#RobotNaz BAHANA ILMU KEBAL.

assalamu’alaikum dan salam sejahtera…

terima kasih admin kerana tidak jemu untuk terbitkan setiap kisah yang dikongsi. Terima kasih juga buat semua peminat dan pembaca tegar kisah-kisah seram, korang semua memang best. 

hari ini, aku ingin berkongsi kisah tentang penderitaan yang dialami oleh seorang lelaki akibat sewaktu usianya muda dahulu, dia pernah menuntut ilmu kebal. Rafiq, seorang lelaki tua dan bertugas sebagai penarik kereta selama tiga puluh tahun. Kini usiaanya mencecah enam puluh lima tahun. Namun, usia bukanlah penghalang untuk dia terus menjalankan tugas. Kudratnya juga sama rakan-rakannya yang jauh lebih muda.

Umum mengetahui, bertugas sebagai penarik kereeta bukannlah sesuatu yang mudah, nampak saja macam senang tetapi susah sebenarnya. Kalau owner kereta tu seorang perempuan memang takbanyak masalah tetapi jika owner kereta yang hendak ditarik itu lelaki bukan saja susah tetapi lebih daripada itu.

Setakat bergaduh, bertumbuk itu perkara biasa yang dilalui setiap hari oleh si penarik kereta. Tidak kurang juga ada sampai yang betetak-tetak, almaklum sajalah… kereta kesayangan hendak di sitah siapa mahu bagi tapi apa boleh buat, dah salah sendiri yang tidak menjelaskan bayaran ansuran kereta tersebut.

Pada mulanya, rafiq tidak terfikir untuk mencari pendinding diri dan sebagainya kerana dia sendiri mempunyai ilmu silat yang telah dipelajari sejak kanak-kanak lagi. namun, segalanya berubah apabila rafiq terlibat dalam satu peristiewa yang tidak pernah dia fikir akan terjadi kepada dirinya.

Pada suatu malam, rafiq dan beberapa lagi orang rakanya ditugaskan untuk menyitah sebuah kereta milik individu berpengaruh. Menurut apa yang diceritakan oleh rafiq, kereta milik individu tesebut sudah lebih sepuluh bulan tidak dibayar dan sudah lebih sepuluh geng tarik kereta cuba untuk menyitah kereta itu tetapi gagal.

Sekadar nak korang tahu, semakin lama kereta itu tidak dibayar dan gagal disitah semakin besar upah atau ganjaran yang bakal diterima oleh si penarik kereta yang berjaya menyitah kereta tersebut. pada malam itu, rafiq dan tiga lagi orang rakannya begegas ke lokasi kereta itu disorokkan. Jika tidak silap, kereta itu disimpan di sebuah perkampungan. Setibanya mereka di sana, keadaan mulanya tenang tetapi apabila owner menyedari kehadiran mereka untuk menyitah keretanya maka belakulah pertikaman lidah.

Rafiq dan rakan-rakan ajak owner kereta tersebut berunding bagi memudahkan semua pihak tetapi usaha mereka itu dinoktahkan dengan kegagalan. Malah, owner kereta tersebut mula cabar mencabar. Senang cerita ajak gaduh. Disebabkan rafiq dan rakan-rakannya juga sudah panas hati maka mereka pun bersetuju untuk gaduh.

Pergaduhan pun berlaku, owner kereta itu siap memanggil gengnya untuk turut serta. Rafiq dibelasah dengan sangat teruk sekali, mujur keadaannya tidak parah. Setelah rafiq and the geng tewas, merreka pun pulang dengan hampa. Namun, segalanya masih belumn seleesai. Rafiq berjanji pada diri sendiri untuk membalas dendam kepada owner kereta tersebut.

………………………………………….

“rafiq, setelah ilmu ini sebati dengan diri kau. Kau harus mencubanya, kau datang kembali ke sini dan aku akan menguji kekebalan kau.” Jelas tokjang kepada rafiq.
“baiklah tok, saya akan datang minggu depan. Harap-harap semuanya menjadi seperti yang dirancang.” Balas rafiq sambil senyuman tidak henti-henti terukir dibibirnya.

Diringkaskan cerita, minggu depannya rafiq kembali bertemu tokjang. Kekebalan dirinya diuji dan ilmu tesebut telahpun sebbati ke dalam dirinya. Cakap saja apa yang hendak dibuat kepada tubuh rafiq, semuanya takmendatangkan sakit ataupun mudarat kepadanya.

……………………………………………..

Setelah semuanya selesai, rafiq kembali bertemu dengan owner kereta yang hendak disitahnya tempoh hari. Kali ini, rafiq pergi seorang diri. Dendam di dalam jiwanya semakin membara. Tekadnya pada hari itu adalah untuk menewaskan kembali orang-orang yang telah mebelasahnya dengan tanpa belas kasihan. Takdapat bawa balik kereta itu pun takmengapa janji hati puas. Begitulah tekad rafiq di dalam hati.

