Rasuk:Melati

Assalamualaikum pembaca FS. Terima kasih pada Admin sebab publish kan cerita RASUK yang aku share kan sebelum ini.

baca sebeum ini sini

Ok..kita sambung cerita. So, malam tu…

Lepas aku rebahkan badan, beberapa orang kawan aku yang ada dalam bilik tu serbu aku. Bukan apa, diaorang ni cuma nak aku ceritakan balik apa yang jadi dengan si Cempaka tadi. Aku pun cerita lah balik apa yang jadi. Muka semua berkerut, terkejut dengar cerita aku, seolah tak percaya. Keadaan tenang seketika. Mana yang serbu tadi pun dah balik ke katil masing-masing. Semua kepenatan dan cuba untuk tidur, memandangkan esok sekolah. Tiba-tiba….

“Keluarlah, jangan kacau aku!” Terdengar suara Melati terketar-ketar menahan sesuatu.

Semua pandang sekeliling dan tertanya-tanya. Tulip kawan baik Melati, cuba mendekatkan diri dengannya.

“Melati, kau kenapa ni?”

“Tulip, tolong aku! Dia tak nak pergi”

“Kau cakap siapa ni?”

“Benda ni kacau aku, dia tak nak keluar. Aku tak kuat nak lawan..” Melati da mula merintih dan menangis dalam keadaan sedar tak sedar.

“Korang, tolong Melati wey. Dia kena kacau ni. Panggilkan warden” Tulip mula resah dan hampir menangis.

“Apa nak buat ni, aku tak tahu nak buat apa. Melati, kau lawan la benda ni. Tolong lah Melati. Aku sayang kau.” sambung Tulip.

Tulip sendiri pun lemah semangat. Mereka memang rapat. Tak boleh nak dipisahkan. Ketika itu, beberapa orang kawan dalam bilik tu dah mula berkumpul. Ketua bilik mereka memainkan peranan dengan Iqamat di telinga Melati.

“Aaaargghh..” Melati menjerit dan pengsan

“Jom ramai-ramai angkat Melati ke tengah” Arah Sakura, ketua bilik mereka.

Kali ni aku cuma lihat dari katil tingkat atas jadi pemerhati. Biarlah budak-budak bilik dia yang uruskan. Tak lama kemudian, warden pun sampai. Jadi bermulalah dialog antara mereka.

“Siapa kau? Kenapa kacau anak-anak aku?” Soal warden.

Melati hanya tersenyum sinis melihat warden. Bertambah dengan jelingan maut dia.

“Keluar daripada badan dia. Jangan ganggu anak-anak aku dekat sini. Ini bukan tempat kau.”

Melati masih tersenyum sinis sambil berkata, “ Aku tak nak keluar. Aku cuma nak berkawan dengan dia.”

“Kau tak boleh berkawan dengan dia. Ni bukan dunia kau. Balik ke tempat asal kau.”

Melati mendiamkan diri.

“Sakura, letak biji lada hitam dekat ibu jari kaki Melati.”

Sakura hanya menurut arahan warden diikuti dengan ayat Kursi.

“Arrgghh..sakiiiiittt….lepaskan akuuuuu…” melati menangis dan merintih kesakitan.

“Kalau kau tak nak sakit, kau keluar dari badan budak ni. Kau nak keluar ke tak nak?” Soal Warden.

Melati hanya menganguk. Kemudian warden cuba memangil nama penuh Melati untuk memastikan “benda” tersebut dah keluar dari badannya.

“Melati Binti Daun, Melati ok tak?”

Melati diam. Lagi sekali warden memanggil.

“Melati?”

“Warden, saya ok. Dia dah keluar dah dari badan saya.”

“Kalau macam tu, cuba kamu mengucap dan selawat.”

Melati tersenyum tanpa mengungkapkan dua kalimah syahadah dan selawat.

“Melati, dia belum keluar lagi kan dari badan awak?”

Melati hanya tersenyum seperti mengejek. Benda tersebut mempermainkan semua. Dia menyamar jadi Melati supaya dia boleh terus ada dalam badan Melati.

“Kau tipu aku. Kau masih belum keluar dari badan dia kan?”

“Warden, Melati tak kuat. Tolong Melati..” Melati mula merintih dan menangis.

Kemudian Melati kembali dengan jelingan maut berserta senyuman sinis.

