurail memanggil namanya.
Dani mengibar sayapnya sambil mengetap giginya kerana geram. Ada dendam perlu di balas.
Ya muslimin, ya muslimat,
Jika mampu tenaga dan kekuatan mu, angkatlah senjata dan lindungilah mereka,
Jika bijak buah fikiran, benakmu bernas, perjuanglah nasib mereka dengan kebijaksanaan mu,
Jika engkau mampu memberi harta dan wang, berikanlah mereka tempat perlindungan dan ubatan,
Namun jika diri mu cuma rakyat marhaen, cukuplah selalu kau titipkan doa.
Jangan pernah lupa setiap hari berdoa untuk saudara kita di Palestin. Pesan untuk diriku jua.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Kipidap..
Terbaik!
Best
Btw, terima kasih kerana memperingatkan Kami semua
Sebak..
Deep. Thanks for reminding me
Pendek ringkas tapi mantoppp
Boleh terangkan lagi tak pasal bangsa polip ni.pernah baca kisah psl al hin ni duduk dlm badan manusia.awk jgk ke yg tulis?
Subhanallah.. Allahuakbar.. 🙁
terbaik…ramlee awang murshid pernah masok kan watak bangsa polip dlm novel dye,sunan