Rasukan Pengantin

Hai, nama aku Sha. Aku first time post dekat FS ni. Memang banyak kisah seram terjadi in real life kat dalam kehidupan aku sampai aku jadi lali. Salah satunya aku nak kongsi kisah seram semasa hari perkahwinan abang aku dua tahun lepas.

Keluarga aku ada banglo di Kelantan iaitu kampung aku sendiri. So, wedding diadakan di sana. Banglo tu walaupun kami jarang duduk. Tapi dijaga rapi oleh nenek dan atuk aku. Kami akan balik jika ada masa lapang. Disebabkan keluarga kami pun menetap jauh dari kampung atas urusan kerja dan belajar. Nak dijadikan cerita. Pada waktu itu,kami pulang ke kampung untuk membuat persiapan perkahwinan abang aku. Bila semua sepupu sepapat semua dah berkumpul. Kami start prepare kanopi,rewang ,etc.

Dua hari sebelum majlis. Malam tu dah semua siap pasang pelamin dekat ruang tamu utama. Hias semua. Malam tu jugalah org-org tua lepak dekat tingkat atas sebab menghias bilik pengantin . Termasuklah tukar pintu bilik tu. Aku dengan sepupu sepapat yg belum meningkat dewasa lepaklah kat ruang tamu yang ada pelamin. Mmg excited terlebih la duk main pelamin. Acah acah main kawin kawin . Masa kitorang duk bergalak kat pelamin tu. Abang suruh kitorang bentang toto kat ruang tamu tu. Tidur. Sebab dorang tak siap lagi baiki and hias bilik tu semua. So dia tutup lampu . Yang tinggal lampu kecik warna oren tu. Alah yg kat syiling tu . Kitorang akur. Tapi kitorang tak tidur. Kitorang sambung bersembang sambil guling guling kat karpet pelamin. Jam masa tu dah menunjukkan 2 pagi. Tetiba dgr bunyi kecoh kat atas . Katanya tetiba pintu yg nak pasang tu tak muat. Padahal dah ukur siap siap. Dorang ejas dua tiga kali pun still tak muat. Then last sekali dorang tawakal. Baru la boleh.

Tibanya hari perkahwinan. Alhamdullilah mmg masa bersanding. Smooth je sampailah orang ramai perlahan lahan dah balik. Macam biasalah pengantin mesti ada sesi photoshoot. Aku pun tak tahu kenapa dengan cameraman ni. Dia berminat sangat dengan rumah usang depan banglo tu. Dia kata, dekat situ cantik kalau nak photoshoot. Abang aku ni iyekan jela. Pastu dah asar dorang dah siap photoshoot semua. Yg lain pulak sibuk mengemas pinggan mangkuk. Kitorang yg sepupu sepapat lepak kat tingkat atas . Main monopoly. Then aku masa ni aku perasan kakak ipar aku ,dia senyap. Abang aku masatu kat bawah tgh bersembang lagi. So kakak ipar aku dia naik sorang . Menonong pergi bilik dia. Tak tegur pun kami yg duk kat ruang tamu atas. Aku pun assume dia tu penat kan,nak solat asar pastu rehat.

Malam tu lepas maghrib. Kitorang lepak lagi kt atas main monopoly lagi. Yang ni aku perasan lagi. Kakak ipar aku tak pernah keluar dari bilik sejak asar tadi. Abang aku je duk keluar masuk bilik. Tegur kami kat ruang tamu. Tapi aku tak bertanya pula pasal kakk ipar aku. Sbb apa aku pelik . dia jarang berkurung . Lagi lagi dgn keluarga belah suami dia.

Tetiba,tengah syok main monopoly. Sepupu aku yg darjah 6 bergegas naik atas . Dgn badannya yg gempal. Aku rasa bergegar tangga tu. Walaupun batu. Then dia terjah kat kitorang . Then ckp “weh,zul kena rasuk kat bawah!” . Zul tu sepupu yg sama umur dgn aku. Dan dia mmg ada kebolehan nampak benda halus sejak dia demam panas. Pastu kitorang tinggal game kitorang terus turun bawah. Masa ni abang aku dalam bilik. So kami duk kecoh. Dia tak keluar pun dlm bilik tu. Kami pun tak terpikir nak ketuk pintu bilik abg aku. Then kitorang stop kat tangga. Sebab tengok dia tengah bersilat seorang diri dia. Yang lain semua cuak. Mak bapak dia tanya siapa dia. Dia tak jawab. Tapi dia tunjuk arah tangga. Kitorang ada kat tangga! Siapa tak cuak? Then dgn pantas dia berlari ke arah tangga. Yg lain semua suruh kitorang turun sebelum dia rempuh kami. Kami turun. Dan kami perhati gerak geri dia. Aku tgk dia duk kat tangga. Dia mcm baca something . Mata tertutup. Then cm hembus kat seluruh penjuru tangga tu. Fyi. Bilik abg aku bebetul mengadap tangga. So si zul ni. Mata dia tetiba straight ke pintu bilik abang aku. Pastu dia arah mak aku bukak pintu tu. Suara dia tegas . Sgt tegas. Mak aku bergegas ketuk pintu abg aku. Abg aku buka pintu. Dia blur seblurnya. Aku tgk kakak ipar aku tgh terbaring. Abg aku ckp dia tidur sejak lepas asar tadi. Dia kejut maghrib tapi dia tk bgn. Abg aku anggap dia penat sgt. Tapi tak. Kakak ipar aku mmg tk sedarkan selepas abg aku cuba bangunkan dia sekali lagi pada waktu tu. Semua mengucap panjang tgk muka dia. Pucat sgt. Mcm takda d***h yg mengalir. Tetiba makcik aku pula tak sedarkan diri. Mcm ada something masuk dlm badan dia. Dia pergi ke kakak ipar aku. Kakak ipar aku mcm sedar tak sedar masa tu.