Tiba-tiba, kedengaran pintu bilik diketuk berkali-kali dengan kuat.

Tuk Tuk Tuk Tuk!

“Buka pintu ni! Aku cakap buka!”

Tuk Tuk Tuk Tuk!

Kami yang berada dalam bilik kebingungan. Siapa pula yang ketuk tu. Suaranya seperti orang yang tengah marah.

Tuk Tuk Tuk Tuk!

Kedengaran lagi ketukan pintu. Semakin lama semakin kuat.

“Aku cakap buka pintu ni! Buka cepat!!”

“Sakura, buka pintu tu” Arah Warden.

Setelah pintu terbuka, terlihat si Kemboja yg bertubuh kurus dan kecil itu meluru kearah Melati dengan laju bersama dua orang rakan baiknya.

“Aku dah cakap dengan kau kan jangan kacau kawan-kawan aku! Kenapa kau degil sangat! Kau keluar daripada badan dia sekarang! Dia tak bersalah! Aku cakap keluar!” kata Kemboja.

Melati masih lagi tersenyum sinis dan jeling kearah Kemboja dan mengabaikan kata-kata kemboja. Kemboja pula terus berjalan menuju ke pintu tetapi baru beberapa langkah, Kemboja berpatah balik menuju ke Melati. Kami yang mendengar sebentar tadi terdiam. Otak masih berfikir, apa kaitan dengan si Kemboja?

“Kau dengar tak aku cakap ni? Aku cakap keluar sekarang! Jangan kacau diaorang lagi! Diaorang semua tak bersalah! Tolonglah keluar!!”

Suasana senyap seketika. Tiada respon dari Melati melainkan jelingannya pada Kemboja.

“Apa lagi yang kau nak dari aku? Apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku? Berapa kali aku nak cakap dengan kau! Aku tak salah! Aku tak b***h dia! Aku tak b***h dia!” Jerit Kemboja sambil menahan sebak.

B***h??? Apa yang si Kemboja ni dah buat? Ya Allah. Meremang satu badan bila dengar apa yang Kemboja katakan tadi. Semua masih terdiam termasuk Warden. Tak tahu apa yang perlu dilakukan ketika itu. Semua hanya membiarkan Kemboja.

“Kau keluar sekarang! Kalau kau masih tak puas hati lagi, kau b***h aku!! Jangan kacau kawan-kawan aku!”

Melati masih lagi tersenyum sinis dengan kata-kata kemboja.

“Kau dengar tak? Aku tak main-main! Aku nak kita selesaikan semua malam ni! Kalau kau nak b***h aku, kau b***h lah! Keluar sekarang! Apa nak jadi, jadilah! Keluar! Aku tunggu kau dekat sebelah!” Sambung Kemboja.

Setelah itu, Melati seperti kesesakan nafas. Kepalanya mendongak, tangannya didepa, nafasnya pula bunyi seperti orang yang sedang nazak untuk menghebuskan nafas terakhir. Keadaannya seperti roh yang sedang keluar dari jasad. Ya, begitulah keadaan Melati ketika “benda” tersebut keluar dari badannya.

Kemboja meneruskan langkahnya bersama dua orang kawan baiknya untuk ke sebelah seperti yang dijanjikan iaitu bilik aku sebab bilik aku je yang tengah kosong sekarang ni. Cempaka? Lepas Ustaz dah ubatkan Cempaka, warden terus bawa Cempaka ke rumah mereka di bawah blok. Semasa Kemboja berjalan menuju ke pintu, Kemboja seolah-olah di tolak sedikit atau mengelak ke tepi. Sedangkan tiada apa yang mengganggu jalannya ketika itu. Aku ingatkan hanya mainan mata, rupanya kawan-kawan aku yang lain pun perasan benda yang sama. Sementara itu, Melati telah sedar seperti sedia kala, cuma keadaannya lemah.

Aku turun dari katil, aku tak tahu kenapa aku terlalu berani. Mungkin sifat ingin tahu aku kuat. Jadi, aku keluar pergi ke bilik sebelah walaupun kawan aku menghalang. Aku tetap berdegil. Ketika aku sampai di depan pintu bilik aku, pintu sedang di kunci dari dalam. Bilik gelap gelita. Mereka tidak membuka satu lampu pun. Kedengaran suara Kemboja menjerit dan berlawan dengan sesuatu. Bunyi berdentam-dentum meja dan kerusi seperti dihempas. Juga kedengaran suara kawan baik Kemboja merayu berkali-kali kepada sesuatu untuk lepaskan Kemboja. Aku cuba mengintai dari tingkap tepi, tapi tak nampak apa. Beberapa minit kemudian…

Praaaaakkkkk!

