Rambutan Dan Cik Cong

Hai assalamulaikum. Aku tak reti nak mukadimah panjang panjang so just straight to the point ye. Kisah aku ni berlaku masa aku belajar dekat ipta belah selatan yang dirahsiakan huhu kalau aku bagitau kompom ramai yang tau. Kejadian ni macam panjang sikit tapi aku tak nak ada sambungan kang kena kecam hahahaha so sorry kalau panjang and tak berapa seram.

Mula-mula sekali waktu ada oreantasi biasalah freshie. Kami dibawa ke sebuah kampung dekat dengan ipta. Tapi tak semua join. Aku ni jenis macam terjah sikit kan walaupun perempuan. So kenal lah beberapa kawan baru. Belah petang aku dengan 2 member lelaki lepak dekat belakang rumah kosong sebelah rumah yang kami menumpang sebab ada aktiviti. Lepak dekat luar rumah je nak tengok sawah. Kat tepi rumah tu ada pokok rambutan. Member lelaki ni cabar aku ambik buahnya aku pun ambik jelah makan siap kasi dorang. Lepastu takda apa berlaku sampailah waktu malam. Aku lupa apa aktiviti tapi malam tu aku dah rasa lain sangat macam cacing kepanasan. So aku decide jalan keliling carik angin.

Okey cerita lepas ni kawan aku yang ceritakan sebab aku tak sedar masa tu. Sebab apa? Biasalah kena rasuk hahaha. Dorang cakap malam tu aku jalan ke hulu ke hilir last last aku pegi dekat belakang rumah tempat cuci ayam pinggan mangkuk semua. Dorang panggil aku marah-marah. Tau tau aku pitam. Nasib belum sempat rebah ada hero-hero malaya sempat sambut aku sebelum jatuh dekat takungan air basuhan ayam. Euw hahaha. Dorang dah perati jaga aku dari awal sebab aku nampak lain.

Pastu dorang bawak aku naik rumah dan bermulalah aktiviti menghalau segala setan dalam badan. Aku tak tau sangat sebab tak sedar. Fasi yang jaga aku tanak cerita sangat mungkin tak nak aku takut kut. Tapi kawan aku cerita aku kejap menangis kejap ketawa macam orang gila. Meronta ronta habis semua orang aku terajang hahahaha. Hujung hujung aku muntah maybe dah keluarlah tu bendanya.
Yang aku tau lepas aku sedar rasa penat dia lain macam. Rasa macam baru lepas balik kerja buruh hahahaha. Pakcik yang ubatkan aku boleh tanya ada ke aku ambik apa-apa terlarang ke sebelum tu. Aku sengih sengih je. Mestilah dia dah tau aku rembat rambutan dekat rumah kosong tu. So habis takat ni je. Tapi ni baru permulaan jeng jeng jeng.

Lepas dari kejadian tu aku rasa diri aku jadi lain. Macam hijab aku terbukak tapi kadang kadang. Kadang-kadang nampak jelas, kadang-kadang cuma rasa meremang. Dekat ipta ni aku duduk asrama dalam. 1 bilik 2 orang. Kat sini aku nak berterima kasih sangat sangat dekat roommate aku sebab bersabar dengan aku sepanjang aku ‘sakit’ ni. Roommate aku boleh tahan penakut tapi jadi berani sebabkan aku. Boleh kata dalam seminggu tu 3 ke 4 kali aku demam. Kadang- kadang demam nanti tidur lepas balik kelas tiba-tiba aku rasa dahi aku sejuk je sebab roommate aku tuamkan dahi dengan kain lembap. Sweet tak hehehe. Tapi waktu malam je. Padahal cuaca kemain panas tapi aku sejuk je selubung kalau tidur.

Gangguan ni aku tak pasti jadi dekat aku sorang atau roommate aku sekali sebab dia pun takut nak bukak mulut. Tapi ada waktu malam kalau dia takut dia akan tidur sekatil dengan aku. Aku pun sama je hahahaha. Gangguan dekat aku macam biasalah kena hempap tu dah lali. Setakat kelibat kelibat musibat aku abaikan je. Kadang-kadang oncall dengan pakwe malam-malam nanti dengar bunyi kerusi study bergerak padahal elok kat situ tak pun ada suara lain menyampuk. Dia suruh aku tidur lah tu nanti bangun lambat pergi kelas hahahaha. Mimpi hantu pastu terbangun pukul 3 pagi sambung tidur berhimpit dengan roommate sebab takut. Paling menyampah mimpi dalam mimpi. Penat weh bila nak habis. Pernah jugak sampai aku meracau dalam tidur.

Duduk asrama ni tak lari dengan histeria kan. So tiap kali benda ni berlaku fasi yang mula-mula jaga aku time aku kena rasuk dekat kampung tu akan carik aku dulu. Dia bawak aku pi tempat lain atau stay dekat bilik aku. Takut aku terkena lagi kut. Aku layankan jelah. Paling extreme terjadi masa 1 malam ni. Macam biasa terbangun tengah pagi. Bangun bangun rasa macam berdebar. Aku pun menghimpit kat katil roommate. Antara katil kita orang ada ruang dalam 2 meter. Roommate menghadap dinding so aku menghadap ruang kosong. Aku cubalah pejam mata tapi tak dapat. Rasa macam something yang dahsyat akan berlaku. Selama ni kalau rasa something buruk akan berlaku memang lain. Tapi ni luar biasa lain.

Tengah usaha pejam mata aku mengiring ke ruang kosong membelakang roommate aku. Aku pejam mata gitu gitu je, yelah tak boleh tidur. Tapi haa jeng jeng jeng aku dapat tangkap ada sesuatu landing dekat lantai tu. Putih-putih berbungkus gitu kainnya baring tegak kaku. Besar besar sikit badan. Takda rambut panjang mengurai ke apa. Cuba teka hihihi. Yes cik cong. Nak taip fullname pun takut ni hahahahaha. Mengucap aku nak menangis time tu. Pejam mata rapat dan baca segala aku tau dalam hati. Nak baca kuat kuat tak larat dah. Aku baca dalam hati sampai tertidur. Esoknya aku demam hahahaha mana taknya cik cong test aku.

Lepas dari kejadian extreme tu ada lagi tapi aku ni sejenis tak ambik kisah sebab dah lali plus makin busy dengan assignment. Family aku pun ada bawak aku berubat mintak air sana sini sebab aku selalu demam. Makin lama makin kurang gangguan sebab agaknya benda tu bosan aku tak layan dia main cak cak hahahaha. Kiranya aku dapat adapt dengan deria baru. Tapi tak selalu tu kira Alhamdulillah. Hahahaha bersyukurlah tak selalu kacau hidup aku. Okeylah tu je cerita aku. Sorry kalau tak seram. Nanti ada story lagi aku post. Thanks admin FS kalau post cerita aku. Lebiu!

4 thoughts on “Rambutan Dan Cik Cong”

Leave a Comment