#Ratna – Teja dan Gangguan

Assalamualaikum. Ingat aku lagi?

Kali ini nak cerita tentang gangguan yang Teja alami.

Cerita pertama
Ada satu hari, aku balik kampung dengan suami. Kami bertolak malam sebab nak elakkan jam dan sebagainya. Laluan ke kampung aku memang gelap. Highway gelap, jalan kampung pun gelap.

Perjalanan terasa amat lama dan kami tiba jam 1.00 pagi. Mula-mula Teja okay, tapi lama-lama nampak dia agak resah dan mula menangis. Masa ni Teja berumur setahun, pandai sebut ‘kejap’ je. Ibu pun tidak, ayah pun tidak apatah lagi nak beritahu yang dia mungkin sakit atau tak selesa. Teja keteguran. Dia menangis kuat. Makin kuat dia menangis, makin kuat aku baca ayat kursi. Lama-lama aku nampak macam ada rotan melilit kat badan Teja dan ada makhluk macam ranting kayu melekat dengan dia. Lepas tu aku nampak makhluk tu cubit-cubit Teja. Patutlah meraung macam apa.

Aku baca ayat kursi kuat-kuat dan berulang-ulang sampai makhluk tu pun suruh aku diam. Aku cuba tarik si ranting tu, tapi Teja makin kuat menangis sebab makin aku tarik, rotan yang melilit tu makin ketat. Aku ulang-ulang ayat kursi, Fusilat ayat 36 dan An-Nisa ayat 45 . Lepas tu aku nampak hujung-hujung jari dia macam hangus. Aku baca dan tiup kat makhluk tu, makhluk tu menggelupur sebab dari jari hingga ke siku dah hangus (tak nampak api yang membakar cuma hitam hangus secara tiba-tiba). Dia lepaskan Teja dan rotan tu pun terlepas. Tak berapa jelas rupa dia macam mana tapi memang macam ranting kayu. Kaki, tangan, jari-jari semua halus dan rotan tu ekor dia. Tinggi macam budak umur tiga tahun. Pukul 3.00 pagi baru Teja dapat tidur dan aku pun terlelap sama.

Tak lama kemudian, aku rasa macam ada orang sepak aku. Sempat aku tengok jam. Pukul 4.30 pagi. Hurmmm, baru nak tidur dah ada orang kacau. Aku ingat adik aku tapi aku terus terfikir takkan pula dia nak masuk bilik aku. Aku cepat-cepat tengok kat hujung kaki aku. Bilik aku gelap jadi susah nak tengok siapa.

“Kau ni siapa ha?” Suara dia macam perempuan tapi kasar. Aku takut-takut juga. Aku picingkan mata dan aku ternampak macam ranting kayu juga tapi lebih besar, dahan kayulah senang cerita. Sebelah dia ada si ranting kayu yang kecil tu. Dia datang balik bawa mak dia. Rasa macam mak-mak bergaduh dah ni. Haha. Aku terus duduk bersila.

“Kau bakar tangan anak aku, kan?”
“Sebab dia kacau anak aku.”
“Dia bakar anak kau ke?”
“Dia kacau anak akulah!” Aku nampak ranting kayu kecil tu dah sibuk belek anak yang tengah tidur.
“Anak aku suka anak kau sebab dia cantik.”
“Tengok jela, yang melekat, siap belit anak aku dengan ekor dia, main cubit-cubit tu kenapa?”.

Aku nampak Teja dah mula bergerak-gerak sebab si ranting tu usik-usik pipi dia sambil ketawa. Aku geram, aku cekak leher si ranting tu sambil baca ayat Kursi. Dia menggelepar, berasap-asap dah. Yang si dahan tu pula terus terkam ke anak aku, tekan perut dia. Terus Teja ni menangis kuat. Aku pula hempas si ranting tu ke lantai sambil baca gabungan ayat Kursi, surah Fusilat, An-Nisa dan Al-Anfal ayat 12 (Suria yang ajar aku ayat-ayat ni dan dia cakap ayat-ayat ni cukup kuat untuk lawan jin-jin jahat ni. Kena yakinlah.) Aku tarik rambut si dahan tu (macam rotan juga) sambil baca empat gabungan ayat tu supaya dia jauh dari Teja. Suami aku bangun, panik dengar Teja menangis, dia terus angkat Teja sambil krik krik pandang aku. Secara kasar, dia nampak aku tengah genggam sesuatu dalam keadaan menarik (tarik rambut si dahan) dan dalam pada masa yang sama tengah menekan sesuatu ke lantai (tekan si ranting ke lantai). Tak lama kemudian Kanda Sukma datang dan selesaikan mereka berdua tu.

Pukul 10.00 pagi, Teja menangis lagi. Mungkin sakit sebab badan dia lebam-lebam dan mula nak demam. Aku dan suami cari orang buatkan air tawar untuk dia dan dia ok.

Cerita Kedua
Kali ini berlaku di kampung suami aku pula. Depan rumah mak mertua ada pokok kelapa. Kejadian berlaku sekitar umur dia setahun lapan bulan dan dia dah petah bercakap. Sejak sampai kampung, dia asyik tunjuk pokok kelapa, cakap takutlah, ada oranglah tapi sebab aku tak nampak aku pun buat tak tahu.

Malam tu, dia termenung kat tingkap dan tiba-tiba jatuh. Aku tanya kenapa, dia kata ada nenek cantik tolak dia. Aku intai, tapi tak nampak apa-apa. Hijab aku terbuka juga, tapi aku tak tahu kenapa apa yang anak aku nampak, susah aku nak nampak. Tapi apa yang aku nampak, mesti dia nampak. Lepas tu aku nampak seorang lelaki tak berbaju kat pokok kelapa tu.

