RNR

Assalamualaikum, aku Syaf sebelum ini aku ada menghamtar kisah rekaan aku yang bertajuk pengorbanan, maaflah kalau tak seseram para pembaca mahu. Kepada yang keliru Syaf dalam cerita pengorbanan dan cerita yang bakal ku tuliskan ini adalah seorang perempuan. Kepada yang ingin baca ini ‘link’ nya http://fiksyenshasha.com/pengorbanan/ . Cukup intro disini, mari kita mulakan cerita. Maaf jika ada ter’typo’ .Terima kasih admin dan pembaca sekalian.

*RNR*
Petang itu Ara bercadang untuk pulang sebentar ke negeri kelahirannya atas kehendak ibunya yang sedang merinduinya. Dia memberitahu hal ini kepada Syaf, kawan yang sudah dia kenal bertahun lalu, seorang yang tabah dan kuat orangnya tidak dinafikan. Syaf menyetujui cadangan itu dan bercadang bertolak selepas makan malam. Pukul 8:50 minit malam mereka pun bertolak dengan menaiki sebuah kereta ‘Vios’ yang dimiliki oleh Syaf memandangkan keadaan tayar kereta Ara tidak begitu mengizinkan. Ara memandu dengan kelajuan 70km/sejam memandangkan jalan tidak begitu sesak. Syaf disebelahnya hanya termenung melihat pemandangan luar dan hanya berdiam diri. Membuatkan keadaan sunyi sepi.

“Woi!”, Ara bersuara memecah kesunyian di dalam kereta tersebut.

“Haa, kau ni kan kalau boleh nak buat jantung aku tertinggal kat tepi jalan kan. Terkejut lah”, katanya dengan nada yang serdahana sambil mengerutkan dahinya.

“Hehehe, kau termenung apa?”, Katanya sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

“Tak ada apa lah, kalau penat bagi tahu tukar ‘driver'”.

“Baru setengah jam lek la,” balas Ara yang sedang memandu.

Setelah lebih kurang 3 jam perjalanan, mereka berhenti di stesen minyak untuk menukar pemandu. Mereka jalani pemanduan seperti biasa sampai lah 3 jam Syaf memandu dengan kelajuan yang perlahan. Syaf pun mengambil keputusan unuk berhenti makan di ‘RNR’. Sampai di sana , perasaan Syaf kurang enak. Pernah dia mendengar cerita bahawa pernah ada orang yang nampak buaian di ‘RNR’ itu bergerak sendiri tanpa angin. Tempat ini agak keras kata orang tersebut. Setelah selesai makan, Ara ingin ke tandas dan ditemani Syaf. Jalan ke tandas perlu melalui buaian itu. Mereka pun berjalan berdua.

Ketika melalui buaian itu bulu roma Syaf berdiri tegak angin malam terasa sejuk sekali sehingga membuatkan mereka menggigil kesejukan. Setelah selesai hajat kawan Syaf itu, mereka pun berjalan menuju ke kereta. Apabila lalu dibuai itu, buai itu berhayun. Hayunanya sangat laju! Jantung Syaf berdegup laju. Dan tiba tiba sahaja Ara menarik tangan Syaf ke kereta dengan cepat. Tindakannya itu menimbulkan tanda tanya kepada Syaf apabila muka Ara bagaikan ‘paige wwe’ (boleh try search google) pucat lesi bagai tidak berdarah. Syaf teruskan memandu sambil meminum air ‘Redbull’ yang dibelinya sebentar tadi.

Jalan sangat sunyi jam menunjukkan pukul 3 pagi. Syaf meletakkan tangannya di atas ‘deskbox’ kecil yang terletak diantara kerusi pemandu dan kerusi sebelah kirin pemandu. Kereta yang tadinya ringan kini terasa sungguh berat. Ara diam seribu bahasa sejak bertolak dari ‘Rnr’ tadi dan hanya mengenggam erat tangan Syaf. Sunyi sepi. Siaran radio menghampakan tiada siaran. “Tangan Ara ni sejuknya demam ke?”, Bisik hati Syaf. Syaf teruskan pemanduan dan tiba di satu jalan yang lengang tiada sebiji kereta pun. Kiri dan kanan hutan san hanya ditemani lampu jalan yang hidupnya tidak ikhlas. Syaf melihat ke cermin untuk melihat kawasan belakang.

Jantungnya bagai hendak luruh apabila Syaf ternampak di tempat duduk penumpang di bahagian belakang ada seorang wanita rambutnya panjang, mukanya hitam dan matanya tiada , berlubang dan hitam sahaja di dalamnya. Tiada hidung hanya senyuman yang cukup menyeramkan kesemua giginya adalah taring yang sangat tajam, dihiasi sesikit cecair berwarna merah pekat. Matanya seakan kabur sedangkan dia tidak rabun sama sekali. Ara sedang lena tidur disebelah, dia tidak mampu memandu lagi, dia mengambil simpang ke tol dan berhenti tepi jalan berdekatan tol.

