Assalam kepada semua pembaca Fiksyen Shasha (FS).Terima kasih sebab siarkan cerita saya di laman web dan laman facebook FS. Aku sebenarnya tak nak lagi ingat tentang peristiwa seram ini, tapi sekadar untuk pesanan berjaga-jaga sekiranya rumah anda berhadapan dengan pokok ara. Kisah seram ini memang sering berlaku sehingga aku hampir-hampir buat keputusan untuk berpindah keluar dari rumah tu. Baiklah, ceritanya bermula begini…
Mak dan ayah aku bercerai secara rasminya pada tahun 2003. Jadi, kami akan ke aku rumah ayah sekiranya ada masa lapang (rumah ada pokok ara itu adalah rumah ayah). Tapi aku still tak faham dengan ayah aku, macam mana dia boleh bersabar dengan makhluk halus tu. Ini turutan ceritanya:
23 jun 2012 – Ayah aku beli rumah ini ketika owner tu bankrupt (sebenarnya owner tu sendiri dah tak tahan dengan gangguan-gangguan di rumah tu. Sebab tu dia jual rumah tu kepada ayah). Kisah seram ini berlaku ketika aku bersama ayah dan dua lagi kontaktor, Saleh dan Mamat (rakan-rakan ayah). Sepatutnya kami harus masuk rumah dan azan, tetapi ketika itu kami langsung tak teringat. Masa itu, aku, ayah dan Saleh ke dapur untuk periksa apa yang patut. Tiba-tiba kedengaran sesuatu dari arah tangga rumah. Kami bergegas ke arah tangga, lantas terlihat Mamat yang tadinya sihat wal’afiat, sudah terbaring di atas lantai di hadapan tangga. Kami mengangkat pun dengan penuh berhati-hati mengangkat Mamat keluar dari rumahblalu menampar perlahan pipinya. Sejenak kemudian, barulah dia tersedar dalam keadaan sedikit manai. Semasa dia bangun, dia terus menarik diri untuk ubahsuai rumah ayah tu.
“Rumah ni ada penunggu!” jelasnya bersungguh-sungguh. Berkerut jugalah dahi kami bertiga waktu dia cakap macam tu. Ceritanya, semasa dia (Mamat) melangkah naik tangga, dia terasa seolah-olah ada seseorang menolaknya ke belakang. Dalam keadaan terhuyung-hayang, dia sempat di berpegang pada pemegang tangga. Baik, mesti korang fikir, mungkin perasaan dia sahaja. Tapi ingat tak, kami jumpa dia terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai di hadapan tangga. Kalau dia sempat berpegang pada pemegang, macam mana boleh jatuh sampai ke bawah, kan? Hah, inilah yang sedapnya. Selepas dia dah dapat imbangkan semula badan tu, dia terasa seseorang menarik pula kakinya sehingga pegangannya pada penghadang tangga terlepas, lalu berdebuklah dia jatuh di atas lantai.
Saleh memberi candangan agar rumah itu diazankan. Kalau tidak, parah akibatnya. Maka ayah pun terimalah cadangan Saleh tu. Dia siap cari seorang ustaz di kampung itu untuk azankan rumah. Yang peliknya, tak ada seorang pun yang sudi nak azan rumah dia tu. Bertungkus lumuslah ayah cari orang-orang yang bukan ustaz pula. Nasib baik ada seorang tua ni terima untuk azankan rumah tu. Usai azan, orang tua tu beri amaran bahawa pokok ara di luar tu kalau boleh jangan ditebang. Bukannya apa, katanya kerana pokok ara tu dah terlalu lama dan boleh dikatakan memang ada penunggu.