Dia sandarkan kakak ipar di birai katil. Dia tgk kat peha. Lebam. Mcm ada benda hisap darap dia. Makcik aku bacakan something kat muka kakak ipar. Tapi masa ni makcik aku tak sedar apa dia buat. Mcm ada benda kawal. Pastu makcik aku kata ada benda bercampur dlm badan dia. Masa tgh ubatkan kakak ipar aku. Sepupu aku dua org kena rasuk juga pada masa yang sama. Kami dah taktahu nak menangis cmna lagi. Ada sorang tu mcm ikan mengelempar atas darat. Sorang lagi laki. Tetiba menangis kat pejuru dinding. Mmg kecoh. Kami terkedu masa tu. Mereka berdua bergaduh sesama sendiri. Si zul ni pula masih tak sedarkan diri. Dia kata ada budak yg jaga kat pintu bilik abg aku. Sebab tu masa nak pasang pintu tu. Tak muat. Keadaan masa tu haru biru. Last sekali sepupu aku yg mengelempar mcm ikan ni. Dia pergi kat kakak ipar yg tak bermaya tadi. Dia raut muka kakak ipar aku. Pastu dia ckp “aku benci kau. Aku benci.” sambil dia raut muka kakak ipar aku lagi. Lagi bertambah haru. Bila abang aku bangun. Nak cari parang. Dia kata. Dia nak sembelih org yg buat bini dia mcm tu . Sebb dia tahu siapa. Allahu. Nasib baik kami dapat halang.

Lepas keadaan semua terkawal, yang dirasuk tadi semua kepenatan. Kami semua berkumpul dekat bawah. Kakak ipar aku still dlm 50 sedar 50 tak. Pakcik aku pandai mengubat . So dia duduk dlm 100 meter dari kakak ipar aku. Then dia tanya something . Sambil lada hitam baling kat kakak ipar aku . Dia tak jawab pun pertanyaan pakcik aku. Dia gelak. Pastu dia pandang tajam kat pakcik aku. Seram weh. Pakcik aku kata “kenapa kau pandang aku?” pastu dia gelak lagi. Abg aku tepuk belakang bini dia. Pastu dia diam. Pastu makcik aku yg kerasukan tadi. Dia baca ayat pastu dia pegang kepala kakak ipar aku sambil pakcik aku tu pun tolong. Lama nak keluarkan. Daripada maghrib hingga hampir pukul 11 baru selesai. Pastu pakcik aku kata. Ada orang tanam menda kat banglo aku. Tujuannya mmg dia nak menyakitkan kakak ipar aku. Dia cemburu dgn keluarga kami tpi dia buat kat kakak ipar kami. Masa dia tanam benda tu. Adalah dua hari sebelum majlis tu berlangsung. Malam yg kami langsung tk tidur. Dan cmna boleh tak sedar ada org masuk kt kawasan rumah kami. Wahualam.

Satu lagi ada something follow kakak ipar aku masa dorang photoshoot. Bertambah parah . Bila dlm badan dia ada saka dari jawa. Pakcik aku kata tk boleh nak keluarkan saka tu. Sebab saka tu kuat. Dia mampu pulihkan org hantar sihir dan something yg follow tu je. Walaupun sekarang masih dlm proses pemulihan tapi alhamdullilah. Mereka masih bahagia. Semoga org yg hantar tu pun mendapat balasan. Maaf entry ni panjang. Sekadar berkongsi. Terima kasih kerana membaca!

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]
Rara

39 thoughts on “Rasukan Pengantin”

  1. aku tenung gambar pengantin tu. Pastu aku rasa mata dia tenung aku balik. Pastu tiba tiba dia datang ke arah aku. Pastu.. hm. banyak betul pastu huhu

    Reply
  2. Hi Sha! Cerita Sha ni ringkas, tapi terlampau cepat dan padat unsur seram tu masuk. Kalau Sha smooth kan lagi flow nya dan susun storyline mesti cerita ni jadi lagi seram.

    Apa pun terima kasih sudi berkongsi cerita dengan kami. Hantar lagi k? 🎈

    Reply
  3. Awak banyak sangat cut scene. Tengah kecoh sorang sorang kena rasuk, tiba tiba keadaan semua terkawal.. Alo, tak best la.. Haha..dan ayat macam kelam kabut sikit..
    Cerita tetap best!! Keep it up!

    Reply
  4. Puunyaaa la jauh pakcik awak cakap dengan kakak ipar awak yer. 100 meter tu. Guna hailer ke?

    By the way, cerita best tapi kalau dihalusi dan kasi cantikkk sikit ayat tuh memang boleh mencapai tahap keseraman 5 bintang.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.