Hii FS reader. Kembali berjumpa lagi. Hajat awal aku nak cerita koleksi kisah seram kat asrama sepanjang 5 tahun bermastautin kat sana. Tapi, sebab kene kecam tak seram. Huhuhu. Hari ni nak cerita pasal seram kat office aku ni ha.. Kisah ni berdasarkan pengalaman seram aku dan kengkawan yang pernah terkena la. Dan ini second time submit cite sama. Tataw la kalau admin tak publish sebab tak seram ke kan. Dah nama nak share pengalaman. Setiap orang kan berbeza ujian dan rezekinya. Bukan begitu? Ok.
Sebelum tu aku cerita sikit la pasal office aku erh. Sebab nak korang tahu, location office aku tu macam tak percaya ada mende mengarut camtu. Tapi, kene ingat selagi mana manusia menumpang kat muka bumi Allah ni selagi tu juga lah kita sama-sama menumpang dengan mahkluk Allah yg lainnya. Office aku kat tengah tengah bandaraya Johor Bahru. Di dalam bangunan tinggi pencakar langit tapi tak tinggi sangat la compare ngan hotel sebelah office ni (Ha. Dapat agak ke?). Depan office pulak laluan orang awam yg berurusan dengan pejabat-pejabat kerajaan atau urusan lain yg lalu lalang. Senang kata bila waktu operasi memang sibuk la. Dapat? Bayangkan je la. Ehehe jangan mara.
Kisah ni selalu berlaku bila lepas habis waktu pejabat. Keadaan akan start lengang selepas jam 6-7 petang. Since kerja kitorang pun tak tentu, staff akan keluar masuk office ikut keperluan kerja jadi mana yg keluar pagi balik lewat terpaksa singgah opis utk urusan documentation, pulang barang atau apa apa yg diorg suka la.. macam aku pulak, suka lepak opis sampai jalan agak lengang baru aku gerak balik rumah. Bukan apa, malas aku nk menempuh sesak jalanraya bagai sudahnya sampai rumah lewat jam 8 malam jugak. So, aku selalunya akan lepaskan maghrib baru pulang dan selamat sampai dalam waktu yg sama lebih kurang 8 malam jugak. Huhuhu Jimat masa, minyak yg semakin mahal dan tenaga. Bijakkan beta? Hahaha
KISAH AKU
Satu hari tu, aku lepak kat partition aku sambil settlekan sikit kerja-kerja yg berbaki. Waktu tu memang aku berseorangan di opis. Leka aku menaip tekun mengadap monitor tetibe aku mendengar ada “orang lain” juga menaip di opis bahagian depan (actually front counter.) Waktu tu aku noted lampu aku dah padam sebab aku nak elakkan customer datang tercongok kalau tengok lampu masih lagi menyala. Aku diam. Cuba amati. Betul ke aku dengar ni? Arrh perasaan aku je agaknya ni. So, aku sambung semula kerja yg terbengkalai tadi.
Kali ni bunyi menaip tu mengajuk aku menaip tetapi makin galak macam di ketuk-ketuk dengan jari keyboard tanpa hala tujuan. Aku da mula meremang. Sempat aku sound, “aku nak keje je kot. Aku tak kaco ko jangan la ko kaco aku”. Serious aku pun tak tahu kenapa berani aku nak sound camtu. Padahal aku tak senang duduk da.. hahaha aku try watlek watpis hope dia paham.
Selang beberapa minit lepas tu bunyi mesin air Nescafe kat depan berbunyi seolah orang tekan memilih air. Tak lama menderu bunyi seolah air memenuhi mug. Kalau korang biasa dengan mesin tu mesti korang tau bunyi dia. Bunyi dia panjangggggggg. “Mak aikkh, ko main air pulak mambang?”.
Otak aku tak leh nak pikir panjang terus angkat bontot bukak langkah seribu. Padahal nak lari tu kene lalu kat depan counter tempat natang tu menaip dan main air. Tapi, aku memang tak dan menoleh terus lari keluar opis. Dengan pintu tak kunci aku tinggal ando je camtu. Agak lega sikit perasaan, aku pelawa (pelawa jadahnya, aku heret la minta tolong) pakcik sukuriti temankan aku ke opis ambil beg, kunci kereta dan teman tutup pintu opis. Hahahaha.