Nasib baiklah pokok ara tu tertanam di bahagian luar dapur rumah, bisik hatiku. Dah siap mengubahsuai rumah, barang-barang dan perkakasan pun sudah lengkap, maka ayah dan isteri keduanya pun duduklah dalam rumah tu. Legalah kiranya. Tak kami yang sekali-sekala tidur di rumah tu memang rasa tak sedap hati. Lagi-lagi waktu nak tidur. Aku yang memang dah tahu kisah tentang rumah tu (dari orang tua tempoh hari) memang langsung tak boleh nak tidurlah setiap kali berada dalam rumah tu.
4 december 2012 – Pada siang sampai masuk waktu maghrib, suasana amat okay. Sampaikan aku sendiri dapat membiasakan diri dalam rumah tu. Tapi suasana seram perlahan-lahan merangkak tiba setiap kali jam menunjukkan detik 11 malam. Pada hari tersebut. Adik-adik aku semuanya dah ambil tempat masing-masing di dalam bilik. Sedia untuk tidur. Cuma aku dan abang (Alif) yang masih di ruang Tv. Aku layan rancangan gusti di TV3, manakala abang pula layan main Pro Evolution Soccer (PES 2012) dengan konsolnya. Aku dan Alif langsung tak ada perasaan seriau atau tidak selesa pada malam itu. Tapi suatu bunyi dari arah tangga telah menarik perhatian kami, “krek.. krek.. krek..”
Kami pun menoleh ke arah tangga. Aku melihat ayah melangkah turun, lalu terus ke dapur. Jadinya, masa ayah turun tu, kami cuma nampak bahagian belakang badan dia sahaja (dapur ke arah belakang. Aku dan abang berada di bahagian hadapan rumah). Tanpa syak apa-apa, kami pun sambung melayan hiburan kami.
Selepas 20 minit, kami mula berasa hairan. Ayah terlalu lama di dapur. Entah kenapa, aku rasa tak sedap hati. Muka abang pun dah lain macam. Sekejap-sekejap dia toleh ke dapur, sekejap-sekejap ke arah aku. Lepas tu, dia suruh aku naik atas, periksa bilik tidur ayah. Aku pelik juga kenapa dia tak suruh aku periksa dapur? Tapi abang, kan? Aku pun turutkan saja. Apa yang aku nampak dalam bilik ayah malam tu memang buat muka aku pucat tak berdarah. Dekat atas katil ayah, aku nampak dia tengah berdengkur. Lena! Aku tak puas hati, aku bangunkan ayah. Lepas ayah bangun, aku direct to the point terus cerita tentang apa yang berlaku dekat bawah tadi. Lepas tu aku tanya ayah, “memang ayah ada turun ke dapur ke tadi?”
Bulu roma aku mencanak naik apabila mendngar jawapan ayah. Dia langsung tak ada keluar dari bilik sejak lepas makan malam tadi! Teringatkan abang berseorangan di bawah, aku pun bergegas turun. Aku tengok dia okay sahaja. Cuma tidak setenang tadi. Teragak-agak juga nak cerita mula-mula, tapi rasa tak best pulak. Aku pun beritahulah dia yang ayah memang tidur lena. Tak ada turun ke dapur pun. Dia dengan selambanya cakap, “aku dah agak dah tu bukan ayah.”
5 december 2012 – Esok paginya aku dan abang terus mendiamkan diri. Tak bercerita langsung tentang kejadian malam tu. Bukannya apa, cuma tak nak takutkan adik-adik aku. Kali ni abang pulak cuba tanya pada ayah sekali lagi tentang kejadian semalam tu (dia tak tahu tentang perkara yang berlaku pada Mamat dulu). Manalah tahu ayah mamai, tak ingat dia ada turun ke dapur. Tapi jawapan ayah tetap sama. Aku pandang muka abang, abang pandang muka aku.