Pintu bilik terbuka, Kemboja tercampak di dinding kaki lima luar bilik sambil memegang dada sebelah kiri menahan kesakitan. Dia cuba untuk bangun dan masuk ke bilik semula. Sekali lagi pintu di tutup tapi tidak dikunci. Kedengaran semula bunyi-bunyi yang bising tadi. Selepas seminit, pintu diterpa oleh mereka bertiga. Mereka berlari sampai ke hujung bangunan dimana terletaknya bilik mereka. Kebetulan di sana ada beberapa orang senior. Mereka uruskan daripada sana. Setelah itu, aku terus masuk ke dalam bilik kawan aku. Terasa penat dengan semua yang berlaku malam itu. Aku tak tahu apa yang berlaku lepas tu. Cuma kedengaran bunyi orang masih berlari di kaki lima. Warden juga sudah memberi arahan supaya semua pelajar masuk bilik dan kunci pintu. Tiada siapa pun yang dibenarkan keluar. Hanya tinggal warden dan senior-senior yang berjawatan sahaja berada di luar untuk selesaikan apa yang berlaku. Ketika itu jam sudah menunjukkan hampir pukul 2 pagi. Bilik aku dibiarkan kosong semalaman.

Pagi tu semua penghuni asrama bangun seperti biasa untuk mandi dan bersiap ke sekolah termasuk aku. Aku berjalan balik ke bilik sebab baju dan buku semua dalam bilik aku. Sampai je dekat bilik, budak bilik aku semua tercegat depan pintu. Dia suruh dia untuk masuk ke dalam dulu. Tak ada yang berani.

“Dah kenapa korang dekat luar ni? Masuk lah dalam.” Tanya aku.

“Kau lah masuk dulu buka lampu. Baru kitaorang masuk.”

“Ya Allah. Kan da pagi ni.” Jawab aku.

“Tak nak! Takut! Dekat dalam gelap!”

Ya. Bilik nampak suram walaupun dah nak azan subuh. Sudahnya aku yang kena masuk dalam dulu. Dalam hati dup dap jugak. Dengan lafaz Bismillah, aku langkahkan kaki kanan di iringi salam. Aku terus ke suis utama untuk membuka lampu. Baru semua menarik nafas lega dan masuk ke dalam. Keadaan bilik ketika itu memang bersepah. Semua tunggang langgang. Kami hanya kemas apa yang mampu. Nasib baik warden bagi pelepasan untuk kemas bilik lepas habis sekolah. Semua pergi ke sekolah dengan muka ngantuk. Apa yang jadi malam tadi dah tersebar pun satu sekolah. Tapi apa yang jadi pada Kemboja malam tu ya?

Sambungan cerita ni, diceritakan semula oleh senior pada kitaorang pada keesokkan harinya di dewan makan ketika PREP.

Malam tu, Kemboja berlari sampai ke hujung bangunan. Dia cuba untuk memanjat tembok dan terjun. Tapi di selamatkan oleh salah seorang senior yang ada berdekatan dan sempat menarik badan Kemboja. Nasib baik badan kemboja kecik. Menurut Kemboja, benda tersebut terbang menerawang di luar asrama perempuan. Kemboja cuba untuk berlawan dengan “benda” tu. Berlari turun naik tangga, dari hujung sana ke hujung sini. Terlalu laju. Beberapa kali cubaan untuk panjat dan terjun. Akhirnya, setelah mereka dapat menangkap Kemboja daripada larian amalnya, warden membawa Kemboja ke hospital bersama seorang senior. Di hospital, Kemboja menjerit-jerit. Katanya benda tu ikut dia. Sehingga lah doktor memberi ubat tidur or penenang dekat dia. Rupanya malam itu, ada beberapa bilik lain juga yang terkena gangguan, tapi tidak seteruk Cempaka dan Kemboja.

Cerita lain pula, salah seorang senior lain merangkap Kakak Angkat aku ketika itu bertanyakan sesuatu pada aku. Kebetulan bilik dia betul-betul berada di bawah bilik aku.

