#robotnaz SUMPAHAN KERIS TOK ABAH. PART 1.

(SIAPA TOK ABAH)

Tok abah atau nama sebenarnya wan capek merupakan salah seorang perawat yang sangat terkenal pada suatu tika dahulu. Mulanya, tok abah adalah seorang tukang buat rumah di tempat dia tinggal iaitu di sebuah kampung yang bernama kampung gelong.

Kehidupan tok abah sekeluarga mula berubah setelah dia didatangi seorang lelaki tua di dalam mimpinya dan lelaki itu telah memberinya pilihan iaitu tok abah boleh meminta apa saja (SATU PERMINTAAN) atau dia akan diajarkan suatu ilmu iaitu ilmu mengubat berbagai jenis penyakit.

Tok abah ketika itu telah memilih untuk diajarkan ilmu mengubati penyakit kerana memang dia suka menolong orang. Bagi tok abah, ilmu yang bakal dipelajarinya itu akan digunakan dengan sebaiknya untuk membantu sesiapa saja yang memerlukan bantuan.

“baiklah, jika itu yang kau pilih, aku akan ajarkan kepada kau ilmu tersebut. besok malam, aku sekali lagi akan datang dalam mimpi kau dan ilmu itu akan aku serahkan sedikit demi sedikit.”

Tok abah tesedar. Dia ceritakan tentang mimpi tesebut kepada isterinya mak lijah. Mak lijah takpercaya, macam biasalah… mimpi semua orang akan anggap mimpi itu mainan tidur. Walhal, ada saja mimpi-mimpi yang tertentu membawa berbagai maksud.

Pada keesoakan dan hari hari yang seterusnya, lelaki tua itu mengotakan janjinya. Sedikit demi sedikit tok abah diajarkan ilmu dan cara mengubati segala jenis penyakit. Cakap saja penyakit apa, pasti ada penawarnya.

Tok abah semakin berubah, dia tidak lagi keluar rumah seperti kebiasan, semua kerja-kerjanya yang masih belum selesai diserahkan kepada rakannya iaitu pak ali. Duit bukan lagi keutamaan bagi tok abah, sebaliknya dia menghabiskan segala masa yang ada untuk menghafal semua mantera atau ayat-ayat yang telah diajarkan kepadanya.

…………………………………

“wan capek bin wan copot! Ilmu kau hamper sempurna. Namun, sebelum kau menguji keberkesanan ilmu itu, kau perlu penuhi satu syarat.” Setelah sebulan belajar di dalam mimpi, kini tibalah hari yang terakhir iaitu hari yang ke tiga puluh satu..
“apakah syarat itu? cepat katakan padaku. Aku sudah tidak sabar untuk mencubanya.” Tok abah semakin teruja. Apa saja syarat yang mesti dipenuhi langsung dia tidak perduli.

“besok malam, selepas maghrib. Kau perlu pergi ke sungai dara di hujung kampung, kau mesti menyeberangi sungai itu. kemudian, kau masuk ke dalam hutan yang berada tidak jauh dari sungai tersebut.”
“masuk ke dalam hutan? Lepastu? Aku perlu buat apa lagi?”
“kau cari suatu busut tua yang betul betul berada di tengah hutan tersebut. setelah kau berjaya menjumpai busut itu. kau bacakan ayat ini.”

“dari selatan ke utara, dari timur ke barat daya. Aku seru namamu laila. Muncullah kau.. muncullah… aku pemilikmu kini.”
“teruskan membaca ayat tersebut sehingga kau terlihat suatu cahaya akan muncul dengan tiba-tiba. Kemudian, cahaya itu akan hilang dan di atas busut tersebut akan ada sebilah keris. Ambillah. Simpan keris tersebut elok-elok dan nanti malamnya aku akan datang lagi di dalam mimpi kau”

……………………………………………………..

Pada keesokan harinya, tok abah menanti petang dengan penuh sabar. Seluruh ahli keluarga tok abah melarang dia pergi dan mereka berrulang kali minta agar tok abah hentikan semuanya. Namun, usaha mereka itu siasia Cuma.

Jam melewati angka enam petang. Tok abah sudah bersiap-siap untuk ke sungai yang terlatak kira-kira satu KM daripada rumahnya. “abang, betul kea abang nak pergi ni? kalau jadi apa-apa macam mana?” mak lijah resah tapi sedikitpun tok abah takambil kisah.
“awak takpayah risaulah. Kalau sudah pukul sepuluh malam saya masih belum pulang. Awak suruh orang kampung cari saya. saya takpergi jauh, saya ke hutan di seberang sungai tu je.” balas tok abah.

“buat apa awak nak ke sana? Sudahlah abang.. semua tu mainan tidur je. syaitan saja nak menyesatkan awak.” mak lijah masih belum berputus asa tapi tok abah tetap dengan pendiriannya.
“sudahlah! Saya pergi dulu. Samad! Kau tengok tengokan emak kau ni. shaza pun sama. abah pergi sekejap je.”