Tapi abang aku ni, dia bukan seorang yang penakut. Malah, dia cakap mungkin benda tu okay (benda tu mungkin khadam datuk) dan sekadar mahu lindungi kami semua. Itu sahaja. Sebabnya, masa datuk aku masih muda, dia ada buat perjanjian dengan jin bahawa kalau dia mati, dia mahu keluarga dia dilindungi dari jin-jin jahat. Tapi kami dah lama tak nampak ‘datuk’ sebenarnya. Kali terakhir mereka nampak ‘datuk’ aku pada tahun 2007, tepat dengan tahun ayah aku kahwin baharu. Maka aku pun terfikir, mungkin betul juga kata abang. Mungkin yang kami nampak malam tu cuma ‘datuk’.
Maka pada tarikh 5 December 2012 itu, malam pun tiba. Tapi keseraman dia tiba sedikit awal berbanding biasa. Jam menunjukkan pukul 10 alam ketika aku sedang asyik menonton filem Starship Troopers di TV3. Abang pula seperti biasa, tetap dengan PES-nya. Tiba-tiba kedengaran bunyi seperti ada seseorang sedang berlari di tingkat dua (rumah ini berlantaikan kayu). Aku cuma syak adik-adik aku masih bermain di atas. Tak mungkinlah ayah aku pulak nak main lari-lari malam-malam buta macam ni. Aku dengan tanpa perasaan seram, melangkahlah naik ke atas. Niatnya nak suruh adik-adik masuk tidur. Tapi bila tiba saja dekat tangga, aku lihat suasana di dalam bilik ayah dan bilik kami adik-beradik gelap. Bila aku jenguk, aku dapati adik-adik sedang nyenyak tidur. Aku pun terfikir, mungkin tadi bunyi tikus berlari (tapi agak kuat sebenarnya bunyi dari tingkat atas tu tadi).
Aku pun terus turun ke bawah dan sambung menonton TV. Tapi apa yang peliknya, abang aku hilang dari depan PC dia. Sengaja nak cari abang, aku pun terus ke dapur (kerana lampu dapur terbuka). Dekat dapur tu terdapat sebuah bilik yang dijadikan stor. Di dalam bilik stor tu pula terdapat sebuah tingkap yang pemandangannya menampakkan pokok ara belakang rumah kami ayah. Aku dengan beraninya melangkah masuk ke dalam bilik tu. Apa yang aku lihat, abang sedang merenung ke luar tingkap. Seperti ada sesuatu yang menarik perhatian beliau. Bila aku tanya dia tengok apa, dia kata; datuk tengah berbincang dengan penunggu pokok ara belakang rumah tu. Lalu aku pun tarik abang keluar dari bilik tu. Keesokan paginya, aku dan abang dimarahi ayah kerana tak tutup TV. Pelik juga kami, sebabnya, sebelum masuk tidur malam semalamnya tu, memang aku sendiri yang padam TV tu. Tapi aku diamkan saja. Hari yang sama, aku tanya abang tentang apa sebenarnya yang terjadi malam semalam. Dia kata, semasa aku naik ke atas malam tu, tiba-tiba dia terhidu bau wangi. Terasa pelik, dia pun ikut bau tu sehingga ke bilik belakang tu. Bau tu paling kuat datang dari luar tingkap bilik stor tu. Kata abang, dia seakan-akan terdengar suara ‘datuk’ sedang bertengkar dengan seseorang di bawah pokok ara tu. Seriau, kan?
Sepanjang kami berada di situ, banyak kejadian aneh yang berlaku. Dan kebanyakannya berkaitan dengan pokok ara di belakang rumah ayah tu. Semua peristiwa itu membuatkan sebenarnya telah membongkarkan satu rahsia besar tentang rumah tu. Sampai kami terpaksa menggunakan cara kasar.
Baiklah, sampai sini sahaja dahulu cerita aku. Jika ada masa nanti aku sambung ya. Terima kasih kerana membaca.
-MISTERI-
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
cantik
Hantu memang suka POKOK!
