#RIN: Aku Dan Kenangan-part 2

Assalamualaikum semua pembaca setia FS. Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih kat admin sebab dah siarkan cerita saya. Macam yang saya katakan, seram tu takla seram mana. Biasa-biasa je. Tapi pengalaman kan mendewasakan? Betol tak? So dari pengalaman-pengalaman tu lah saya berjaya mengumpul sedikit kekuatan dan pengetahuan bila berhadapan dengan situasi yang menuntut keberanian dalam diri. Alhamdulilah sehingga ke hari ini belum lagi lah diduga teruk-teruk. Harap takda n takkan pernah ada la sebab takut tak boleh handle pulak nanti.

Ok, habis cerita kanak-kanak kita masuk alam remaja pulak la ye? Time ni abang-abang saya semua dah stay ngn parents kat KL sebab derang dah abis sekolah. So kat kampung tinggal la saya dengan adik sepupu kecik lagi dia masa tu. Dulu zaman saya remaja, aktiviti terhad. Apa je la yang ada kat kampung masa tu kan? Paling-paling pun cuti sekolah dapatlah habiskan masa kat KL dengan mak ayah. Masa tu kalau pegi sekolah pakai kasut converse hi-cut, dah style habis dah!!

Sandang beg quicksilver ngan maui takpun no fear ataupun nike or adidas, kaulah jadi idola kat sekolah. Punya lah ‘kampung’ nya masa tu. Nasib lah mak ayah duduk KL, merasa la jadi idola sekejap. Kalau main game sega tu, penuh ruang tamu kat kampung tu ngan kawan-kawan yang nak tumpang sekaki. Punyalah jakun masa tu. Bila dah jadi kenangan, kelakar pun ada. Ok-ok, cukup lah intro nya ya?

Saya Rin. Rasanya dah kenal kan so takyah cakap pasal tu lagi. Kita teruskan dengan kisah saya yang satu ni. Entri kali ni satu cerita je sebab panjang sangat. Jom kita start!!

Kisahnya…..
Selalu waktu petang, geng-geng saya selalu keluar pusing-pusing kampung naik motor lepas tu singgah rumah kawan-kawan. Kadang-kadang tu sampai kembung perut minum air lepas singgah banyak rumah. Tapi seronok, masa panjang pun jadi pendek dengan aktiviti-aktiviti macam tu.
Satu hari kawan saya; Aina ajak geng-geng yang lain pergi istana lama. Oh, lupa nak bagitau. Kampung saya terletak kat Negeri 9. So kalau ada sapa-sapa tahu pasal sejarah, ada satu istana lama peninggalan dulu-dulu yang dijadikan muzium sekarang ni. Yang uniknya istana ni masa dibina tak menggunakan sebatang paku pun, just guna tiang pasak dan sebab tulah istana ni dijadikan muzium sebab keunikannya. Sekarang lepas dia orang renovate ni adalah kot guna paku. Saya pun tak pasti. Saya taknak mention kat mana lokasinya, kang tak pasal-pasal takda orang nak pergi pulak tapi kalau dah saya hint macam ni ramai lah yang tau kat mana kan?

Petang tu kami berlima; Aina, Yati, Yus, Dila (memang nama sebenar) dan saya pergilah ke istana tu. Padahal dah banyak kali pergi tapi tak pernah jemu-jemu. Istana tu ada 4 tingkat dan selalunya kalau kami pergi, kami memang akan naik kesemua tingkat walaupun tingkat yang teratas sekali tak dibenarkan naik. Tapi disebabkan Yati ni ayah dia ada kena mengena lah dalam list datuk bendahara luak negeri 9 yang agak complicated tu dan ayah dia juga antara kakitangan yang menjaga tempat tu, so kami dapat advantage la naik sampai atas. Selalunya tingkat atas tu tutup, kecuali ada event-event yang melibatkan istiadat diraja je baru bukak.

Yang power pasal selok belok istana lama ni dah semestinya Aina sebab dia ni kerabat diraja negeri 9,(sorry geng aku buat ko famous sekejap) so setiap selok belok or latar belakang keturunan raja-raja Negeri 9 ni memang kami akan refer kat dia je. Dia cakap gambar lama kat dalam istana tu kalau kita tenung lama-lama nanti orang dalam gambar tu akan senyum tengok kita. Motif nak kena tenung? Yang ni saya tak percaya pun, sebab? Sebab takda sebab la nak tenung gambar-gambar lama tu yang stok black & white lagi gambarnya. Tak pernah cuba pun tenung tapi kalau korang pernah cuba, nanti share kat komen ye?