Kat depan opis aku dulu ada pasang sensor welcoming. Cenggini bunyi dia kalau orang masuk “Welcome” dengan sound suara perempuan mcm menggoda gituewww. Aku pun kadang nak g toilet lalu depan kedai dia aku sengaja lalu kat sensor bagi berbunyi lepas tu blah la macam tak bersalah. Kikiki. Waktu tu dekat nak senja. Opis depan pun dah tutup kedai. Tapi, sensor dia tu aktif walau dia dah habis operasi. Satu hari tu aku sensorang jugak kat opis. Tapi hari tu aku lepak kat sofa lobby sambil main phone. Ko tau apa berlaku? Takde angin takde ribut maiwa manusia sorang pun takde lalu tetibe dia bunyi:
“Welcome”
“Welcome”
“Welcome”
Haiiyaaaa..! Balik la. Giler kentang nak tunggu. Kalau dia cak nanti sape nak angkat aku yang debab ni.
KISAH MEMBER AKU EPUL
Member aku yg ni lelaki. Nama dia epul. Jenis budak cool je. Cakap pun soft spoken. Malam tu dateline hantar OT Claim. Jadi, nak tak nak kene lah stay kat opis. Actually dengan aku sekali dan ada dalam 5 orang lagi yang stay back. Tapi cem biasa lepas maghrib aku gerak la balik. And yg lain pun masing-masing beransur balik. Tapi member aku yang ni tak siap lagi. So, tinggal la dia sensorang. Dalam opis kitorang ni ada 3 lot, pintu masuk cuma 1 dari 1st lot. Dari pintu masuk tu front counter and lobby untuk customer. Then 2nd lot plak meja berpartition work station kitorang. 3rd lot lak pantry and meeting room and work station untuk pekerja yang on off kat office. Mean sesiapa leh guna PC tu la. Dan paling hujung bahagian. Tapi, dari pintu masuk depan dah boleh terus nampak end lot opis tu. Dapat bayangkan tak?
So, jadikan cerita dia guna PC paling hujung tu. Dari cerita dia waktu kejadian dalam pukul 9++ malam. Sedang elok dia buat kerja tetibe kerusi yang dekat partition lot 2 (sebelah meja aku) bergerak kebelakang. Macam ditolak dari bawah meja. Member aku terkejut la. Sebab dia tahu cuma dia seorang dalam opis waktu tu. Dia kata dia ok lagi sebab dia pun sempat sound, “Jangan kacau wei aku nak claim cari duit ni”. Dia ingat usik camtu je.. then dia masih teruskan kerja dia.
Elok dia leka bunyi plak file kat rak belakang dia (lot3) seolah sesuatu dilalukan dari hujung ke hujung file. Korang tau kan klu kat opis file tebal-tebal bersusun kat rak panjang yg memuatkan lebih 20 file tu cemana bunyinya….
“tekkkkkk…. ktek ktekkk ktekkkk ktekkk ktek….”
dengan susunan file yang tak rata tu jadi bunyinya tak sekata. Dia masih mampu bertahan tika tu. Tapi dalam masa yg sama meremang bulu roma jangan cakap la.
Habis bunyi file tu, mende tu seolah semakin mendekat sebab tetiba PC sebelah kiri member ni ON menyala sendiri. Member aku waktu ni dah kata cakap dalam hati, “Ahh makin dekat pulak”. Dalam hati masih berkira untuk stay or cabut lari. Elok berkira-kira tetibe nampak pulak straw dalam mug yang digunakan untuk godak air teh yg dia baru buat berpusing perlahan-lahan. Waktu ni dia kata dia memang da tak peduli lah claim tak claim yang penting cha alif but. Last but not least, elok dia angkat bontot dari dalam meeting room “menatang” tu dan hentak hentak dinding dari dalam seolah menyuruh Epul ni segera pergi dari situ. Bergegar la dinding partition yang memisahkan meeting room dan meja pantry kat situ kata Epul.