*En Ponti cakap
kak mami mati2 ingat ponti tu cik.. skali encik da.. gahaha
kak mami. jarang ada. busy ke?
aah dik.. kak mami ada kt kampung.. adik sepupu kenduri.. hehe
Dia sajat. Hahaha
Hahahaha terbukti !
en ponti dah kenal melisa. Hahaha
Eyh serious la??? Seram pulak tetibe bayang En Ponti tabah naw terbang datang sini semata2 nak kenal Mel. ?? jangan begitu..
Tunggu CERITA EL ! Special untuk Melisa! hahahaha
Memang kan suruh orang tunggu. Haha debor pikir En Ponti ada tengah ushar ke sekarang. Hahaha
semua jenis hantu ke EL??
Semua Jin hehehe
El, boleh dapat email kau. Aku nak tanya something
Rumah lama nenek dulu kat tepi dapur pun ada satu pokok besar tp tak sure pokok apa.
Pukul 7 malam ke atas je confirm buat hal punya. Kalau dah lepas kol 10 malam tu, memang tak der sapa dah berani lalu depan pokok tu.
Dah berapa kali orang gi tebang, tak dapat. Last skali, nenek pindah duduk rumah lain.
Buat hal knp.cucita sket sini.short story xper..pnjg2 nt admin suh up kat database fs?
Gatung la?
Jalan cerita difahami.. Just straight to the point..
Rahsia besar psl pokok ara???
With full respect please continue..
Lupa rate
Sambung lagi kan lepasni? Okay harap kau lebih perkemaskan ayat kau dan check typo sebelum submit ke FS. Tanda seru yang tak sepatutnya kau letak di beberapa ayat dan ya I means kemaskan sikit jalan cerita tu. Jgn kecam aku weh hahaha aku just nak tolong kau dan jangan fikir aku ni bagus ke apa ye aku cuma nak bantu kau je sebab cara kau sampaikan cerita tu tak berapa nak sampai dekat aku tapi ya depends kepada orang lain ada yang okay ada yang tak okay so itu je yang aku nak cakapkan. Ingat betulkan tatabahasa tu ya aku tak pasti kot aku sorang je yang perasan akan hal ini idk ?
*jangankecamcumanaktolong
lah weh aku ingat aku sorang ja yang pasan benda ni…. hang pun sama weh huhu…. betul sgt apa faz habaq ni banyak sangat kesalahan tatabahasa dalam cita hang ni naseb bek aku boleh faham lagi…..
Hahahahaha kan daus tp okay apa dia berani mencuba dan try share dekat sini.
Xper2…citer dia best da.sikit2 typo tu akak ignore j.janji seram tu sampai. Dari akak yang da tulis story tapi xsmpat2 siap.list story seram akak pun byk tapi asik xsmpat nk story j. Tu pun xguna jg..kan?
Tulisan akak lg byk typo ni.dgn short formny..cam budak2 wicet da.hehe
Cerita dia best cuma kesalahan ayat tu je yg buat Faz hilang mood nak baca. Lah kak tak cuba tak tahu tau faz dan yang lain sudi menilai cerita dan penulisan dari akak huhu. Kalau dah siap cerita cuba je submit dekat FS okay?
InsyaAllah..cuti skola nt akak try siapkn.semoga mood menulis datang segera.haha.
yes Akakkiut…. maira setia menanti cerita akak… share tau…
Mel perasan jugak. Jalan cerita best tau. Tapi tunggang terbalik sikit ayat. Mel ulang banyak kali dan cuba ganti perkataan nak kasi faham..haha kipidap!
Yezza agak tunggang terbalik ayat dia itu yang buat Faz takde mood nak baca dan sampaikan Faz skip di setiap perenggan dan ada yg Faz cuba fahamkan sendiri huhu?
Takpe. First time submit. Teguran membina kan. Pon tak salah. Boleh sama-sama baiki.
I means???? Haha..bahasa ko pun x betul
*I mean
Okay aku baru perasan benda ni terus submit je comment haha. Tapi comment takpe kot?