Lepas explore semua tingkat sampai la yang atas sekali, kami tak sedar pun dah pukul 6.30 petang dah masa tu. Bila dah tengok jam, barulah masing-masing menggelupur nak balik. Lupa dah apa yang kami buat kat dalam tu tadi. Siap baring atas katil dalam kamar diraja tula… Acah-acah makan kat meja santapan beradap la… Menari-nari sambil pegang pelita dayang-dayang la. Sampai kat tingkat dua rasanya, Aina cakap pasal tombak. Katanya dia orang ada simpan tombak yang diikat dengan rambut 7 keturunan hulubalang istana. Saya ni pulak jenis tak percaya. Ikat pakai rambut, tak masuk akal betol! Sehinggalah kami semua tertarik dengan satu pintu bertulis ‘dilarang masuk’. Korang mesti tau kan apa yang kami buat waktu jumpa pintu tu? Haah, kami pun masuk la pintu tu sebab waktu pulas tombol tu kebetulan tak berkunci. Cari bala betol!!

Saya pulak yang lead kat depan. Elok tolak je pintu tu, kami tengok gelap je. Sekali tengok atas, ambik kau bersilang tombak kiri kanan dengan rambut berjurai kat setiap tombak. Apa lagi, dengan tak tutup pintunya, bersepah semua lari pergi kat tangga turun ramai-ramai. Padahal tombak je pun, tapi tak tau kenapa semua takut n lari macam tak cukup tanah. Sampai bawah dengan tak cukup nafasnya Aina terus cakap.

Aina : “kan aku dah cakap memang ada tombak ikat ngn rambut! Korang tak percaya!!”

Saya :”ok-ok sekarang aku dah percaya. Sengal je semua nak lari. Dah la aku paling depan, bila korang pusing belakang nak lari akulah jadi orang yang terakhir!!”.

Semua pakat gelak ramai-ramai. Lepas tu,semua pun balik rumah masing-masing. Sudahnya orang dah azan baru sampai rumah. Dengarlah nenek membebel sebab balik lambat. Orang tua-tua ni banyak pantang larang dia kalau ada anak kecik kat rumah. Masa ni adik sepupu baru umur 3 tahun stay ngan kita orang. Dia takut la kot ada yang mengikut balik senja-senja tu. Malam tu saya tanyalah kat atok, betul ke tombak tu kene ikat dengan rambut. Atok cakap ye, tapi bukanlah ikat pakai rambut je. Rambut tu diikat sekali lambang peringatan jasa-jasa hulubalang istana terdahulu. Ok, yang ni make sense lah jugak. Lepas buat homework saya pun masuk bilik nak tidur macam biasa. Lampu bilik ni pakai mentol kaler orange tu je. Saya plak memang tak boleh tidur dalam gelap kena ada lampu baru boleh tidur. Tak lama lepas saya terlelap tu, terjadilah peristiwa yang sampai sekarang takkan saya lupakan.

Entah kenapa saya terjaga. Pukul berapa saya pun dah tak ingat. Dalam mamai-mamai tu saya dapat rasakan lampu mentol tu dihalang oleh sesuatu sebab cahayanya tak kena straight kat muka saya. Saya buka mata, ada satu lembaga besar tengah tengok saya. Saya pasti lelaki. Rambutnya paras bahu, kat kepala dia berikat macam orang yang belajar silat tu. Muka dia saya tak perasan sangat sebab dia membelakangkan lampu tapi misai dia kalah misai pelakon A Galak tu. Memang taklah saya nak buka mata lama-lama. Saya terus pejam rapat-rapat, jantung macam nak pecah punyalah laju degupannya. Saya nak genggam bedsheet, tapi saya rasa macam lama-lama bedsheet tu macam jauh ke bawah. Macam saya terangkat, hujung jari saya je boleh rasa. Badan saya dah macam tak rasa apa-apa.

Saya cuba lagi nak capai bedsheet lepas tu, langsung saya tak rasa dah. Yang saya rasa kat muka macam kena janggut dan bunyi orang bernafas kuat. Boleh tak bayangkan betapa takutnya saya masa tu. Nak jerit suara tak keluar. Sedaya upaya saya cuba nak baca ayat qursi tapi aduhaiiii tak boleh pulak datang ayat kursi tu dalam kepala saya. Yang ada allahula-allahula je berulang-ulang. Tangan dah terkulai-kulai. Dalam 5 minit jugak la saya berada dalam keadaan tu. 5 minit bro, tak kelakar langsung kot! Lama tu macam 5 jam saya rasa. Sampai saya dapat baca ayat qursi dengan jayanya, barulah saya dapat rasa badan saya kat katil, tangan saya kat tilam..

Masa tu barulah saya berani buka mata, alhamdulilah takda apa pun dalam bilik. Peluh tak payah cakap la memang merecik hawau punya stok! Saya terus turun bawah masuk bilik atok n nenek (masa ni dia orang tidur kat bawah sebab adik sepupu saya yang kecik tu tido lasak takut jatuh nanti kalau tido atas katil). Saya pun selit je kat sebelah nenek saya. Biasa dah buat macam tu, sebab tu dia tak hairan kalau saya tiba-tiba menyelit kat dia. Dalam hati dah lega dah rasa. Mesti korang ingat benda tu dah berakhir bila saya dah tertidur kan? Silap. Belum lagi ya kawan-kawan?