Tapi sebab dia lelaki dia sempat la tutup PC, off lampu dan kunci pintu. Kira dia hebat sikit la tak panggil sukuriti teman. Hahahaha
Seram tak? Kalau tak seram sorry la. Tapi aku masih seram kalau dok opis sensorang. Hatta, siang pun klu dok sensorang nanti ko dengo orang menaip juga kat partition belakang. Kadang selak-selak kertas macam busy sangat. Sibuk je kacau kerja orang. Da la partition tinggi, ko kene jenguk untuk tengok siapa kat balik partition tu. Selalu aku ingat ada orang, siap aku berbual tanya. Lepas tu aku marah lah kenapa tak menyahut. Bila aku jenguk rupanya tiada orang. Since tu malas aku nak jenguk takut jenguk kang dia sengih macam kerang busuk naya aku lak. Cukup la bunyi-bunyi je jangan la munculkan diri. Aku tak sudi. Hahaha
Aku agak dia marah sebab sibuk time shift dia la. Da malam kan time untuk family ngan anak laki bini. Masih menyentil kat opis buat apa kan? Tu dia halau tu suh balik tu. Ye dak? Hahaha
***Pssssttt sebenarnya ramai yg punya pengalaman sendiri. Kalau aku cerita semua pengalaman staff, aku takut keyboard tertanggal plak. Ada yang nampak ada yang kene usik bunyi je. Yang nampak kata perempuan cina baju putih rambut parat bahu. Wallahualam. Huhuhu Sebab natang ni pun pandai main phone. Ko sensorang kat opis tetibe opis kol phone ko. Ko rasa??
Ko simpan la dulu rasa tu..
sampai jumpa lagi.
Thanks Admin 🙂
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
uikk..seram nih..kalau ceq xde la berani nak stay lelewat kt opis..maklum la x kuat semangat kn..siang2 nak p tandas opis pn berteman..punya la pengecut kan..haha
huisshh kalau ade kamera boleh rakam dah kan..kat opis time malam shift hantu2 plak wat keje ye dak?hahaha seram jugak..klau kat opis tkde org mmg idoklaa nk stayyy…cabut teruihh
Persada? Tapi mcm idakla tinggi melangit nau
Menara Ansar plak aku rasa mcm lagi tinggi dari Puteri Pacific
Hahahahaha…..
Best
Sambung lagi
jB ek…. tang mana tu.. x boleh nak bayang opis ko… sabarlah..tempat cr rezeki ya dak….
woishh..nasib la opis den ni 24jam..xsempek benda nk menumpang kui kui kui alhamdulillah
Mcm landmark je? Kan kan
Ini mesti landmark ni huhuhu. Dlu aku dapat offer situ. Nasib tak pergi. Kalau tak menangis aku macam kau.
Menara Ansar ekk???
Sbb dlu g opis asben kat situ siang2 pon sereemmm…
Nk g toilet dhlar jauh, ghisooo jer g sensorg…
Huhuhuhuhuuu…
Seb bek dlu akk selaluuuuuu blk tgh mlm natang tu ngusik bunyi bunyian jer…
Tapi ku tabahkan jelah diri buat keje sensorg dlm opis…
Opismate penah kena smpi opis awal subuh…
Skali ade satu kerusi ni tgh BERPUSING2 dgn sgt lajunye…
Alar kerusi yg boleh ejas2 tggi rendah tu, yg beroda tu…
Apelagi trs kwn tu dok kt postguard smpi terang…
Kesian…
“Aku agak dia marah sebab sibuk time shift dia la. Da malam kan time untuk family ngan anak laki bini. Masih menyentil kat opis buat apa kan? Tu dia halau tu suh balik tu. Ye dak? Hahaha”
hahahah macam yell. menyentil kata dia .kah!
gila kentang
lawak tapi seram… seram tapi lawak.. haha
wow best citer ni… ayat pon pon wo yao.. teruskan mengarang
boring cite ni…
Bolehlah juga
seram2….nakal tu..kacau org..hahaha