Len kali check typo sblom post comment..(ulang blk ayat ko).. haha
*COMMENT JE XPE HAHA
2×5 komen takpa lagi weh aku pun xpasan faz hang punya ayat tu….kahkah ya komen takpa jangan cerita ayat yang tak betul….aku pun kadang serupa hang jugak typo macam tu….
HAHAHAHA ALA 2×5 NI KOMEN BIASALAH BOLEH TYPO PE TAPI BETUL APE FAZ CKP TU….PDE AKU BERTERABUR WEI CERITA DIA….BANYAK BETUL AYAT DIA YG TAK BETOL….KALAU TYPO SEKALI DUA OKAY LAGI INI X ADUHAIIII……
Daus / STPM VICTIM, Aku selalu je typo cuma kat sini bukan pasal typo je yang aku bangkitkan. Kesalahan tatabahasa dan penggunaan ayat dia yang tak kena yang mungkin buat sesetengah orang hilang mood nak membaca tu je. Tp ya typo dia dalam cerita ni memang tak boleh disangkal lagi. Ala maybe lepas ni dia boleh buat yang terbaik dari ni. Baru permulaan dia 🙂 Chill lah
betul cakap Faz tu. Maira pun bukan hebat mana. kalau bercerita pun ikut sedap bahasa tekak je. Story dah best cuma tatabahasa tu perbetulkan. okay tu je nak komen… jangan kecam sis tau… hihihi
good
Adehh…akak tgk syok baca ada sambungan plak…citer la bg abis dik..akak snggup tahan mata xtido kalau citer2 best cmni..
Bhuhu j la sambil tunggu d next episod.
Nanti sambung k apa yang misteri sangat pokok ara tu. Ini baru permulaan kan.. ?
adoi banyaknya typo apepun cerita sampai dekat Isya.. teruskan usahe ye…
8/10
Hantu dan pokok x dpt d pisahkan
seperti singkong dan keju
Seperti cik dan bambam
seperti maira dan gula kasar
*nak jugak!! hahaha
seperti maira dan gula kasar 2kg
Gula pasir ? Hahahaha
Gula kasar je dia mau..hahaha
Hahaha. Gula halus nak ? Nak buat teh o ni .
Eh..x pe lah..trima kasi je..hahaha
seperti EL dan encik ponti
Xblh nk rate laaa
Ruangan rate ada d tempat paling bawah selepas butang “post comment”..
1 –
“Aku layan rancangan gusti di TV3, manakala abang pula layan main Pro Evolution Soccer (PES 2012) dengan konsolnya.”
“Jam menunjukkan pukul 10 alam ketika aku sedang asyik menonton filem Starship Troopers di TV3. Abang pula seperti biasa, tetap dengan PES-nya.”
Dalam penulisan, bukan semua benda kita perlu mention.
Macam kt atas ni, tak perlu pun kau mention Pro Evolution….bagai tu. Orang putih kata, ‘unnecessary’. unless kalau berkaitan dgn jalan cerita then yes, kau mention.
2 –
“Mak dan ayah aku bercerai secara rasminya pada tahun 2003.”
Mana2 writer kalau mention angka tahun mesti ada (contoh) ‘tahun 2003’ atau ‘tahun 1998’
actually, bila dah letak angka, perkataan tahun tu sendiri dah tak perlu.
contoh ayat yang betul “Mak dan ayah aku bercerai secara rasminya pada 2003.”
bila menulis tu, bukan semua perkataan kita kena guna. kalau boleh singkatkan, kita singkatkan.
ada perkataan yang kalau kita tak guna pun, tetap sampai maksud ayat tu. sebagai contoh ayat, “Di dalam laci…” kalau tak letak perkataan ‘di’ pun tak apa sebab tanpa ‘di’ tetap sampai maksud keseluruhan ayat tu.
that’s all.
thank you
#justsharing
#kelasBMcikguSAJAT
Ohh yeaaa one more,
“Saya lahir pada tahun 2000….”