Tak lama lepas tu saya tersedar bila atok kejutkan nenek untuk solat subuh. Waktu ni lebih kurang dalam 5 lebih pagi la. Atok kejut saya sekali, saya ni memang liat sikit nak bangun. Selalunya atok yang akan bangun dulu mandi kat bilik air utama. Nenek akan mandi kat bilik air kedua, kat belakang bilik air utama tu. Saya memang akan tunggu dia orang habis, barulah terhegeh nak bangun. Lepas atok pegi bilik air tak lama lepas tu dalam 2-3 minit saya dengar orang bercakap. Tapi tak clear sangat. Saya pun bangun bukak mata luas-luas, guess what?

Saya tengok nenek tengah bersila, dengan tangan kiri kanan kat atas peha macam orang bertafakur tu seolah-olah mengadap seseorang sambil mulut terkumat kamit baca sesuatu dengan mata terpejam. Ini luar biasa ni, kata saya dalam hati. Bahasa yang nenek tuturkan waktu tu bahasa lama. Ada sedikit ayat yang saya dengar dan ingat sampai sekarang. Lebih kurang macam ni la ‘jika putih kataku putih, jika hitam kataku hitam, jika benar jadinya benar, batinku kau ambil jasadku kau tinggal’. Selebihnya saya tak faham macam mantera apa tah. Tak meroyan tiba-tiba tengok nenek jadi macam tu? Saya terus pegang bahu nenek, saya cakap, “nek nenek buat apa ni???”.

Nenek masih lagi baca apa benda tu semua. Saya gegar bahu nenek. Kuat-kuat sampai bergoncang badan dia. Sekali dia buka mata dia tengok saya dia boleh jeling saya macam marah sangat. Sambil dia macam marah-marah saya, saya apa lagi terus bangun, ketok pintu bilik air.

“Atokkkk, atokkkk! Tengok nenek tu dah kenapa macam orang kena sampuk!!!” Saya jerit dari luar pintu bilik air. Masa ni dalam tak sedar airmata dah berjurai-jurai.

“Kenapa pulak?” Atok jerit dari bilik air.

“Tak tauuuu!!!!” Balas saya . Saya masih tunggu atok bukak pintu. Tak berani nak pergi bilik sorang-sorang. Masa atuk bukak pintu tu dia terus cakap, ” nenek kau tak bangun lagi ke? Tadi masa atok masuk bilik air atok nampak dia pergi belakang. Lepas tu atok dengar dia mandi kat bilik air belakang. Takkan la dia pegi tido balik!!”

“Mana ada! Nenek tak mandi pun lagi. Rambut berserabai semua tu. Atok nampak hantu kot” dalam sedu-sedu tu mulut ni masih nak cakap bukan-bukan. Sampai dalam bilik, atok kat belakang. Saya tengok nenek marah-marah adik sedara saya sambil baring mengadap dia. Tangan dia dok tolak-tolak adik sedara saya tu. Mata nenek bukak besar tak macam selalu. Atok terus dapatkan nenek. Atok panggil nenek, nenek sembur-sembur atok marah-marah. Atok cakap, ni keje syaitan mana pulak la pagi-pagi dah kacau orang. Atok usap kepala (ubun-ubun) nenek sambil bacakan sesuatu dengan pakai towelnya atok. Kelakar pun ada, seram pun ada. Tak lama lepas tu nenek tak marah-marah dah.

Tapi mulut nenek jadi herot (macam ni ke spellingnya?) macam orang kena strok. Dia panggil atok; abah tapi dia sebut sambil herot-herot mulut. Tak cukup ngn herot mata dia dah terbalik ke atas. Allah, masa ni saya cuma menangis sebab saya ingat ni ajal nenek dah sampai. Atok pun dah sayu dia siap cakap, “nenek kau nak tinggalkan kita semua ke? Pergi call mak ayah dengan makcik kau.. Call abang-abang kau takut tak sempat jumpa je ni”. Mana tak meraungnya lagi saya. Saya terus call mak kat KL. Saya meraung kat phone, mak pun ikut sama. Saya suh mak balik time tu jugak. Saya cakap saya takut, mak iyekan je semua. Saya masuk balik dalam bilik, atok tengah ajar nenek mengucap. Atok pun dah nangis jugak. Sayang dia kat nenek. Saya dah tak tau nak buat ape just tengok je sambil peluk adik sepupu.