“Ara bangun, dah nak sampai. Tukar driver boleh? Penat lah”, kata Syaf merahsiakan kejadian tadi. Ara hanya mengangguk mengerti dan teruskan perjalanan mereka. Syaf hanya bersandar termenung, sesekali menjeling ke ‘seat’ belakang . Tiba tiba lamunannya tersentak apabila Syaf terasa ‘seseorang’ mencuit bahunya. Syaf biarkan sahaja kerana Syaf tahu bahawa itu bukan Ara kerana tangan kanan Ara sedang memandu manakala tangan kirinya menggenggam erat tangan kanan Syaf. Syaf sudah keletihan namun tidak dapat melelapkan mata apabila kerisauan bagaikan Tsunami melanda kampung hati Syaf.

Sampai di jalan perkampungan, Ara keliru melihat papan tanda kerana nama kampungnya tiada disitu! Mungkin sudah tersalah jalan. Hampir 1 jam setengah mereka berpusing disitu, melalui tanah perkuburan dan rumah usang yang sama. Syaf memasang Radio dan tidak lama kemudia azan subuh berkumandang. Barulah mereka menjumpai jalan ke kampung Ara. Dan ‘signboard’ yang tadi tiada kampung Ara kini ada! Pelbagai soalan bermain di fikiran Syaf. “Alhamdulillah”, Ara dan Syaf berasa bersyukur kerana selamat sampai. Namun sesampainya di rumah teres setingkat milik ibu bapa Ara itu tiada siapa yang menyahut salam.

Salam demi salam diberikan ketukan demi ketukan. Sedang Syaf membebel matanya tertangkap ke sesusuk tubuh yang tinggi rampai. Ya, itu lembaga tadi yang berada dalam kereta Syaf kini berada di halaman rumah ibu bapa Ara. “Hanya Allah sebaik baik penolong”, sebaik sahaja Syaf menebut perkataan itu 2 minit selepas itu ada orang menyahut panggilan mereka, ayah Ara. Setelah bersalam salaman mereka pun naik ke bilik Ara untuk meletakkan pakaian. Ketika aku sedang menukar baju, Syaf ternampak Ara ingin membuka tingkap bilik.

“Jangan”, Tiba tiba Syaf bersuara melarang Ara dari membuka tingkap bilik. Ara hanya mengangguk tanda memahaminya. Selesai mandi dan menukar baju, mereka pun baring di atas katil. Katil itu rapat ke dinding pada sebelah kananya dan di hujung kaki katil terdapat satu satunya tingkap di bilik itu. Bilik hanya diterangi cahaya yang masuk dari tingkap bilik.

“Ara tidur dulu ye bye , goodnight”, ucap Ara perlahan.

“Hm, Ye okay night”, balas Syaf ringkas.

Ara sudah berdengkur kepenatan. Tinggallah Syaf seorang diri termenung memandang syiling bilik itu. Semasa Syaf hendak membetulkan selimutnya dia terdengar bunyi di tingkap bilik yang berada di hujung kaki katil. “Tik tik tik” ketukannya seperti menggunakan kuku. Mana mungkin ada orang boleh mencapai ketinggian ini, bilik Ara berada di tingkat atas. Kemudian dia terlihat muka lembaga yang 1 inchi sahaja dari tingkap bilik itu. Syaf terus menarik selimut dan untuk tidur. “Erhh urhh erm”, Syaf cuba mengeluarkan suara, dia tahu dia masih bermimpi. Di dalam mimpinya ada seekor lembaga mencangkung di atasnya.

Syaf cuba menyebut kalimah suci Allah namun suaranya tidak sampai ke tekak. “Ara , tolong aku”, namun tidak juga tersedar. Dia mengumpul sekuat tenaganya dan berkata “Allahuakbar!”. Lalu dia terbangun bajunya dibasahi peluh. Dia bersendirian di dalam bilik. Syaf bingkas bangun dan mandi. Syaf turun ke bawah melihat Ara dan adik beradiknya sedang menonton televisyen. Syaf duduk di atas lantai dan membaringkan kepalanya di atas peha Ara yang duduk diatas kerusi setelah selesai bersalaman dengan adik beradik Ara. “Fuh” dia menghela nafas panjang. Setelah mereka selesai makan tengahari, jam menunjukkan pukul 2 setengah petang. Ara membuka cerita kepada ibu, bapa dan Syaf.

“Masa kat ‘RNR’ tu , Ara nampak ada seekor lembaga (sama seperti yang didalam kereta itu) sedang mencangkung atas buaian masa balik dari tandas semalam”, katanya dengan muka yang kerisauan.