Kalau untuk ‘tahun’ yang atas tu yang kena letak perkataan ‘tahun’ sebabnya tanpa ‘tahun’ mungkin akan timbul kekeliruan akan ayat tersebut.
Contoh ayat di atas tanpa perkataan ‘tahun’
“Saya lahir pada 2000…”
kan nampak macam tak kena kan ayat atas ni? So kalau, ‘tahun 2000’ then kita guna depan tu perkataan ‘tahun’
that’s all.
thank you
#justsharing
#kelasBMcikguSAJAT
weh sajat..ko ni cikgu BM ke??power betul cara explain..hahaha
hihi. thank you..
geng sajat bukan cikgu BM. geng sajat kerja nak dkt sama bidang ngn fazahmad
Okay tepat sekali apa yang kau sampaikan ni GS. Ini yang aku nak maksudkan tapi tak berapa pandai nak terangkan. And ya bukan typo semata mata tapi kesalahan tatabahasa yang pada aku agak kucar kacir walaupun masih boleh difahami. Kan cikbambam gaya macam GS ni cikgu BM?
Oppa!
tadi geng sajat baca komen oppa yang atas tu. sebenarnya komen oppa yang lagi betul. part yang “I mean kemaskan sikit jalan cerita tu…”
memang pun masalah utama cerita dia ni tak cukup kemas. yang komen geng sajat pula hanya sampingan je
Ceh sampingan sangat Tapi betul lah apa yg GS cuba sampaikan tu dan berharap sangat writer ni perasan akan hal ini dan perbaiki kesalahan dia untuk cerita dia yang seterusnya.
Faz ahmad..boleh bg link citer awk yg budak psycho2…x jumpelh sy cari..ntah pe masalah lh …tolong ye
Nasib baik faz tak tidur lagi tau haha. Serious ah tak dapat cari Faz cari okay je ada. Nah cuba pergi dekat sini.
https://fiksyenshasha.com/kawan-aku-psiko-2/
‘Nasib baik faz tak tidur lagi tau haha.’ seriously??? pukul 4 lebih da kut… hahaha ni betul2 berjaga ni Faz
Ke zetty cari cerita yang ketiga? Kalau ketiga ampun memang tak wujud lagi di FS ya hahaha
cikgu CANTIK!
oppa! rindu
erm..banyak semut plak kt sini..hahaha
**apesal manis sgt ni sajat oii..
Rindu konon
hahaha..cikbambam tebayang muka real sajat masa ckp ‘oppa rindu’
nasib baik cantik..huhuhu
Aku suka dgn komen ko..bernas
Aku bg 5 bintang
InShaaAllah,Kalau ada masa sambunglah lagi ya?(10/10)
Nice..ok tinggal misteri pokok ara je yg belum settle..atau datuk ada rahsia lain selain dari mmpunyai khadam jin..
.
Pokok ara memang seram dan penuh misteri. Kat tempat aku ni pun adek banyak pokok ara. Besar besar je dan of course lah ade penunggu. Pihak berkuasa pun tak berani nak tebang pokok tu.
Setiap kejadian pasti ada sebab nya. Assalamualaikum. Selamat pagi.
hantu suka bertenggek,nyorok kt pokok2 yer? nasib ler belakang umah ada daun pandan jer~fuuu
hahahaha
medicak cakcak?is dat u?ke clone lagi nie?
aku lah ni. yg suruh ko buat bihun kangkang kat bos ko. hahahaha
hahahahaha tak sampai hati aku
eh yeke hszr91?? ni balik krumah maira kena tebang pokok pisang, pokok asam jawa, pokok mengkudu belakang rumah ni.. hahaha
rumah lama dlu ada pokok kekabu,plus paya pastu ada pokok kelapa sawit yg dah mati,tinggal batang pokok jer . pokok kekabu tu mmg ada penunggu,kalau kekabu jatuh pun tak berani nk kutip,kang malam ada dia dtg mintak balik kekabu dia. hahahaha
ehh jap pokok asam jawa? bestnyaaa,pokok mengkudu tu berbuah tak?arwah mak selalu buat jus mengkudu dlu.