Dalam 15 minit nenek berada dalam keadaan tu, mata nenek dah nampak mata hitam dia balik. Waktu tu orang dah azan. Lepas tu atok call ambulan untuk datang hantar nenek pegi hospital. Saya bentang tilam kat ruang tamu sebab atok cakap nanti pembantu perubatan tu datang nak check senang kawasan lapang. Kami papah nenek keluar bilik dan masa tu saya n atok perasan cara nenek angkat kaki nak melangkah dalam keadaan yang lemah sangat tu, langkahnya macam orang nak bukak silat. Boleh tak korang imagine kan camana? Atok dalam sedih-sedih dia tu sempat lagi dia cakap, “janganlah bersilat masa ni, kan tengah lemah ni. Karang dah sihat nak bersilat, silatlahh..!”. Sabar je la.

Masa ambulan sampai, (dah cerah dah) MA tu dok check keadaan nenek. Masa ni nenek macam tido je. Tengok tekanan darah ok, kandungan gula ok jugak x tinggi or rendah sangat. Dia bagi ubat semua, lepas tu dia pesan suruh bagi nenek breakfast dulu n tengok kalau tak ok bawak pergi hospital terus. Atok cakap dia nak keluar cari breakfast, saya pon ok and tunggu atok balik. Nasib masa ni nenek dah ok sikit. Saya picit-picit tangan dia. Dia diam je. Atok balik bawak roti canai. Saya pun salin la kuah dalam mangkuk, letak roti canai sekeping dalam pinggan dan terus bawak kat nenek. Atok pegi call mak tanya dah sampai mana n bagi tau condition nenek camana. Saya nak suap roti canai kat nenek, lepas dua tiga suap, nenek tolak tangan saya. Dia ambik roti canai yang tinggal separuh tu dia gigit semua masuk mulut.

Tak cukup ngan tu, kuah dal dalam mangkuk tu dia hirup macam tu je. Macam 13 hari tak makan rupanya. Saya pelik nasib atok nampak, dia pergi dekat nenek dia baca-baca sambil usap kepala nenek pastu terus terlelap. Atok suruh biarkan je dia tido. Penat lah tu kata atok. Sehinggalah mak,ayah,makcik,pakcik n abang-abang saya sampai nenek masih tido. Lepas kejut tu nenek macam dah normal cuma dia kata dia penat. Along marah saya sebab call emergency macam tu buat orang terkejut. Dia kata ayah bawak kereta laju gile sampai bergegar stering sebab saya dah menangis-nangis tu. I wish that masa tu dia orang ada dalam situasi tadi, baru dia orang meroyan ke tak. Kami share cerita all out, kecuali kes saya kat istana lama petang tu n kes saya kene ‘angkat’ tu. Mampos kena marah kalau saya cerita.

Atok keep on repeating cerita dia nampak nenek masuk bilik air n dengar orang mandi tu kat dia orang. Atok kata mungkin ‘kelintasan’ yela duduk sebelah kubur. Tapi saya rasa saya tau kenapa and salah sapa semua tu jadi. Korang pun tau kan salah sapa? Sampai sekarang even nenek dan atok dah takda lagi saya masih lagi rasa bersalah berikutan kejadian tu. Dek kerana mulut saya or perbuatan saya tak pasal-pasal ‘hulubalang’ tu datang ‘jenguk’ saya n nenek. Menyesal saya tak sudah. Sejak dari hari tu, saya dah tak pergi kat istana lama tu lagi sampai lah ke hari ini. Kalau saya pergi pun, saya cuma lepak kat taman bawah tu je. Bukan tak berani, cuma malas teringat-ingat(konon).

Pesan saya, tak kisahlah kita percaya atau tak tentang benda-benda macam ni,cuma perlu beringat je lah. Semua nya atas kuasa Allah jugak. Nasib saya baik, bukan saya yang duduk kat tempat nenek hari tu, kalau tak kan dah menyusahkan banyak pihak. Sehingga kita berjumpa lagi di entri yang lain pula. Kalau ada kata-kata dalam penceritaan ini tak masuk akal or direka-reka, anggaplah ianya hanya fiksyen semata-mata. Macam yang saya katakan sebelum ini, nak percaya atau tidak, itu terpulang. Lain orang, lain dugaannya. Bagi yang tak pernah mengalaminya, mungkin akan rasa banyak yang direka-reka. Tapi sekali kalau dah kena, sampai bila-bila pun tak boleh lupa. Assalamualaikum.

9 thoughts on “#RIN: Aku Dan Kenangan-part 2”

  1. Arwah nenek ambil masa berapa lama untuk sembuh lepas kena sampuk tu? Kesian nenek, tak pasal-pasal kena.. huhu, bertuah punya cucu.. hee~
    Tetiba teringat arwah nenek dan aki saya.. AL-FATIHAH untuk mereka..
    semoga tenang di sana..

    Reply

Leave a Comment