#SeramRamadhan – Salam Ramadhan kepada admin dan semua pembaca. Saya Ariff Budiman ingin membawa satu kisah yang tidak dapat dilupakan setiap kali datangnya bulan Ramadhan
………………………………………………………………………………………………………………….
Masa berlalu begitu pantas sekali. Hari ini kita telah masuk ke 9 Ramadhan. Sebut pasal Ramadhan tentu ramai yang mempunyai kisahnya yang tersendiri. Begitu juga aku. Aku masih ingat akan kata2 arwah Siti Aishah hasil dari perbincangan kami sebelum masuk bulan Ramadhan
“ Bang…Siti ingat raya tahun ni, kita tukar langsir baru. Nanti kita pi survey di Kamdar. Kalau cukup duit kita tukar. Boleh tak bang “. Tanya isteriku dan aku mengiakan saja. Bagiku kalau itu sudah kemahuannya aku mengikut saja lagi pun dia mempunyai kepakaran menjahit langsir sendiri hasil belajar di Kolej Komuniti. Keesokkan harinya kami ke Kamdar. Isteriku begitu teruja bila melihat kain langsir yang begitu cantik. Akhirnya dapat juga kami membelinya. Begitu gembira sekali isteriku.
“ Bang…Siti ingat bulan Ramadhan nak selesaikan langsir tingkap dan baju yang di tempah tapi masalahnya makanan waktu berbuka dan sahur macam mana “. Tanya isteriku
“ Tak apalah….Tinggal kita berdua saja. Siti jahitlah. Biar abang yang masak untuk berbuka dan bersahur. Bila anak2 balik dari asrama barulah kita ke pasar Ramadhan “. Gembira isteriku
“ Terima kasih bang. Ni yang Siti sayang abang “. Puji isteriku. Itulah sifat isteriku yang suka memuji dan mengucapkan terima kasih. Masuk saja 1 Ramadhan isteriku mula menjahit. Mesin jahit yang berharga RM2K dan mesih jahit tepi telah aku beli dan hadiahkan kepada isteriku. Ia hasil dari duit bonusku. Menangis dia bila aku buat kejutan mengajak dia ke kedai mesin jahit. Bersungguh2 dia potong dan jahit langsir sedikit demi sedikit.
“ Siti…Berbuka nanti abang buat nasi goreng jowok dan telur goreng boleh ka “. Tanyaku
“ Boleh sangat bang. Terima kasih bang. Sahur nanti Siti masak “. Sejuk hatiku mendengar ucapan terima kasih darinya. Ketika berbuka dan menjamah nasi goring hasil gorengan aku…
“ Ya Allah bang. Sedapnya bang. Siti cukup suka abang buat nasi goreng kicap dan nasi goreng jowok. Nanti abang buat nasi goreng kicap pulak ya “. Aku tersenyum mendengar permintaan isteriku.
Bila siap satu langsir dia akan gantung untuk percubaan. Mana yang tidak kena dia akan betulkan kembali. Alhamdulillah hasil kerja kerasnya, 10 Ramadhan langsir telah dapat di siapkannya. Begitu seronoknya. Selesai jahit langsir dia akan mula menjahit baju untuk customer pulak. Selepas sahur dia akan rehat sekejap. 8 pagi bangun terus menjahit. Alhamdulillah sehari sebelum Aidil Fitri kesemua baju telah dapat di siapkan dan aku di tugaskan menghantar kerumah customer yang kebetulan tinggal berdekatan kami. Ketika bergema takbir hari raya kami mula memasang langsir baru. Tersenyum puas hati isteriku bila melihat langsir yang dia sendiri jahit. Bagi aku langsir yang di jahitnya amat cantik. Taraf professional. Anak2 pun puji cantik
Selepas hari raya isteriku mula kelihatan letih. Sekali sekala dia akan batuk. Suatu hari aku terkejut bila melihat dia batuk darah. Badan dia mulai panas sehingga bila aku duduk sebelahnya pun dapat merasai haba. Keesokkan harinya aku membawanya ke klinik. Doktor memberinya ubat. Kata doctor isteriku demam terlalu panas. Malamnya aku tidak tidur. Aku ambil tuala yang dibasahi air lalu aku letakkan di atas kepalanya untuk menurunkan panas. Sekali sekala aku urutkan badannya bila dia merungut sakit.
“ Bang…..Cantik tak langsir yang Siti jahit “. Tanya isteriku
“ Cantik sangat Siti “. Jawab aku
“ Abang suka tak “. Tanya lagi isteriku dan aku mengiakan
“ Bang…Langsir ni mungkin terakhir kut Siti jahit. Badan dah tak larat “. Aku terkejut mendengar kata2 isteriku
“ Bang….Siti tak pernah minta apa2 lagi dekat abang. Boleh tak Siti nak minta satu benda “. Aku terdiam dan terasa pelik akan permintaan isteriku
“ Siti nak minta apa. Bagitau la. Insyallah abang akan cuba tunaikan “. Aku melihat air mata sudahmengalir dipipinya
“Bang….Abang ni terlalu baik buat Siti dan Siti merasa syukur Allah hadirkan abang dalam hidup Siti “. Aku terus terpaku mendengarnya
“ Bang….( Terdiam seketika ). Kalau Siti tak ada abang jangan bersedih. Abang kahwin la lain. Siti redho. Siti tak nak abang hidup sorang “. Bagaikan halilintar aku mendengarnya
“ Kenapa ni Siti. Abang tak akan kahwin lain. Cukup abang ada Siti. Sudah jangan sebut perkataan tu lagi “. Aku berkata kepada isteriku. Jantung aku dah mula berdebar2. Di pendekkan cerita akhirnya aku mendapat tahu bahawa sebenarnya isteriku telah di santau. Pada 18 Desember 2008 dia pergi buat selama2nya. Semenjak pemergiannya aku hanya mampu merenung langsir yang baru di buatnya.
Sesekali mengalir air mataku bila mengenangkan kembali apa yang di ucapkannya. Terlalu banyak kenangan kami dalam bulan Ramadhan dan setiap kali menjelmanya Ramadhan memori ini tidak pernah padam. Ia sentiasa bermain2 di mindaku.
Sekian terima kasih dariku
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Allahu.. sebak baca.. takziah dr saya.. ??
Sedihnya . Semoga awk kuat menghadapinya
Alfatihah buat arwah, semoga awak terus tabah.
ya Allah.. sedih & terkesan sgt2nya… 😢😭😭😭 moga encik tabah. baca kisah ni buat sy tkenang kisah yg sy baca dlm iium pasal betulkan niat sblom pergi haji ke tajuknya. sy rasa yg tu kisah encik kn? moga encik dpt phala sabar yg xputus2