“Malam tadi lepas da settle semua korang tidur pukul berapa? Kenapa mengemas malam-malam tak kemas harini je?”

“Errrr…akak dengar apa malam tadi?

“Budak bilik Akak ada berapa orang tak boleh tidur semalam sebab bunyi bising. Dengar orang seret almari lah, kerusi lah, meja lah. Pukul 3 pagi macam tu.”

Aku tergamam. Pukul 2pagi semua dah tidur.

“Akak. Kitaorang semua tak tidur bilik malam tadi. Semua tidur bersepah dekat bilik orang lain. Bilik tu kosong. Pagi tadi baru kitaorang masuk bilik. Bilik pun bersepah. Petang tadi balik sekolah baru kitaorang kemas.”

Lepas dengar jawapan aku, Kakak Angkat aku terus terdiam. Hari itu, berlalu begitu je. Cempaka dan Kemboja pula di jemput oleh keluarga mereka untuk di bawa pulang. Menurut senior, diturunkan daripada senior-senior yang sebelum-sebelum ni, bilik aku tu memang tempat benda tu duduk dan suka kacau. Sebab tu lah bilik kitaorang paling teruk kena. Cempaka dibawa berubat oleh keluarganya. Kemboja pula tak tahu apa yang jadi pada dia. Lepas kejadian itu, dia terus berhenti sekolah. Tak pernah dengar khabar tentang dia lagi. Yela, zaman tu mana ada facebook, instagram, myspace, twitter bagai. So, lost contact macam tu jela. Yang aku tahu, masa dekat sekolah dulu, Kemboja ni memang pelik orangnya. Aku satu kelas dengan dia. Aku dengan budak kelas selalu nampak dia cakap dan senyum seorang diri. Dia memang tak bercampur dengan orang lain sangat walaupun kami cuba untuk berbual dengan dia. Selalunya Dia buat hal sendiri je. Kalau dekat asrama pula, Kemboja suka berpakaian serba hitam. Ada yang mengatakan Kemboja ni pernah memuja sesuatu seperti Black Metal. Pernah nampak dagu dia ada garis hitam pakai duit syiling. Tak tahu lah sejauh mana kesahihannya. Sampai sekarang tak ada siapa tahu tentang Kemboja. Sejak dari haritu, Warden haramkan kami semua memakai pakaian serba hitam dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Sampai sini sahaja cerita RASUK yang aku nak sampaikan. Maaf kalau kali ni cerita agak panjang dari sebelum ni. Aku tahu korang mesti bengang kalau ada sambungan lagi kan. Tu yang aku cuba habiskan semua dalam sambungan kali ni. In Shaa Allah kalau ada kesempatan aku ceritakan lagi pengalaman yang lain dekat FS. Semoga anda terus maju jaya untuk masa akan datang. Assalamualaikum.

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

15 thoughts on “Rasuk:Melati”

    • Cerita ni sambungan dari cerita yg lepas. Jika nak tau siapa Cempaka klik “baca sebelum ini disini” di atas..Melati masih ada..selepas “benda” tersebut keluar dari badannya, dia lemah. Tapi esoknya, melati ok seperti biasa sebab “benda tersebut hanya singgah sekejap di badannya.

      Reply
  1. black metal boleh dipuja ke?
    black metal adalah salah satu genre muzik.
    boleh didengar je. bukan satu entiti yang boleh dipuja.

    cuma satu soalan,
    mana dapat lada hitam kat hostel on the spot macam tu?
    korang rendam megi letak lada hitam ke?

    Reply
    • melati binti daun. dari mood seram terus terbahak-bahak aku ketawa. alahai creatif betul penulisnya ya. apa apa pun best cerita ni 9/10.

      Reply
    • Yup..Black Metal ada ritual tersendiri..

      Lada hitam tu drp warden kami. Dia mmg sntiasa standby dengan lada hitam, air syifa’ dan sebagainya dkt rumah dia untuk rawat histeria. So, bila pelajar inform dia ada budak kena histeria, dia terus bawa semua bekalan yg ada. Dia da ada pengalaman lebih dari berbelas tahun malah puluhan tahun rasanya skrg sebagai warden dan terbiasa berdepan dengan hal sebegini tahun demi tahun. sebab tu dia tenang je bila berdepan dan berinteraksi dengan “benda” ni semua. 🙂

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.