Syaf pun menceritakan semua yang terjadi.

“Dia tak boleh masuk, pakcik dah pagar tempat ni”, kata ayah Syaf.

Mereka pun bercadang untuk menghantar ‘dia’ pulang. Malam itu , sedang Syaf dan Ara rancak bersembang “Dum Dum Dum!” Bunyi tingkap di hentak kuat seperti hendak roboh. Syaf dan Ara saling berpandangan. Serentak mereka pusing melihat cermin, tangan hitam terbakar , dipenuhi luka, dan mempunyai kuku hitam dam agak panjang itu mengenggam penumbuk dan mengetuk pintu tingkap. Ara peluk Syaf sekuat mungkin. “Aku terajang budak ni karang”, kata Syaf di dalam hati. Semakin lama semakin kuat dan akhirnya hilang begitu sahaja. Syaf melihat Ara seperti sudah terlelap kerana ketakutan. Dia menyelimut Ara sehingga ke bahu.

“Sayang rupanya”, Tiba tiba satu suara menyapa.

Syaf yang terkejut dari baring terus duduk . Ara rupanya, masih belum tidur. “Gedebush!”. Syaf membaling bantal kekabunya yang di bawa dari rumahnya tepat kepada Ara. Bantal yang sudah lama itu cukup memeningkan kepala kerana kekerasannya. Malam itu , Syaf terlelap terlebih dahulu. Ara terpandang sesusuk tubuh yang dia nampak di ‘RNR’ tempoh hari berada di hujung katilnya. Dia sudah tembus masuk! Ara pusing dan mengiring memeluk tubuh Syaf. “Takut ke? Hihihi”, terdengar satu suara berbisik. Ara membaca ayat kursi dan terlelap sehingga esok pagi. Syaf tersedar pada pukul 11 pagi dan melihat Ara sedang memeluk erat tubuhnya. Diusap lembut pipi Ara. Rapatnya persahabatan mereka seakan hanya mati boleh memisahkan. Malam itu, Ara dirasuk. Sekejap menangis memeluk lutut. Sekejap ketawa sekejap ketakutan. Kebetulan ayahnya handal dalam bab bab ini.

“Siapa kau?”
“Tak perlu kau tahu”
“Kenapa kau kacau anak aku?”
“Aku suka dia”
“Dari mana kau datang?”
“Hihihihihi”
“Aku ulang dari mana kau datang?! Sebelum aku bakar kau baik kau jawab”
“Aku ikut diaorang dari tempat perhentian”
“Balik sebelum aku bakar kau”
“Tak nak!”
“‘Last’ aku cakap balik!”
“Hihihihihi”

Lalu mulut bapa Ara terkumat kamit membacakan sesuatu. Dan semasa bapa Ara membakar makhluk itu, sekejap ‘dia’ meronta, “sakitlah jangan bakar aku!” Sekejap dia menangis dan berubah dari suara garau ke suara Ar,a “Ibu, Syaf tolong Ara sakit” keadaan itu silih berganti. Mengalir juga air mata Syaf melihat Ara menahan kesakitan. Setelah berberapa minit makhluk itu pun mengalah.

“Aku keluar! Aku keluar! Berhenti ! Sakit! Panas!”, Ara rebah pengsan. Syaf ternampak ada seekor lembaga mukanya hodoh, mukanya hitam legam dan koyak menampakkan isi, lidah panjang terjelir sampai ke lantai kesemua giginya taring, rambut panjang sehingga kaki badannya panjang san hitam, matanya tiada, dan ada dua tiga ekor ulat keluar dari matanya melambai lambai ke arah Syaf. Syaf hanya mampu terdiam kaku sambil mengusap air matanya. Syaf mengangkat Ara yang berada di atas lantai ke atas sofa. Memandangkan ayahnya yang sudah agak berusia tidak mampu mengangkatnya. Dia tersedar dan melihat Syaf sedang duduk disebelahnya. Manakala ibu bapa mereka sedang sibuk dengan kerja masing masing. Beberapa hari kemudian. Syaf dan Ara pulang ke rumah kerana cuti telahpun tamat. Semasa Ara sedang sibuk membelek ‘file’ kerjanya dia ternampak sesusuk tubuh berbalut rapi dengan kain kafan berdiri di penjuru ofisnya.

Okay guys maaf kalau tak capai tahap seram tu, sekali lagi syaf ingatkan watak ‘Syaf’ dan ‘Ara’ dalam cerita ni adalah perempuan. Terima kasih sudi baca dan sila lemparkan komen anda. Jikalau cerita ini dipublishkan, aku akan sambung kisah Yang last sekali aku taip iaitu masa Ara belek file kerja. Thank you admin and korang para pembaca sekalian.

Apa yang kat tingkap tu? Hihi jaga jaga.

6 thoughts on “RNR”

Leave a Comment