Tok abah terus berlalu. Dia mengatur langkah dengan penuh cermat. Sengaja dia melangkah perlahan kerana dia mahu setibanya di sungai nanti jam telahpun menjenjak ke pukul tujuh malam. Solat maghrib langsung tidak dihiraukan. Orang-orang yang lalu-lalang untuk ke masjid sedikitpun tidak diendahkannya.

“hehhh, sampai juga akhirnya. Sekejap lagi, aku harus menyeberangi sungai ini.sekarang orang masih ramai, nanti ada pula yang nampak aku masuk ke dalam hutan itu.” tok abah bercakap sendiri. Ketika itu, memang masih ramai lagi orang yang berada di kawasan tersebut. masing-masing baru selesai memancing ikan dan mereka sedang berkemas untuk pulang.

Setengah jam berlalu, masa yang dinantikan tok abah telah tiba.
“sekarang, aku boleh ke sana. Semua orang dah takda. Masing-masing sedang solat maghrib. Wahai keris, kau tunggu aku datang.”

Tok abah terus menyebarangi sungai tersebut dengan menggunakan rakit. Kisah-kisah orang dibaham buaya dan mati lemas di sungai tersebut bukan lagi suatu peringatan buatnya tetapi apa yang ada dalam fikirannya pada waktu itu adalah keris. Keris yang bakal membuatkan ilmunya sempurna.

Setelah beberapa minit mengharungi sungai tersebut, tok abah selamat sampai ke seberang. Dia tidak menunggu lama, terus dia naik ke tebing sengai dan dengan pantas dia belari masuk ke dalam hutan yang dinyatakan. Semua urusanya pada hari itu teramat mudah, daripada urusan di rumah hinggalah urusannya mencari busut tua. Taksampai lima minit dia telah menemui busut tersebut.

dari selatan ke utara, dari timur ke barat daya. Aku seru namamu laila. Muncullah kau.. muncullah… aku pemilikmu kini…

segera tok abah membaca mantera tersebut dengan penuh semangat. Pada bacan pertama memang tiada langsung tanda-tanda cahaya akan datang. Dibacanya sekali lagi.

dari selatan ke utara, dari timur ke barat daya. Aku seru namamu laila. Muncullah kau.. muncullah… aku pemilikmu kini…

zup! Suatu cahaya seperti kilat memancar secara tiba-tiba. Tok abah terkejut, mujur dia tiada penyakit serangan jantung pada waktu itu. jika tidak pasti kisah tok abah ini sekadar berakhir di sini.

tok abah tercungap-cungap, dia masih lagi terkesan dengan cahaya yang dilihatnya tadi. perlahan-lahan tok abah menyalakan lampu picitnya, disuluhkan lampu picit itu kea rah busut tua tersebut. jelas, sebilah keris tidak besarung tercacak di atas busut itu.

tok abah tidak menunggu lama, pantas dia mencapai keris tersebut dan dia terus berlalu meninggalkan hutan tersebut.

“siapa cakap aku tipu? Siapa cakap aku gila? Sekarang ni nampak tak? Ini keris yang aku cakap tu. ha ha ha. aku dah berjaya. Aku dah berjaya!…”

Tok abah menjerit sekuat hati sebelum dia kembali menyeberangi sungai untuk pulang ke rumahnya semula. tok abah tidak sabar untuk menunjukkan keris tersebut kepada mak lijah, samad dan shaza.

…………………………………….

“sabar… sabar sahabat… jangan kau tunjukkan keris itu kepada sesiapapun selagi mana kau belum beri dia makan. Kelak buruk padahnya.” Tiba-tiba satu suara membisik di telinga tok abah sewaktu dia sedang berjalan pulang. Tok abah ketakutan, dia membatalkan niatnya itu tadi. tok abah berhenti seketika di sebuah belukar dan disrokkannya keris itu di dalam beg. Keris itu juga dibungkus dengan baju yang telah basah. Usai membungkus dan memasukkan keris itu ke dalam beg, tok abah meneruskan perjalanan. Akhirnya dia tiba juga di rumahnya.

“hmmmm, apa benda barang yang hendak diambilnya itu? mana? mana? saya nak tengok.” Soal Mak lijah sudah bersedia di muka pintu.
“kalau ia pun. Bagilah saya ni masuk dulu. Saya penat ni. sekejap lagi, awak nak membebel, bebellah puas-puas.” Balas tok abah bersahaja.. kalau diikutkan hatinya memang dia hendak tunjuk keris tersebut tetapi dia teringatkan bisikan misteri tadi.
“hmmm suka hati awaklah abang. Malas saya nak cakap apa-apa. buatlah apa awak nak buat pun.” Mak lijah barangkali sudah letih melayani kerenah suaminya itu.