“Dia ke buat Teja?”
“Ukan. Celah die bu.” (Bukan. Sebelah dia ibu).
“Tak ada apa-apa pun.”
“Ada. Tu, nenek tantek akai udun. Dia babai Ja.” (nenek cantik pakai tudung. Dia lambai Teja.) Aku tutup langsir, bawa Teja masuk bilik.

Jam 2.00 pagi, aku terjaga sebab terdengar Teja bergumam. Dan dalam pada masa yang sama, aku dengar ada perempuan menyanyi, sama dengan melodi dari Teja. Suami aku pula keluar ke rumah sepupu dia, sebelah rumah mak mertua aku. Aku kejut Teja, dia langsung tak bangun dan asyik gumamkan melodi tu. Seram sangat masa tu. Aku duduk, cuba dengar betul-betul lirik nyanyian perempuan tu. Yang jelas cuma;

‘Angin berbuai, bukalah tingkap.
Aku datang, langsir tersingkap.’

Ada lagi lirik-lirik lain tapi macam bukan bahasa Melayu, jadi memang tak dapat tangkap dan tak faham langsung. Aku kejut juga Teja, Teja bangun tercungap-cungap dan pandang keliling lepas tu dia menangis beria. Tak kuat tapi tersedu-sedu. Tiba-tiba terdengar bunyi orang cakar-cakar tingkap. Teja terus peluk aku sambil cakap;

“Nenek tu dah tak tantek, dia kacau Ja.” (Nenek tu dah tak cantik, dia kacau Ja). Aku dengar bunyi pintu terbuka dan tertutup.

“Ayah balik dah tu.” Pintu bilik terbuka sikit jadi aku nampaklah bayang-bayang kaki.

“Ukan yah. Ukan yah.” (Bukan ayah. Bukan ayah). Aku pun terus tutup pintu dan kunci. Telefon suami dan suruh balik segera.

Esoknya suami cerita yang kat kawasan tu memang ada lelaki tak berbaju dan nenek tu, cuma sebelum ni diorang tak pernah kacau sesiapa dan tak pernah muncul pun. Suami tahu pun dari cerita orang-orang tua kawasan situ. Lepas daripada peristiwa ni, aku pun dah selalu nampak nenek tu. Dia berselendang, rendah separas pinggang aku. Pandang dari jauh dan tak pernah kacau Teja lagi.

Cerita ketiga
Kisah ni terjadi masa Teja berumur dua tahun tiga bulan macam tu, di rumah aku sendiri. Dah mula faham banyak benda. Ayat yang dia selalu baca, Ya Zal Jala Li Wal Ikram sebab ini zikir dodoi dia tidur.

“Ada monyet dalam rumah. Duduk kat citu.” Teja tunjuk kat sofa. Aku terus cuba tengok lama-lama dah mula nampak makhluk tu.

“Monyet besar? Hitam?” Dia angguk. Seriau juga aku tengok binatang tu. Bukan monyet, mungkin beruk tapi lebih besar daripada gorila. Duduk atas sofa, lipat lutut ke dada, kepala dia hampir mencecah siling. Dia duduk statik, cuma mata dia asyik ikut pergerakan Teja. Yang Teja pun satu, dia sengaja bergerak ke kanan ke kiri semata-mata nak tengok mata si beruk tu. Sambil dia bergerak-gerak tu sambil dia baca Ya Zal Jala Li Wal Ikram dan aku nampak beruk tu dah tak ikut pergerakan Teja, dia cuma pandang dinding.

“Mata dia tak ikut Teja.” Sambil dia ketawa. Aku pula tengah kelam kabut cari MP3 Al-quran. Tekan kod azan dan pasang kuat-kuat. Masa azan tu beruk tu macam menggigil sambil geleng-geleng kepala. Aku ulang-ulang azan tu dan dia pun berjalan keluar.
“Kena baca doa ibu. Jangan takut.” Aku sendiri tak pasti kenapa dia tak takut. Mungkin dia tengok benda-benda macam tu dalam kartun kat TV kot. Tapi aku memang bersyukur dia tak takut. Aku memang faham macam mana perasaan takut kalau nampak benda-benda tu semua. Aku masa kecil pun sampai takut nak tidur.

Konsep senang je, ‘Aku tak kacau, kau jangan kacau aku’. Tapi jin yang jahat ni, bukan boleh percaya dan bukan boleh dengar kata pun. Kita cuma kena bersedia. Mohon pembaca FS doakan yang baik-baik untuk aku dan Teja. Minta maaf kalau bosan. Terima kasih kerana membaca. Selamat menyambut Aidilfitri semua.

14 thoughts on “#Ratna – Teja dan Gangguan”

    • Saya pun tak pasti dari mana datangnya dua ekor jin tu. Mungkin juga dekat-dekat dengan kawasan rumah sebab kampung saya masih ada hutan-hutan tebal lagi.

      Reply
  1. banyak cerita dlm fiksyen shasha ni yg diorang suka guna ayat ni;
    ”aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku”,
    masa tu ada tonton MHI kat tv3 ada ustaz yg pakar dlm bidang ni… dia cakap kalau kita cakap mcm tu ibarat kita buat perjanjian dengan jin…elakkan sebut mcm tu lg sbb kita da mcm berjanji dg jin tu agar x kacau sama sendiri..wallahualam

    Reply

Leave a Comment