pokok mengkudu tu berbuah.. sampai penyek kena pijak.. mak maira ambil daun buat bungkus ikan bakar…
pokok asam jawa tu dah dua kali tebang sebab dahan cecah bumbung… tapi pucuk muda daun asam tu sedap buat kunyah-kunyah
amboi siap buat ulam yer,hihihi.patut cantik awet muda gittew
hahaha takde maknanya..
lama da xmakan pucuk muda daun asam jawa…dulu kecik2 selalu makan. sejak pindah selangor langsung xdapat..
lama da xmakan pucuk muda daun asam jawa…dulu kecik2 selalu makan. sejak pindah selangor langsung xdapat..
Jln cerita aku bole phm walaupun susunan ayat berterabur..utk sambungan nti ko kene perkemaskan cerita dr segi tatabahasa dan susunan ayat sblm submit..kipidap
kat umah kampung cikbambam pun ade pokok ara..
pastu ade mcm tali2 berjuntai2 dr atas..
ms kecik dulu siap nak ikat tali2 tu buat buaian..nasib baik nenek x bagi..
kalo x cikbambam la yg jadik antu nye berbuai2 kt pokok tu..huhu
6.5/10
kipidap writer..plis kontiniu..
cerita menarik.. #fazahmad dah macam cg bm ai mse stpm dlu.. susah ooo subsubjek tu.. kne cari kesalahan.. kne hafal and faham buku tebal tu lg… huhuhu mark pling rendah dapat..
MEMBONGKAR RAHSIA BESAR????
Apekah????
Citer ni akan bersambung kan kan kaannn…????
Setakat berpindah randah selama ni, rumah2 akk dikelilingi pokok ara…
Org lelain citer memacam psl pokok2 ara tu…
Tp Alhamdulillah kami masih dilindungiNya…
Alhamdulillah,ya kak Yulie.Penulis kata dia akan sambung nanti.Tapi Airish tak tahu bila penulis akan sambung kisah ni.Terujanya Kak Yulie?
cepat-cepat sambung yer
best
kat depan uma nenek kpd nek ada satu pokok…tapi nek tak ingat tu pokok ape?
satu hari tu masa mlm raya, kitorang pon main laa bunga api ngn mercun…habis mercun ngn bunga api, kitorang main plak baling2 batu kat dlm parit…lpas tu lalu sebiji kete kat depan kitorang…oh rupenya pakcik nek, nak pegi bayar zakat katanya…tapi yg peliknya sebelah tu ada makcik nek, dok tersengih je tgk kitorang tak bersuara…eh..takkan gi bayar zakat pon nak ikot gak…pastu nek ngn sepupiu nek yg lain pon masuk uma..sekali masuk uma, guess what??? makcik nek yg kitorang nampak dlm kete tu, tgh tgk tv kat hall…omg!! sepupu kitorang pon cakap, eh bkn ikot pak uteh gi bayar zakat ke? makcik nek ckp, dia menyamar laa tu… huhu..
Hahaha relax lagi tak nenek masatu tengok makcik nenek tu sebenarnya ada dalam rumah? Ke dah basah seluar lencun masatu haha
serius la ni?? dah tu respon makcik nenek tu selamba macam tu je ke??? ke dia dah biase sebenarnya?
bile lagi nak sambung??
Best.
Bahasa tu, term… Tk reti nak komen. Lainlah kalau awak ni penulis novel ke, artikel ke, mungkin la saya komen.
Tapi ni ruangan tk berbayar pun. H he he.
Best
Hahaha typo lagi.
cter best. kalau detailkan lg best