Sekali lagi mereka bergaduh, kali ini rafiq sendirian Nyata, ilmu kembalnya menjadi. Habis sorang demi sorang tumpas kepadanya. Dibelasahnya kesemua orang itu dengan kejam sekali. Kereta yang hendak disitahnya itu pun berjaya dibawa pulang. Dia berjaya, dendamnya terbalas dan hatinya terasa sangat puas. Semenjjak kejadian itu, rafiq semakin bongkak, semakin angkuh dan menggunakan kekebalannya untuk bergaduh. Bukan itu saja, segala kehendaknya mesti diturukan jika tidak pasti rafiq akan mengamuk taktentu pasal.

Nama rafiq terus dikenali, sesiapa yang gagal menjelaskan bayaran ansuran kereta dan apabila rafiq bertemu dengan mereka pasti diserahkan saja kereta itu. tiada siapa berani melawan. Kehidupan rafiq pun mulai mewah. Tanpa kerja keras dia senang senang je dapat sitah beratus kereta dalam seminggu.

………………………………………………….

“pergi! pergi! pergi kau dari sini! aku taknak berkawan dengan kau lagi!.” begitulah keadaan rafiq sejak akhir-akhir ini. dia meracau taktentu pasal dan adakalanya dia seperti bersilat sendiri seakan berlawan dengan seseorang.

“tolong! Tolong!… tolong jangan ganggu aku. aku dah taklarat, aku dah takkuat sekarang. kau pegilah ajak orang lain, kau pergilah lawan dengan orang lain.” Saban hari keadaan rafiq semakin parah. Adakalanya dia berguling-guling seperti menahan sakit. Ada ketikanya juga dia seperti mengamuk tanpa sebab. Sekali pandang dia seperti mengalami gangguan mental tetapi sebenarnya tidak.

Kalau hendak diceritakan secara keseluruhan penderitaan yang rafiq alami memang panjang. Jadi diringkaskan sajalah kisah ini. keadaan rafiq semakin parah, setelah pihak hospital mengesahkan rafiq perlu dirujuk kepada pakar sakit jiwa, seluruh ahli keluarganya tidak bersetuju. Mereka bawa rafiq pulang dan kemudiannya dibawa rafiq berubat dengan seorang ustaz. Aku namakan ustaz tersebut sebagai ustaz zul.

……………………………………………………….

Setibanya di rumah ustaz tersebut, rafiq mula bertindak diluar jangkaan. Tiba-tiba saja dia meronta-ronta, perkatan PANAS tidak henti-henti keluar daripada mulutnya. Situasi jadi panic seketika kerana rafiq semakin lama bertindak semakin ganas. Habis semua ahli kelaurga yang berhampirannya terkena penanmpar dan penumbuk free daripada rafiq. Kalau perlahan takpa tapi bagi mereka yang terkena kata nak bergegar jugalah otak.

Apabila keadaan kembali terkawal, tanpa buang masa ustaz zul terus menjalankan proses rawatan. Beberapa potong ayat daripada surah albaqarah, aldukhan, aljin dan banyak lagi dibaca oleh ustaz zul secara terus menerus. Serentak dengan itu rafiq mula rebah dan seakan menggelupur kesakitan. Rafiq seakan tidak berdaya untuk bangun melawan, riaksinya pada waktu itu seperti orang dibakar hidup hidup.

Ustaz zul tenang saja, dia terus membaca ayat-ayat alquran yang lain bagi tujuan merawat dan membakar jin yang wujud dalam tubuh rafiq. Sesekali ustaz zul berkomunikasi dengan jin tersebut, menururt jin itu dia sudah lama berada dalam tubuh rafiq. Dia sudah lama jadi kawan ataupun pendamping kepada rafiq. Jin itu tiada agama, tiada nama dan enggan meninggalkan tubuh rafiq.

Sesekali jin itu bertindak ganas apabila ustaz zul berhenti membaca ayat-ayat alquran. Memandangkan jin itu bedegil, tetap tidak mahu keluar, akhirnya ustaz zul teruskan pembacaannya. Kata ustaz zul, jin itu harus dibakar terus dan jika dia masih berdegil jin itu harus dibunuh. Rawatan pada waktu itu mengambil masa lebih kurang tiga jam. Namun, rafiq masih gagal dipulihkan sepepuhnya. Menurut ahli keluarga rafiq, mereka membawa rafiq lebih sepuluh kali untuk menerima rawatan dripada ustaz tersebut dan barulah rafiq beransur pulih tetapi keadaannya sangat lemah.

Rafiq tidak kuat seperti dulu lagi, seluruh kulitnya mulai nampak bekedut-kedut dan badannya sudah tidak tegap lagi. rafiq juga sudah tidak kebal seperti dhulu. Pada hari ini, dikhabarkan rafiq sudah mula hilang ingatan. adakalanya dia bercakap dan menangis sorang-sorang tetapi dia takdalah buat kacau. Ada ahli keluarganya yang beranggapan mungkin rafiq telah gila kerana dia menyesal dan terlalu memikirkan tentang kelakuannya suatu tika dulu. Namun, apa yang sebenarnya belaku Cuma ALLAH saja yang tahu.

-tamat-

5 thoughts on “#RobotNaz BAHANA ILMU KEBAL.”

Leave a Comment