#RobotNaz SUMPAHAN KERIS TOK ABAH. PART 2.

(BUKAN LAGI RAHSIA)

(BUKAN LAGI RAHSIA)

“samad… kini telah tiba masanya. Kau akan jadi penganti dan penerus kepada semua tugas aku.” tiba-tiba saja tok abah berkata demikian.
“boleh, samad takkisah tapi ada apa-apa syarat kea abah?.”

“samad, setiap ilmu pasti ada pantang larangnya. Bukan itu saja, setiap ilmu juga ada syarat-syaratnya. Bukan mudah untuk kau jadi seperti aku.” ujar tok abah lagi.
“tapi kalau susah sangat syaratnya, samad taknaklah abah. bagi jelah pada orang lain.” Perasaan samad mula berbelah bahagi. Dia mahukan semua ilmu tersebut tetapi dia tidak berani untuk penuhi syarat-syarat yang mungkin berat atau sukar baginya.

“sabar dulu anakku. Ilmu ini, hanya kau sorang boleh mewarisinya. Abang kau zaha dan dolah? Masing-masing taklayak untuk terima semua ini.”
“tapi kenapa abah? kenapa mereka takboleh? Shaza elok je abah ajar sikit-sikit. mak pun sama, samad tengok kat rumah ni samad sorang je yang taktahu apa-apa.”

“kau nak tahu kenapa?sebabnya adalah hati. hati kau bersih samad. Hati abang kau semuanya kotor. Mereka tamak. Kalau aku serah ilmu ini kepada mereka pasti mereka akan kenakan cas yang tinggi kepada pesakit yang datang memerlukan rawatan.” Sebenanya, zaha dan dolah masing-masing sangat kuat beribadat. Solat taktinggal malah sering saja mereka lakukan amalan-amlan sunat pada setiap hari. Semua itu menyukarkan lagi kerja tok abah.
“tapi mereka semua baik, solat takttingal. Rajin berpuasa. Tapi samad? Solat pun dah tak ingaat macam mana.”

“sudalah samad. Jangan kusutkan fikiran kau. Nanti, bila tiba harinya. Aku akan serahkan semuanya. Segala syarat-syarat yang kau perlu penuhi akan diberitahu kemudian.”

……………………………..

Seminggu selepas itu tok abah jatuh sakit. Segala aktiviti merawat dihentikan serta merta. Menurut doctor yang menjalankan pemeriksaan ke atas tok abah, doctor tersebut tidak tahu apakah jenis penyakit yang menimpa tok abah pada ketika itu. lebih membimangkan adalah satu persatu organ dalaman tok abah semakin hari semakin rosak.

Puas sudah doctor cuba memberi segala jenis ubat yang boleh mengawal agar organ tok abah tidak terus rosak dengan begitu cepat tetapi tiada satu ubatpun yang berkesan. Bagilah ubat apapun, penyakit tok abah tetap juga tidak beransur pulih malahan semakin lama semakin teruk.

Semua pesaing-pesaing tok abah yang juga merupakan perawat atau bomoh di kampung gelong mentertawakan tok abah. masing-masing berkata “hahaha, kesian dia. Dulu setiap hari dok ubatkan orang. Tapi bila dia sakit, takda sorang pun boleh tolong dia. Hahaha.”

……………………………..

“samad, bila aku dah mati nanti. Keris yang aku simpan di bilik store itu serta merta akan menjadi milik kau.” Tok abah berpesan kepada samad, keadaan diri tok abah semakin kritikal. Nafasnya sesekali seperti tersekat-sekat.
“abah.. jangan fikir semua tu. apa yang lebih penting sekarang adalah abah kembali sihat.”

“apabila genap tiga bulan kau menjadi pemilik keris tersebut. pastikan beri dia makan darah perawan. Dulu, aku selalu bagi darah shaza.” Jelas tok abah tanpa sedikitpun berselindung.
“darah perawan? Shaza? Kenapa samad taktahu semua ni?. abah kejam, sampai hati abah buat shaza macamtu.”

“sabar samad. Shaza takkisah pun tapi kenapa kau yang lebih-lebih ha?. kau ikut saja cakap aku jika nak hidup senang. kalau kau gagal beri keris itu makan! Kau akan terima akhibatnya.” Walaupun tok abah ketika itu tercungap-cungap, namun setiap kata yang dituturkannya masih ddapat didengari dengan jelas.
“apa akibatnya? Kalau samad taknak! Apa dia boleh buat?.”

“kalau kau tetap bedegil juga? Setiap nyawa dariketurunan aku iaitu keturunan wan capek bin wan copot bakal diragut satu persatu.” Tok abah langsung tidak merasa bersalah atas segalanya. Bagi dia, masa untuknya telah tamat dan kini pandai-pandailah ahli keluarganya menyelesaikan masalah tersebut.
“ya ALLAH… apa abah dah buat ni. abah telah membuat perjanjian dengan syaitan. Abah sedar tak ni?.”

“tiada apa yang boleh berubah, segalanya telah terlewat. Abah minta maaf, abah dah takmmampu bertahan lagi.” serentak itu nafas tok abah semakin kencang dan beberapa minit selepas itu tok abah disahkan telah meninggal dunia.

Maka, bermulalah sumpahan keris tok abah. nantikan part yang seterusnya.

3 thoughts on “#RobotNaz SUMPAHAN KERIS TOK ABAH. PART 2.”

Leave a Comment