………………………………………

“wahai wan capek bin wan copot. Kau telah melepasi semua halangan tetapi kau perlu penuhi satu lagi syarat tambahan iaitu kau mesti beri keris itu makan. Makananya adalah darah gadis perawan. Takperlu banyak, cukup Cuma dengan sepuluh titik.”
“darah? Mana aku nak cari darah perawan? Memang takbanyak tapi di mana aku mahu cari?.” Tok abah buntu, rasa kecewa mula mengambil tempat di dalam dirinya.

“kau ambil saja darah shaza. Takbanyak wan capek… takbanyak.. sepuluh titik saja.”
Lelaki tua itu terus hilang dan tok abah tesedar.

“shaza, shaza… mari sini!.” tok abah memanggil shaza yang kebetulan masih belum tidur.
“ada apa abah?”
“abah perlukan darah kau sedikit. Sepuluh titik saja. Boleh?” bisik tok abah dengan penuh hati-hati.
“darah? Sakit taka bah? Kalau taksakit. Ambillah” balas shaza. Pada waktu itu, shaza baru berusia dua belas tahun.

Mendengar kata-kata shaza, tok abah bingkas bangun ddan terus dia pimpin tangan hsaza menuju ke bilik store. Tok abah menyimpan kerisnya di situ.

“jangan risau ya sayang. Rasanya taksakit sangat. abah ambil sedikit saja.” Ujar tok abah sambil mengeluarkan kerisnya daripada beg.
“ish abah. Shaza takut. Taknak… shaza taknak.” Anak gadis tok abah itu meronta-ronta agar dilepaskan.

“shaza jangan banyak cakap. Diam! Sekali lagi bising, abah bunuh kau.” Tok abah memberi amaran. Shaza ketakutan, dia takberani lagi untuk besuara.

“sekarang, buka kain kau. Abah nak ambil darah di punggung kau. Senang sedikit dan rasanya tidak sakit sangat.” arah tok abah dengan tegas. Shaza enggan, dia takut dan malu, takmungkin dia serah tubuhnya buloat-bulat.
“cepat! Atau aku bunuh kau shaza!.” Tok abah memberi amaran.

Dalam keterpaksaan, shaza turutkan saja segalanya. Tok abah tidak jadi ambil darah pada punggung shaza tetapi tok abah melukakan peha anak gadisnya itu. diambilnya darah sepuluh titik seperti yang dikehendaki. Kemudian, tok abah meletakkan minyak pada kesan luka tersebut.

……………………………………………..

“bagus! Kau seorang murid yang bagus wan capek. Mulai hari ini. kau sudah boleh mengunakan segala ilmu yang telah kau pelajari dan ingatlah! Pastikan keris itu diberi makan tiga bulan sekali. Satu lagi, jangan sesekali kau gunakan keris itu jika tiada keperluan yang mendesak. Sesungguhnya, keris itu ada sumpahannya.”

Sekali lagi tok abah tesedar dari lenanya. Perasaannya bercampur-baur. Setelah dia melukan peha anak gadisnya semalam. hidupnya mula dihantui rasa gelisah. Dia sudah tidak tenang seperti dulu lagi, dirinya dihantui dengan rasa serba salah. Namun, dia juga happy, mulai saat itu dia sudah mampu mengubati berbagai jenis penyakit. Bagi tok abah, tiada gunanya untuk dia menyesal kerana semuanya telahpun terjadi.

Semenjak daripada hari itu, rumah tok abah takpernah lengang. Ada saja tetamu yang datang untuk mendapatkan rawatan daripada tok abah. Rumahnya yang dulu menunggu masa untuk roboh, kini sudah kembali tersergam indah. Tiada lagi papan-papan reput dan tiada lagi kesan-kesan bocor pada atap rumah tok abah. semuanya telah berubah menjadi lebih baik.

Memperlihatkan hasil yang memberangsangkan, samad mula bertanyakan itu dan ini kepada tok abah. dia seakan ingin mempelajari ilmu-ilmu merawat tersebut. namun, tok abah berpesan, ilmu ini akan berpindah tangan dengan sendirinya apabila sudah tiba masa yang ditetapkan. Samad kecewa, dia fikir mungkin tok abah tidak yakin dan tidak mahu berkongsi tentang ilmu tersebut.

sebenarnya, bukan samad sorang yang mahu menjadi murid tok abah tetapi ramai lagi adik beradiknya yang lain. Zaha, anak sulung tok abah yang ketika itu begelar sebagai seorang jurutera turut menawarkan diri untuk menjadi murid kepada tok abah tetapi jawapan tok abah tetap sama.

Sekian untuk kali ini. jumpa lagi dalam part yang seterusnya.

2 thoughts on “#robotnaz SUMPAHAN KERIS TOK ABAH. PART 1.”

Leave a Comment